NAJIB DAH BENGONG KE APA NI?
Utusan Malaysia melaporkan,
“Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Malaysia tidak berada di dalam keadaan krisis kewangan dan tidak sepatutnya diperkatakan berada di dalam keadaan sedemikian.”
Entah kenapa Najib masih mahu mengeluarkan kenyataan yang hanya mahu ‘menyedapkan’ halwa telinga rakyat Malaysia. Memanglah setakat ini, belum ada lagi bank tempatan yang terpaksa di’bail-out’ oleh kerajaan, jika itu penanda aras yang ingin digunakan untuk mengukur tahap krisis kewangan di negara ini.
Adakah Najib terlupa yang sektor kewangan dalam bidang ekonomi itu sangat luas dan tidak tertumpu pada sektor perbankan sahaja? Rakyat, peniaga, pedagang, pengilang, pelabur dan semuanya itu memerlukan wang. Mereka inilah yang akan menjana pendapatan bank. Jika mereka ini tidak dapat berurus-niaga dengan bank, bagaimanakah bank dapat menjana pendapatan mereka?
Adakah Najib terlupa atau perlu diperingatkan tentang perkara ini :
1) Inflasi negara masih melebihi 7%. Apa maknanya tu?
2) Belanjawan negara terpaksa ditambah 30% dan mencatat defisit paling tinggi dalam sejarah. Apa maknanya tu?
3) Indeks Bursa Malaysia sudah menjunam bawah 1,000 mata. Apa maknanya tu?
4) Harga petrol terpaksa dinaikkan dan kerajaan hanya mampu menanggung subsidi 30%. Apa maknanya tu?
5) Kerajaan hanya mampu memberi bonus sebulan gaji pada pekerja sektor awam. Apa maknanya tu?
6) Rakyat terpaksa makan beras hancur. Apa maknanya tu?
7) Tarif elektrik terpaksa dinaikkan. Apa maknanya tu?
8) Pelaburan baru tidak masuk ke negara ini. Apa maknanya tu?
9) Ramai lagi rakyat Malaysia yang mengganggur. Apa maknanya tu?
10) Berapa ramai yang hutang kereta, hutang rumah sudah tertunggak 2 bulan? Apa maknanya tu?
Dah tahu tentang peraduan mudah ini? Jika belum, KLIK KAT SINI DULU!
Salam,
ReplyDeleteMalangnya inilah pemimpin besar yang akan jadi PM kita.
Agaknya Malaysia ni sudah ketandusan pemimpin yang berkebolehan dan berwibawa?
Salam...
ReplyDeleterakyat hidup dalam kesempitan boleh plak 'bakal' pm kata negara tidak pernah berada dalam krisis kewangan, ia.. lah mmg lah pak2 menteri tak pernah merasakan apa2 kesan daripada krisis kewangan yang kita tanggung, perit kak..perit ada pemimpin yang ta berhati perut...perit....;-)
dalam bnyk2 poin akak, poin pasaran saham dan bonus kakitangan awam yg paling perit...;-)
Salam...
ReplyDeleteSana sini orang cakap dan sebutkan Najib sebagai bakal PM...
Ntah betul ntahkan tidak...
Ntah tercapai ntahkan tidak...
Heheh! ;)
.......
ReplyDeletepercaya atau tak kalau saya katakan Najib bukan bakal pm ke-6?
bukan Najib.......
.......
salam
sssssssssssssssssssyyyyy,
ReplyDelete"Saya yakin Najib akan menyambung apa yang perlu untuk membawa kita mencapai matlamat(?) itu"...
-kata pi em yg "tidak menyesal letak jawatan awal" @ SINAR 12/10 yg lalu!
Assalamualaikum,
ReplyDelete1. Ada kemungkinan terdapat kesilapan dalam teks ucapan Najib, mungkin yang dimaksudkan adalah BELIAU tidak berada di dalam krisis kewangan.
2. "Denialbility versus Logic". Saya bukanlah seorang pakar ekonomi, tetapi di mana keadaan ekonomi global menunjukkan kehambarannya, adakah logik bagi kita untuk menafikan bahawa kita tidak terbabit bersama ?
3. Harga-harga komoditi seperti getah, kelapa sawit dan petrol jatuh menjunam, kadar inflasi yang meningkat, kadar jenayah berasaskan rompakan juga meningkat, apa lagi tanda-tanda yang perlu bagi Kerajaan kita mengakui wujudnya masalah ekonomi domestik ?
crower said...
ReplyDelete2. "Denialbility versus Logic". Saya bukanlah seorang pakar ekonomi, tetapi di mana keadaan ekonomi global menunjukkan kehambarannya, adakah logik bagi kita untuk menafikan bahawa kita tidak terbabit bersama ?
Salam dikirim:
FAKTA
ORANG MENTERI YANG TIDAK TAHU TENTANG EKONOMI HANYA AKAN BERKATA SEBEGITU..
KENAPA BOLEH JADI BEGINI.
PENAT RAKYAT BERKERJA .
MENTERI DAPAT DUIT MUDAH.
BELI BESI TERMAHAL.
SEPATUT DIA INI BERADA DLM KEM.PERTANIAN SAHAJA.
crower said...
apa lagi tanda-tanda yang perlu bagi Kerajaan kita mengakui wujudnya masalah ekonomi domestik ?
NAJIB DAH BENGONG KE APA NI?"
MEMANG BENGONG SPT BERUK.
SEPERTI BERUK DAPAT BUNGA.
(Rhesus Monkey Blood Type).
Salam Aflah,
ReplyDeleteLama gak tak bagi komen...
rasa2nya tajuk kena ubah sikit la, tak manis kalau kata najib bengong...
sepatutnya kena kata
"NAJIB BODOH BENGONG!!!"
Baru real!!
laxmana mesti setuju...hehehe!
sori la kalau kasar sikit kali ni...
thx!
KOMEN DARI PETIKAN DIATAS….
ReplyDeleteJadi pertikan pertama tadi menunjukan,betullah DATO SERI NAJIB membuat pengukuran dari sudut perbankan..ini kerana semua manusia mengambil gaji,membayar hutangmenyimpan wang mereka semua di dalam bank bukan kat rumah ko..bukan kat bawah karpet kereta ko yg tertunggak tak bayar 2 bulan tu…
1Infasi Negara memang 7% keatas, sebab-sebabnye…apa? Pada urnumnya inflasi bermakna "kenaikan yang berterusan dalarn tingkat harga urnum". "Harga umum"
bermaksud harga yang menggambarkan paras harga bagi keseluruhan barangan dan perkhidmatan yang ada dalarn sesuatu ekonorni pada sesuatu masa tertentu. Oleh kerana terlalu banyak bilangan barangan yang terdapat pada sesuatu masa, maka arnat sulit untuk mendapatkan sernua harga barangan dan perkhidmatan berkenaan. Oleh itu, satu kaedah telah dibentuk untuk mengukur paras harga urnum ini dengan mengambil sebilangan barangan dan perkhidmatan tertentu sebagai mewakili keseluruhan barangan dan perkhidmatan yang ada dalarn sesuatu ekonorni dan harga mereka diukur dengan rnenggunakan Indeks Harga. Seringkali koleksi barangan dan perkhidmatan yang diambil itu mewakili barangan dan perkhidmatan yang digunakan oleh pengguna. Oleh itulah indeks harga ini dinamakan Indeks Harga Pengguna (IHP) dan bagi Malaysia, indeks ini dikeluarkan dari masa ke masa oleh Jabatan Perangkaan.
"Kenaikan yang berterusan" bermaksud bahawa inflasi hanya berlaku pada ketika paras harga urnum meningkat secara berterusan dalarn satu-satu tempoh tertentu sahaja. Sesuatu kenaikan harga yang bersifat sementara seperti kenaikan harga akibat musim kernarau atau kenaikan harga kerana meningkatnya kadar cukai jalan tidak dianggap sebagai inflasi kerana kenaikan harga sebegini hanya berlaku sekali sahaja.
Jadi inflasi merupakan salah satu factor EKONOMI…JADI ‘”JADI MANUSIA JANGANLAH JADI BODOH”suruh belajar dulu tak mau.. dah keje jadi kuli baru nak sibuk pasal ekonomi..
2 belanjawan kena tambah 30%,sebab defesit,
3) indeks brusa menjunam 1000pip, kerana bergatung pada keselesaan poltik,bila politik Negara baik, pelabur lagi banyak …kalo banyak sangat rusuhan,tunjuk perasaan,pemberontakkan,..para pelabur luar Negara takut untuk melabur dimalaysia..contoh negeri selain kelantan, semua semakin maju…kerana mengamalkan pintu terbuka untuk semua pelabur asing….negeri perak sahaja tahun lepas mula mendapat pelabur dari America sebanyak 150juta untuk bidang boiteknologi…dating lah ke neri orang..lihat cara pemerintah merintah…man tau leh jumpa kekawan ko ke,sedara mara ko ke kat selangor,ke johor ke….sebab kebanyakan rakyat kelantan yg bersepak kat Negara orang tuk mencari sesuap nasi…
SAMBUNG 642248
SAMBUNG 642248
ReplyDelete4)harga petrol?
Kite kena tahu sifat EKONOMI? Yaitu semua “NAIK” JANGAN BEZAKAN ZAMAN HARGA PADA TAHUN 1955 DENGAN TAHUN 2010 NI…huhuhu…
Jadi islam pun menyuruh umatnya berusaha,dan hidup dalam alam islam… dengan membeli ikut kemampuan..
Bejimat cermat..berpuasa di bulan2 tertentu..
Pas tu di tambah lagi dngan perangai –perangai sedara kamu yg menyeludup minyak kenegara jiran…so nak wat camana…?negara kite ni bukan egara Israel..kena pasang tembok tinggi kat sepanjang sempadan tu…lu fakir lah sendiri…
5)kerajaan beri bonus..apa maknanya tu…hai bonus pun tak tau..ke?jadi manusia tu cuba jangan jadi dungu…
dapat bonus pun bising..takdapat pun bising…nape tak cakap pasal elaun2 lelain?kemudahan2 lain…yg kerajaan beri? Sepatutnye kite patut bersyukur kerana kerajaan masih mampu untuk memberi semua sector keraan bonus..cuba ajar kan diri tu jangan tamak..jangan berutang,..beli mengikut kemampuan..insyallah kamu akan merasa keberkatan hidup…
6)rakyat terpaksa makan beras hancur…
yg ko gi beli beras hancur tu kenape? Yg sebenar nya tuan tanah padi yg punya angkar…bila ada bangsa asiang pajak kat dia..dia terima…sebab dapt duit tunai dulu…yg bangsa asing ni pulak jualkan beras tempatan ke Negara ke,2dan 3 yang lain. maka..kerajaan Malaysia terpaksa membeli semula dengan harga yg mahal dari luar untuk rakyat nya…jadi disini kerajaan memberi lagi subsidi 22% untuk beras kite keluarkan sendiri supaya rakyat dapat membeli dengan harga asal mengikut pasaran semasa di Malaysia.
7) Tarif elektrik terpaksa dinaikkan. Apa maknanya tu?
Maknanya..takde percuma lagi dalam hidup ni..bila kos bahan mentah naik..kos barang siap pun naik lah..
Takkan mak bapak ko tak beri tau..tu.. bila kerajaan naik taraf mutu perkhidmatan, korang suka..tapi kalo suruh bayar sikit..ko bising..jadi ko paki lah bateri..kalo ko pandai berjimat..ko baru boleh juna elektrik.. belajar lah jimat
Lagipun takrif tu berpatutan..pew…bila ko lebih had guna..ko kena lah tanggung lebih..
8) Pelaburan baru tidak masuk ke negara ini. Apa maknanya tu?
Makna nya Malaysia memang bergantung pada pelabur asing untuk tujuan suntikan kuasa matawang..
Ko kena tau kenapa? Kalo ko sampai depan pintu umah jiran ko..tetiba baru koperasan , anak beranak tengah berparang..korasa ko nak berisalam dan masuk ke untuk mendekati mereka..
Kalo perumpaan itu ko tengok kes perak kat dalam Malaysia…ko ingat org asin ni nak ke dating Malaysia ,pastu buat investment..
9) Ramai lagi rakyat Malaysia yang mengganggur. Apa maknanya tu?
Rakyat yg mengaggur tu memang terbagi 2-
1- sebab MANGKUK TU cerewet cari kerja..
2- sebab MANGKUK TU bodoh tak tau nak kerja ape?
Sebab nak suruk sekolah dulu tak mau…pastu salahkan kerajaan pulak…
10) Berapa ramai yang hutang kereta, hutang rumah sudah tertunggak 2 bulan? Apa maknanya tu?
Maknyanya tak lama lagi umah ko nak kena lelong,keta ko nak kena tarik….belanja mengikut kemampuan..kalo korasa ko patut dapat gaji besar..kocarilah kerjakat luar Negara Malaysia sana…
SEBABTU LEBIH BAIK KO TANYA APA HARUS AKU LAKUKAN…BUKAN “MAKNA NYA APE? HEMM..TAKDE MAKNANYA.. JADI MANUSIA JANGAN JADI BODOH…
ALLAH,HUAKBAR
642248