SAIFUL DAH BERMUBAHALAH, ANWAR KIAN TERSEPIT (UPDATED)







Sebentar tadi, Buletin Utama TV3 menyiarkan berita Saiful Bukhari Azlan telah bersumpah dengan menyebut “Wallahi, Wabillahi, Watallahi” sambil memegang kitab suci Al-Quran di masjid Wilayah Persekutuan.

"Bismillahirrahman nirrahim. Pada hari ini, 15 Ogos 2008, saya Mohd Saiful Bukhari Bin Azlan, No Kad Pengenalan 850706-01-5687 dengan ini sesungguhnya dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang berikrar dan bersumpah seperti berikut....A'uzubilahiminasyaitanirrajim. Bismillahirrahman nirrahim. Wallahi...Wabillahi....Wata'alahi. Saya bersumpah bahawa saya telah diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 26 hb Jun 2008 iaitu pada tarikh tersebut Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memasukkan zakarnya ke dalam lubang dubur saya. Jika saya berdusta, atas pengakuan ini, maka saya berdusta terhadap Allah dan saya sanggup menerima azab, laknat dan kutukan daripada Allah hingga ke kiamat. Wallahualam."

Sumpah yang dilakukannya itu telah disaksikan oleh imam masjid wilayah, pegawai JAWI dan juga bapa Saiful sendiri. Biarpun Saiful kelihatan tersasul bila menyebut perkataan Watallahi dan juga tarikh dirinya diliwat oleh DS Anwar Ibrahim, namun dia tetap meneruskan sumpahnya itu sehingga selesai.

Sejurus melakukan sumpah itu, Saiful terus meninggalkan kawasan masjid tanpa menjawab sebarang pertanyaan daripada para wartawan yang merakamkan majlis tersebut. Bagaimanapun, pada kira-kira jam 6 petang, Saiful telah mengadakan satu sidang akhbar bersama-sama peguamnya di salah sebuah hotel di Kuala Lumpur.

Esok adalah hari penamaan calon bagi kawasan parlimen Permatang Pauh. Sumpah yang dilakukan oleh Saiful Bukhari pada hari ini tentunya akan menjejaskan peluang Anwar untuk memenangi kerusi parlimen tersebut. Malah, Malaysiakini turut melaporkan, peluang Anwar untuk memenangi pilihanraya kecil tersebut adalah 50-50.

Setakat ini, pihak Anwar Ibrahim masih lagi belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berkenaan sumpah yang telah dilakukan oleh Saiful Bukhari itu. Adakah Anwar juga akan melakukan sumpah yang sama untuk mempertahankan dirinya masih lagi menjadi tanda-tanya.

Bersambung …

Gambar dari MSTAR

Berikut adalah reaksi awal dari Dr. Asri, Mufti Perlis.

Mufti Perlis Dr Asri Zainul Abidin melahirkan rasa terkejut dengan keberanian Mohd Saiful Bukhari Azlan bermubahalah. Namun begitu, beliau menyifatkan sumpah yang dibuat oleh Saiful itu sebagai risiko yang teramat besar.

"Sekiranya dia benar, dia akan selamat tetapi jika dia berbohong lambat laun, kelaknatan Allah akan turun kepadanya dalam berbagai perkara yang tidak tergambar oleh dirinya sendiri," tegas Dr Asri ketika dibungi sebentar tadi.

Dr Asri yang kini berada di Kota Bharu menghadiri 'Seminar Tajdid' di USM, Kota Bharu berkata, "Keberanian Saiful melafazkan lafaz yang seperti itu menunjukkan samada dia meyakini apa yang dia dakwa ataupun dia tidak faham akan kesan terhadap lafaz berkenaan pada masa hadapan."

Menurut tokoh agama yang lantang bersuara ini, tindakan Saiful itu juga boleh menimbulkan kesangsian dan keraguan terhadap pihak yang dicabar kerana bukan mudah seseorang untuk melafazkan apa yang dilafazkan oleh Saiful.

"Bukan mudah seseorang melafazkan sumpah mubahalah itu melainkan dia dalam keadaan tidak siuman ataupun dia sedar apa yang diyakini itu benar," katanya lagi.

Tambahnya, "Oleh kerana akan timbul kesangsian pihak yang di cabar dan untuk menghilangkan keraguan masyarakat maka pihak yang didakwa iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim hendaklah melafazkan sumpah bermubahalah dengan bentuk yang sama. Maka jadilah mubahalah yang mana kita akan lihat hukuman Tuhan nanti."

Ketika ditanya bagaimanakah pendirian beliau kini setelah Saiful bermubahalah, Dr Asri berkata, "Adapun saya tidak pernah menyatakan secara putus siapa yang benar, siapa yang salah."




Berikut adalah sesi soal jawab Saiful yang dilaporkan oleh Malaysiakini

Wartawan: Waktu angkat sumpah siapa saksi?

Peguam Zamri Idrus: Semua imam-imam Masjid Wilayah Persekutuan.

Wartawan: Ke mana hilang selama ini?

Mohd Saiful: Saya bukan menghilangkan diri tetapi mendiamkan diri untk mengumpulkan kekuatan kerana saya telah difitnah, dengan macam-macam, terutamanya sekali oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jadi itulah alasan saya.

Wartawan: Kenapa Saiful pilih hari ini dan di Masjid Wilayah Persekutuan?

Mohd Saiful: Saya telah lama berniat nak buat ini tetapi ia perlukan satu kekuatan mental dan juga rohani kerana bersumpah ini bukan sesuatu yang mudah dan boleh dibuat secara suka-suka kerana akibatnya dia boleh dilaknat. Alhamdulillah, Allah SWT telah memberikan saya kekuatan dan saya bersumpah pada hari ini.

Wartawan: Adakah kerana esok penamaan calon di Permatang Pauh.

Mohd Saiful: Tidak, tidak, sama sekali.

Wartawan: Bagaimana perasaan Saiful lepas bersumpah?

Mohd Saiful: Alhamdulillah, saya berasa lega dan buat pertama kalinya saya dapat memberanikan diri dan diberikan kekuatan oleh Allah SWT untuk berdepan dengan para wartawan.

Wartawan: Kamu bercadang berkempen di Permatang Pauh?

Mohd Saiful: This is not a political matter (ini bukan satu perkara politik), ini adalah dakwaan kes peribadi antara Anwar Ibrahim dan saya.

Wartawan: Tetapi ingat, tuduhan ke atas Anwar adalah suka sama suka?

Mohd Saiful: Saya ingin tegaskan di sini bahawa perkara itu berlaku tanpa kerelaan hati saya.

Wartawan: Ada yang kata lebih daripada sekali.

Mohd Saiful: Itu saya akan beri keterangan di mahkamah.

Wartawan: Betul kamu buat pemeriksaan di Pusrawi?

Mohd Saiful: Itu saya akan jawab di mahkamah.

Wartawan: Kenapa pada mulanya kamu pergi ke Hospital Pusrawi?

Mohd Saiful: Itu keterangan di mahkamah nanti.

Wartawan: Tapi betul Saiful pergi ke Pusrawi hari itu?

Mohd Saiful: Keterangan di mahkamah. Saya akan bagi keterangan. Dan iyalah, saya bukan seperti Datuk Serri Anwar Ibrahim ingin melaksanankan media trial, jadi saya akan memberikan keterangan saya dan bekerjasama semasa di mahkamah nanti.

Wartawan: Ini kali pertama kamu diliwat?

Mohd Saiful: Ya, pertama kali.

Wartawan: Besok penamaan calon, kenapa hari ini... saya harap kamu faham. Saya bukan nak buat apa-apa, tanya saja.

Mohd Saiful: Saya faham, secara kebetulan saja. Kalau nak ikutkan kita pun tak tahu Anwar akan bertanding. Laporan saya itu pun 28 Jun, kita tak tahu dia akan bertanding bila. Tetapi saya ingin tegaskan di sini, saya memerlukan kekuatan dan alhamdulillah Allah SWT memberikan saya kekuatan untuk mengadakan sumpah hari ini. Dan hari ini hari Jumaat, hari yang sangat dirahmati Allah SWT.

Wartawan: Anwar kata masa itu dia ada saksi dan dia tak pernah keseorangan dengan Saiful pada masa tersebut.

Mohd Saiful: Itu kita tengoklah di mahkamah nanti.

Wartawan: Benar kamu buat laporan polis? Kamu ada salinan laporan polis?

Mohd Saiful: Saya nak tegaskan di sini, saya buat laporan polis 5.30 tetapi saya tengok dalam 6.30 dah terpapar di SMS dan lamanweb. Saya tidak tahu kenapa. Dan saya sendiri yang menulis laporan
polis tersebut.

Wartawan: Adakah kamu bertemu Datuk Najib?

Mohd Saiful: Itu saya akan jawab di mahkamah.

Wartawan: Kalau Anwar melakukan sumpah, apa pandangan kamu?

Mohd Saiful: Ok tidak apa. Saya telah melakukan tanggungjawab saya. Saya sudah lakukannya. Jikalau beliau hendak lakukan, terpulang kepada beliau sebab ia bukan tentukan sama ada salah atau tidak. Kita tengok di mahkamah nanti.

Video angkat sumpah ditayangkan.

Mohd Saiful: Jumpa 10 haribulan nanti di mahkamah. Terima kasih.

Mohd Saiful kemudiannya beredar melalui pintu belakang dengan peguamnya dan tidak mahu menjawab lagi soalan wartawan.
Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

14 comments:

  1. tak ada apa nak tersepit. Allah Maha Besar, Maha Mengetahui. Sama sama kita lihat kebenaran pasti menjelma.

    ReplyDelete
  2. Abdullah bin Ubay , ketua munafik di Madinah juga pernah bersumpah semasa zaman Rasulullah s.a.w.untuk menegakkan kebenarannya. Akhirnya , Allah s.w.t. mendedahkan siapa yang benar . Kita tunggulah keputusan Illahi.

    ReplyDelete
  3. dalam hal ni. ALLAH MEMILIKI SEGALA GALA NYA. ALAM INI...HAK NYA. RAQIB DAN ATIB sentiasa patuh mencatit apa yang di perintah PENCIPTA NYA.

    salam

    ReplyDelete
  4. Sumpah di atas nama Allah adalah sesuatu yang bukan boleh dipermainkan. Azab orang yang mempermainkan takkan terfikir oleh kita. Kita serah pada ilahi untuk menunjukkan siapakah yang benar. Semoga orang yang menipu didalam kes ini dilaknat Allah swt kerana ia sanggup mencabar kekuasaan illahi.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum,

    Ternanti tindakan yang bakal diambil oleh DSAI. Tidak cukup hanya sekadar menyatakan ini suatu tindakan kotor UMNO.

    ReplyDelete
  6. hanya orang yang 'kurang arif' akan melakukan upacara mubahalah ni. sedangkan puak nasara pun tak sanggup bermubahalah dengan Nabi saw kerana takut dengan azab Allah swt yang pada akhirnya mereka hanya membayar ufti. dan bermubahalah cara Nabi bukan satu pihak sahaja, kena ada dua² pihak berkumpul di tempat yang sama.

    ada seseorang tersepit di sini tapi bukannya DSAI. tunggulah dengan sabar sehingga dibicarakan di dunia dan kemudian di akhirat. kita tunggu siapa yang munafik sebenarnya...

    bida'ah apakah yang kita turuti?

    ReplyDelete
  7. Kita nampak JELAS sekarang Agama telah dipermainkan oleh satu golongan yang tidak tahu tentang hukum ALLAH? Apakah mereka ini jahil (Jahiliah Moden).Yang boleh membinasakan kaum sendiri. Tidak gerunkah kita- akan balasan drp ALLAH.

    ReplyDelete
  8. kalau dia yakin dia tak bersalah apa salahnya dia bersumpah..kalau dia menipu sendiri mau ingatlah..

    ALLAH MAHA BESAR.

    ReplyDelete
  9. Salam Aflah dan rakan2...

    Ingin memetik semula soal jawab di atas... ;

    "...Wartawan: Kalau Anwar melakukan sumpah, apa pandangan kamu?

    Mohd Saiful: Ok tidak apa. Saya telah melakukan tanggungjawab saya. Saya sudah lakukannya. Jikalau beliau hendak lakukan, terpulang kepada beliau sebab IA BUKAN TENTUKAN SAMA ADA SALAH ATAU TIDAK. Kita tengok di mahkamah nanti..."

    Cuba perhatikan ayat dengan huruf besar... apa pandangan semua?

    pandangan saya : saiful x faham erti bersumpah ni, katenye, kalau DSAI nak sumpah, sumpah le, terpulang, lagi pun sumpah2 ni bkn bleh tentukan salah atau tidak...

    p/s : semakin meragui saiful n tetibe yakin dgn DSAI...

    ReplyDelete
  10. bro. laxmana,

    dont headache yourself with what he quote, he has done what he thinks he should do. on bro anwar...he has the right no to swear or what ever... he thinks right. justice will prevail. insyaallah. most important we remind ourselves for what happened is a tragic cause to our muslim brotherhood n tarnish the malay society. i dare not to say much about things going on know. but remember , sometimes we feel what we do is right... but we r not aware that is an ISTIDRAJ.. even a person himself dont realised it. but once he/she realised it ..then it is to late.

    salam/shalom

    ReplyDelete
  11. Apasal Aflah ni bodoh sgt terpedaya dgn tipu helah saiful. Kan ulama syariah dah kata cara bersumpah dgn nama Allah dan menjunjung AlQuran yang dibuat oleh saiful bangang tu tidak mengikut syariat islam. Jadi apa menda yang tersepit?? Bodoh sgt lah kau ni Aflah. Kalau masih tak faham tentang islam pasal kau ni masih dalam kategeri saudara baru jangan memandai buat citer bodoh yang boleh merendahkan syariat dan martabat agama islam yang suci. Karang kau sekeluarga kena curse dgn Allah, baru padan muka kau.

    ReplyDelete
  12. untuk anon yang kata pn aflah bodoh....jgn lah sampai mcm tu pulak kita bagi pendapat.... dan perbaiki mana yang betul....

    kesian kak aflah ada ka kata kawan tu bodoh... tapi bodoh mau belajar takapa..... maaf pn aflah ya... bukan kata u...ok

    kalau bodoh boleh belajar takpa tapi ada orang lain lagi bebal wal bahalul dia jer yang betul....

    sebut hal ulamak depa bagi pendapat mengikut school of thoughts...dan yang terbaik kita ambil jln tengah. dah en saiful sanggup sumpah ikut dia lah...yang hang dok marah ker dia buat apa. dia nak junjung Quran satu lori hak dia lah

    dan ulamak pulak jgn keliru makna nya ..kalau orang putih kata intellectual...melayu kata cendikiawan...so ulamak ni semua boleh di kategorikan ulamak kalau hang belajar sampai phd ekonomi ulamak ekonomi. kalau perubatan,kejuruteraan, muzik, perniagaan, matematik, aeroangkasa, biomedic semua di kategorikan ulamak dalam kepakaran masing masing. ayah pin yang sesat tapi pakar ajaran dia pun ulamak he he he....

    hang pun ulamak...tapi ulamak apa aku tak tau lah.

    tapi jgn lah hang pi kata aflah macam tu ...kesian kat dia...aku bukan nak support dia..aku pun tak kenai... tapi kalau hang pi katok kata bodoh...tak best lah....lembut lembut lah sikit...kata pn aflah kurang arif tu ada lah ampun sikit.

    nanti hang ALLAH jadikan bodoh baru hang tau .... sedaq sedaq makan taik sendiri .... jangan tak baik kata orang lagu tu.

    baik hang pi mintak maaf ngan dia.
    atau cakap ngan pak mak dia.. cakap ngan laki dia jugak.

    pn aflah saya bukan nak bodek hang nooooo... tapi jenis orang suka main tibai nih aku tak stju lah.

    ok selamat bercuti semua jgn bawak kereta laju...

    salam semua

    ReplyDelete
  13. Orang yang telah diupah mestilah melakukan tanggungjawabnya tak kira salah ke tidak.
    pahamkan maksud saya?

    ReplyDelete
  14. cakap aje le anwar PENAKOT nak sumpah balik, kan senang, dolak dalik macam hindraf buat apa. anwar tahu dia sudah tutuh sama itu budak jambu punya bontot, bekas pembantu PERIBADI dia sendiri, perghhh. skarang anwar takmo tanggungjawab, bila orang tuduh dia, dia pi nyorok belakang statement hadi awang dengan nik aziz. kan spesis penakot tuuuu

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.