LEPAS PETRA, WARTAWAN SIN CHEW PULA!


Tidak sampai 12 jam selepas Raja Petra ditahan di bawah Akta ISA, giliran wartawan Sin Chew (Tan Hoon Cheng) pula ditahan melalui akta yang sama.

Malaysiakini melaporkan,

“Wartawan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng ditahan hari ini di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada jam 8.30 malam ini di rumahnya di Bukit Mertajam, Pulau Pinang.”

Hoon Cheng adalah wartawan yang melaporkan Datuk Ahmad Ismail telah berkata orang Cina adalah ‘penumpang’ di negara ini. Laporannya itu telah menimbulkan kontroversi sehingga UMNO Pulau Pinang mengoyak gambar Koh Tsu Koon, Gerakan pula bercadang meninggalkan BN serta Ahmad Ismail digantung haknya selama 3 tahun oleh MT UMNO.

Sebelum ini, Sin Chew Daily dan Persatuan Wartawan Pulau Pinang serta beberapa orang wartawan akhbar Cina yang lain telah mempertahankan kebenaran laporan yang ditulis oleh Hoon Cheng.

Penahanan ini tentunya akan menimbulkan kontroversi kerana Akta ISA tidak membenarkan mana-mana pesalahnya membela diri di mana-mana mahkamah. Tempoh penahanannya bergantung kepada budi bicara Menteri Keselamatan Dalam Negeri.

Berikut adalah laporan dari Bernama :

Difahamkan wartawan akhbar Sin Chew itu, Tan Hoon Cheng, 33, ditahan Polis Bukit Aman di rumahnya di Bukit Mertajam kira-kira pukul 8.30 malam ini dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), di sini.

Sebaik berita mengenai penahanan wartawan berkenaan tersebar, beberapa pemimpin parti politik serta pemberita dan jurugambar mula berkumpul di luar kawasan IPD untuk mengetahui kedudukan sebenar penahanan wartawan itu.

Keluarga beliau juga berada di situ tetapi enggan ditemubual oleh pemberita.

Selain di IPD, ramai pemberita dan pemimpin Gerakan, MCA dan DAP turut kelihatan berkumpul di perkarangan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang di bahagian pulau.

Antara yang berada di situ ialah Setiausaha Politik Ketua Menteri Pulau Pinang, Ng Wei Aik dan Setiausha Agung Gerakan, Datuk Seri Chia Kwang Chye.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayob Yaakob mengesahkan penahanan itu tetapi enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut dan meminta pemberita mendapatkan maklumat daripada Bukit Aman.

Kira-kira pukul 11.10 malam, Tan dilihat keluar dari IPD SPT menaiki sebuah kereta Proton Waja dengan diapit oleh dua anggota polis wanita di tempat duduk belakang kereta itu dipercayai menuju ke IPK di bahagian pulau.

Kereta itu turut diiringi oleh dua buah lagi kereta Proton Wira yang bercermin gelap dan sebaik kenderaan yang dinaiki Tan melintasi kumpulan pemberita yang menunggu di luar perkarangan IPD, beliau sempat melambaikan tangannya ke arah mereka. BERNAMA

Nur Aflah : Adakah tindakan yang diambil terhadap Hoon Cheng ini boleh diterima?
Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

4 comments:

  1. SMS unik

    Vietnamese come, dogs and cats missing;
    Bangladeshi come, Malay girls missing;
    Chinese girls come, husbands missing;
    Politicians come, Mongolian girl missing;
    Police come, drug missing;
    Election comes, government funds missing;
    Election lost, documents missing;
    Release true report, doctor missing;
    Tell the truth,
    whole family missing;
    Report true statement, reporter missing;
    Pass on this statement, you will be missing!

    YY

    ReplyDelete
  2. aku tengah tengok berita tv3. jam 12 mlm.

    faham sendiri.

    no comment.

    ReplyDelete
  3. Salam!

    correct! correct! correct!
    Kalau reporter itu benar dalam laporannya maka seorang lagi akan dikambinghitamkan walaupun dia cerah sikit...

    thanks!

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum,

    1. Bagi saya dalam kes wartawan ini, tidak wajar sama sekali kerana bukan beliau yang mempunyai kuasa akhir untuk menerbitkan artikelnya.

    2. Terdapat pelbagai saluran yang harus dilalui terlebih dahulu. Proses oleh Sub-Editor, Editor dan Ketua Pengarang.

    3. Mengapa "orang Bukit Bendera" itu tidak dikenakan tindakan ISA sama ?

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.