APA BEZANYA MEREKA DENGAN PELACUR?

Tanpa merujuk kepada Kamus Dewan, pelacur biasanya didefinisikan sebagai individu yang memperdagangkan tubuhnya untuk kadar harga tertentu.

Kini sudah ada pelacur lelaki, pelacur wanita, pelacur remaja, pelacur orang tua dan juga pelacur kanak-kanak.

Cuma gelarannya sahaja berbeza. Ada yang memanggil bohsia, ayam, anak ikan dan macam-macam lagi.

Perniagaan yang tertua di dunia ini semacam sukar dibenteras. Namanya pun meniaga, selagi ada permintaan, selagi itulah adanya penawaran. Tak perlulah dihuraikan lebih panjang bab ini. Nanti kena buat kelok penawaran dan permintaan pulak.

Apa yang ingin saya katakan di sini adalah berkaitan dengan definisi pelacur itu sendiri. Bezanya cuma pada barang/perkhidmatan yang diperdagangkan.

Cuba kita lihat pada individu yang memberi dan menerima rasuah. Contohnya rasuah politik. Ada individu yang sanggup memperdagangkan maruah agama, bangsa atau negaranya hanya kerana 100 hinggit?

Jadi, apa bezanya mereka dengan pelacur?

Rasanya mereka ini lebih teruk dari pelacur!
Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

5 comments:

  1. Diluartopik:

    Saya rasa puan kena keluarkan "Mek" daripada GIRLS POWER, kerana "Mek" ialah gelaran isterinya.


    mungkin boleh digantikan dengan:

    erisar.blogspot.com
    jedyoong.com
    haninasution.blogspot.com
    lailagmi.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Thanks En Sebol, nanti saya check balik...

    ReplyDelete
  3. Itulah dinamakan pelacur politik.
    segi dosa kedua dosa
    segi maruah kedua tidak bermaruah
    segi merosakkan agama,bangsa dan negara, keduanya sama serupa.

    cuma yg tak sama:

    pelacur yg dpt duit dagang badan, dia orang tak mengaku perbuatan tu demi membela Agama, Bangsa dan Negara begitu juga yg beri duit nakkan badan(dgn maaf) dia org tak mengaku demi Agama, Bangsa dan Negara.

    tapi pelacur politik memberi dan menerima duit mengaku demi Agama, Bansa dan Negara

    ReplyDelete
  4. [sunting] Pelacur
    Pelacur merujuk kepada lelaki atau wanita yang melakukan hubungan seksual secara sukarela bagi imbuhan wang. Sekiranya secara paksaan, ia ditakrifkan sebagai rogol. Bagi wanita yang menjalin hubungan seksual dengan pasangan terhad, satu atau dua sahaja bagi imbuhan wang, ini dikenali sebagai perempuan simpanan. Bagi lelaki yang menjalin hubungan seksual dengan pasangan terhad, satu atau dua sahaja bagi imbuhan wang, ini dikenali sebagai gigglo.

    Pelacur biasanya terdedah kepada penyakit kelamin dan cenderung mendapat penyakit barah pangkal rahim [1] [2] [3]. Barah pangkal rahim ini dipercayai disebabkan oleh Virus Papilloma Manusia (Human Papilloma Virus (HPV)) yang sering terdapat pada sel pangkal rahim apabila mereka didapati mempunyai perubahan pra-barah atau barah. Oleh itu mereka yang aktif secara seksual atau sering bertukar pasangan perlu menjalani ujian kesihatan yang lebih kerap seperti ujian lumuran Pap.

    Definisi rasuah (bahasa Latin: corruptio daripada kata kerja corrumpere = busuk, rosak, menggoyahkan, memutar balik, menyogok) menurut Transparency International ialah perilaku di jabatan-jabatan atau pejabat-pejabat awam, termasuklah para politikus dan pegawai-pegawai, yang secara tidak wajar dan tidak sah/menurut undang-undang, mengayakan diri atau memperkaya kerabatnya (keluarga dan sahabat handai), dengan menyalahgunakan kuasa dan kepercayaan awam yang diberi kepada mereka.

    Dari sudut undang-undang, perbuatan rasuah mencakupi:

    1.melanggar undang-undang yang dikuatkuasakan.
    2.penyalahgunaan harta negara.
    3.merugikan negara
    4.memperkaya diri sendiri dan
    kerabat.
    Sama ada sesuatu hal/perilaku dianggap rasuah atau tidak bergantung pada praktik undang-undang di negara/wilayah berkenaan. Contohnya, pendanaan parti politik untuk pilihan raya dianggap satu bentuk rasuah di negara/wilayah tertentu tapi dianggap legal di tempat tertentu lain.
    Rasuah Dan Pelacur.
    (Merujuk kepada Negara Thailand)
    Menghasilkan Negara dengan pelancungan sek.Tauke sex jadi menteri pula,tu...............
    Kota Melaka macam pula.???????
    kebanjiran pelancung dari China.
    Hendak cari makan.Duit,wang,money,
    Atuk (dlm RM ).
    Sex and Money.

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.