LU FIKIRLAH SENDIRI!
Semalam, Datuk Seri Zahid Hamidi ketika muncul dalam rancangan ‘Bersemuka Bersama Media’ memberitahu :
“Ada golongan yang menggunakan agama untuk kepentingan politik. Manakala UMNO adalah golongan yang menggunakan politik untuk kepentingan agama.”
Rasa nak tergelak pun ada bila mendengar Zahid berkata begitu.
“Ramai yang baca ayat ‘taatlah pada Allah, Rasul dan Ulil-amri’, tapi ramai yang tidak mahu turut pada perintah taat pada ulil-amri” sambung Zahid lagi.
Kali ini, saya dah tak tahu nak kata apa. Nak gelak sorang-sorang depan TV, takut kena perli dengan maid pulak.
Nak taat bagaimana lagi Datuk Zahid? Bini ‘ulil amri’ sendiri tak reti tutup aurat, anak ‘ulil-amri’ sendiri peluk bukan muhrimnya sesuka hati, menantu ulil amri sendiri rompak duit rakyat, sedara-mara ‘ulil amri’ sendiri dapat tender runding-terus, timbalan Datuk Zahid sendiri kata hudud sudah ketinggalan zaman, zakat tak penting, berenang lebih afdal dari solat 5 waktu?
Apa ke bende nye tu?
Kata Datuk Zahid lagi :
“Saya nak ingatkan semua. Jangan sesekali kita abaikan peranan ulamak. Nasihat ulamak mesti kita patuhi kerana ulamak biasanya tidak bias pada mana-mana fahaman politik.”
Peringatan Datuk Zahid tu saya akui kebenarannya. Tapi yang malangnya, ‘ulil amri’ sendiri yang gam ulamak tertentu, langgar fatwa sesuka hati, bagi duit zakat pada BALKIS dan bla, bla, bla….
Tolong sambungkan kalau sudi … :-)
Dah tahu tentang peraduan mudah ini? Jika belum, KLIK KAT SINI DULU!
konpem senget...
ReplyDeleteYg dia pakai maksud quran tu suruh taat kat dia bukan ke "guna agama untuk kepentingan politik?" Pahtu Allah ngan Rasul nak letak mane?
paham ke dok menteri ni? Kalo nak tgk cth jumud.
112413
Salam,
ReplyDeleteSaya malas nak gelak, kerana "sedih" juga melihat rendahnya taraf pemikiran seorang menteri yang baru dapat Ph.D
Salam...
ReplyDeleteBiasalah Aflah...
Dulu kini dan selamanya...
Salam Puan Aflah,
ReplyDeleteAntara bodoh dan bengong ada bezanya dan tambah berbeza bila ia digabungkan sekali...ia lebih tepat untuk mantan calon timbalan presiden UMNO ini iaitu 'Bodoh Bengong!!!"
laxmana ko setuju ke dengan bro???
hehehe! Wailul punya menteri!!!
thx!
Salam,
ReplyDeleteOrang sebelah gambar dato seri tu apa kurangnya.. semua boleh balong.
Dapat Ph.D-Doct. prof. Gila.
Pelajar dekat Tanjong Rambutan...Sebelah rumah tu.
Gila
gila
gila
Prof. Gila.
Prof. klon.(Cicakman)
Lu fikirlah sendiri!
ReplyDeleteBanyak2 fikir kepala sudah naik botak,
Fikir punya fikir, dada naik sebak, perut naik senak,
Orang fikir pakai otak, awak fikir dlm. kotak,
Fikirlah sama nasib si fakir, bukan berfikir cam mana nak jadi tambah kikir!
Fikir-fikir berselang zikir,
bukan fikir kopi di cangkir!
saya rasa ramai yang tak faham maksud 'ulul amri itu sendiri.
ReplyDelete'ulul amri = pemimpin/imam. pemimpin tidak sama maksudnya dengan pemerintah kerana memimpin itu adalah tugas berat. kita boleh jadi pemerintah tapi tidak semestinya ciri pemimpin tu ada pada kita.
sabda Nabi Muhammad saw:
Semua kamu adalah pemimpin dan bertanggung jawab atas kepemimpinannya. Seorang imam pemimpin dan bertanggung jawab atas rakyatnya. Seorang suami pemimpin dalam keluarganya dan bertanggung jawab atas kepemimpinannya. Seorang isteri pemimpin dan bertanggung jawab atas penggunaan harta suaminya. Seorang pelayan pemimpin bertanggung jawab atas pengunaan harta majikannya. Seorang anak bertanggung jawab atas penggunaan harta ayahnya. (HR. Al Bukhari:5788, Muslim: 1829, Abu Dawud: 2926, Tarmidzi: 1705)
kegagalan membimbing seorang isteri dalam konteks "Seorang suami pemimpin dalam keluarganya dan bertanggung jawab atas kepemimpinannya" juga jelas menunjukkan siapa pemimpin sebenarnya...
Dalam sibuk2 kita menulis, jgn kita sendiri jadi macam depa, dah le ye.
ReplyDeleteharg harg harg harg....(aku tolong gelakkan) harg harg harg
ReplyDelete