Memetik laporan Malaysiakini yang bertajuk “Zaid: Muhyiddin letak jawatan atau disingkir”
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Datuk Zaid Ibrahim dipetik sebagai berkata:
"Saya kata jika beliau (Muhyiddin) tidak gembira dengan Pak Lah, jika beliau tidak yakin dengan Pak Lah, dua perkara akan berlaku sama ada letak jawatan atau Pak Lah hendaklah singkir beliau, itu yang sepatutnya berlaku,"
Pada saya, kenyataan yang dibuat oleh Zaid ini seperti ingin menghasut PM supaya PM mengambil tindakan keras kepada Muhyiddin atau kepada sesiapapun yang berhasrat untuk mempertikaikan pelan peralihan kuasa 2010. Mungkin Zaid tidak berniat untuk menghasut, tetapi kenyataan yang dibuatnya ini boleh mengundang pelbagai persepsi negatif.
Perlu diingat, Zaid dilantik menjadi menteri kabinet melalui ‘pintu belakang’. Dia tidak perlu bersusah-payah untuk berkempen dan bertanding dalam pilihanraya sepertimana yang dilalui oleh Muhyiddin. Tidak sepatutnya beliau mengeluarkan kenyataan sebegitu kerana DS Najib sendiri telah meminta setiap bahagian UMNO yang akan bermesyuarat lepas raya nanti mengambil ketetapan masing-masing berhubung isu peralihan kuasa.
Nur Aflah : Sering tertanya-tanya juga, kenapa Zaid tak buat apa-apa kenyataan ‘keras’ ketika Majlis Peguam menganjurkan Forum Terbuka Memeluk Islam sedangkan itu di bawah bidang kuasanya?
- Blogger Comment
- Facebook Comment
5 comments:
PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
Salam Aflah!
ReplyDeleteMaaf kalau saya terkasar sikit malam ni yer... Zaid ni kalau bahasa lembut yang boleh kata kat dia ialah Bodoh bengong!
Kalau Aflah kata dok tertanya-tanya, saya pun dok tertanya-tanya juga sampai Zulkifli Nordin pula kena campur tangan...
thanks!
aku komen bila perlu.... tapi tajuk yang kak aflah sentuh nih ....kak aflah ... rasa tak sesuai.
ReplyDeleteterpulang pd kak aflah.
salam
Salam,
ReplyDeleteAflah, how r u? it's been a while.... keep up the good work...916 is waiting.... ;)
secret admirer....
Nur Arfah,
ReplyDeleteDalam banyak-banyak pemimpin UMNO sekarang, Muhyiddinlah yang nampaknya boleh di harap untuk menyelamatkan UMNO.
Yang lain-lain tu suruhlah pakai kain batek dan duduk kat rumah.
UMNO sudah nak karam macam inipun masih tidak berani lawan Dolah. Masuk politik buat apa, Mengabihkan boreh je.
http://rahimkassim.blogspot.com/
Assalamualaikum,
ReplyDelete1. Pada pandangan saya Zaid merupakan salah seorang daripada puluhan ahli UMNO yang suka membodek pihak pimpinan parti.
2. Muhydin (walaupun tindakannya itu pada mungkin mempunyai kaitan dengan perasaan kecewanya tentang isu tiada pemilihan bagi posisi no. 1 dan 2 UMNO) tetapi beliau telah menyatakan perasaan sebenar akar umbi UMNO. Mereka resah di bawah kepimpinan Pak Lah, apatah lagi dengan kekalahan teruk semasa PRU dan pilihanraya kecil Permatang Pauh.
3. Saya jangkakan satu kejutan akan berlaku pada Perhimpunan Agung UMNO tidak lama lagi.