ANWAR DITANGKAP : POLIS MUNGKIR JANJI ? Malaysiakini


Merujuk laporan terkini yang dikeluarkan oleh Malaysiakini sebentar tadi, Anwar Ibrahim telah ditangkap oleh sepasukan anggota polis di hadapan rumahnya sebelum jam 2.00 petang.

Semalam, pihak polis telah mengeluarkan arahan kepada Anwar Ibrahim supaya hadir ke IPK Kuala Lumpur sebelum jam 2.00 petang.Kegagalan Anwar berbuat demikian boleh menyebabkan Anwar ditangkap. (sila rujuk berita RTM dan TV3 semalam mengenai arahan yang dikeluarkan oleh pihak polis.)

Bagaimanapun, apa yang terjadi adalah sebaliknya. Sebelum jam 2.00 petang, Anwar telahpun ditangkap oleh pihak polis. Ternyata dalam hal ini, pihak polis gagal menjalankan tugas mereka dan melanggar arahan yang dikeluarkan sendiri oleh mereka. Mereka sepatutnya menangkap Anwar selepas jam 2.00 petang dan bukannya sebelum jam 2.00 petang.

Nur Aflah : Jika benar Anwar ditangkap sebelum jam 2.00 petang, imej PDRM bakal tercalar di mata rakyat kerana PDRM sendiri gagal mematuhi arahan yang dikeluarkan olehnya. Saya sedang menunggu penjelasan rasmi dari PDRM berhubung perkara ini. Maklumat awal yang saya terima dari 'rakan', pihak polis yang menangkap Anwar tengahari tadi menyatakan "You are under arrest!". Ini bermakna, Anwar ditangkap sebelum jam 2.00 petang

Berikut adalah laporan awal dari Malaysiakini;

Polis menahan ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim di luar rumahnya di Segambut Dalam dan dibawa ke ibu pejabat polis Kuala Lumpur tengahari ini.

Beliau ditahan sekumpulan anggota polis, termasuk yang bertopeng dan berjaket - dipercayai Bahagian Jenayah Berat, kira-kira sejurus tiba dari Putrajaya selepas memberi keterangan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) di Putrajaya.

Menurut peguam R Sivarasa, pihak polis telah menunggu kepulangan Anwar dan sebaik sahaja tiba, mereka membawa mantan timbalan perdana menteri itu, ke dalam kereta polis bercermin gelap dan membawanya ke IPK Kuala Lumpur.

Anwar tiba di IPK Kuala Lumpur jam 1.11 tengahari dengan dikawal oleh konvoi 15 kenderaan.

Manakala Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengesahkan kepada pemberita di Parlimen bahawa Anwar telah ditahan.

Katanya, beliau menerima panggilan telefon dari Anwar yang mengesahkan bahawa beliau telah ditahan.

Anwar juga, katanya, memberitahu bahawa beliau dilayan secara kasar oleh anggota polis yang menahannya itu.

Wan Azizah berkata, Anwar memintanya pulang ke rumah untuk menenangkan anak-anaknya dan kemudiannya pergi ke pejabat polis terbabit.

Naib presiden PKR, Azmin Ali tiba kira-kira jam 1.26 tengahari, dan menyifatkan tindakan polis itu sebagai "tidak bertamadun" kerana Anwar telah mengesahkan akan datang.

Lagi pula, tambahnya, masa yang diberikan oleh polis sehingga jam 2 petang juga belum lagi tamat.

Beliau juga menyifatkan tindakan polis sebagai tidak wajar kerana Anwar dikeluarkan dari keretanya di tepi jalan utama.

Kira-kira 200 penyokong Anwar termasuk ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat kini berhimpun di IPK Kuala Lumpur.

Mereka termasuk Yusmadi Yusof, Zuraidi Kamaruddin, Dr Zulkifly Ahmad, Dr Hatta Ramli, Tian Chua serta Karpal Singh.

Wan Azizah pula tiba dengan anak perempuannya, Nurul Nuha pada jam 1.30 hari.

Difahamkan Anwar akan didakwa mengikut Seksyen 377C, Kanun Keseksaan. Dalam pindaan terbaru, peruntukan ini berbunyi seperti berikut: Di bawah seksyen baru ini, seseorang melakukan kesalahan jika dia membuat hubungan seks dengan orang lain dengan memasukkan sesuatu benda ke dalam faraj atau dubur orang yang satu lagi itu.

Jika sabit kesalahan, orang yang melakukan kesalahan itu boleh dihukum dengan hukuman pemenjaraan sehingga 20 tahun dan boleh juga dihukum sebat.


Berikut adalah laporan Harian Metro;

KUALA LUMPUR: Penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini ditahan mengikut Seksyen 377A Kanun Keseksaan bagi siasatan terhadap tuduhan meliwat, kata peguamnya Sankara Nair.

Menurutnya sehingga 2.50 petang tadi, Anwar yang ditemani seorang lagi peguam, R Sivarasa, sedang memberi keterangan kepada polis selepas tiba di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) pada pukul 1.10 tengah hari tadi.

“Polis selepas ini akan memohon kepada mahkamah bagi perintah reman selama 24 jam atau tidak melebihi 14 hari terhadap Datuk Seri Anwar bagi membantu siasatan,” katanya kepada pemberita di IPPKL di sini hari ini.

Anwar menghadapi tuduhan itu selepas bekas pembantunya, Mohamad Saiful Bukhari Azlan, 23, membuat laporan polis pada 28 Jun lalu mendakwa dirinya diliwat oleh bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Anwar telah memfailkan saman terhadap Mohamad Saiful kerana membuat laporan palsu berkenaan kejadian liwat itu yang dikatakan berlaku pada 26 Jun lepas. - Bernama




Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

26 comments:

  1. asyik baca-baca blog ni

    salam kenal,
    salwangga

    ReplyDelete
  2. bestnye blog ni...

    really updated... way to go dik!

    ReplyDelete
  3. ISTERI SAYA NANGISJuly 16, 2008 at 3:41 PM

    APA MACAM NI OOO..... RISAU LAR !!!! APAHAL PDRM NI ! BETUL TU HANYA GAGAL DATANG PADA 2PM BARU BOLEH TANGKAP MA !!!! ADUHAI !!!!!
    we need YOU " AGONG " !

    ReplyDelete
  4. The Federal CID Dato Bakri Zinin, gave till 2pm today for DSAI to appear. What happen is totally unacceptable. Going back behind the words of the very on Police Force.
    The man came back from Putrajaya..at least let him have a decent lunch at home and then leave for IPK.
    But arresting the minute he turn up at his house..this is real shame, and embarrasmment to the country.

    If only PDRM is this efficient in all cases, I am sure we malaysians do not have to fear walking alone at nite in the city, or even for children playing in playgrounds.

    THE ENTIRE PDRM IS GETTING SCREWED UP and WRONG PRIORITIES.
    IS Asshole matters the main priority in this country?

    ReplyDelete
  5. Aduhai......... macam wayang Hong Kong ! Use polis bertopeng (Fei Fu Tui at hong kong" cantonese words mean polis bertopeng lo) ! INI JENAYAH BERAT KA !!!!!!!
    kalu begitu bagus terus pakai helikopter ba gangtung tali turun dari helikopter atas langit untuk blok kereta saudara ANwar !
    HOTAK UDANG ! BEE END !

    ReplyDelete
  6. What justification does the police has to arrest him that way other than to humiiate him and provoke the Rakyat? It's not just an embarassment to the country but to us Malays especially. I thot we are more civilised than that. Agaknya Pak Lah dan kuncu2nya lupa yang satu hari nanti dia akan mati dan berjumpa ALLAH.

    ReplyDelete
  7. UMNO/BN/paklah tak sabar sabar nak tengok Anwar untuk ditangkap akibat kekelahan teruk shebrey semalam.
    polis diarahkan berbuat sedemikian.

    p/s - polis kan bukan untuk malaysia tapi untuk UMNO/BN

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. A'kum
    Terkejut juga dibuatnya........mengapalah orang-orang pak lah nie tak henti-henti nak susahkan saudara Anuar. Dahlah dulu dorang buat hal pada anuar dan kini nak buat lagi. Negara ni rasanya bukan negara demokrasi......tapi negara koropsi...tu pasal dorang tangkap anuar, takut saudara anuar bongkar segala isi perut dorang.....saya rasa....kita masih hidup di zaman penjajah jepang....hahahah.......

    ReplyDelete
  10. Any one know wat happen to malaysia today site ooooooooooooooo
    when try open there is words come out with white background " Luke is a bastard"!!!! Oh my god ! Soon RPK also get catch !
    KING ! WE NEED YOU !

    ReplyDelete
  11. PLEASE KEEP LAWYER BESIDE ANWAR DONT LOOSE WITH ANWAR PLS !!!!!!
    nEWS FROM :

    At 2.50pm, PKR Youth chief Shamsul Iskandar said police had started to
    question Anwar. He said a vigil will be held outside the building
    tonight, if Anwar is not released by then.

    Lawyer Latheefa Koya said Anwar had been arrested as a suspect, but
    that police are now trying to record a witness statement from him
    under Section 112 of the Criminal Procedure Code.

    "(At about 2.40pm, lawyer) Sulaiman Abdullah went in with Param
    Cumaraswamy. Anwar will be represented by three lawyers including
    Sulaiman. Param is there as an international figure," she said,

    (Param was formerly United Nations special rapporteur for the
    independence of judges and lawyers.)

    In a blog-post at 2.36pm, Nurul Izzah wrote: "...The cops who arrested
    him were Special Squad cops with balaclavas!!!"
    +++++++++
    'You are under arrest'
    Jul 16, 08 3:18pm

    "I was in the car with him when he was arrested. We were surrounded.
    Their (the police team) exact words were 'you are under arrest'."
    MCPX

    sankara nairDetained PKR de facto leader Anwar Ibrahim's lawyer N
    Sankara Nair recounted this afternoon's drama when met by reporters
    outside the Kuala Lumpur police headquarters.

    He said the police officers did not serve any warrant when arresting
    Anwar near his house in Segambut Dalam.

    However, the opposition stalwart was not handcuffed when taken in a
    white Mitsubishi Pajero 4WD vehicle.

    According to the lawyer, Anwar's arrest had nothing to do with his
    non-appearance at the police headquarters on Monday.

    "In fact, several minutes before the arrest, the investigation officer
    DSP Jude Pereira called us to ask if were coming. We replied that we
    will be there at 2pm sharp," he said.

    "If Anwar had not showed up at 2pm, I would understand the need to
    arrest. The police have breached the trust and confidence we once had.

    "Now, my client has expressed fear that he will be subjected to
    intimidation by the police," he added.

    Sankara said the police must explain the purpose of arresting Anwar in
    such a manner.

    The police started recording the opposition stalwart's statement at
    about 2.50pm on the sodomy allegation against him.

    It is believed that PKR vice-president R Sivarasa - who is also a
    lawyer - is present with Anwar

    ReplyDelete
  12. Pak lah ni nak tgk gua dan kutu-kutu lain merusuh dpn rmh dia agaknya..makin melampau pulak..geram pulak gua dibuatnya..hishh!!

    ReplyDelete
  13. ape kene malaysia ni???
    knp la bn ni kejam sgt...pe masalah diorg..
    janji pukol 2..tp kol 1 lbh a kene tangkap..ANWAR IS A GOOD IKON 4 MALAYSIA..
    I CHOOSE 2 STAND 4 ANWAR 2 OUR LIFE.OUR COUNTRY N OUR GENERATION..
    YA ALLAH SLAMAT KAN LAH DATO' SERI ANWAR IBRAHIM...AMIN

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum,

    1. Terdapat khilaf pada pihak PDRM apabila bertindak sedemikian terhadap DSAI.

    2. Umum mengetahui bahawa tempoh masa yang diberikan kepada DSAI adalah sehingga jam 2 petang.

    3. Saya amat tertarik apakah alasan yang akan digunakan oleh PDRM di dalam isu ini.

    ReplyDelete
  15. Malaysiakini
    Anwar minta penyokong bertenang
    Jul 16, 08 4:41pm
    Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta para penyokongnya dan rakyat Malaysia supaya bertenang ekoran tindakan polis menahannya hari ini.

    Beliau juga meminta mereka supaya menolak sebarang percubaan provakasi, yang boleh dijadikan alasan untuk mengisytiharkan keadaan darurat.

    Mantan timbalan perdana menteri itu menyatakan demikan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabat beliau petang ini.

    Pagi tadi, Anwar memberi kenyataan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) di Putrajaya berhubung laporannya terhadap Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan dan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail berhubung insiden 'mata lebam' pada 1998.

    Menurut kenyataan itu lagi, semua ini merupakan ulangan episod yang berlaku terhadap Anwar pada 1998.

    Sehubungan itu, katanya, rakyat Malaysia dan masyarakat antarabangsa tidak akan bertolak ansur jika sesuatu yang tidak baik berlaku terhadap Anwar.

    "Kami ingin mengingatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengenai janjinya untuk memastikan Anwar diberi pelindungan," tambah kenyataan itu lagi.

    Menurutnya, Anwar ditahan di luar rumahnya di Kuala Lumpur pada jam 1.05 tengahari tadi.

    Mantan timbalan perdana menteri itu dijadual memberi kenyataan kepada ibupejabat polis (IPK) Kuala Lumpur pada jam 2 petang berasaskan kepada persetujuan yang dicapai dengan pihak polis pada hari Selasa.

    Kenyataan itu berkata, Anwar baru pulang ke rumahnya dari ibupejabat BPR selepas memberi keterangan berhubung laporan polis yang difailkan berhubung kes penyembunyian fakta, yang membabitkannya pada 1998.

    Menurutnya, ketika beliau menghampiri rumahnya, 10 kereta polis, separuh daripadanya tidak bertanda, memintas kereta yang dinaiki Anwar. Sekumpulan 20 orang anggota komando menghampirinya, sekaligus mengingatkan kembali insiden ketika Anwar ditahan di rumahnya pada September 1998.

    Seorang pegawai mendatangi Anwar dan mengarahkannya menaiki kereta polis yang tidak bertanda untuk dibawa ke ibupejabat polis Kuala Lumpur. Peguam beliau tidak dibenarkan ikut bersamanya dalam kereta polis tersebut.

    Menurut kenyataan tersebut, Anwar ditahan kurang 15 jam selepas beliau mengambil bahagian dalam perdebatan mengenai kenaikan harganya minyak yang disiarkan secara langsung malam tadi.

    ReplyDelete
  16. Malaysia bukan lagi negara damai. Jiwa rakyat semakin bergolak. Apalah kerajaan BN takut sgt dgn Anwar hingga hidupnya disiksa begitu dr zaman diktator Mahathir dulu. Inilah akibat cara penyelewengan sesat Mahathir hinggakan yg lain2 ikut taktik buruknya untuk menghancurkan lawan. Yang peliknya polis atau apa2 saja agensi kerajaan selalu DOUBLE STANDARD! Kenapa pula Najib tak ditangkap? Kes Najib lagi besar, lebih kukuh dgn 2 akuan bersumpah! Dan ada byk lagi kes sodomi gay2 kat Malaysia. Apasal tak tangkap? Jadi rakyat M'sia amat malu pada negara luar. Aku sgt takutlah Malaysia diturun Allah bala mcm Tsunami akibat doa ramai orang yg teraniaya!

    ReplyDelete
  17. crower,
    alasan CID bakri berkata anwar sepatus direct pigi IPK bukan balik rumah !!!!
    OH MY GODDDDDDDD !!!!!!!!! MALAYSIA JADI RUMAH SYAITAN
    LATEST !! RPK KENA WARAN TANGKAP !!!!!!!!!!!! WTFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFF!!!!!!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  18. Raja Petra terima waran tangkap
    Jul 16, 08 4:43pm
    Polis mengeluarkan waran tangkap terhadap penulis blog terkenal Raja Petra Kamarudin berhubung siasatan akaun berkanunnya yang mengaitkan isteri timbalan perdana menteri dengan pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

    Raja Petra dikehendaki hadir di ibu pejabat polis kontinjen (IPK) Kuala Lumpur jam 10 pagi esok.

    Peguam pengendali Malaysia Today menerima waran itu pagi ini dan
    Raja Petra mengesahkan perkara itu dengan polis petang ini.

    malaysiakini

    ReplyDelete
  19. The CCID bakri zinin is a sabahan.

    ReplyDelete
  20. TANGKAP TANGKAP TANGKAP TANGKAP ! ALI ALI TANGKAP ! GILA !!!!

    ReplyDelete
  21. jelas sekali polis cuba menyekat kebebasan DSAI dari bersuara setelah debat malam tadi yg telah membuka mata ramai orang yg sebelum ini x pnah amik port.kat opis aku suma support DSAI dan inilah yg paling ditakuti oleh BN,IGP dan AG dan mereka telah menggelabah lalu menahan DSAI.Aku harap DSAI tidak diapa2kan dan aku mengutuk sekeras2nya tindakan segelintir polis munafik yg tidak menepati janji itu.polis2 malaysia ini dah takde harga diri bila menjual maruah mereka pada pemimpin barisan nasional yg bankrap moralnya.ingatlah bahawa Allah SWT itu amat keras seksanya dan pasti mereka yg zalim ini akan dihitung kelak.Sesungguhnya Allah SWT itu amat cepat perhitungannya.

    ReplyDelete
  22. Who controls PDRM...Najib. Pak Lah tak boleh nak buat ape. Is this our future Prime Minister? he and his wife abuse power and power crazy. Anyway, budak Shaiful nephew Mumtaz Jaafar, Personal balaci Rosmah.

    ReplyDelete
  23. They're acting like a bunch of fools. This mediocre plot will soon reach its ending & the justice will prevail. We're not like we were used to be long time ago.BN - go to hell plz..

    ReplyDelete
  24. PDRM ni memang x guna, kes bunuh nurin sampai la ni tak dapat tangkap lagi, asyik-asyik nak tangkap DSAI aje. Orang yang nak membela rakyat miskin pulak yang di tangkap. Pembunuh tak tangkap. Geram betullll!.

    ReplyDelete
  25. Statement polis menyatakan Anwar diminta hadir ke IPK jam 2.00 petang.tetapi Anwar di tahan sebelum jam 2 dan dikatakan kerana mengikut undang2 iaitu waran tangkap dikeluarkan walhal sebelum itu Anwar diminta hadir jam 2.00 petang.Tidakkah ini suatu tindakan yang pelik kerana waran tangkap dikeluarkan dahulu sedangkan polis meminta Anwar hadir ke IPK jam 2.00petang.Wahai polis buatlah kerja dengan betul kerana anda diperhatikan oleh Allah..Kita semua akan mati dan disoal nanti bolehkah anda menjawabnya...

    ReplyDelete
  26. SUSAH NAK PERTIKAI TINDAKAN PDRM NI SBB APA2 PUN MEMG DORG YG BETUL.SIA-SIA JE KITA CKP.PENCULIK SHALINI YG TAK JUMPA2 TU TAK TANGKAP2 LAGI...ORG YG NAK BELA NASIB RAKYAT PULA KENA TANGKAP..HADOIILAH..TAK PAHAM KITE... HIDUP ANWAR IBRAHIM!!!!!!!!

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.