AKHIRNYA KHAIRY MENGAKU JUGA?
Kalau sebelum ini Khairy rasa kekuatan dirinya bukan bergantung pada pengaruh bapa mertuanya, tapi hari ini nadanya berlainan pula.
MSTAR melaporkan Timbalan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berharap pengunduran Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang juga bapa mertuanya daripada jawatan Presiden parti Mac ini tidak akan memberi kesan kepada peluangnya untuk merebut jawatan Ketua Pemuda.
Khairy dipetik sebagai berkata :
"Kita tengok dulu (kesan). Saya harap tidak ada, sebab saya bertanding atas kekuatan diri, bukan atas kekuatan Perdana Menteri,"
Malaysiakini pula melaporkan Pergerakan Pemuda Umno Machang mencalonkan Khairy yang juga ahli Parlimen Rembau, sebagai ketua ketua Pemuda dalam mesyuaratnya hari ini.
Ertinya, Khairy sudah dapat 1 pencalonan. Lepas ini, bagaimana?
Untuk membaca kisah Khairy sebelum ini, sila klik di sini.
Aflah!
ReplyDeleteNtah kenapa...Gua senantiasaa teruja abisss bila ada je cite2 pasal MP Rombau nihh!
The best yg penah aku baca, 33epi. The Chronicle yg Raja Petra buat tuuu...huhuhu
Gempak habisss!
Roger!
Pada spekulasi saya, dia sudah berasa rimas duduk sebagai "menantu PM".
ReplyDeleteBiarkan dia bebas.
salam..
ReplyDeleteapasa laa natasha hudson bergambar ngan budak nama khairy ni..?? bak kata Dr.M.. sapa khairy ni..?? budak hingusan..hehehe...
tp budak sorang ni la yg dok goncang negara kita skarang ni...nanti2 tak tau la plak...heheh.. tertarik ngan satu kenyataan ttg khairy... "richest jobless man". Bila la budak ni nk sedar...;-) hidup kita ni persinggahan je...
Khairy ni macam DSAI jugek, bila ada citer tentang dia, samada suka atau tak suka, orang teruja nak ambik tau...hehe
ReplyDeleteWhteva, saya setuju dgn En. Sebol.