ANWAR IBARAT ‘KERETA TERPAKAI'?


Ahli Parlimen dari Sabah hari ini mengkritik Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, di Dewan Rakyat yang dianggap seperti kereta terpakai yang kononnya masih boleh berkhidmat dan berjuang untuk rakyat di negeri itu.

Salleh Kalbi (BN-Silam) berkata, Anwar yang muncul kembali di Parlimen selepas 11 tahun, sebelum ini tidak pernah memberi perhatian serius terhadap Sabah ketika beliau dalam kerajaan. Ternyata sikap prihatin terhadap Sabah yang kini ditunjukkan Anwar itu hanya untuk mendapatkan sokongan rakyat negeri itu.

"Ketika saya menjadi pelajar, kami pernah bertanyakan mengenai biasasiswa untuk pelajar Sabah, tapi Anwar ketika itu berkata tiada peruntukan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk pelajar Sabah," katanya ketika membahas Bajet 2009.

Beliau dengan nada sinis bertanya kepada Anwar, mengapa kini mahu menjadi hero kampung di Sabah dan Sarawak. Salleh berkata, tindakan Anwar itu menunjukkan yang beliau seorang bersikap talam dua muka dalam mencapai cita-citanya. Rakyat Sabah dan Sarawak sudah mengenali siapa sebenarnya Anwar dan kerana itu apabila beliau ke dua negeri itu, tiada sesiapa memberi perhatian kepadanya.

"Ketua pembangkang ini seperti kereta terpakai yang masuk ke Dewan Rakyat," katanya.

Bagaimanapun, ketika itu kedengaran suara Ahli Parlimen pembangkang mencelah dengan berkata :

'Kereta terpakai tapi enjin baru!'

Sumber : Berita Harian

Nur Aflah : Lebih baik kereta terpakai daripada kereta yang tidak boleh pakai!



Dah tahu tentang peraduan mudah ini? Jika belum, KLIK KAT SINI DULU!

Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

9 comments:

  1. SALAM:
    ORANG HENDAK TOLONG APA SALAHNYA
    cakap orang bodoh seperti Salleh Kalbi (BN-Silam).Anwar bukan lagi berada dlm UMNO .
    Kalau berada dalam sarang UMNO
    ITU PASTI SABAH DAN SERAWAK AKAN JADI JAKUN SELAMANYA.
    Tanya orang sabah/serawak sekarang main bola pun masih lagi dalam hutang.ORANG BANGANG seperti SallehKalbi patut jadi Sallehkerdai.

    ReplyDelete
  2. Salam...

    Saleh Kalbi ni sebenarnya sedang dalam kemelut persaingan di kawasan Silam...

    Pada saya, ucapan beliau itu tidak lebih daripada satu tindakan yang paling baik untuk beliau memastikan pengaruh beliau serta sokongan daripada kepimpinan tertinggi BN terus bersama beliau...

    Hahaha!

    Saleh Kalbi yang GELABAH, sedang merangkak2 cuba menggapai dengan menggunakan pendekatan "BODEKS"...

    ;)

    ReplyDelete
  3. Salam dik aflah,

    sekali sekala panggil adik rasa diri ni macam tua la pulak..hehehe!

    Nur Aflah kata : Lebih baik kereta terpakai daripada kereta yang tidak boleh pakai!

    Perfectwater said : Lebih baik kereta terpakai daripada kereta baru yang tidak boleh pakai!

    p/s: kena refer kepada MB Terengganu

    thx!

    ReplyDelete
  4. Walaupun disamakan dengan kereta terpakai, namun setakat ni saya lihat kereta terpakai ni cukup konsisten dalam Dewan Rakyat.

    ReplyDelete
  5. Aflah,
    Nampaknya Salleh Kalbi sedang main-main... main wayang kulit. Anuar bukan lagi orang UMNO-BN. Kalau diungkit kisah lama maka kenalah tengok polisi kerajaan ketika itu. Apakah kerajaan ketika itu utamakan orang Sabah/Sarawak atau mereka utammakan pembangunan diPutraJaya..? Kesian Salleh Kalbi, mungkin banyak minum air tapai....

    ReplyDelete
  6. patut la sabah x maju2

    ReplyDelete
  7. Salam...

    Time komen sebelum ni tak perasan komen yang lain...

    Saya orang Sabah...

    quote from Mustapha :
    "Kalau berada dalam sarang UMNO
    ITU PASTI SABAH DAN SERAWAK AKAN JADI JAKUN SELAMANYA"

    Rasanya tak JAKUN... Cuma ketinggalan dari segi pembangunan kerana segala KEKAYAAN SABAH telah DIROMPAK bagi membangunkan negeri2 lain, dan mengisi KOCEK individu tertentu termasuk ANWAR suatu tika dulu...

    Rasanya tak JAKUN... Kerana yang jakun-nya ialah anak2 semenanjung yang bila datang ke Sabah untuk menyambung pelajaran, kali pertama datang, siap bawa BALDI, SABUN, SHAMPOO, dan mcm2 lagi... Diorang ingat kat Sabah xda shoping complex kut... Tak baca berita, tak tengok tv, tak surf internet...

    Jadi...siapa yang JAKUN?

    Komen ini bukan untuk menegakkan benang yang basah, sebab saya jg mengakui ketertinggalan Sabah dr segi pembangunan...

    Namun tidak adil kiranya pemikiran mereka serta cara hidup mereka DISALAHERTIKAN...

    ;)

    ReplyDelete
  8. kereta terpakai lebih baik dari kereta baru yang selalu rosak ditepi jalan. saleh kalbi memang tidak pandai menilai macamana lah orang macam ini bolih menjadi wakil rakyat ?

    ReplyDelete
  9. "mustapha Says : October 22, 2008 5:42 PM
    SALAM:
    ORANG HENDAK TOLONG APA SALAHNYA
    cakap orang bodoh seperti Salleh Kalbi (BN-Silam).Anwar bukan lagi berada dlm UMNO .
    Kalau berada dalam sarang UMNO
    ITU PASTI SABAH DAN SERAWAK AKAN JADI JAKUN SELAMANYA.
    Tanya orang sabah/serawak sekarang main bola pun masih lagi dalam hutang.ORANG BANGANG seperti SallehKalbi patut jadi Sallehkerdai"

    Mus, nak bagi komen pun jgn la bagi komen yang menonjolkan diri tu bodoh, buta sejarah, katak dalam tempurung, bercakap tak pakai otak dan bangang.

    cuba bagi komen yg membina.
    aduhai

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.