MALAYSIAKINI BAKAL DIKENAKAN TINDAKAN?
Biarpun Malaysiakini sudah meminta maaf, wartawannya sudah meletak jawatan dan Najib sendiri telah menerima permohonan maaf itu, namun Malaysiakini mungkin berhadapan dengan tindakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.
Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata terpulang kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk mengambil tindakan terhadap portal berita Internet Malaysiakini yang Ahad lalu memuatkan kononnya manifesto yang dikeluarkan "kumpulan penyokong" Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menerajui Umno.
"Ini adalah antara perkara yang saya rasakan berupa salah laku. Salah satu penyalahgunaan laman siber di mana orang melakukan perkara tanpa usul periksa dan pengesahan, tetapi keburukan yang diberikan amatlah terang," katanya kepada pemberita apabila diminta mengulas perkara tersebut, pada majlis makan malam kementeriannya di Angkasapuri semalam.
Pejabat Timbalan Perdana Menteri kelmarin telah mengeluarkan penjelasan bahawa artikel tersebut adalah palsu dan mengelirukan dan merupakan usaha terancang pihak tertentu untuk mencemarkan imej beliau.
"Perkara ini dibuat jelas untuk merosakkan imej seorang pemimpin negara. Perkara ini amat dikesali," kata Ahmad Shabery.
Beliau berkata imej portal berita itu sendiri akan tercemar sekiranya memuatkan artikel tanpa mengesahkan faktanya terlebih dahulu.
Nur Aflah : Perkara ini tidak sepatutnya dipanjangkan lagi. Si penulis telah mengaku salah dan sanggup meletakkan jawatannya. Malaysiakini juga sudah meminta maaf dan Najib sendiri telah memaafkan kesalahan itu. Adakah Shabery mahu SKMM menarik balik lesen yang dikeluarkan untuk Malaysiakini? Sebelum ini pun, SKMM telah membatalkan siaran langsung program Debat MCA yang telah dipertikaikan banyak pihak.
Adakah ini petanda kerajaan sedang menunggu sebarang kesilapan media alternatif untuk menyekat kembali ruang demokrasi di negara ini?
Dah tahu tentang peraduan mudah ini? Jika belum, KLIK KAT SINI DULU!
puan nur aflah, itu spekulasi saja kot .. saya tak fikir tindakan akan diambil ke atas malaysiakini. lets think positive.
ReplyDeleteTuan Nobisha, saya juga fikir begitu. Tidak perlu Malaysiakini dikenakan tindakan. Tetapi, dalam politik, apa yang kita fikirkan, tidak semestinya betul sepanjang masa.
ReplyDeleteSalam
ReplyDeleteMasing-masing ada agenda politik.
Manifesto adalah perkara biasa bagimana kita hendak berjaya.
kecuali ada manifesto berniat jahat.
1.Seperti Manifesto kambing gurun.
2.Manifasto kuda Belang.
3.Manifasto Helang.
4.Manifasto ISA.
KITA ORANG BIASA INI MANA ADA MANIFASTO.
Ahmad Shabery.SIAPA PULAK.
MUKA PUCAT SEMACAM JE.
HENDAK DEBAT DENGAN SIAPA PULA...
PERGI JUMPA BOMOH UBAT PENYAKIT TU.
PENYAKIT DENGKI SATU BADAN.
Nur Aflah said...
dALAM politik:
apa yang kita fikirkan, tidak semestinya betul sepanjang masa.
MUNGKIN?kemungkinan,kebarangkalian.
(TUBUH NAJIB AKAN JADI LEBIH
KECIK, MACAM ANWAR).
dALAM Manifasto CINTA:
TENTU ADA PENAWAR RINDU.
dALAM Manifasto POLITIK
hENDAK JADI PM.
AWAK HENDAK APA?
HENDAK JADI PM JUGA.
APA-APA JE.
????????????????????????????????
WHAT NEX