KERETA BARU, ENJIN LAMA?


“Kalau Najib jadi Perdana Menteri Malaysia yang seterusnya, kami mahu seorang Perdana Menteri yang benar-benar bersih. Ini bukan tuduhan tapi soalan… soalan yang belum terjawab.”

Itu ulasan Raja Petra sewaktu ditemuramah oleh wartawan Al-Jazeera berhubung kes pembunuhan Altantuya yang dikaitkan dengan Najib dan juga Rosmah. Siapa yang tidak kenal dengan Raja Petra, blogger yang paling banyak ‘mendedahkan’ maklumat sulit tentang Najib sehingga dia ditahan di bawah ISA dan penyiasat P Balasubramaniam lesap entah ke mana.

Tidak cukup dengan isu pembunuhan itu, negara digemparkan sekali lagi apabila Najib mengaku yang Saiful ada berjumpa dengannya. Sebelum itu, Najib hanya berkata yang Saiful ada berjumpa dengannya beberapa bulan yang lalu. Cakap dolak-dalik Najib membuatkan rakyat makin curiga dan sangsi pada kejujurannya. Apa yang perlu Najib bimbangkan sehingga pertemuannya dengan Saiful perlu dirahsiakan?

Bukan itu sahaja masalah Najib. Dia dikaitkan juga dengan isu komisyen pembelian kapal selam dan yang terbaru, pengurnian tender kepada Eurocopter untuk menggantikan helikopter Nuri turut dipertikaikan proses tendernya. Gelagat isterinya yang dikatakan boros berbelanja turut disentuh oleh banyak pihak khususnya pembangkang. Rosmah kini digelar ‘Imelda Marcos The Making” oleh pemimpin pembangkang.

Biar apapun tohmahan yang dibuat ke atas Najib, Abdullah Badawi tetap mahukan Najib sebagai penggantinya. Begitu besarnya kepercayaan Abdullah terhadap Najib. Mungkin disebabkan Najib sudah bersumpah di dalam masjid ataupun Abdullah sudah terhimpit dengan masalah kroninya. Mungkin juga rahsia Abdullah dan kuncu-kuncunya ada pada tangan Najib. Begitu juga sebaliknya. Adakah mereka berdua mahu menjaga ‘lubang’ masing-masing?

Entah kenapa, Abdullah Badawi sanggup dikambing-hitamkan oleh UMNO bila BN kalah dalam PRU 12 yang lalu. Padahal, Najib juga turut mengatur calon BN dalam PRU itu. Banyak keputusan yang dibuat oleh Abdullah sebelum ini yang dibincangkan bersama dengan Najib. Terbaru, lihat sahajalah bagaimana Najib gagal membantu jentera BN menewaskan Anwar di Permatang Pauh. Bukan sahaja BN kalah dalam pilihanraya kecil itu, malah majoriti BN juga merosot teruk. Siapa yang mengetuai jentera BN di pilihanraya kecil itu? Bukankah Najib orangnya.

Sedar atau tidak, kekalahan BN dalam PRU 12 yang lalu bukan sahaja disebabkan oleh kelemahan Abdullah, tetapi juga disebabkan oleh Najib yang dikaitkan dengan pelbagai skandal. Pengundi melihat orang nombor 1 dan 2 di negara ini sudah tidak boleh dipercayai lagi. Abdullah dan Najib perlu dihapuskan dari muka bumi politik Malaysia. Begitu besarnya kebencian pengundi terhadap mereka berdua. Itu adalah fakta yang boleh ditanya di 5 buah negeri. Jika Abdullah perlu turun, Najib juga mesti berundur.

Kemenangan besar BN pada 2004 adalah untuk meraikan kebebasan rakyat daripada rejim Mahathir. Atas alasan ekonomi, Mahathir sanggup menghalalkan penahanan tanpa bicara (Operasi Lalang 1987), membunuh karier 4 timbalannya, memecat hakim yang tidak sehaluan dengannya, menggunakan polis untuk menyelamatkan karier politiknya dan menghalang orang tertentu daripada bercakap dengan media. Jika kroni Abdullah dikaitkan dengan Scomi, rakyat masih belum lupa dengan nama syarikat yang dimiliki oleh anak-beranaknya. Mahathir menuduh Anwar mahu menjual negara ini dengan meminjam dari Bank Dunia, padahal pada 1999, Mahathir sendiri yang menulis surat kepada Bank Dunia untuk meminjam wang.

Kini cakap-cakap tentang kembalinya era Mahathirism mula berkumandang di udara politik Malaysia. Oleh kerana Najib tidak dikenali sebagai seseorang yang mempunyai ideologi atau pemikiran asli, mudah baginya untuk melaksanakan pemerintahan dengan menggunakan nasihat Mahathir. Malah musuh kerdil Mahathir, Zaid Ibrahim yang memberi ex-gratia kepada hakim yang dipecat Mahathir baru-baru ini berkata :

“Anda mempunyai 22 tahun era Dr Mahathir. Katakanlah Najib bertahan menjadi PM selama 10 tahun, ertinya 32 tahun Malaysia berada bawah Mahathir.”

Allahyarham Tun Hussein Onn pernah berkata kesilapan terbesar yang dilakukannya adalah memilih Mahathir sebagai penggantinya. Mahathir juga pernah berkata, kesilapan besar yang dilakukannya adalah memilih Abdullah sebagai penggantinya.

Adakah selepas ini Abdullah pula yang akan berkata, kesilapan terbesar yang dilakukannya adalah memilih Najib sebagai penggantinya.

Dah tahu tentang peraduan mudah ini? Jika belum, KLIK KAT SINI DULU!

Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

6 comments:

  1. Salam...

    Part bawah ni, saye tak berapa setuju...

    "Biar apapun tohmahan yang dibuat ke atas Najib, Abdullah Badawi tetap mahukan Najib sebagai penggantinya. Begitu besarnya kepercayaan Abdullah terhadap Najib"

    Tak mungkin Aflah... Hakikatnya Pak Lah sangat BERDENDAM dengan Najib n the geng...mcm komen saye dalam posting awak yang lepas jgk...

    BELIEVE ME! HE (pak lah) IS UP TO SOMETHING!!!

    "Mungkin disebabkan Najib sudah bersumpah di dalam masjid ataupun Abdullah sudah terhimpit dengan masalah kroninya. Mungkin juga rahsia Abdullah dan kuncu-kuncunya ada pada tangan Najib. Begitu juga sebaliknya. Adakah mereka berdua mahu menjaga ‘lubang’ masing-masing?"

    Realitinya, Abdullah sedang dalam usaha dan Prncgn utk mendedahkan segala "KEPINCANGAN" najib! Dan selepas itu menjustifikasikannya sbg SEBAB untuk menyingkir Najib serta utk terus menyambung khidmat beliau.

    CUMA... Sekarang najib sangat bergantung dengan anggota gengnya untuk merancang sesuatu bg menyekat Abdullah...

    At the end of the day, THE BEST MAN WIN!!!

    Samada Abdullah yang menang

    atau

    Najib yang menang...

    ReplyDelete
  2. KETURUNAN UMNO
    SATU KETURUNAN

    Allahyarham Tun Hussein Onn pernah berkata kesilapan terbesar yang dilakukannya adalah memilih Mahathir sebagai penggantinya. Mahathir juga pernah berkata, kesilapan besar yang dilakukannya adalah memilih Abdullah sebagai penggantinya.
    Adakah selepas ini Abdullah pula yang akan berkata, kesilapan terbesar yang dilakukannya adalah memilih Najib sebagai penggantinya.

    NASIB BAIK ANWAR CEPAT SEDAR KERANA TERPAKSA(ADA HIKMAH),PAS DAH TEGUR LAMA...JANGAN-JANGAN..(NAK SUCI UMNO DARI DALAM -KATA ANWAR) .
    KATA ORG PAS -KALAU HENDAK SUCI TONG NAJIS MESTI DARI LUAR TONG.
    KALAU SUCI DALAM TONG,BAU TAHI JUGA.
    MASA TU DIA EGO ,TIDAK INGAT PESANAN ORANG LAMA.

    Mahathirism INILAH WAJAH SEBENARNYA idealogy UMNO YANG AKAN MENBAWA KEHANCURAN ORANG-ORANG MELAYU.
    ANAKNYA AKAN SAMBUNG KETURUNAN UMNO.

    KETURUNAN GILA. ( GILA KUASA )

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Salam...

    pada hemat saya kebencian rakyat terhadap najib adalah melebihi kebenciaan rakyat terhadap pak lah. Najib merupakan seorang pemimpin yang tak selayaknya diangkat menjadi pemimpin.

    Sy menyokong pendapat yang mengatakan "najib tidak mempunyai pemikiran atau ideologi yang asli" orang no.2 negara yang sebeginilah menjadi punca kemelesetan ekonomi dan politik negara dan mencalar teruk imej negara di mata dunia.

    Cuba kita bayangnkan dengan segala macam skandal yg dihadapi najib, bagaimana pandangan masyarkat dunia terhadap bumi bertuah Malaysia jika najib menjadi perdana menteri, sy sendiri malu jika perkara ini terjadi.

    ReplyDelete
  5. Salam,

    "Kereta baru,enjin lama" atau "drebar baru, kereta lama"?

    Dengan penggantian pemimpin, kita mungkin boleh mengatakan bahawa UMN0 akan dapat drebar baru.

    Akan tetapi, yang jelas, sebagai kereta lama, UMN0 memang sudah banyak penyakit, dan drebar baru pula mempunyai rekod "buruk" yang agak banyak.

    Malangnya kamu orang Melayu dan Malaysia yang akan dapat PM baru!

    ReplyDelete
  6. Salam,

    Chekdee maseh dengan perasaan

    " tak suka... tak suka... tak suka..... NAJIB jadi PM" .......

    tapi....

    insan kerdil cam chekdee ni .... mana ada power ..... suka atau tak suka .....SIAPA YANG PEDULI......

    betul tak......

    heheheh..... "jom undi chekdee jadi PM" ..... heheehe.... baru padan muka semua orang .... hehehehehehe .... ada yang mati berdiri tu .... hehehehehe

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.