KENAPA SHAH RUKH KHAN DAPAT DATUK?


Ramai orang Melaka yang terperanjat ‘be-rok’ bila mendapat tahu Shah Rukh Khan akan dikurniakan gelaran ‘Datuk’ sempena Ulangtahun Kelahiran Yang Dipertua Negeri Melaka yang ke-70.

Sebenarnya, tidak ada apa yang perlu di’terperanjat’kan kerana ramai yang tidak tahu fakta sebenar tentang Shah Rukh Khan.

• Shah Rukh Khan dilahirkan di Kampung Tedong, Merlimau, Melaka dan belajar di Sekolah Kebangsaan Tedong sebelum melanjutkan pelajarannya di Sek Dang Anum, Merlimau Melaka.

• Selepas tamat persekolahan, beliau menjadi ahli UMNO cawangan Tedong Pekan dan berjaya menjadi AJK Kesenian & Kebudayaan dalam cawangan tersebut selama beberapa tahun.

• Bakatnya dalam bidang lakonan telah berjaya dikesan oleh seorang pengarah Bollywood yang sedang menjalankan penggambaran filem di tepi sawah Kg. Tedong. Ketika itu, Shah Rukh Khan sedang berlatih bersama kumpulan keseniaannya untuk pementasan teater “Kemerdekaan”.

• Bak kata pepatah Melayu “kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan”, Shah Rukh Khan dengan besar hati telah menerima pelawaan produser tersebut dan berhijrah ke Mumbai India.

• Majlis perpisahan untuknya telah diadakan di Balai Kechil, Kg Tedong dan turut dicatatkan, lebih 1,000 cucuk satay telah habis dibakar dalam majlis tersebut. Penaja jamuan tersebut tidak pula dicatatkan.

• Namanya mula melonjak tinggi dalam arena filem Bollywood setelah berlakon dalam beberapa buah filem ‘box-office’. Biarpun sudah terkenal, Shah Rukh Khan tetap pulang beraya di kampungnya setiap tahun. Semangat patriotiknya terhadap negara ini tidak dapat disangkal lagi.

• Sebagai artis terkenal, beliau tidak dapat lari daripada gossip liar. Beliau pernah dikaitkan dengan penyanyi Siti Nurhaliza dan pernah menangis dalam bilik air kerana penyanyi itu berkahwin dengan Datuk K dan bukannya Datuk SRK.

Sebenarnya, banyak lagi jasa Shah Rukh Khan pada negeri Melaka khasnya dan dunia amnya. Diharapkan selepas ini, tiada lagi pihak yang akan ‘mempertikaikan’ kurniaan gelaran Datuk kepada Shah Rukh Khan.

Kenapa? Tak percaya ke? Kalau tak percaya, tanya En Sebol, En Sofi, Puan Mantra dan Uncle Isham.
Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

21 comments:

  1. Selepas ini Datuk Nur Aflah pulak kot! hehehehe

    ReplyDelete
  2. Apa pun ia mengharumkan nama India di mata dunia dek kerana filem Bollywoodnya bukan kerajaan Melaka atau Malaysia, cuma Kerajaan Negeri Melaka yang berangan lebih seolah telah tercium bau wanginya.

    ReplyDelete
  3. Salam...
    Datuk Shah Rukh Khan..??? janggal bunyinyeeee... dia nk wat apa ngan gelaran datuk tu kat mumbai sana..?? laku ka...hahahaha.... ntah laaa.. p best gak... nanti dia g melaka leh kak aflah tgk dia in-person..;-)

    ReplyDelete
  4. Nama sebenar Shah Rukh Khan ialah Makrope Suntut.

    hai,,melaka bagi gelaran macam pasar malam je. Tp apa nak hairan, org jual air tebu pun boleh dapat gelaran datuk.

    ReplyDelete
  5. Kenapa Shah Rukh Khan dapat DMSM (Dato') dari Melaka?

    Dato Ali Rustam nak tanding Timbalan Presiden UMNO. Dato' Najib nak tanding Presiden UMNO. Isteri Dato Najib, Rosmah, suka Shah Rukh Khan.

    Faham? Kalau itu pun tak faham, sudahlah!

    ReplyDelete
  6. With due respect to TYT Melaka dan Universiti-unversiti kat Malaysia

    Di Malaysia sekarang senang sangat dapat Dato atau Dr bergelar.

    Tp cerita Pn. macam real je, tu lah lawak selamba namanya.

    ReplyDelete
  7. Rupa saya serupa dengan Shah Rukh
    Khan pelakun bollywood tuuuuu.
    camna,

    ReplyDelete
  8. Syabas SRK....Malaysia Boleh...Semua Boleh....Hentam la labu...nak bagi bagi Datuk ker..Nenek ker...Dean

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. Bio betul hero pujaan sy dpt dato...hehehe...tak sangka!
    Nota kaki: Aflah, SRK tu pandai cakap melayu tak? Sy pggil huby sy pun SRK.. haha..

    ReplyDelete
  11. pecah perut aku dgar berita ni.
    hahaha

    ReplyDelete
  12. Cik Blogger, with all due respect..bole tlg kasi sumber whre u get all tis facts...n plzz kalo ada msa, sila btau sbb yg munasabah (dr sumber2 yg reliable) why SRK dpt datuk...trimas!

    ReplyDelete
  13. Ha ha! Ini lah branding lesson dari Melaka! Lebih hebat dari Dubai!

    Boleh singgah d www.dperantauan.com

    ReplyDelete
  14. Rupa-rupanya, bukan orang Melaka yang mencadangkan supaya Shah Rukh Khan diberikan gelaran Datuk. Cadangan itu datangnya dari orang Kedah. Namanya Tun Daim Zainudin.

    Ketua Menteri Melaka yang mengesahkan perkara ini.

    Mohd Ali berkata bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin yang mencadangkan kepada Mohd Khalil supaya pelakon Bollywood itu diberi anugerah bagi membantu Melaka menjadi terus popular.

    Katanya Tun Daim sedang menguruskan tarikh yang sesuai untuk membawa Shah Rukh Khan datang ke Melaka menerima anugerah berkenaan, mungkin dalam tempoh sebulan ini.

    Nur Aflah : Ohh.. Daim yang diam rupanya. Dah jadi saudagar filem pulak rupanya!

    ReplyDelete
  15. habis 1 dunia nampak kebodohan malaysia..malunye aku

    ReplyDelete
  16. Salam...

    Citer ni macam real jer... Hahahaha! Gua caya sama lu sis!

    Hmm... isu ni saye dah komen kat blog YDP Debat Rakyat...malas nak komen lg dah...

    memang agak janggal sebenarnye... tapi...

    p/s : lu jgn memain ngan Daim yang diam tu Aflah, dier ni bapak kepada mereka yang LICIK2 tuh...
    hmm, alaaahai...ape motif Daim dan penganugerahan ini sebenarnye...?

    ReplyDelete
  17. hehehe..best plak bace cite Pn. Aflah nie..lawak seh..

    ReplyDelete
  18. nampak sgt ko menipu...
    tak pyhlah nak meagung-agung die...
    die mcm kite juga manusia biasa je...
    buat per nk bagi datuk kt die...

    ReplyDelete
  19. Bila lagi Ali Rustam nak guna Nama Datuk Shahrukh Khan untuk jalan di Melaka

    ReplyDelete
  20. woi bangang nak jadi penipu pun jangan le kaitkan dengan sesiapa

    ReplyDelete
  21. Salam,anda seharusnya ada etika dalam penulisan. Jangan main hentam sahaja. Guna nama kampung Tedong, awak sekolah mana SRK asal tedong? Bila dia sekolah di Dang Anum? Seharusnya anda bermuhasabah diri. Gunakan ilmu anda untuk perkara yang baik. Jangan hanya mengutuk orang. Ingat Allah... Askum. (sekadar berkongsi rasa dan nasihat)

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.