SAPP MALU SENDIRI?


Merujuk kepada artikel Malaysiakini yang bertajuk “SAPP mungkin keluar BN 17 Sept”

Saya tertarik dengan kenyataan yang dibuat oleh Setiausaha Agung SAPP, Richard Yong yang menyatakan, parti SAPP sudah 6 kali tidak dijemput untuk menghadiri mesyuarat Dewan Tertinggi BN sejak akhir-akhir ini.

Kedudukan parti SAPP dalam Barisan Nasional nampaknya sedang ‘digantung tak bertali’ oleh BN. Kehadiran ataupun keanggotaan SAPP dalam BN seperti tidak diperlukan lagi. Mungkin BN mahu SAPP ‘faham-faham’ sendiri agaknya ataupun BN mahu ‘mengajar’ pemimpin SAPP yang terlalu lantang menggugut kerajaan BN sebelum ini.

Rasanya, tidak perlulah SAPP menggugut untuk meninggalkan BN pada 17 September ini. Ugutan mereka tidak akan membawa apa-apa lagi makna pada BN. Kalau mereka teringin sangat mahu keluar daripada BN, maka dipersilakan dengan segala hormatnya.

Pintu sedang dibuka luas oleh Pakatan Rakyat untuk menerima mana-mana parti atau ahli parlimen BN yang berhasrat untuk keluar dari BN. Agaknya, pengawal yang menjaga pintu Pakatan Rakyat itu sudahpun bosan dengan kerjanya kerana sehingga kini, belum ada ‘VVIP’ pun yang mahu memasuki pintu itu.

Nur Aflah : Nampaknya episod kejar-mengejar belum lagi tamat. Rombongan BNBBC sudah lari ke Hong Kong dan rombongan PKR pula sedang tersekat di Taiwan kerana ribut. Macam-macam…
Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

2 comments:

  1. malu nih aku mnurun. muka saper yang berseri seri muka saper yang muram..kalau dua dua muka takder. berat alamat tu.

    ReplyDelete
  2. Pohon maaf saja.

    SAPP tak malu sendiri. SAPP merupakan komponen Bn yang pertama menyuarakan kehilangan percaya kepada pimpinan Pak Lah sebagai Perdana Menteri. Lepas tu dah di kutuk semua. Sekarang MCA, Gerakan dan lain-lain dalam BN pun buat yang sama.

    Yang penting PKR jangan malukan sendiri. Mana mereka yang mahu menyertai Pakatan? 916 dah jadi janji kosong ka?

    Janganlah hampakan harapan rakyat tahu......

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.