PELIK TAPI BENAR


Peruntukan sudah lama diluluskan tapi projeknya tak bermula lagi.

Bernama melaporkan,

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Mustapa Mohamed meluahkan rasa tidak puashatinya berikutan projek pembinaan jalan dari Kampung Sungai Rual ke bandar Jeli tidak berjalan sedangkan peruntukan sudah diluluskan sejak 3 tahun dahulu.

Beliau yang juga Anggota Parlimen Jeli berkata, projek pembinaan jalan sepanjang enam kilometer yang menelan belanja RM20 juta itu masih tidak menampakkan sebarang aktiviti yang menunjukkan ia berjalan.

Projek pembinaan jambatan baru bernilai RM150,000 mengantikan jambatan gantung di kampung itu, yang runtuh akibat banjir tahun lepas, juga belum disiapkan, katanya.

Sehubungan itu, Mustapa berkata beliau akan membawa perkara itu kepada pihak berkenaan termasuk Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) dan Jabatan Kerja Raya (JKR).

Nur Aflah :
Sampai bila rakyat nak dengar berita-berita macam ini lagi? Tolonglah jalankan tugas dan amanah anda sebaik mungkin. Bayangkan penderitaan yang terpaksa dialami oleh penduduk di situ. Takkan nak tunggu Karam Singh Walia ‘gegar’ baru terhegeh-hegeh nak buat kerja?
Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

3 comments:

  1. Salam...

    Sebagai makluman...

    Kat Sabah, belambak2 kes macam ni, sehinggakan rakyat muak!

    Sandakan, Telupid, Ranau, Tawau, Kudat, Pedalaman Atas Pedalaman Bawah, even Kota Kinabalu pun...

    Kinabatangan? Oh yes! The worst among others...! Bung Moktar tu? Bekalan air pun belum sampai di kebanyakan kawasan "jajahan"-nya... Yang paling teruk lagi, keperluan asas tu tak sampai even di kampung2 yg terletak di tepi jalan raya pun! Tepi jalan utama! Tak pecaye? Cube cek, and biar saya tlg provide nama kg tu kat sini, Kampung Paris! Indah namanya kan?

    Regards!

    ReplyDelete
  2. Salam!

    Aflah, nak nyampuk laxmana sikit..

    takkan kita sebut kg. paris saja kot? kg. sg.lokan pun sampai sekarang rasanya takde air paip dan letrik...

    sudahlah bung mokhtar, kau itu retorik sj ba...

    ReplyDelete
  3. SEBAB ITU RAMAI RAKYAT KELANTAN LARI KE NEGERI LAIN,TETAP TIDAK SETERUK NEGERI SERAWAK/SABAH.
    AKAN LARI MASUK PKR.

    HU ,HU ,HU PENAT BERJALAN.
    KENA SELAK..........KAIN.
    DAH BIASA KALAU MUSIM BANJIR.

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.