TAKTIK KOTOR UMNO UNTUK HALANG SAYA KE PERMATANG PAUH : ANWAR

Bersandarkan kepada laporan Malaysiakini, Anwar Ibrahim telah memberikan kenyataan awal berhubung ‘mubahalah’ yang dilakukan oleh Saiful Bukhari Azlan. Anwar dipetik sebagai berkata :

"This is Umno's dirty trick, they are desperate,"
(Ini adalah helah kotor UMNO, mereka terdesak)

Anwar kini dilaporkan sedang sibuk membuat persiapan untuk urusan penamaan calon yang akan berlangsung pagi esok.

Kini terdapat ura-ura yang menyebut, 5 orang calon akan bertanding di pilihanraya kecil Permatang Pauh. Setakat ini, hanya Anwar (PKR) dan Aziz Shah (BN) sahaja yang telah mengesahkan untuk bertanding esok.

Siapakah lagi yang akan menawarkan diri untuk bertanding di situ? Adakah Saiful?

Petang tadi, Saiful mendakwa yang dia ‘tidak pernah merelakan’ dirinya diliwat oleh Anwar Ibrahim ketika ditanya oleh para wartawan, kenapa pendakwaan yang dibuat ke atas Anwar Ibrahim adalah berdasarkan ‘suka sama suka’.

Dalam sidang akhbar itu, Saiful tidak mahu menjawab panjang tentang perkara itu dan meminta wartawan menunggu 10 September nanti.

Bersambung …



Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

16 comments:

  1. umno memang kotor. MRSM dibuka kepada bukan melayu.. tak de demonstrasi pun!

    ReplyDelete
  2. Bismillahirrahmannirrahim,

    Assalammualaikum,

    Saya fahami dan hormati perasaan anak-anak mengenai cadangan MB Selangor supaya membuka 10% dari tempat di UITM kepada kaum asing dan bukan bumiputera.

    Sebagai seorang bekas mahasiswa (Universiti Malaya 1968/69-1970/71), semangat yang anak-anak tunjukkan sungguh mengkagumkan.

    Lagi mengkagumkan saya ialah anak-anak berani berdemonstrasi TANPA permit sementara Akta Polis dan Akta Universiti masih berkuatkuasa. Saya dulu berdemonstrasi dalam keadaan Akta Universiti BELUM lagi digubal.

    Tidakkah anak-anak berasa pelek KENAPA demonstrasi anak-anak yang meliputi beberapa kilometer TIDAK di halang olih Polis FRU walaupun TIDAK mempunyai permit dan BERBAU PERKAUMAN?

    Mengapa perlu berdemonstrasi di Permatang Pauh?

    Saya TIDAK mengesyaki kejujuran anak-anak dalam mengadakan demonstrasi tersebut. Tetapi apabila kita berdemonstrasi anak-anak, perkara pertama yang perlu kita selidiki ialah isunya.

    Semasa SAYA berdemonstrasi dulu, KAMI sering berdemonstrasi kerana:

    * mempertahankan bahasa Melayu;

    * memperjuangkan nasib nelayan, petani, setinggan dan kaum marhaen;

    * menentang korupsi dan salahguna kuasa olih pemerintah;

    * mempertahankan kebebasan mahasiswa untuk bersuara;

    * memperjuangkan hak-hak kaum Melayu; dan sebagainya.

    Kita juga mesti menghalusi SIAPAKAH penganjur sebenar atau dalang di belakang sesuatu demnonstrasi itu. Ada demonstrasi dizahirkan sebagai demonstrasi bagi menentang korupsi tetapi sebenarnya bertujuan menjatuhkan seorang lawan politik dalang di sebalik demonstrasi itu. Misalnya demonstrasi menentang Dato' Harun Idris atau demonstrasi Dr Mahathir menentang Tunku Abdul Rahman.

    Saya faham anak-anak jujur berdemonstrasi kerana menentang kemasukan kaum bukan bumiputera ke UITM. Tetapi tidakkah anak-anak sedar bahawa MB Selangor sekadar membuat cadangan sahaja?

    Beliau tidak mempunyai kuasa untuk menukar dasar pengambilan pelajar UITM kerana kuasa itu ditangan Kerajaan Pusat.

    Mengapa anak-anak bagitu marah dengan MB Selangor dan membawa perkara ini ke Permatang Pauh?

    Di sinilah anak-anak mesti dalami SIAPA dalang di belakang demonstrasi anak-anak dan sedar yang dalang itu sedang mempergunakan anak-anak melalui wakil-wakil pelajar anak-anak yang sememangnya pro Aspirasi/UMNO bagi tujuan politik mereka.

    Orang-orang UMNO ini bertujuan mencemarkan nama baik PKR/Pakatan Rakyat di kalangan kaum Melayu.

    Olih kerana pilihanraya kecil Permatang Pauh akan diadakan tidak lama lagi mereka mengambil kesempatan dari cadangan MB Selangor itu untuk mencemar imej Saudara Anwar Ibrahim yang akan bertanding di pilihanraya kecil itu sebagai calun PKR/Pakatan Rakyat di kalangan pengundi-pengundi Melayu di Permatang Pauh.

    Sebenarnya, Saudara Anwar Ibrahimlah pejuang sebenar bangsa Melayu. Sebagai seorang yang se 'batch' dengan beliau di Universiti Malaya, SAYA layak memperakui bahawa beliaulah yang telah banyak memperjuangkan nasib bahasa dan bangsa Melayu dan agama Islam semenjak beliau di Universiti Malaya lagi sehingga beliau 'dipecat' dari Kerajaan dan UMNO atas tuduhan liwat yang akhirnya terbukti tidak benar.

    Tahukah anak-anak:

    * SIAPA yang telah berkorban dari menjadi 'orang makan gaji' tetapi sebaliknya memilih untuk menubuhkan Yayasan Pelajaran Anda bagi memberi peluang kedua kepada anak-anak Melayu mendapatkan pendidikan tinggi?

    * SIAPA yang mengilhamkan UIA?

    * SIAPA yang menerapkan nilai-nilai Islam di dalam Kerajaan dan sistem pendidikan kebangsaan?, dan

    * SIAPA yang memperjuangkan si Melayu miskin dalam era pemimpin tertinggi Kerajaan BN menumpukan perhatian kepada kaum pemodal saja?

    Tidak masuk akal jika Saudara Anwar akan bersetuju dengan cadangan MB Selangor itu jika ditakdirkan menjadi PM kelak, InsyAllah!

    Saya ingin bertanya: Sanggupkah anak-anak diperalatkan untuk menjatuhkan orang semulia Saudara Anwar Ibrahim?

    Jika anak- anak tidak percaya tanyalah bapa, ibu, bapa saudara, ibu saudara dan/atau saudara mara anak-anak yang mengenali Saudara Anwar Ibrahim dari dekat atau dari jauh. Orang inilah yang menjadi target orang-orang UMNO yang mendalangi demonstrasi anak-anak sehingga membawa anak-anak ke Permatang Pauh.

    Lihat betapa hebatnya orang-orang UMNO ini mengamalkan double standard dalam mengendalikan undang-undang negara. Demonstrasi yang didalangi mereka tidak perlu permit dan tidak mendapat tentangan Polis.

    Mereka mengheret anak-anak ke kancah politik tanpa mengira Akta Universiti? Mereka berlagak saperti raja dan apabila anak-anak keluar UITM nanti mereka tidak memperdulikan anak-anak semua tanpa sebarang kerja atau mata pencarian.

    Jika anak-anak membuat sedikit kajian sebelum anak-anak berdemonstrasi pasti anak-anak akan ketahui yang banyak mengubah dasar mengenai hak istimewa Melayu ialah UMNO sendiri yang mempergunakan retorik ketuanan Melayu bagi mengekalkan sokongan Melayu.

    Saya perturunkan di sini sedikit sebanyak fakta untuk tatapan anak-anak:-

    1. Dasar Ekonomi Baru yang digembar-gemburkan olih UMNO sebenarnya sudah ditukarkan kepada Dasar Pertumbuhan Nasional sejak tahun 1990 lagi. Dasar baru ini mengutamakan pertumbuhan ekonomi negara tanpa mengira nasib kaum-kaum.

    2. Selama 30 tahun DEB dilaksanakan, sebanyak lebihkurang RM300 billion telah dibelanjakan olih Kerajaan ke atas projek-projek pemberian Kerajaan untuk kepentingan orang-orang tertentu tanpa mengira nasib orang Melayu. Orang Melayu miskin hanya mendapat kulit sahaja.

    3. Duit pemberian PETRONAS kepada Kerajaan sebanyak RM160 billion telah dibazirkan olih Kerajaan ke atas projek-projek yang berdaya maju dan sekarang membebankan rakyat dengan harga minyak yang tinggi kononnya untuk mendapatkan wang untuk pembangunan negara,

    4. Dasar meritokrasi untuk masuk ke universiti telah pun dilaksanakan olih Kerajaan BN secara perlahan-lahan. Di bawah dasar ini juga Dr Mahathir telah mencadangkan supaya UITM dibuka kepada bukan bumiputera.

    Dengar apa kata Professor Khoo Kay Khim "Sebenarnya cadangan MB Selangor itu bukan isu kerana bukan perkara baru. Ianya telah pun dicadangkan dahulu olih pihak Kerajaan tetapi mendapat sambutan kaum bukan bumiputera".

    MENGAPA ORANG-ORANG UMNO DAN ANAK-ANAK TIDAK BERDEMONSTRASI SEHEBAT HARI INI WAKTU ITU?

    ADAKAH JAGUH-JAGUH MELAYU-UMNO BERSIFAT MUNAFIK?!

    5. MRSM yang telah juga ditubuhkan di bawah Fasal 153, Perlembagaan Persekutuan telah pun dibuka kepada bukan bumiputera sebanyak 10-15%.

    MENGAPA ANAK-ANAK TIDAK MENENTANG PEMBUKAAN MRSM KEPADA BUKAN BUMIPUTERA INI YANG AKAN AKHIRNYA MEMAKSA UITM DIBUKA KEPADA BUKAN BUMIPUTERA?

    6. Baru-baru ini 45% daripada biasiswa yang dikeluarkan olih Jabatan Perkhidmatan Awam telah diberi kepada bukan bumiputera, naik daripada 10% sebelum itu. Kenaikan ini diakui olih Kerajaan diambil daripada kuota biasiswa untuk orang Melayu.

    MENGAPA ANAK-ANAK SEMUA MEMBISU DALAM HAL INI?

    7. Tanah rizab Melayu sekarang tinggal 25% daripada keluasannya pada tahun 1957. Ini adalah kerana kerakusan pemimpin-pemimpin UMNO membangunkan tanah tersebut bersama dengan kaum lain dan dijual kepada orang bukan Melayu.

    MENGAPA ANAK-ANAK TIDAK SEDAR?

    Saya menyeru kepada anak-anak dan ibu-bapa anak-anak supaya membuka mata dan telinga seluas-luasnya. Jangan biarkan diri anak-anak yang masih muda diperalatkan olih UMNO untuk melanjutkan politik perkauman mereka.

    Politik perkauman yang dipaksakan ke atas anak-anak akan menghalang anak-anak daripada mendapat perkerjaan lumayan di sektor swasta. Jangan salahkan kaum BUKAN Melayu pada waktu itu.

    Kalau anak-anak sudah diajar bermain politik perkauman semasa di UITM lagi, pasti kaum bukan Melayu yang rata-rata mengisi sektor swasta akan merasa takut untuk mengambil anak-anak berkerja dengan mereka.

    Keupayaan Kerajaan untuk mengambil anak-anak berkerja sangat terhad.

    Begitu juga, apabila kita berhenti bermain politik perkauman pasti universiti kaum lain saperti UNITAR akan membuka pintu mereka lebih luas lagi kepada bumiputera. Akhirnya, bangsa Malaysia akan bersatu padu.

    Itu matalamat pembangunan negara kita.

    SEDARLAH ZAMAN MENGHUNUS KERIS SUDAH TAMAT.

    SEKARANG BANGSA MELAYU PERLU MENGGUNAKAN KETAJAMAN AKAL FIKIRAN UNTUK TERUS MENJADI ASAS KEPADA POLITIK NEGARA.

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum.

    saudara anon,

    tujuan saudara murni, dalam mempersoal tindakan pelajar uitm bertindak sedemikian baru baru ini.

    seperti pelajar dalam menyampaikan rasa tidak rasa puas hati dengan berdemonstrasi, itu hak mereka, samaada di dalangi mana mana pihak yang ada kepentingan...begitu juga dengan saudara . saudara pun berhak menasihati...tapi biar lah menasihati bagi diri saudara sendiri, tidak perlu lah menasihati dengan tujuan untuk berkempen untuk orang lain. umum tau semua pemimpin terdahulu pernah membuat jasa, almarhum tunku,tun abdul razak,tun ghafar tun hussein onn, tun mahathir, tun musa, tengku razaleigh, anwar ibrahim, dato asri, almarhum ust fadzil nor.. mereka ada membuat jasa dan dlm zaman mereka pun ada juga gelombang gelombang panas.. baik lah kita bersikap jujur dalam menasihati....berkaitan persaingan di persada dunia.... seperti pandangan terdahulu saya..untuk berjaya perlu datang kesedaran sendiri.. sudah ramai graduan MELAYU yang berjaya di luar sana...hanya kita saja yang tak tau atau tidak merujuk data yang ada.. tak kira lah UITM atau lain lain IPTA. bukan saja lepasan ipta lepasan vokesyenal,institut pertanian,pusat giat mara, Institut kemahiran mara, bekas bekas pelatih pusat belia..mereka mereka yang langsung tak berpeluang ke pusat pengajian tinggi atau pusat pusat kemahiran rata rata orang melayu...ada yang berjaya dan ada yang berjaya sebagai usahawan...hanya individu yang tidak menilai sesuatu secara objektif sahaja menidak,menghina,mengutuk dan menafikan mereka mereka ini yang berusaha dengan keringat dan fikiran sendiri sehingga berjaya.. ada yang berjaya tanpa bantuan mana mana pihak. golongan kedua yang suka menghentam ialah mereka yang taksub kepada parti masing. tidak salah berparti tapi bila nak nyatakan sesuatu reserved reserved lah sedikit komen jangan merugikan sendiri.( bangsa sendiri ).

    tentang isu buka tak buka kepada bukan melayu... uitm. tiba masa nya yang sesuai terbuka lah nanti. mana ada yang kekal ... HANYA ALLAH SAJA TIADA AWALAN TIADA AKHIRAT....BETUL TAK?

    kepada semua dalam memberi komen, komen lah dengan bijaksana, dengan tenteram hati.. tak guna kita hentam hentam...tapi tiada hasil nya tidak membawa kemajuan....kita maki hamun ,,,,sumpah seranah ... orang akan kata dia ni mungkin keturunan nya dah macam tu sejak turun temurun kot... tentu kita tidak mahu orang mengatakan begitu kan?

    cuma terkenang kita bermaaf maafan sehari dalam setahun, bersolat jemaah di masjid 5 waktu, bersolat jumaat setiap minggu.. mendengar pengajian sana sini..tetapi berkatuk katuk sesama sendiri...

    wat to do.......

    ReplyDelete
  4. maaf pembetulan,

    ALLAH SAHAJA TIADA AWALAN TIADA AKHIRAN....
    typing error

    ReplyDelete
  5. Saya setuju dengan pendapat anonymous ni. Cuma kalau dapat dikenali lebih berwibawa lagi.

    hamirdin.blogspot.com

    ReplyDelete
  6. salam

    insyaallah kita mengenali dari tulisan pun memadai, komen komen saya hanya bila perlu.... sahaja. jika ada penulis yang tidak "bertimbang rasa pada diri sendiri" dan ingin menyebar virus "rabies" baru saya ketuk ketuk jari saya satu persatu....jadikan ayat dari satu huruf ke satu huruf. bukan apa saya pun ada rasa tanggung jawab ... jika anak saya, anak kawan kawan saya, anak anak saudara saya baca, anak anak jiran saya, anak anak kariah saya...jika semua baca dari penulis yang ada pnyakit rabies pasti bahaya...kita penat penat didik sejak di lahirkan
    masuk laman web terbaca nota nota sebegini... yang berpenyakit rabies biarkan ...kalau ikut cara jabatan haiwan biasa nya di lupuskan.

    sudah lah anak melayu banyak yang terkangkang sana terkankang sini. tunjuk dada yang tak seberapa , kalau dolly parton tengok pun buat dia tergelak... ini pun kita tak mampu tangani dah...youtube bersepah..

    yang merempit memang lah stuntman takder lesen. dia nampak neraker tu macam syurga, yang ini memang kiter tak boleh buat apa...

    nak cakap 1001 mcm masaalah........
    apa pun semua tadi masih boleh di tangani , tapi pemikiran rabies "rabies mind" ni merosakkan generasi akan datang.

    apa pun insyaallah kita jumpa.....bagi yang bergejala penyakit tu

    ALLAH SENTIASA MEMBERI KESEJAHTERAAN KEPADA ANDA, JGN SALAH GUNAKAN, KHUATIR JIKA DI TARIKNYA KUASA AKAL UNTUK BERFIKIR, HABIS KITA.

    nanti orang kata kesian dia rupa hensem atau cun nyer dia tapi lebih teruk dari kanak kanak yang terkena down syndrome.

    semoga bersama sama kita baiki diri, tingkat ekonomi.. yang bertanding di permatang pauh. siapa yang menang ada hikmahnya kemudian hari

    salam

    00ps... kalau tn pn rajin bawa bawa lah keluarga atau diri sendiri ke pamiran MAHA...kot kot ada ilham bsness di sana.

    ReplyDelete
  7. to madamme nur aflah, first of all thousand apology... lots of my post may be touching some of our beloved writer in here. well, its not my intention to do so... as such i am doing little part of my duty to speak the truth. my weakness to as human sometimes i might b overreact.. i m not biased to any body..any party...but i know my duty when election to whom i should cast my vote.

    t q

    salam

    ReplyDelete
  8. Hi, I came across this article.
    Hope it makes people think honestly...

    A frank discours by a bumiputra of Malaysia.

    THIS IS A MUST MUST READ: LEE KUAN YEW : AT 85 ,
    THE FIRE STILL BURNS BY? (cannot be revealed- powers > god, are after innocent bloggers!)

    The writer is a nephew of a certain Dr
    Excellent one

    Singapore's Minister Mentor, Lee Kuan Yew, who was Singapore's founding father, has always been very direct in his comments.

    This was the man who outsmarted the communists in Singapore (with the innocent help of Malaya then and the willing help of the British) and who later outwitted the British and outpaced Malaysia in all spheres.

    Singapore practices corrupt-free meritocracy and Malaysia affirmative action. The former attracted all the best brains and the latter chased out all the brains. The Singapore cabinet consists of dedicated and intelligent technocrats whereas Malaysia has one of the most unwieldy cabinets.

    Not only that, brain wise it was below par not even good for the kampong.With that kind of composition, one that is very brainy, naturally Singapore , with no natural resources could outstrip Malaysia in every aspect of development. Malaysia, on the other hand, was too much preoccupied with its Malayness and the illusory 'Ketuanan Melayu' and was also more interested in useless mega iconic development rather than real social and economic development

    Whenever Kuan Yew utters anything that deemed to be a slight on Malaysia , voices were raised >admonishing him. Malaysia would never dare to face reality. That Singapore had shown that it could survive was a slap on those who believed that Singapore would fold up once it left Malaysia .

    Therefore it was natural that these doomsayers would try to rationalise their utterances to be in their favour to combat on whatever Kuan Yew commented. Its political jealousy.

    Singapore achieved its development status without any fanfare. But here in Malaysia , a development that was deceptive was proclaimed as having achieved development status. It was trumpeted as an achievement that befits first world status. This was self delusion.

    Malaysians are led to believe into a make believe world, a dream world. The leaders who themselves tend to believe in their own fabricated world did not realise the people were not taken in by this kind of illusion.

    Lee Kuan Yew believed in calling a spade a spade. I was there in Singapore when the People's Action Party won the elections in 1959. He was forthright in his briefing to party members as to what was expected of them and what Singapore would face in the future.

    Ideologically, I did not agree with him. We in the University of Malaya Socialist Club had a different interpretation of socialist reconstruction.

    But he was a pragmatist and wanted to bring development and welfare to the Singaporeans. Well! He succeeded.

    Malaysia was so much embroiled in racial politics and due to the fear of losing political power, all actions taken by the main party in power was never targeted towards bringing wealth to all.

    Wealth was distributed to the chosen few only. They were the cronies and the backers of the party leadership to perpetuate their own selfish ends.

    Seeing the efficiency and the progress achieved by Singapore caused the Malaysian leadership to suffer from an inferiority complex. That Malaysia should suffer from this complex was of its own making.

    In a recent interview, Kuan Yew said that Malaysia could have done better if only it >treated its minority Chinese and Indian population fairly. Instead they were completely marginalised and many of the best brains left the country in drove. He added that Singapore was a standing indictment to what Malaysia could have done differently. He just hit the nail right there on the head.

    Malaysia recently celebrated its 50th year of independence with a bagful of uncertainties. The racial divide has become more acute. The number of Malay graduates unemployed is on the increase. And this aspect can be very explosive.

    But sad to see that no positive actions have been taken to address these social ills.

    Various excuses were given by Malaysian leaders why Singapore had far outstripped Malaysia in all aspects of social and economic advancement. Singapore was small, they rationalised and therefore easy to manage. Singapore was not a state but merely an island.

    There was one other aspect that Malaysia practises and that is to politicise all aspects of life. All government organs and machinery were 'UMNO-ised'. This was to ensure that the party will remain in power.

    Thus there was this misconception by the instruments of government as to what national interest is and what UMNO vested interest is.

    UMNO vested interest only benefited a few and not the whole nation. But due to the UMNO-isation of the various instruments of government, the country under the present administration had equated UMNO vested interest as being that of national interest.

    Thus development became an avenue of making money and not for the benefit of the people. The fight against corruption took a back seat.


    Transparency was put on hold. And the instruments of government took it to be of national interest to cater to the vested interest of UMNO.

    Enforcement of various enactments and laws was selective. Thus a 'palace' in Kelang, APs cronies and close-one-eye umno MPs could exist without proper procedure. Corruption infested all govt departments, the worse is the police and lately even in the judiciary.

    Singapore did not politicise its instruments of government. If ever politicisation took place, it is guided by national interest. To be efficient and to be the best in the region was of paramount importance.

    Thus all the elements >like corruption, lackadaisical attitude towards work and other black elements, which would retard such an aim, were eliminated. Singapore naturally had placed the right priority in it's pursuit to achieve what is best for its people. This is the major difference between these two independent countries.

    Malaysia in its various attempts to cover up its failures embarked on several diversions. It wanted its citizens to be proud that the country had the tallest twin-tower in the world, although the structure was designed and built by foreigners.

    Its now a white-elephant wasting away. It achieved in sending a man into space at an exorbitant price. For what purpose? These are what the Malays of old would say "menang sorak" (hollow victories).

    It should be realised that administering a country can be likened to managing a corporate entity. If the management is efficient and dedicated and know what they are doing, the company will prosper. The reverse will be if the management is poor and bad. The company will go bust.

    There are five countries around this region. There is Malaysia , and then Indonesia . To the east there is the Philippines and then there is that small enclave called the Sultanate of Brunei .

    All these four countries have abundance of natural resources but none can lay claim to have used all these resources to benefit the people. Poverty was rampant and independence had not brought in any significant benefits to the people.

    But tiny Singapore without any resources at all managed to bring development to its citizens. It had one of the best public MRT transport systems and airlines in the world and it is a very clean city state. Their universities, health care, ports are among the best in the world.

    It is impossible to compare what Singapore has achieved to what all these four countries had so far achieved. It was actually poor management and corruption, and nothing more. Everything is done for the vested interest of the few.

    Malaysia, Indonesia and the Philippines and the Sultanate of Brunei need good management teams. They would not be able to do this on their own steam. I would advise that they call on Kuan Yew to show them what good governance is. Why look East to Japan when it is just next door across the causeway.

    ReplyDelete
  9. Ya saudara,
    Words Below has been Quoted from 'anonymous'

    "Lihat betapa hebatnya orang-orang UMNO ini mengamalkan double standard dalam mengendalikan undang-undang negara. Demonstrasi yang didalangi mereka tidak perlu permit dan tidak mendapat tentangan Polis."

    Ya, sememangnya Pihak BN jangan lah sentiasa menyalahgunakan kuasa...

    Kita mau 'demo' sikit benda pun mereka tak kasi & arahkan 'Polis Gila' utk buat kacau. Yg mereka keluarkan ramai plajar dan bair pelajar tu 'demo' tanpa kekecohan 'Polis Gila' buat pe?

    Note: Polis Gila - Polis yg pakai helmet merah, yg bawa Kereta Bomba tu leh.

    ReplyDelete
  10. refer to anon 18 aug 2008 9.34am,

    waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
    congratulation... singapore mali....ma. so long about singapula stoli. many word fantaplastic and bombastic...about sangapula. well if u feel inferior about malaisia. u know what to do ( can pack n bye bye )and we know how to handle our malaisia. dont wolly. we hve evely thing..we know what to loo. we can change ma.. the leader..but u he he.... u think your leader can live thousand years ka. any thing can change, soviet union also picah ma... so u think tiny singapula can last forever....dont over confilent.. lo. arctic and antartica soon also melting. by the time singapula may b in history. may be one day your gleat gleat glandson said .... thank u thank u ma...we like abang alik . can stay together... he he he

    ini lah yang akan berlaku.. akan datang...perangai bangsa yang tak tau di untung...sombong tak bertempat... bila susah berpura pura baik. bila senang bagi betis nak peha dah dapat peha... anu pun dia nak juga. konon negeri dia hebat... negara alam melayu lain konon nya tak sehebat negara dia.

    u can talk what u like ma. ... we r not as what u think.

    shalom

    ReplyDelete
  11. assalamualaikum..wbt

    cuti sekolah dah bermula, tidaklewat untuk kita ucapkan selamat bercuti pada semua penulis. di mana anda berada berhati hati ketika memandu. seronok seronok juga, walaupun kita tak se haluan pendapat... tak mengapa... yang pasti ingat dan berpesan sifat manusia yang perihatin. jangan berlumba lumba. yang kereta terlebih mewah jika si kancil depan anda jangan lah di beam beam kan lampu...di siang hari.sama sama kita bayar cukai jalan...sama sama kita ke destinasi..mana tau ...si kancil akan membantu anda yang dalam kemalangan...

    yang menjadi KING N QUEEN OF THE DAY, selamat pengantin baru..hingga ke akhir zaman...yang angan angan naik pelamin lagi..kalau mampu jalan...tapi tengok tengok lah muka anak yang bongsu tu...kalau tak nak tengok muka maknya...he he...

    yang dapat anak...tahniah... bisik bisik kat telinga anak anak...janji pada nya anakanda, ayahanda akan pegang amanah yang ALLAH telah berikan pada ayahanda... takkan ku biarkan kau jadi hamba yang kufur pada pada tuhan mu.

    yang naik pangkat jgn lah sombong dengan kuasa di tangan...itu pinjaman ALLAH sahaja. ingat ingat

    yang jelita dan mongel...jaga lah kejelitaan yang sementara ....sampai masa semua kedut kedut akan menjelma..yang tegang akan jadi lesu... tutup mahkota di badan mu...tertutup lebih di cemburu...oleh jantan jantan kelkatu... yang merokok tu nanti di sangka GRO..walaupun nampak stail...sedut sedut nanti di katakan jalang dah kematu..

    yang berniaga...tahniah dan lebih maju....tapi jengok jengok anak yatim piatu.

    kepada semua yang berada, tak kira anda di mana saja...selamat bercuti kemana saja....yang penting jaga keselamatan diri jaga keluarga...

    apa bila berjalan jauh. kereta di periksa segala gala nya, dokumen diri jangan terlupa, pesan pesan jiran tetangga...rumah di tinggal sementara saja.

    yang penting... singgah ke balai .. tinggal nama ...juga no tuan punya.. jika musibah datang menjelma..senang di hubungi tau di mana.

    salam percutian..untuk semua.

    ReplyDelete
  12. Salam...

    Maaf kerana saye tak ikut LARI DARI TAJUK tulisan Aflah ni... nanti orang penat nak bace... kalau ade pandangan saye yg panjang2, saye akan post dalam laman saye, n akan tumpang promosi katsini, bleh kan sis...? ;)

    berkenaan tajuk ni, ringkas drpd saye, si say fool berani suruh kite tunggu 10 sept, then kite sesame tunggu sis...kalau after 10 sept still x bg informasi yang tepat dan menyeluruh, kite sumpah si say fool ni 7 keturunan! kalau sebaliknya plak, kite same2 perjuangkan hak nye plak... how about that sis...?

    ReplyDelete
  13. KAMU LIHAT la sendiri Si Saifool pegang Quran dengan tangan kiri ! Itu HARAM ! Itu HARAM ! Konon SUMPAH ! Sumpah sendiri ! Bodh !

    ReplyDelete
  14. Salam wahai sis Aflah...dan rakan2...

    titipan...
    Allah menurunkan firmannya berbunyi “Siapa yang membantahmu tentang kisah Isa-Setelah engkau beroleh pengetahuan yang meyakinkan tentang hal itu, maka katakanlah kepada mereka : Marilah kita panggil (kumpulan) anak-anak kami dan anak-anak kalian, isteri-isteri kami, dan isteri-isteri kalian, diri-diri kami dan diri-diri kalian, kemudian kita bermubahalah kepada Allah, mohon agar Allah menjatuhkan laknat-Nya kepada pihak yang berdusta.” (Ali Imran : 61)

    ;)

    ReplyDelete
  15. • Manusia Yang Berubah Tingkah Laku Seperti Kera Dan Babi;- Rasulullah s.a.w bersabda: Kelak pada akhir zaman akan ada dari umat ini suatu kaum yang tingkah lakunya akan jadi seperti kera dan babi. Para sahabat bertanya: "Ya Rasulullah! Tidakkah mereka bersaksi bahawa tidak ada Tuhan selain Allah dan sesungguhnya Muhammad utusan Allah?" Rasulullah menjawab: "Betul, mereka juga berpuasa, sembahyang dan haji." Mereka bertanya lagi: "Lalu mengapa keadaan mereka menjadi begitu?" Rasulullah menjawab: "Mereka mengadakan nyanyian-nyanyian, menabuh gendang disertai para biduanita dan penari, lalu pada malam harinya mereka mengadakan pesta minum-minuman dan bermain-main maka pada pagi harinya mereka berubah menjadi tingkah lakunya seperti kera dan babi. Dan sungguh akan ada seorang yang pergi berbelanja ke kedai atas suruhan temannya, setelah ia kembali kepadanya, lalu ia berubah tingkah lakunya seperti menjadi kera dan babi";- (Riwayat Ibnu Abi Dunia). Dosa Dua 2 Golongan Baru Di Akhir Zaman (Penguatkuasa Tempatan Yang Kejam Dan Wanita Mendedahkan Aurat);- Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni Neraka yang belum lagi aku melihat mereka. Pertama, golongan (penguasa) yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang. Kedua, perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang, berlenggang lenggok waktu berjalan, menghayun-hayunkan bahu. Kepala mereka (sanggul di atas kepala mereka) bagaikan bonggol (goh) unta yang senget. Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga itu sudah tercium dari perjalanan yang sangat jauh daripadanya";- (Riwayat Muslim).

    Renung-renungkan...

    ReplyDelete
  16. PKR Bawa Samseng Upahan Di Permatang Pauh
    Suasana di sekitar pusat penamaan calon pilihanraya kecil Permatang Pauh di Institut Perguruan Tuanku Bainon dekat Bukit Mertajam hari ini amat mencetuskan beberapa insiden pergaduhan apabila Parti pembangkang bertindak liar dan ganas.
    READ MORE sila layari http://www.kulitpisang.com
    Youtube: Permatang Pauh - PKR Ganas
    http://www.youtube.com/watch?v=GYDgLFDRnWA

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.