PERLUKAH ISA DIGUNAKAN?
Setakat posting ini ditulis, hanya 3 orang sahaja yang telah ditahan di bawah Akta ISA iaitu Raja Petra (Malaysia Today), Hoon Cheng (Sin Chew) dan Theresa Kok (DAP) menurut laporan yang dikeluarkan oleh Malaysiakini.
Berita penahanan ini tentunya akan mengundang pelbagai persepsi daripada pihak rakyat. Tentunya, akan ada yang menyokong dan yang menentang penggunaan ISA di negara ini. Mungkin juga, akan ada yang tidak mahu ambil kisah berita ini. Apapun, itu hak masing-masing yang perlu kita hormati.
Secara peribadi, saya yakin yang tiada sesiapapun di antara kita yang akan mempertikaikan penahanan itu jika ketiga-ketiga mereka yang ditahan itu diberikan hak untuk membela diri di mahkamah.
Malangnya, bila Akta ISA digunakan, peluang mereka untuk membela diri tertutup sama sekali. Menurut ISA, mereka boleh ditahan tanpa dibicarakan selama 60 hari dan tempoh itu boleh dipanjangkan lagi sehingga bertahun-tahun lamanya.
Bila seseorang itu ditahan di bawah Akta ISA, yang mengetahui alasan sebenar seseorang itu ditahan hanyalah pihak polis dan menteri sahaja. Orang ramai tentunya akan cuba membuat spekulasi tentang kewajaran penahanan tersebut. Secara tidak langsung, ketelusan tindakan kerajaan akan dipertikaikan oleh rakyat jelata.
Jika Raja Petra ditahan kerana akidahnya terpesong, maka tempat yang selayak untuknya adalah di Pusat Pemulihan Akidah. Jika Hoon Cheng ditahan kerana membuat berita palsu, maka dia patut dikenakan pendakwaan di bawah akta yang bersesuaian dengan kesalahan yang dilakukannya itu. Dan, jika Theresa Kok didapati bersalah kerana cuba menghasut, maka dakwalah dia di bawah Akta Hasutan.
Apapun, hanya Allah, kerajaan dan pihak polis sahaja yang tahu sebab-musabab mereka ditahan di bawah Akta ISA. Mudah-mudahan, Allah menunjukkan kepada kita semua, siapakah yang benar dan siapakah yang bersalah dalam hal ISA ini. Ingatlah bahawa kebenaran tetap memihak pada pihak yang benar.
kebenaran akan berpihak pada yang benar....rasanya rakyat dah mengetahui apa motif yg sebenarnya..
ReplyDeleteinyaallah...
telah jelas apa yg nak sampaikan oleh kerajaan kepada rakyatnya...
ReplyDeletedan telah jelaslah pilihan saya, dimana selama ini hanya dok atas pagar jer..
walaupun saya tahu apalah ada pada rakyat seperti saya ini..
apa yg bermain dipikiran ni,kalaulah rakyat seperti saya ni yg langsung tak angkat port tentang
politik negara tiba2 bersemangat sekali,..bagaimana tentang mereka yg lain?..wallhualam
pendapat tentang isa..biarlah sahabat2 yg lebih senior memberi komen dahulu..
kalau salah tolong tunjukkan..
thanks...
1.ADALAH TIDAK ADIL MENAHAN SESEORANG TANPA BICARA.
ReplyDelete2 ISA HANYA BOLEH DIGUNAKAN UNTUK SEMENTARA WAKTU SAHAJA .
(KECUALI YANG MENGUNAKAN SENJATA API UNTUK TUJUAN KEKERASAN)SEPERTI PARTI KOMINIS MALAYA,GERAKAN-GERAKAN BAWAH TANAH MENENTANG PEMERINTAHAN YANG MENGUNAKAN SENJATA API).
3.KALAU SETAKAD SENJATA PARANG,BULUH RUNCING ITU TIDAK PAYAH SEPERTI DALAM KES DI MEMALI.
DEPA HANYA HANYA UNTUK PERTAHANKAN DIRI SAHAJA.
3.KALAU BERLANJUTAN , PEMERINTAHAN ITU DI KIRA ZALIM.
3.KALAU DALAM KES AGAMA ITU JANGANLAH EMOSI SANGAT.
PARA ULAMA BOLEH PERBETULKAN.PEMIMPIN BOLEH MENGAMBIL TINDAKAN YANG SEWAJARNYA.PEMIMPIN ADA KUASA.
4.BEGITU JUGA ISI PERKAUMAN.
PANDANGAN MASYARAKAT SUDAH MATANG.
5.MENGAPA SEBELAH PIHAK DIAMBIL .
TINDAKAN SERTA MERTA SEBELAH PIHAK DIBIARKAN BEGITU SEBENARNYA INILAH PENYEBABNYA BERLAKU KETIDAK PUAS HATI.KALAU BERPIHAK KEPADA MEREKA HANYA BUAT SYARAT SAHAJA.SEHARI DUA SUDAH LEPAS.KALAU DISEBALIKNYA MAKAN MASA BERTAHUN-TAHUN LAMANYA BERADA DIPENJARA.
6.TOLENRASI BUDAYA,KAUM HARUSLAH DI PUPUK DIWAKTU ALAM PERSEKOLAHAN LAGI.
7.POLITIK KOTOR TIDAK HARUS DIBIARKAN.
8.INI TIDAK JANGAN SOKONG PEMBANGKAN WALAU PUN HUJAH PIHAK LAWAN ITU BENAR.
NAMPAK SANGAT POLITIK ITU MENJADI KOTOR.
POLITIK KOTOR YANG DIMAINKAN OLEH
LACURAN POLITIK.(KES LIWAT)
PELACURAN POLITIK.
POLITIK DI ISA KAN
POLITIK ANTUYA.
POLITIK HANTU.
POLITIKKAN AGAMA.
DIMANA BAIKNYA POLITIK INI?
Assalamualaikum,
ReplyDelete1. Dalam keadaan tertentu, ISA wajar digunakan tetapi seperti kata mustapha, untuk satu tempoh tertentu sahaja.
2. Dalam kes RP, beliau telah banyak kali "diundang" ke Bukit Aman atas isu laman webnya. Sebagai pengelola laman web berkenaan, beliau mempunyai tanggungjawab moral kepada semua masyarakat Malaysia kerana laman webnya memberi akses tanpa had.
3. Telah terdapat pelbagai artikel yang tersiar di dalam laman webnya sejak kebelakangan ini yang mempunyai ciri-ciri untuk menimbulkan keresahan dikalangan rakyat. "The Great Tudung Debate" dan "Not All Arabs Are Decendants From The Prophet" merupakan antara artikel beliau. Saya sarankan mereka yang belum membacanya untuk membacanya terlebih dahulu.
4. Selain daripada itu terdapat juga artikelnya yang berunsurkan fitnah tetapi dengan bijaknya telah dibuat melalui proses "a fine line between truth and lie". Antaranya adalah Kenyataan Bersumpah beliau tentang kes Altantuya di mana beliau telah melemparkan pelbagai tuduhan yang beliau telah dapati daripada "sumber" beliau. Tuduhan terhadap Peguam Shafee Abdullah, kenyataan bahawa beliau ada merekodkan rakaman video perjumpaan di antara beliau dan rakan Syariful.
5. Bukan sahaja artikel-artikel beliau, malahan komen-komen daripada peminat beliau juga ada yang tidak kena dengan adab dan sensitiviti kaum di Malaysia ini. Sebagai pengelola laman web, pada pandangan saya, seseorang itu mempunyai obligasi moral untuk menyekat atau menapis komen-komen yang tidak mencerminkan budaya dan tatasusila negara.
6. Kita semua mempunyai tanggungjawab terhadap antara satu sama lain. Tiada kebebasan mutlak di dunia ini.
Whats the point of this whole exercise. Only one thing..to silence the opposition and keep them in their place when they (BN) go on messing peoples live. Malaysians have a long way to go before even enjoying the word democrasy in its fullest point. Now we are going backwards instead of memara hadapan...OUR FUTURE...
ReplyDeleteThey will be more aggresive to prove a point to us and make sure we will fear them as we did once when TDM was in rule. Habis kesemua hak masing-masing seorang membantah tidak keadilan yang diluas-luaskan oleh pemimpin2 ini.
Tuhan selamatan Malaysia!
Salam,
ReplyDeleteISA barangkali jalan mudah untuk menghukum seseorang, apabila kesalahannya, jika ada, sukar atau tidak dapat dibuktikan.
Tetapi yang jelas ialah hak asasi seseorang itu telah dinafikan, sedangkan kesalahannya, jika ada, belum dibuktikan lagi.
Jadi tidak salah jika ramai orang berpendapat bahawa ISA adalah satu undang-undang yang zalim.
inila yg dikatakan pemerintah yg melampaui batas.pasal RPK plak, dia hanya menampakkan kejahilan tentang akidahnya dan membiarkan orang bukan Islam post komen pasal Islam yang boleh melukakan hati umat islam kat MT.Dia sepatutnya ditarbiahkan oleh ahli agama yang lebih otai bukan campak masuk ISA.Semoga RPK dapat melihat semua ini sebagai ujian dari Allah.Teresa Kok dan Wartawan tu pun spatutnya diberi hak sebagai manusia untuk mempertahankan diri di mahkamah.yang patut masuk ISA adalah samseng ketegaq bukit bendera yang nyata bersifat perkauman dan menghasut untuk mengulangi 13 May.Apa2 hal pun ISA ni patut tak ada lagi bagos tak ada sapa yang susah.Wallahualam.
ReplyDeletesebagai manusia kita hendaklah ada sifat-sifat kemanusiaan.ramadan mubarak!
ReplyDeletekepada yab.dsaab tunjukan sifat2 e2
meletak jawatan sebahagian dr sifat2 e2. rakyat dan bahkan ahli umno sediri x mahu berkehendakan dsaab lagi termasuk mt
so nak tunggu apa lagi
kasi itu power sama pr lah.......
Salman Madani said...
ReplyDeleteSalam,
ISA barangkali jalan mudah untuk menghukum seseorang, apabila kesalahannya, jika ada, sukar atau tidak dapat dibuktikan.
( aku jawab: tidak mudah.......tak se mesti nya
buatlah semakkan kes kes yang lalu knapa individu2 ini di isa kan. jgn sekadar melepas geram. anda dah buat penelitian jujur ke tentang kenapa mereka ini di isakan atau kenapa mereka tidak patut di isakan.
atau untuk adil apa cadangan anda jika isu pekauman tak dapat d bendung apa kaedah nya.
dalam ni ramai yang tak setuju kerana ramai penyokong pihak parti parti yang tak suka BN. kata ISA tak sesuai. BN TAK BN aku tak kisah tapi kalau BN dah teruk aku nak tengok parti hang pa naik .... macam mana nanti. PAS aku yakin dah ada pengalaman memerintah..aku salute tok nik aziz. yang dua parti lagi. aku boleh he he jer itu jer komen aku.
nak tangani budak tadika pun kalut...tambah golongan penghasut yang bertopeng pejuang kebebasan )
Tetapi yang jelas ialah hak asasi seseorang itu telah dinafikan, sedangkan kesalahannya, jika ada, belum dibuktikan lagi.
( aku jawab : aku setuju... 100%
tiada komen...biarlah individu yang tahu undang undang bg pndapat)
Jadi tidak salah jika ramai orang berpendapat bahawa ISA adalah satu undang-undang yang zalim.
( AKU JAWAB :
itu andaian u KE..atau u cakap...bagi pihak orang ramai...atau orang ramai dah bagi amanah pada u untuk bagi pendapat bagi pihak mereka...ayat tersirat...inilah taktik ayat penghasut bercakap ikut andaian..... jujur sikit bole!!!!!!!!!
kalau ya, berapa peratus ramai.
zalim tak zalim bergantung sapa yang tak puas hati...kalau dia mangsa penganiayaan memang zalim.
kalau dia jadi pemangsa cuba merosak fikiran ramai dan dia ada kuncu kuncu nya ...pasti kuncu kuncu nya kata "hoi pemerintah kau zalim"
padahal ketua atau individu yang berjuang atas hak kemanusiaan pada hal berjuang atas tersirat dan agenda tersembunyi ...kesan nya rakyat resah....adil adil ke)
September 13, 2008 10:56 AM
rumusan.
ISA tiada masaallah . yang masaallah individu.
nota ini hanya untuk ajak kita berfikir secara jujur.tiada maksud lain
i am very saddened and shaken with this development. I am more sadden with the fact that Utusan Melayu is being used to spread hate. If there is any newspaper that should be issued a show cause letter, it has to be Utusan Melayu.
ReplyDeleteSister Nur, I am sad, angry. I hope and pray that Malaysians will rise above these attempt to divide us according to our religion, race and what not.
Selamat berbuka...
Salam,
ReplyDeleteSesiapa yang berotak pasti setuju dengan komen ini.....tak kira apa ugama yang dipeluk..
http://www.malaysiakini.com/news/89648
ISA 2adalah terkeluar dari sifat2 kemanusiaan tidak ada seorangpun yg benar2 waras menghukum seseorang e2 tanpa mengadili di mahkamah.kepada yg melaksanakan hukuman tersebut cuba pejamkan mata seketika.bayangkan yg kamu
ReplyDeletedihukum sedemikian bagaimana perasaan kamu!buka mata !fikirkan Allah sedang memerhatikan kamukerana melampaui hukum Allah,sedangkan Allah tidak melakukan hukuman sedemikian!kerana ianya tidak adil ramadan mubarak
Bagi saya ISA tidak releven lagi di Malaysia, lagi pun ISA ini digunakan oleh penjajah sebelum Malaysia merdeka, sewaktu memerangi kominis dahulu. Adakah rakyat Malaysia masih dikatagorikan sebagai kominis?
ReplyDeleteISA telah salahgunakan oleh pihak tertentu untuk survival politik mereka. Saya cadangkan ISA ini dihapuskan sahaja demi menghormati hak asasi manusia. Bawa saja pesalah itu ke muka pengadilan beri mereka peluang untuk membela diri di mahkamah.
Rasanya kalau x ada ISA, negara jd mcm demokrasi kat Amerika x? Itu yg kita mahu? Apa jd dengan budak "namawee" tu? senang2 je minta maaf...settle..kenapa? Bila Datuk Ahmad x nak minta maaf ada pihak yg kata dia patut kena ISA, jd budak tu apa ke hal? Tlg bthu siapa yg sokong idea kreatif budak tu...kalau bukan (......)Jd fikir2knlh..sesiapa pun ada pendapat masing2...jd..jgn terlalu taksub dengan reformasi...apakah pengisian dan tujuan sebenar reformasi itu...
ReplyDelete