SIAPA BUNUH BERUK JK?


“Kau dah dengar cerita” tanya Kinto bersungguh.

“Cerita apa?” balas Leman yang baru selesai meneguk milo panasnya.

“Beruk JK kena bunuh. Mengamuk orang tua tu kat simpang tadi!”

Leman tergamam seketika mendengar cerita Kinto. Mahu tidaknya. Selama ni pun, Leman dapat kelapa dari JK untuk dijual kat pasar pekan. Biarpun orang kampung tak berapa suka dengan JK, tapi Leman tak peduli.

“Siapa pulak yang bunuh beruk dia kali ni?”

Leman pulak bertanya pada Kinto yang sedang tersengih pada Cik Mah Janda. Kali ni, dah 3 ekor beruk JK kena bunuh. Baru bulan lepas Leman temankan JK beli beruk baru tu kat Kelantan.

“Pak Ali cakap, anjing Acong yang bunuh beruk JK.” sampuk Ajis yang turut berada di warung kopi Cik Mah Janda.

“Biar betul Jis? Anjing Acong kan bertambat!” kata Leman.

“Aku pun pelik jugak. Tapi, dari semalam aku tak nampak anjing Acong tu. Biasa anjing tu bukan main melalak kalau nampak aku lalu kat tepi umah dia.” jawab Ajis yang tengah menyusun buah dam.

“Memang anjing Acong yang bunuh beruk JK! Pak Ali kata, sejak semalam lagi anjing tu dah tak ada kat rumah Acong. Lagipun, banyak kesan gigit kat beruk tu. Takkanlah harimau pulak yang nak makan beruk JK tu? Ni mesti kerja anjing Acong!” ujar Kinto bersemangat.

“Aku tak percayalah! Takkanlah JK tak dengar suara anjing menggatah beruk dia. Lagipun, aku tak pernah dengar lagi kes anjing makan beruk ni! Macam ada yang tak kena je…”

Leman makin hairan dengan cerita orang kampungnya. Sebulan dulu, orang kampung tuduh Acong yang racun beruk JK. Tapi, JK tak percaya. Selama JK berjiran dengan Acong, kawannya itu tak pernah ada masalah dengan Acong. Memang JK tu panas baran dan mulutnya celupar sehingga orang kampung menggelarnya JK (Jangan Kacau!). Nama sebenar JK pulak Jusoh Khamis, dah kena sangatlah gelaran tu.

“Tu la engkau. Orang kampung cakap, kau tak nak dengar! Percaya sangat dengan Acong tu …” perli Ajis yang terputih mata melihat buah damnya ditelan oleh Pak Hamid Botak.

“Kah! Kah! Kah!”

Macam kenal je ketawa tu. Leman memaling mukanya ke belakang. Memang Icam Kretek yang baru sampai ke warung itu.

“Apasal kau gelak?” tanya Leman.

“Bukan anjing Acong yang bunuh beruk JK tu… Kah! Kah! Kah!” balas Icam Kretek yang baru duduk di hadapan Leman.

“Habis tu siapa?” tanya Leman lagi.

“Ini yang bunuh beruk JK!” balas Icam Kretek sambil menunjukkan batang kayu yang penuh dengan paku dihujungnya.

“Kau nak pergi mana Kinto?”

Kinto langsung tak pedulikan pertanyaan Icam Kretek. Dia terus meninggalkan warung kopi Cik Mah Janda. Biarpun beberapa kali dipanggil oleh Ajis dan Leman, Kinto terus menghidupkan enjin motornya dan berlalu dari situ.

“Mana kau dapat batang kayu ni?” tanya Leman pada Icam Kretek.

“Aku nampak orang tu buang kayu ni kat tepi jeram rumah aku.. Kah! Kah! Kah!” jawab Icam sambil menunjukkan rakaman perbuatan orang itu yang terpapar pada skrin telefon bimbitnya pada Leman.

Leman tersenyum panjang. Dia dah tahu siapa yang bunuh beruk JK selama ni.

“Kau nak tahu siapa yang bunuh anjing Acong semalam?” sambung Icam Kretek lagi sambil mengunyah pisang goreng yang baru dihantar Cik Mah Janda.

Tetiba Leman dan Icam Kretek tergelak sama.

“Kah! Kah! Kah! Orang tua ni pun ‘joint’ sama!”

Dah tahu tentang peraduan mudah ini? Jika belum, KLIK KAT SINI DULU!

Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

4 comments:

  1. BERUK JK?" tengah makan apa tu....
    nampak sodap.
    relax jer....
    Cuti .........
    Jadi beruk
    Betul juga kata, tiori Darwin
    manusia asal drp Beruk...

    Sebab kawan saya tu sebiji perangai mcm beruk Makyeh......
    Beruk JK tu dah berpunya ke ?
    handsome la ..........

    ReplyDelete
  2. sdr. mustapha, tak boleh cakap mcm tu yg teori darwin itu betul; manusia asal drp beruk, walaupun dlm nada lawak dan santai, itu melibatkan aqidah.

    kompleks gak cerita ni, ramai pulak pemegang wataknya, ada iras dgn perebutan jawatan skrng kot. tinggi creativitynya

    ReplyDelete
  3. Salam...

    Semenjak dua menjak ni, dah bertambah 2 & b'ganda2 kreativiti ummah...

    Ada puisi, ada cerpen bunuh YB, ada syair... Macam2...

    Aflah pon tak ketinggalan... Caya lah sis!

    Heh!

    ReplyDelete
  4. apa yang korang dapat kata mengata sesama muslim....kesian...aflah aku jarang masuk dan bagi komen ...tak mampu nak kata apa...lagi...semoga korang semua ALLAH bagi hidayah... dalam laman nih patut bagi lah komen membina ...ini tidak dah jadi markas benci membenci apa yang korang dapat...

    selamat dini hari

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.