JUAL AKIDAH KERANA DUIT!
Kerana kesempitan wang, seorang wanita sanggup menghantar SMS secara rambang untuk mendapatkan bantuan kewangan. Apa yang menyedihkan sekali, wanita itu sanggup menggunakan nama Islam untuk meraih simpati. Entah apa yang bermain di fikirannya sehingga dia sanggup menggugut untuk menjadi murtad jika tidak mendapat bantuan yang diminta.
Harian Metro melaporkan, KUALA LUMPUR: Hanya mahu mendapatkan wang mudah, seorang wanita sanggup menjual agama dengan mengisytiharkan dirinya murtad melalui SMS untuk memperdaya orang ramai supaya memberi derma kepadanya. Perkara ini didedahkan Timbalan Pengerusi Pertubuhan Sahabat Insan dan Iman Malaysia (Sidim), Ahmadi Baharudin, selepas menerima aduan berhubung penyebaran SMS berkenaan yang diterima beberapa rakan, baru-baru ini.
Menurutnya, wanita terbabit menghantar mesej dengan kata-kata ‘saya kecewa dengan orang kita (Islam) tidak boleh membantu saya yang hidup susah. Tapi bila saya minta wang dari penganut agama ******** mereka cepat membantu. Saya cabar anda untuk bantu saya jika tidak mahu saya keluar agama Islam.
“Sebaik membaca SMS itu, saya terkejut dan tak sangka wanita berkenaan sanggup mengugut mahu keluar Islam hanya kerana kesempitan wang,” katanya.
Selepas menerima SMS itu, dia cuba membantu, namun wanita itu enggan mengangkat panggilan telefon.
“Apa yang pelik, dia menjawab SMS yang dihantar. Melalui SMS yang dibalas, dia memberitahu mempunyai seorang anak dan hidup dalam kesusahan. Malah, tindakan suaminya menghilangkan diri turut menyebabkan hidup semakin terhimpit,” katanya ketika ditemui wartawan Harian Metro, semalam.
Ahmadi kemudian bertanya mengenai masalah sebenar dan terkejut apabila wanita itu mencemuh dan mempersoalkan Islam.
“Dalam SMS itu, dia menyoal mengapa begitu susah untuk mendapatkan bantuan orang Islam sedangkan penganut agama lain mudah memberi bantuan kepadanya.
“Dakwanya, dia menemui beberapa orang Islam untuk meminta bantuan, tapi tidak dilayan dan berbeza sekali daripada layanan diterimanya daripada penganut agama ******* yang didakwa lebih prihatin membantunya.
Kisah selanjutnya, sila klik di sini.
Buat wanita itu, bertaubatlah sebelum terlambat.
Dah tahu tentang peraduan mudah ini? Jika belum, KLIK KAT SINI DULU!
SALAM
ReplyDeleteSUDAH TERLAMBAT?
UNTUK PEROLEHI SYURGA PERLU BERMULA DRP KEIMANAN ,KEYAKINAN DAN KESABARAN
JANGAN KAMU BERSEDIH HATI DAN BERDUKA CITA JIKA KAMU SEORANG BERIMAN.
DEKATKAN DIRI DENGAN ALLAH NESCAYA ALLAH AKAN MENDEKATI DIRI KAMU.
SEBAB DIA MAHA PENCIPTA.
ALLAH PENJAGA SEBENAR.
APA LAGI HENDAK RISAU.
TOLONG LAH DENGAR PERJELASAN DARI SAYA.
BERTAPA DEKATNYA KITA DENGAN ALLAH.
KITA AKAN RASA AURANYA.
BERGANTUNGLAH KPD TALI ALLAH.
NESCAYA IA TIDAK AKAN PUTUS.