HOON CHENG BEBAS
Hoon Cheng
,
ISA
,
Politik
MSTAR | Tan Hoon Cheng (gambar) telah dibebaskan selepas ditahan hampir 18 jam di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Dia dibebaskan di IPK Pulau Pinang kira-kira pukul 2 petang tadi.
Pembebasan beliau turut disahkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar pada sidang media di Bukit Aman, Kuala Lumpur sebentar tadi.
Tan yang dibawa keluar dari IPK Pulau Pinang pada pukul 8.30 pagi tidak dibawa ke Bukit Aman sebagaimana dilaporkan sebelum ini.
Sebaliknya beliau disiasat di IPK Perak dan dibebaskan di IPK Pulau Pinang.
Ketika ditemui di rumahnya di Bukit Mertajam sebentar tadi, Tan berkata, dia berpuas hati dengan layanan pihak polis sepanjang tahanan.
Menurut Tan, dia telah disoal siasat berhubung laporannya yang berkaitan dengan ucapan Ketua Umno Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail ketika pilihan raya kecil Permatang Pauh, yang melabelkan kaum Cina negara ini sebagai "penumpang".
Dalam pada itu, Syed Hamid menjelaskan, tahanan ke atas pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin dan Ahli Parlimen DAP, Teresa Kok akan disambung - selama 60 hari yang dibolehkan oleh ISA.
Syed Hamid memberitahu, syor untuk menahan mereka datang daripada polis bukannya arahan beliau.
Beliau mengulangi bahawa Tan ditahan ekoran maklumat bahawa keselamatannya terancam dan pihak polis mahu mendapatkan maklumat mendalam.
Kata beliau, penahanan kali ini dibuat kerana pihak polis mempunyai asas kuat yang perbuatan mereka boleh membahayakan ketenteraman awam.
"Polis bertindak dengan kuasa mereka dan bukan di bawah arahannya," kata beliau.
Nur Aflah : Ada orang nak bunuh Hoon Cheng ke?
HOON CHENG BEBAS
ReplyDeleteAPAKATA KALAU DAH TAKUT...MCM TIKUS MUDUK BEBAS CEPAT-CEPAT
JERAT TIDAK KUAT LAGI.....
NAK BUANG AIR BESAR PUN TIDAK SEMPAT.CEPAT-CEPAT BUAT KEPUTUSAN..
KENAPALAH AKU BODOH SANGAT TANGKAP DIA......
MALAM INI AKU TERPAKSA MAKAN PIL TIDUR......BOTAK LAH KEPALA AKU LAGI.................
BESOK BINATANG APA AKU KENA LAKUKAN.
JANGAN-JANGAN KES LIWAT ANWAR.
SUKA SAMA SUKA KE?
TERPAKSA?
BOTAK - BOTAK KEPALA AKU NI....
16 SEPT. MACAM MANA.
ADA KES BARU KE ?
ISA! ISA ! ISA !Ghani-Ghani!!!!!!
TIDUR TIDAK PAKAI SELUAR LA TUUU
OOOOOooooppppppEEEE dash..!
dah di bebaskan pun nak jadi isu ke. da bebas sudah lah....
ReplyDeletepengikut tikus mondok mcm tu lah perangai...bila ditahan di spekulasi...bila di bebaskan puan banyak ragam lagi...
dah bebas sudah lah....yang penting dah bebas... so takder isu...dah.
yang dua orang tu ...apa pun bebas juga nanti. so tak usah nak kalut lah.
cik hoon cheng anda di bebaskan. aku gembira kau bebas... apa yang berlaku aku tak nak ambil tahu...
ReplyDeleteyang penting kau dah bebas..kalau kau tak di bebaskan...macam macam lagi suara tak bertanggung jawab akan keluar. ada jenis manusia suka tengok orang lain kena tahan..kau buat kerja kau aku no komen..tapi ada manusia yang jenis batu ronson..bukan sangat nak juang keadilan tapi sukakan jadi isu... bakar suasana lagi.. yang kena tahan akan keluar .. tapi yang di luar pulak berantakan...itu yang tak bagus.
sekarang nih apa apa pun boleh jadi isu.. kucing beranak pun boleh jadi isu. kambing kena langgar terbungkang pun boleh jadi isu, silap silap boleh di politikkan
itulah budaya kita. seronok orang jatuh..seronok orang tak maju..seronok jatuh susah..seronok gosip gosip pada hal isu isu nih jika di tangani bersama insyaallah boleh di selesai.. aku ISA nih pun kan aku suka,
tapi isu kecik di tokok tambah..taruk garam bebanyak bila makan ..dapat sakit.
cukup lah spekulasi..
ha bro anwar nak jumpa Pak lah..aku kata ALHAMDULILLAH...mana kita tau ALLAH nak gerak hati hamba hamba nya. biaq pi lah. kita positif thinking cukup. jgn nasi tambah lagi. kalau semua parti nak berdakap dakap dan jumpa lagi aku suka... tak kira saper nak dakap saper pun ok...tapi yang pompuan dakap pompuan cukuplah..nanti jadi isu...
bukan apa aku naik rimeh sebagai rakyat marhaen asyik macam macam isu... nak apa apa pun tunggu lah pru 13.... cemuih.letih..bosan..menyampah..
getik..sampai bila nak macam nih.
so bro anwar dan pak lah...semoga terbaik dari anda berdua
aku tak nak syor aper aper. buat lah yang terbaik.
tahun 2008 tahun isu... cepatlah tahun 2009 tahun kejayaan. kalau ikut teori nombor tahun 2008 tahun huru hara.maksud aku..8 simbol api besar..2 nih fluid berkata berkata pandangan aku..lah. korang jgn salah anggap pulak. apa pun segala galanya ketentuan ALLAH .