JAMINAN KERAJAAN SEDIKIT MELEGAKAN


Usaha kerajaan melalui Bank Negara Malaysia dan Kementerian Kewangan untuk menjamin sepenuhnya wang tunai dalam ringgit dan mata wang asing yang didepositkan di dalam kesemua institusi kewangan tempatan sehingga 2010 sedikit melegakan.

Sejak kebelakangan ini, telah wujud kebimbangan di kalangan penyimpan mengenai keselamatan simpanan mereka memandangkan dunia sedang dilanda krisis kewangan. Ada di antara penyimpan yang mula mengeluarkan wang mereka melalui bank kerana polisi BNM sebelum ini hanya melindungi setakat RM 60 ribu melalui PIDM (Persatuan Insurans Deposit Malaysia).

Ramai penyimpan yang mula sedar tentang perkara ini dan meminta kerajaan menimbangkan semula jumlah pampasan yang sepatutnya diberikan kerana ada penyimpan yang menyimpan lebih dari RM 60 ribu pada satu-satu masa. Bayangkan jika sesebuah bank mengalami kegagalan, penyimpan yang menyimpan lebih dari RM 60 ribu hanya akan memperolehi pampasan setakat RM 60 ribu sahaja. Keadaan ini tentunya akan merugikan mereka.

Justeru itu, langkah kerajaan untuk menjamin kesemua simpanan tunai yang dibuat oleh pendeposit adalah tepat pada masanya. Langkah ini sekurang-kurangnya dapat mengelakkan berlakunya pengeluaran tunai yang besar dari institusi bank tempatan. Bagaimanapun, sekiranya terdapat bank-bank dalam negara ini yang mengalami masalah kewangan yang ketara selepas ini, kerajaan terpaksa berhadapan dengan beban besar untuk menanggung kerugian itu.

Sudah tentu beban kerajaan adalah beban rakyat juga.

Dah tahu tentang peraduan mudah ini? Jika belum, KLIK KAT SINI DULU!

Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

1 comments:

  1. wah ..... tak lama lagi...permintaan kepada peti simpanan sure tinggi ...... hmmmm ... risiko perompak masuk pulaklah masalahnyer.....

    dimana-mana pun ada sahaja masalahnyer .....

    Berdoa jerlah berbanyak-banyak......

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.