Kalau roboh kota Melaka,
Papan sejawa kami dirikan,
Dari dulu sudah ku jangka,
Najib juga jadi pilihan.
UMNO MELAKA SEPAKAT CALONKAN NAJIB
Kesemua enam bahagian Umno di Melaka yang akan memulakan mesyuarat pada Ahad ini akan mencalonkan Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Presiden Umno pada pemilihan parti Mac depan.
Ketua Menteri yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata kesemua enam bahagian itu bersetuju mencalonkan Najib untuk jawatan presiden selepas Perdana Menteri yang juga Presiden parti Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan beliau tidak mempertahankan jawatan itu pada pemilihan berkenaan.
“Umno Melaka akan bekerjasama dan berdiri teguh di belakang Najib untuk memastikan kemenangannya (Najib),” katanya kepada Metro di Melaka.
Nur Aflah : Siapa pula yang dicalonkan sebagai Timbalan Presiden?
ALAIHAI..........
ReplyDeleteChekdee betui betui tak nak najib jadi PM ........... boringggg nyerrrr.
Pak nuarrrrrrr........ cam mana ni????
Salam...
ReplyDeleteApa tindakan kita selanjutnya?
Biarkan apa yang sedang berlaku terus berlaku?
Biarkan manusia2 yg mendapat taraf WARGANEGARA MALAYSIA terus dipimpin oleh yang tak pandai memimpin?
Kenapa biarkan nasib negara TERCINTA ini ditentukan oleh mereka yang tak sepatutnya?
Betulkah penggunaan frasa 'tak sepatutnya' tu?
Habis tu siapa yang patut?
DSAI?
Lim Kit Siang?
Hj Abd Hadi Awang?
Muhyidin Yasin?
Ku Li?
Soalan buat semua...
What should we do now?
Siapa yang patut kita pilih?
Siapa yang berhak memilih?
Siapa yang tak berhak memilih?
Asyik nama Najib je... Oh My GOD...
NOTA BUAT PARA PENGUNJUNG AHLI UMNO : pilihlah dengan baik... jangan gadaikan kesejahteraan berpanjangan dengan keghairahan sementara...
p/s : Aflah, saye dah xtau nak tulis ape... isk isk isk...
Seri Mohd Ali Rustam.
ReplyDelete"Memang dia suka main belakang"
Umno Melaka akan bekerjasama dan berdiri teguh di belakang Najib untuk memastikan kemenangannya (Najib),”
KALAU HENDAK JADI PEMIMPIN BIARLAH
BERHADAPAN.(KEDEPAN MACAM ANWAR).
Nur Aflah : Siapa pula yang dicalonkan sebagai Timbalan Presiden?
TUNGGUUUUUUUUUU.
DATUK SERI MOHD ALI RUSTAM
BUAT-BUAT TIDAK TAHU
MALU TAPI MAHU.
Salam Tuan Tanah,
ReplyDeleteSaya Ismail Bangsawan yang menawarkan diri sebagai calon presiden UMNO mohon kerjasama tuan untuk membuat pautan dan sebarluaskan blog saya untuk mendapatkan respon umum tentang penawaran diri saya untuk jawatan tersebut.
thanks!
http://sekilogaram.blogspot.com/
Assalamualaikum,
ReplyDelete1. Setuju dengan pandangan Laxmana. Siapa pun yang akan menerajui UMNO akan berhadapan dengan cabaran yang paling getir sejak sejarah penubuhannya.
2. Pemilihan kali ini bukanlah sekadar main cekup pilih, ia akan menentukan survival parti UMNO itu sendiri.
Salam,
ReplyDeleteNampaknya selepas Najib diumumkan akan jadi pengganti Pak Lah, Ketua Perhubungan Negeri mula menghimpunkan Ketua Bahagian untuk menyatakan sokongan secara kolektif kepada Najib.
Kalau begitu, Bahagian-Bahagian UMN0 nampaknya tidaklah berpeluang untuk mengemukakan calon lain bagi jawatan Presiden UMNO.
Jadi di mana demokrasi dalam UMN0? Mana dia perubahan yang kononnya akan dilaksanakan dalam UMNO, di mana suara akar umbi akan didengar?
Adakah ini petanda bahawa UMNO memang sedang mengalami evolusi untuk menuju kehancuran?