Hari ni, ramai yang sensitif bila berbicara tentang duit. Apa tidaknya, kalau pecahkan duit 50 ringgit hari ini, belum tentu lagi bakinya ada ke tidak esok hari. Bagi yang makan gaji, kalau ada kerja ‘overtime’, bolehlah digagah untuk menambahkan angka dalam slip gaji.
Nak meniaga pulak bukan senang. Ramai peniaga yang bersungut sekarang ni. Kalau dulu, ramai yang datang membeli tapi sekarang, ramai yang datang menjenguk dari membeli. Apa nak buat, takkan nak paksa orang beli barang kita. Sekali lagi, kenalah sabar dan bijak mencari peluang.
Minyak dah turun tapi harga barang tak turun-turun.
Itulah rungutan yang selalu kita dengar dari pengguna macam kita. Sebenarnya, bukan harga tak nak turun tapi disebabkan oleh nilai duit kita yang makin susut dan juga temberang penjual yang syok jual harga tinggi. Duit 10 ringgit sekarang, nilainya cuma 2 ringgit sahaja. Apa guna ada 10 ribu dalam bank kalau nilainya cuma 2 ribu sahaja. Kenalah tahu cara nak naikkan semula nilai duit kita.
Habis tu, apa kita kena buat?
1) Sementara Syawal masih ada, apa kata kita buat puasa sunat 6. Ajak semua ahli keluarga kita buat sama. Kalau dah buat puasa 6, tambahkan pula puasa sunat Isnin dan Khamis. Juadah berbuka pula jangan buat macam-macam. Sekadar makanan seimbang seperti nasi, ikan dan sayur sudah memadai. Kuih raya yang masih belum habis dimakan boleh dijadikan manisan pembuka selera. Kalau tak terbuka juga selera kita, bayangkan saja nasib penduduk Haiti yang hanya makan pai tanah liat. Tentu berselera.
2) Buat satu tabung kecil. Daripada botol plastik minuman gas yang kita beli masa raya tu pun boleh. Ajak anak-anak hiaskan tabung tu kasi cantik. Buat beberapa tabung. Setiap seorang ada satu tabung lagi baik. Tapi, jangan lupa adakan satu tabung khas untuk kita dermakan pada anak yatim ke, amal jariah ke atau tujuan lain yang dituntut oleh Islam. Dengan adanya tabung sedekah tu dalam rumah kita, bila-bila masa kita boleh bersedekah. Selain mendapat pahala, sedekah juga dapat menghalang kita daripada mendapat bala. Siapa tahu, mungkin dengan tabung sedekah yang ikhlas kita buat tu dapat mengelakkan rumah kita daripada diceroboh pencuri.
3) Beli barangan keperluan yang diperlukan sahaja. Lupakan dulu hajat untuk menukar barang lama. Sekarang bukanlah masa yang sesuai untuk membeli-belah. Biarpun tawaran harga diberikan penjual tampak murah, tetapi kalau ikut nilai sebenar ekonomi, harganya masih tinggi. Misalnya kasut yang dijual RM 30 sepasang, nilai sebenarnya adalah RM 150 dari sudut ekonomi. Mahal tu! Lagi satu, jangan lupa sediakan senarai barang yang ingin dibeli setiap kali mahu membeli-belah. Tidak kira samada anda ada duit lebih atau tidak, senarai itu mesti ada. Bukannya apa. Kekadang kita ni selalu ‘terlupa’ bila duit masih tebal dalam dompet. Bila dah nipis dompet tu, baru nak nyesal. Tak guna dah.
4) Bagi yang ada tanah sekangkang kera, elok juga kalau tanah tu digunakan untuk menanam sayur. Tanam saja sayur yang mudah hidup dan senang jaga. Misalnya kangkung, kacang bendi dan juga cili. Aktiviti ini boleh dibuat di hujung minggu. Daripada melepak depan TV, ada baiknya kita berkebun sikit-sikit. Selain mendatangkan hasil yang boleh dimakan, aktiviti ini juga boleh mengeluarkan peluh dan menyihatkan badan. Mula-mula memang malu dan bosan, tapi bila dah nampak hasilnya, kebosanan itu akan hilang dengan sendirinya. Silap haribulan, orang yang mengata kita dulu akan meniru aktiviti pertanian kita.
5) Ramai yang dah tahu tapi belum mahu mencuba. Aktiviti kitar semula. Sudah tiba masanya kita mengasingkan sisa sampah yang kita buat. Cuba buat tong khas untuk bekas tin, kertas dan juga kaca. Tak perlu cantik-cantik. Gunakan saja apa yang ada untuk dibuat bekas menyimpan. Bila dah rasa banyak, tunggu sahaja Ah Pek beli barang lusuh lalu depan rumah kita. Memanglah hasilnya tak seberapa, tapi sekurang-kurangnya, kita dah berusaha menyelamatkan bumi ini daripada dicemari sisa sampah kita. Alam dan manusia kan saling berkaitan. Kalau bumi tercemar, kita juga yang menikmati pencemaran itu.
Buat masa ini, cukuplah dulu 5 tips di atas. Kalau tak dapat buat semua, dapat buat 3 perkara pun dah cukup baik. Tentu ada yang bertanya, apa kaitan tips di atas dengan usaha untuk meningkatkan kembali nilai wang kita.
Jawapannya akan bersambung nanti.
Dah tahu tentang peraduan mudah ini? Jika belum, KLIK KAT SINI DULU!
- Blogger Comment
- Facebook Comment
4 comments:
PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
Salam....
ReplyDeleteakak.... brilliant idea... mcm iklan TV pun adaaa...hehehe... anyway tips yang sangat bermanfaat untuk kita semua, apa kata kita sama-sama mencubanya, bukan susah sgt...anda mampu mengubahnya...hehehe..;-)
TIP KE
ReplyDelete6.JADILAH AHLI PERSATUAN PENGGUNA YANG ADA DISETIAP NEGERI.
7.BAYAR ZAKAT JANGAN BUAT TIDAK KISAH
8.JANGAN AMALKAN RASUAH.
9.BERSYUKUR APA YANG DAPAT.
10.SUKA BERDERMA HARTA WALAUPUN SEDIKIT.
(SEMBAHYANG 5 WAKTU JANGAN LALAI)
HIDUP SAYA TIDAK PERNAH PUTUS DUIT WALAU ADA 10 SEN.
APA YANG SAYA HENDAK SEMUA DAPAT.
DINAR EMAS DAN WANG KERTAS SESUATU YANG PERLU DI TELITI PENGGUNAANNYA
SESUATU YANG PERLU KEBIJAKSAAN DRP SISTEM EKONOMI.SISTEM PENAWARAN DAN PERMINTAAN.
SISTEM BATA.
Negara Jepun telah lama amalkan sistem kitar semila,koperasi dan amalan jimat cermat ini.
Anwar lbrahim adalah perancang ekonomi lslam Malaysia
dan bahasa baku.
Yang telah dilupakan.
Banyak sistem yang berfeadah tidak diamalkan oleh rakyat malaysia.
kerana kepimpinan yang telah rosak dari akal umbi.Hendak jadi ketua senang hendak jadi pemimpin bukannya senang.
Kalau pemimpinyang rosak otok itu banyak sekali.
OTAK YANG PALING MAHAL SEKALI HARGANYA ADALAH OTAK ORANG MELAYU
SEBAB TIDAK DIGUNA.MASIH BARU.
SAMBUNG LAGI.
Salam..
ReplyDeleteTiga dari langkah-langkah tersebut, memang sudah menjadi kebiasan bagi keluarga kami.
p/s: untuk langkah ke5 memang sudah diamalkan untuk anak-anak..duitnya menjadi duit tabungan atau duit jajan mereka..seronok tengok anak-anak berlajar urusan jual beli.(walau tak seberapa)
saya pernah masuk ke satu arked di selangor untuk membeli pakaian anak di waktu bulan ramadhan. satu keistimewaan arked ini adalah, tidak seperti mana² arked yang lain selalu dok putar lagu raya, ia putar ceramah agama mengenai berinfaq.
ReplyDeletesaya tak ingat penceramahnya siapa tapi saya terpaku di arked tu lama jugak. dengar ceramah. sudahnya barang tak beli.
intipatinya menarik sekali bilamana ustaz berkenaan mengatakan bahawa Nabi saw & para sahabat amat gemar bersedekah tak kira masa & tak kira di waktu susah. dan tiada di antara mereka yang mati dalam keadaan miskin. antara sahabat Nabi saw yang paling dermawan adalah Sayyidina Usman bin Affan ra sehingga beliau meninggal dunia pun di selubungi kekayaan.
Berkata Ibn Abbas ra : Bahwa Rasulullah saw adalah orang yang paling dermawan, dan lebih dermawan lagi saat ramadhan, ketika dijumpai Jibril (as), yang mengunjungi beliau setiap malam dibulan ramadhan, dan mengajarkan beliau saw Alqur'an, maka sungguh Rasulullah saw lebih dermawan dalam berbuat baik daripada angin yang berhembus" (Shahih Bukhari)
& di dalam al-Quran sendiri Allah swt berfirman:
Al-Baqarah [2:261] : Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.
itu janji Allah swt, janji Allah swt sudah pasti benar. lagi kita tidak berharta, lagi perlu untuk kita berinfaq sebenarnya...