DIMANAKAH TAHAP IMAN KITA?

Ulama Syria, Mustafa al-Siba'iyy menggambarkan empat jenis manusia dalam menghadapi Ramadan iaitu:

•Seseorang yang tidak banyak mengetahui mengenai Ramadan. Dia beranggapan datangnya Ramadan hanya menjadi penghalang bahkan tidak ada manfaatnya. Ramadan dipandang sebagai tradisi keagamaan semata-mata yang tidak memberi kesan positif baginya. Golongan ini tidak menunaikan kewajipan berpuasa.

•Seseorang yang hanya memandang puasa Ramadan sekadar menahan lapar dan dahaga kerana dia sangat berkeinginan untuk tidak berpuasa bahkan mengolok-olokkan orang lain yang berpuasa. Dia berpura-pura berpuasa kepada orang yang tidak mengenalinya, tetapi secara terang-terang menampakkan kepada orang yang sejalan dengannya bahawa ia tidak berpuasa.

•Seseorang yang hanya memandang Ramadan sebagai tradisi tahunan ditandai dengan hidangan melimpah sebagai kesempatan untuk berbual kosong sehingga fajar dan tidur siang sehingga terbenam matahari. Ia menjadi seorang yang pemalas melaksanakan tugasnya.

•Seseorang yang memandang Ramadan sebagai saranan untuk memperbaiki fungsi jiwa manusia supaya jiwanya rela berkorban, melatih bersabar dan pendidikan yang mencerminkan ketakwaan.

Inilah empat kategori manusia menghadapi Ramadan. Tanyalah diri, di manakah kita berada. Sesiapa menyambut Ramadan sebagai cara memperbaharui keimanan, pendidikan akhlak, memperkukuhkan rohani, mereka akan mendapat manfaat.

Setiap Muslim yang berpuasa akan meningkatkan sikap taat, mengoptimumkan usaha meningkatkan perhambaan kepada Allah, bersikap rendah hati di bawah kebesaran-Nya, berusaha mendekatkan diri kepada-Nya.

Di samping itu, sesiapa yang memandang mengikut hawa nafsu, melakukan kezaliman, permusuhan dan saling membenci adalah kelemahan yang akan mematikan roh dan semangat untuk berpuasa.

Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Barang siapa yang tidak meninggalkan ucapan dan perbuatan keji tidak ada ertinya bagi Allah walaupun ia meninggalkan makanan dan minuman." (Hadis riwayat Bukhari)

Nabi SAW pernah berpesan supaya orang yang berpuasa tidak mengeluarkan kata keji dan kotor. Di samping itu, jika orang mengajak kepada pembunuhan atau perkelahian, perlu kita menyebut, "sesungguhnya saya berpuasa."

Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Puasa adalah perisai, maka ketika di antara kamu sedang berpuasa maka hendaklah jangan melakukan tindakan keji dan menengking. Apabila ada seseorang yang mengumpat dan hendak membunuh kamu, maka katakanlah, "Aku sedang berpuasa, aku sedang berpuasa." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Sesiapa yang berpuasa dengan penuh keimanan dan ketulusan, Allah akan mengampunkan dosanya yang terdahulu." (Hadis riwayat Bukhari, Muslim dan Abu Daud).

Keimanan akan diperoleh selagi dia tidak bercampur dengan perkara fasik dan maksiat. Sesiapa yang berpuasa pada siang dan melakukan ibadat pada malamnya, akan mendapat keampunan sepanjang waktu daripada Allah. Inilah nikmat terbesar dijanjikan Allah pada bulan mulia ini.

Orang yang berpuasa, doanya mustajab. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Tiga golongan yang mustajab doanya iaitu pemerintah yang adil, doa orang berpuasa ketika berbuka dan orang dizalimi yang tidak ada padanya dengan Allah hijab."

Oleh itu, ketika berbuka, ingat untuk berdoa kepada Allah kerana waktu itu adalah mustajab doanya. Apabila duduk di hadapan hidangan, kamu bergembira maka itu adalah kegembiraan di dunia. Akan datang pula kegembiraan di akhirat ketika bertemu Allah kelak. Ramadan adalah bulan kegembiraan di dunia dan di akhirat.

Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Di antara solat lima waktu, antara Jumaat hingga Jumaat lagi, antara Ramadan hinggalah Ramadan lagi itu dapat menghapuskan dosa apabila kamu menjauhi dosa besar." (Hadis riwayat Muslim)

Menghayati ibadat puasa dengan sebenar-benarnya akan membawa seseorang kepada ketakwaan. Orang berpuasa secara ibadat yakin tujuan puasa dan sentiasa berusaha memelihara puasanya. Ibadat dilakukan dengan ikhlas sudah tentu memberi kesan dalam kehidupan

Oleh itu, ketakwaan sebagai tujuan puasa menjadikan seseorang menjauhi kejahatan dan sentiasa melakukan ketaatan. Firman Allah yang bermaksud: "Dan bertakwalah kepada Allah dan ketahuilah bahawa Allah sangat keras seksaannya." (Surah al-Baqarah, ayat 196)

Ibn Abbas berkata, ketakwaan itu adalah taat kepada Allah dengan sebenar-benarnya dan berkata Mujahid pula, ketakwaan adalah taat dan tidak melakukan kemaksiatan, berzikir dan tidak melupakannya, bersyukur dan tidak mengkufurkan nikmatnya.

Imam al-Ghazali menyebut, ketakwaan sebagai membersihkan hati daripada dosa sehingga ia sentiasa lurus berhubungan dengan Allah. Ketakwaan kepada Allah menjadikan seseorang suka melakukan perintah-Nya dan takut terjebak dalam kemurkaan-Nya, sentiasa mensyukuri nikmat-Nya, memohon keredaan, doa dan keampunan.

Ketakwaan menambahkan ketinggian dan kemuliaan di sisi Tuhan dan manusia bersesuaian dengan firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya orang yang mulia di sisi Tuhan kamu adalah orang yang bertakwa." (Surah al-Hujurat, ayat 3)

Ramadan adalah bulan diberkati. Sesiapa yang mengetahui fadilatnya akan merebut peluang pada bulan mulia ini dengan sebaik-baiknya untuk menambahkan keimanan dan ketaatan

Penulis ialah pensyarah Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan Universiti Sains Islam Malaysia (Usim) dan felo badan bukan kerajaan, Future Global Network.
Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

4 comments:

  1. SUDAH MENJADI TREND SETELAH SEBULAN BERPUASA MAKA AKAN ADANYA RUMAH-RUMAH TERBUKA,BERPESTA MAKAN BERMACAM MACAM JENIS JUADAH KUIH MUIH SEOLAH OLAH TAMATNYA SENGSARA SEPANJANG BERPUASA .SEBULAN BERPUASA DIBALAS DENGAN SEBULAN BERHARI RAYA.
    KAWAN-KAWAN BERTANYA BILA HENDAK BUAT RUMAH TERBUKA.
    MAKA MEE MENJADI SASARAN UTAMA.
    ORANG POLITIK DENGAN SATE.DISANA SINI ADA RUMAH TERBUKA.
    KATANYA HENDAK RAI KEMENANGAN.
    SUKAR KITA HENDAK BEZAKAN.
    ANTARA TANDA KESYUKURAN ATAU KEMEGAHAN.HENDAK KATA MEMBAZIR TIDAK JUGA KERANA DIMAKANNYA HABIS.
    MAKA RANCAK LAH KITA DENGAN PERANGAI LAMA:
    1.BERMUSUHAN DENGAN KEPENTINGAN POLITIK
    2.TV DENGAN HIBURANNYA.
    3.RASUAH/MAKAN HARTA ANAK YATIM.
    4.ROGAL/LIWAT.
    5.JENAYAH.
    6.MAIN NOMBOR.
    7.PEREMPUAN MASIH TIDAK BERTUDUNG.
    KALAU ARTIS LAGILAH.STOP HANYA PADA BULAN PUASA SAHAJA,SEPAS ITU DEDAH SEMACAM SAHAJA.
    ARTIKEL ITU MEMANG HEBAT UTK DIBACA.
    TETAPI NATIJAHNYA TIDAK DAPAT DI AMALKAN OLEH KEBANYAK ORANG.
    DIMANA SILAP,BERPUASA TELAH BERPUASA,IBADAT SUDAH DILAKSANAKAN,
    FIKIRAN MASIH TERGODA?
    DAHWAH TIDAK DAPAT DISAMPAIKAN.
    JANGAN DIAMBIL MUDAH BILA WAHYU DITARIK BALIK AKAN SENGSARA LAH KITA SEMUA.

    ReplyDelete
  2. Salam,

    Ini amaran kerajaan--
    "Jangan sentuh isu berkaitan dengan agama", demikian nasihat Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
    OK, NA, no more religious discussions- or else your site will be shut!
    Ha...ha..

    ReplyDelete
  3. Sebenarnya manusia yang menyarankan kita tidak patut bercakap soal agama adalah manusia yang paling bodoh yang dijadikan oleh Allah SWT.

    Berbincang dan bercakap tentang hal agama adalah ibadah dengan syarat perbincangan hendaklah berlandaskan hukum hakam syariat yang telah digariskan. Kalau tak faham baik diam kerana ditakuti akan mengikut fahaman dan nafsu sendiri yang dipandukan oleh syaitan. Apabila syaitan menjadi mastermind maka jahanamlah agama.

    ReplyDelete
  4. hmmmmmm..........................

    agama .. agama.... agama...ugama ..
    ugama.... amender tu.............

    aku faham ADDIN-NUL-ISLAM...JER

    islam as way life.

    yang lain tu ugama lah.....

    orang kata sembahyang....aku tau solat... jer...

    ada ler jumpa makna sembahyang..tu

    kata bahasa maksud sembah yang tu ialah sembah patung..kata nyer makna tu dari bahasa sanskrit...so tolong ler betulkan ...sapa pakar bahasa.

    so balik pasal agama.....orang lain nak sebut agama islam lantak hangpa la....pada aku addin-nul-islam.. kena faham ...tidak agama agama lain sama taraf ... dengan addin nul islam.

    sori ler yer.. ajak pikir pikir .

    salam

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.