MACAM ADA YANG TAK KENA?

“Orang Islam WAJIB 100% beriman pada Allah dan juga segala ketentuan dariNya.”

Merujuk kepada sumpah laknat yang dilakukan oleh Saiful Bukhari Azlan pada petang jumaat lepas, reaksi yang kita dengar dari pelbagai pihak agak bercampur-campur. Ada yang menyatakan tindakan itu betul dan ada juga yang mempertikaikan tindakan itu.

Lebih malang lagi, ada pula pihak-pihak yang secara terang-terangan dan penuh yakin telah menyatakan bahawa Saiful berada di pihak yang benar dan Anwar pula adalah orang yang bersalah. Alasan mereka adalah kerana Anwar enggan membalas sumpah laknat yang dibuat oleh Saiful itu.

Pada saya, hanya orang gila atau ‘hilang akal’ sahaja yang sanggup bersumpah sedemikian rupa di dalam masjid dengan menyebut “Wallahi, Wabillahi, Watallahi” sambil sanggup dilaknat oleh Allah SWT jika dia membuat sumpah palsu. Dalam kes ini, saya tak fikir yang Saiful sudah gila atau hilang akal bila dia melafazkan sumpah itu.

Jika dia sanggup melakukan sumpah palsu, ertinya dia akan berhadapan dengan azab dan juga laknat daripada Allah SWT. Biar apapun alasan yang diberikan oleh dirinya untuk melakukan sumpah palsu itu, saya yakin yang dia takkan terlepas daripada azab mahupun laknat daripada Allah SWT. Tak dapat saya bayangkan rupa bentuk laknat mahupun azab yang akan Allah timpakan ke atas dirinya.

Ada yang berkata Saiful telah ‘dipaksa’ untuk melakukan sumpah itu dan dia takkan menerima laknat dari Allah jika dia melakukan sumpah palsu kerana dia melakukan sumpah itu atas kapasiti ‘terpaksa’. Pada saya, alasan sebegitu tidak boleh diterima sama sekali kerana samada dia dipaksa atau tidak, dia ‘wajib’ menegakkan kebenaran biarpun nyawanya di hujung tanduk sekalipun.

Ingat bagaimana kisah Sumaiyah diseksa dengan kejamnya oleh kaum kafir Quraisy. Dia tetap bertahan biarpun dipaksa meninggalkan ‘kebenaran’ yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW. Biarpun akhirnya dia dibunuh tapi imannya tetap kukuh dan utuh sehingga digelar ‘shuhada’ yang dijanjikan syurga oleh Allah SWT.

Jika Saiful benar-benar tidak bersalah dan berada di pihak yang benar, tidak ada salahnya dia melakukan sumpah itu jika dia benar-benar ‘ikhlas’ untuk membuktikan kebenaran dakwaannya itu.

Tetapi, apa yang ‘meragukan’ saya ialah bila Saiful mengatakan yang dia tidak pernah ‘rela’ dirinya diliwat oleh Anwar. Memang pelik bila seorang lelaki yang masih muda dan kuat menyatakan dirinya telah diliwat secara paksa oleh seorang lelaki tua. Kalau dia tidak ‘rela’, kenapa dia tidak terajang Anwar atau belasah setengah mati si Anwar yang sudahpun lanjut usianya. Kenyataan yang dibuat oleh Saiful itu tampak ‘meragukan’.

Persoalannya di sini, jika benar Saiful diliwat dan perbuatan itu dilakukan secara paksa oleh Anwar, kenapa dalam sumpah laknat yang dilakukannya itu hanya menyebut “Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memasukkan zakarnya ke dalam lubang dubur saya”. Tidak ada langsung perkataan ‘dipaksa’ atau ‘tanpa kerelaan saya’ yang diucapkan dalam sumpah itu. Adakah pada ketika itu Saiful rela diliwat oleh Anwar? Dan, jika kedua-duanya rela melakukan liwat itu pada waktu itu, apakah hukuman yang sesuai untuk kedua-duanya berdasarkan kepada hukum syarak?

Antara persoalan lain yang belum terjawab :

1) Wajarkah hanya Anwar dihukum di Mahkamah Sivil jika perbuatan itu dilakukan secara suka sama suka? Bukankah Saiful patut didakwa sekali kerana dia juga rela melakukan liwat itu?

2) Adakah kaedah sumpah laknat yang dilakukan oleh Saiful itu benar-benar mengikut lunas perundangan Islam? Setakat ini, banyak pihak yang mempertikaikan sumpah tersebut termasuk baru-baru ini oleh Persatuan Ulamak Malaysia Pulau Pinang (PUMPP).

Secara peribadi, saya fikir seelok-eloknya kes ini diselesaikan di mahkamah syariah kerana orang yang mendakwa dan orang didakwa itu adalah orang Islam. Saya yakin yang barisan peguam syariah di Malaysia dan juga ulamak-ulamak di Malaysia mampu memberikan pandangan dan seterusnya menyelesaikan kes ini secara adil dan saksama. Lebih penting lagi, rakyat di negara ini akan terdidik dengan keadilan yang dibawa oleh Islam.

Setakat ini, Anwar masih lagi enggan membalas sumpah laknat yang dibuat oleh Saiful ke atas dirinya. Jika saya berada di pihak Anwar dan saya yakin yang saya tidak bersalah, saya tidak ada masalah untuk membalas sumpah itu. Apapun, sebelum saya melakukan sumpah itu, saya akan menurut dahulu perintah yang dikeluarkan oleh mahkamah syariah kerana kes ini sedang disiasat oleh mahkamah syariah. Sekiranya saya diminta untuk bersumpah oleh mahkamah syariah, saya tidak ada masalah untuk melakukan sumpah itu.

Mungkin atas sebab itu, Anwar masih lagi enggan membalas sumpah itu. Mungkin juga Anwar ingin menunggu dulu arahan daripada mahkamah syariah. Apapun alasan Anwar untuk menangguhkan sumpah itu, hanya Allah SWT sahaja yang Maha Mengetahuinya.

Pada saya, setakat ini Saiful ataupun Anwar masih lagi belum dibuktikan bersalah. Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui siapa yang benar dan siapa yang salah. Saya juga ingin menyeru semua pihak agar menghentikan tuduhan melulu dengan menyatakan Saiful ataupun Anwar bersalah dalam hal ini. Seorang Muslim sepatutnya menjaga aib sesama Muslim.

Siapa tahu, mungkin kedua-duanya atau salah seorang dari mereka itu bersalah. Tetapi, jika mereka telah insaf dan bertaubat kepada Allah SWT, tidak mustahil dosa mereka akan diampunkan oleh Allah SWT.

Takut-takut, kita pulak yang tak sempat bertaubat kerana sibuk memenangkan idealogi masing-masing.

Wallahualam.
Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

9 comments:

  1. Assalamualaikum,

    1. Jelasnya, Saiful telah bersumpah dan mengotakan janjinya. Ada yang menyatakan cara Saiful bersumpah itu tidak betul kerana memegang Al-Quran, sama seperti cara orang Kristian. Tetapi setelah pendapat itu disiarkan, ramai juga orang Kristian yang naik berang mengatakan memegang Bible ketika bersumpah juga bukan cara Kristian.

    2. Bagi saya memegang atau tidak, bukanlah soal pokok. Agama Islam bukannya berpandukan pada soal teknikal semata-mata, yang penting, niat atau nawaitu dan tertib melafaz ketika melafazkan sumpah. Bagi saya, cara lafaz yang dibuat oleh Saiful adalah selari dengan kaedah yang saya pelajari di dalam Undang-Undang Syariah. Saya yakin, lafaz Saiful tidak akan terbatal semata-mata beliau memegang Al-Quran pada ketika itu. Beliau bukannya melafazkan sumpah kepada Al-Quran, tetapi kepada Allah S.W.T.

    3. Mengenai ketiadaan ayat "tanpa kerelaan", itu merupakan satu persoalan yang baik untuk dikupas.

    4. Mengenai bagaimana seorang lelaki "tua" boleh meliwat lelaki yang jauh muda umurnya, pada pandangan saya, ianya tidak mustahil. Tanpa kerelaan tidak bermakna perlu wujudnya paksaan secara fizikal iaitu menggunakan kekerasaan terhadapp si mangsa, tetapi ia boleh dilakukan dengan provokasi secara mental oleh OKT terhadap mangsa. Sekiranya persoalan faktor umur/fizikal hendak diambil kira juga, saya fikir kita semua pernah banyak kali terbaca mengenai kejadian rogol oleh lelaki yang telah lanjut usia mereka terhadap mangsa mereka yang berumur belasan tahun, malah ada kalanya perlakuan itu dilakukan berkali-kali.

    5. Lafaz sumpah Saiful tidak sama sekali menyabit DSAI terhadap pertuduhan yang beliau sedang hadapi, namun ianya sekadar melepaskan beban yang ada pada Saiful sebagai orang yang mendakwa.

    Sekadar pandangan peribadi saya....

    ReplyDelete
  2. hmm, saya rasa peliklah,
    setakat yang saya tahu, orang yang menuduh xpatut bersumpah..

    Dan mengenai kejadian rogol lelaki lanjut usia terhadap budak belasan tahun, pada pendapat saya, dorongan nafsu menyebabkan kekuatan lelaki yang lanjut usianya dapat mengatasi kekuatan gadis belasan tahun.Lagipun, dari sudut psikologi, mangsa rogol berada didlm ketakutan dan menyebabkan tindakannya tersekat(lebih lemah) dari keaadaan normal,

    ReplyDelete
  3. Hello,

    Hanya yang kurang upaya mental saja boleh percaya lelaki muda boleh dirogol oleh lelaki lain berusia lima puluhan keatas!
    Ha..Ha..HA

    ReplyDelete
  4. Pada firasat pak din...si sipol ni dipaksa bersumpah oleh tangan 2 ghraib. Mengapa dia di eskot oleh pihak polis? Bagus jugak kalau setiap pengadu mangsa pengrogolan diberi eskot polis??

    ReplyDelete
  5. wah pak din . dah jadi ahli nujum, dah ada firasat....pulak..... takpalah polis nak eskot ka..biaq pi lah . itu pun nak jadi isu....mula lah akai nak jadikan cerita.. macam macam cara.

    kalau sapa nak eskot ikut suka yang nak eskot lah...kurang kurang yang eskot jadi glamour masuk paper ...tv...

    hal firasat nih.....aku tak tau lah... aku takut iblis yang bisik kat telinga...lepas tu taik telinga banyak...pulak . iblis cakap lain yang dengaq pulak dapat fahaman lain....jadi lah firasat pekak bin firasat iblis....

    eeeee mak aku takut....lah

    ReplyDelete
  6. Salam...

    Secara keseluruhannya, saye bersetuju dengan semua yang berdiskusi di sini.

    lagi satu, semua yang diulas oleh crower juga saye bersetuju. CUMA, ada tambahan yang ingin saye tambah untuk Aflah, Crower, dan para anon n bomoh Din jgk lah...

    titipan...
    Allah menurunkan firmannya berbunyi “Siapa yang membantahmu tentang kisah Isa-Setelah engkau beroleh pengetahuan yang meyakinkan tentang hal itu, maka katakanlah kepada mereka : Marilah kita panggil (kumpulan) anak-anak kami dan anak-anak kalian, isteri-isteri kami, dan isteri-isteri kalian, diri-diri kami dan diri-diri kalian, kemudian kita bermubahalah kepada Allah, mohon agar Allah menjatuhkan laknat-Nya kepada pihak yang berdusta.” (Ali Imran : 61)

    Rase saye, tertib yang betul untuk melakukan Mubahalah ini ialah dengan memanggil :-

    1. Imam serta para Ulama' muktabar
    2. Saksi2
    3. Tertuduh (DSAI)
    4. Pendakwa (Saiful)
    5. Ahli keluarga serta penyokong DSAI
    6. Ahli keluarga serta penyokong Saiful
    7. Serta sesiapa yang ingin membuat liputan lah (tp yg ni x wajib)

    kemudian mengumpulkan kesemua yg tersebut di atas di satu tempat dan bersama2, saye tegaskan lagi, BERSAMA2, memohon agar ALLAH menjatuhkan laknatNYA kepada pihak yang berdusta...

    harap semua faham dan maklum...tq

    ReplyDelete
  7. Yg tegur pak din...biak proffessional sikit bg pandangan. Jgn jadi budak ingusan...melatah tak tentu pasal !!!!! Tak pi sekolah ke?

    ReplyDelete
  8. salam semua terutama pak din.... kita ni semua orang baik baik...orang perihatin dengan isu semasa... kiblat mana pun kita... yang penting jgn lupa jatidiri kita.. keturunan pelbagai tapi bersatu di bawah payung shahadah. bila pak din kata teguq cara profesional... terharu pulak.. takpala saya ngalah ngan pak din...tapi bila baca komen tak pro...tu yang teguq jadi tak pro...


    pak din if my words hurt u a little...i can top up make it tastier.... takda lah pak din gurau ja. sometime aflah's blog give us a room to express our opinion, what ever its up to us...to vomit what ever in our stomach...but make sure dont "pangsai" here....

    to all writers .... we can be sarcastic unless we have a point...or issues to highlight...but if it is just a baseless statement and yet its only a heresay. its pity. lets talk and issue that we can learn a lesson from it.

    sori lah pak din k..tapi pak din tegur biar lah membina...nak marah sape pun tak kire lah apa parti pun biarlah releks skit...betui ka pak din?

    c u pakdin may ALLAH bless u always


    salamnz

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum,

    Bagi diri saya, saya tidak tertarik dengan apa yang dilafazkan oleh saiful kerana ianya cuma menerangkan apa yang hendak disampaikan. Cuba kita perhatikan dengan teliti cara penyampaiannya....

    1. Adakah ia menampakkan seseorang yang emosinya terganggu ?

    2. Adakah ianya menampakkan kekecewaan seseorang yang teraniaya ?

    3. Kenapa tiada airmata yang dititiskan jika ianya benar-benar ikhlas dan jujur dari hatinya apabila berhadapan dengan tuhannya bagi menyatakan sesuatu pengakuan atau sumpah laknat yang mengaibkan dirinya sendiri ?

    Saya tidak membuat apa-apa andaian disini. Cuba anda lihat dengan teliti pengakuan itu dan fikirkan sendiri.

    Wassalam
    FIVEZERO

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.