KENAPA ANWAR NAK JUMPA PAK LAH?


“Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau sedang membuat temujanji untuk mengadakan pertemuan dengan perdana menteri secepat mungkin bagi membincangkan tentang penahanan ISA dan masa depan politik Malaysia.”

Itu adalah petikan laporan yang disiarkan oleh Malaysiakini.

Jika pertemuan itu benar-benar berlaku, dua perkara penting yang akan menjadi intipati utama pertemuan mereka iaitu ISA dan masa depan politik Malaysia.

Isu ISA tidak menghairankan sangat kerana Pakatan Rakyat sememangnya istiqamah sejak dulu lagi menentang ISA. Tetapi, apa yang lebih menghairankan saya ialah mengenai masa depan politik Malaysia.

Sebelum ini, Anwar sendiri telah mengeluarkan kenyataan yang Pakatan Rakyat berkemungkinan besar akan menubuhkan kerajaan baru pada atau sebelum 20 September 2008. Ertinya, masa untuk Anwar bergelar PM ke 6 cuma tinggal seminggu sahaja lagi.

Dalam baki seminggu pemerintahan Pak Lah, apakah keperluan Anwar untuk berjumpa dengan Pak Lah? Adakah Anwar bimbang Pak Lah akan menggunakan ISA untuk menahan seberapa ramai ahli parlimen bagi menggagalkan misi 16 Septembernya atau Anwar ada ‘agenda lain’ untuk dibincangkan dengan Pak Lah?

Persoalan ini memang menarik untuk dikupas kerana mengikut lojik, mustahil Pak Lah akan menggunakan ISA untuk menahan seberapa ramai ahli parlimen kerana perbuatan sebegitu tentunya akan menimbulkan tentangan daripada rakyat, khususnya penyokong Pakatan Rakyat.

Tidak mungkin juga Pak Lah akan membebaskan semua tahanan ISA jika itu yang diminta oleh Anwar dalam pertemuan tersebut.

Mungkinkah ada 'agenda lain'?

Fikir-fikirkanlah …
Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

12 comments:

  1. Nasib baik memang petik dari Malaysiakini :)

    ReplyDelete
  2. apa yg nk dibincang?

    sudah jelas, keadaan skrg memihak kpd PR. malay saudara tulang besi sendiri telah menyatakan bahawa penyeberangan pasti akan berlaku malah dgn lebih kukuh lagi majoritinya. realitinya paklah sudah hilang kuasa, polis pon tidak mampu dikawalnya. bahkan ahli2 UMNO sendiri tidak patuh kepada pres nya lagi

    ramai telah menyatakan bahawa negara ini selama selepas GE yg lalu, dalam keadaan autopilot. kini, kuasa sudah hampir pasti jatuh ke tangan PR. apa lagi yg mahu dinyatakan DSAI kepada paklah?

    pendapat saya, hanya sekadar memaklumkan kepada paklah secara jujur, yg 916 pasti berlaku dan beliau tidak dapat berbuat apa2 lagi. peralihan kuasa yang asalnya dipelopori oleh DSAI dan PKR sahja, kini mendapat mandat dr rakan2 dlm PR dan MP2 yang telah menyatakan komitmen untuk menyertai PR dan menubuhkan kerajaan yang baru.

    paklah kini masih tidak sedar yang beliau sbnrnya sudah tidak ada harapan lagi. org disekeliling beliau tidak mungkin dan tidak pernah menberitakan gambaran sebenar politik tanah air menyebabkan paklah sentiasa dilambung mimpi indah.

    pertemuan kali ini hanya untuk menasihati paklah agar berputus asa, dan menghentikan segala perbuatan desperado beliau untuk terus kekal dgn jawatan PM. hanya sekadar menyatakan bahawa " anda telah kalah. hentikanlah, kerana ini hanya akan merosakkan negara dan rakyat."

    itu adalah yang terbaik utk paklah

    alok

    ReplyDelete
  3. alok,

    Saya pun bersetuju dengan pemikiran anda.



    Orang Malaysia

    ReplyDelete
  4. Rasanya kalau x ada ISA, negara jd mcm demokrasi kat Amerika x? itu yg kita mahu?

    ReplyDelete
  5. Hi Nur Afilah,
    Its a very good question.Saya pun rasa pelik juga,kenapa Anwar hendak jumpa dengan Pak Lah ini yang mencemarkan nama beliau dengan kerjasama dan muslihat Khairy baru2 ini di PP.Tak habis2 dengan sandiwara orang2 politik ini.Hope they are not trying to belittle the intelligence of the rakyat again.May god save the nation.
    Regards.

    ReplyDelete
  6. Saya percaya pertemuan ini hanya untuk membebaskan Tresa Kok yang menjadi mangsa ISA.

    Kita tunggu dan lihat.

    ReplyDelete
  7. YES to Pakatan, NO to Anwar

    ReplyDelete
  8. anwar mahu kejutkan dollah dari tidur nya.

    ReplyDelete
  9. salam , pertemuan ini mungkin :-
    1). soal ISA,- nasihat agar hentikanlah tindakan zalim.imej negara bertambah jahanam dgn tindakan tersebut lbh2 lg d buat d bulan puasa. mungkin kita ingat semua yg berlaku atas arahan PM. perlu d ingat, dlm krjn ni byk sgt tangan2 ghaibnya nya. terbaru adalah dakwaan syed hamid . kalo x silap dia bg tau bukan arahan dia ttg ISA tu. ( boleh caya ka ?)

    2). menasihati paklah agar berhenti melakukan kerosakan, dan utk kebaikan kpd rakyat dan kpd dirinya yg bakal d cincang lumat2 oleh gandingan muhidin, najib dan mahathir yg spt uda sepakat mau jatuhnya kan secara hina, lebih baik berhijrah ke dlm pakatan. ya , paklah juga bakal d cincang dlm pakatan rakyat tp sekurang2nya dia mempunyai sedikit sumbangan utk merialisasikan kehendak rakyat dan tidak menyerahkan tampuk kpd puak2 yg bakal meneruskan kedurjanaan dan rompakan.

    boleh anda bayangkan bangaimana jadinya bila gandingan muhidin + mahathir + najib yg akan menarajui negara?

    apa2 pn sesudah itu terpulang kpd pak lah sendiri. nasihat dan pandangan uda d beri. kami bisa hulurkan tgn tapi anda harus menyerahkan pentadbiran kpd pakatan. kalo nk berkeras juga , tunggu dan lihatlah apa yg bakal d lakukan oleh gandingan MNM kpd anda...sukar sekali d bayangkan...

    kpd saya inilah muzakarah yg sebenar... mengajak org yg telah melakukan kesilapan utk bersama dlm kelompok kita agar perubahan yg lbh baik dpt d lakukan... bukan nya kita berjumpa utk terjun masuk ke dlm kelompok jahanam.

    wassalam, sekadar pandangan

    ReplyDelete
  10. Bismilah hir Rahman Nir Rahim
    Cik Nur
    Bagi pandangan saya pertemuan di antara Saudara DSAI Dengan Pak Lah perlu kerana Pak Lah da buang tabiat untuk mengusung orang yang tak bersalah ke kemunting taiping .So elok lah Saudara DSAI pergi selotok secara gentlemen atau ikut konsep TOM & Jerry . "IF U CANNOT CATCH THEM SO U JOINT THEM ,IF U ALREADY JOINT (MEET)THEN U CAN ESAY CATCH THEM.

    ReplyDelete
  11. Hello semua, bonjorno,

    Miss What!
    Perjumpaan dengan Paklah pujuk dia lompat ke PKR sebelum dibuang Parti dia sendiri!
    He..He...

    ReplyDelete
  12. ADA PENULIS BLOG CERITER HARTAL....EWAH..AH ..AH..

    HARTAL KONON..BUATLAH...BIAR SEMUA TELUNGKUP....JALAN BIJAK BINCANG ADA TAK NAK BUAT .CERITER PASAL HARTAL. ORANG POLITIK MANA MANA PUN SAMA...JAGA TEMBOLOK SENDIRI. AKU ORANG YANG MENYUSAHKAN HIDUPORANG LAIN ... TAU MACAM MANA NAK AJAR..

    PIRAH HARTAL HARTAL

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.