UiTM UNIVERSITI ‘BUMIPUTERA’ BUKAN UNIVERSITI ‘UMNO’

Sekarang ini, berita mengenai demontrasi yang dibuat oleh pelajar UiTM semakin galak diperdendangkan oleh media-media arus perdana mahupun alternatif. Sedar atau tidak, banyak pihak mula mempertikaikan ‘mentaliti’ pelajar UiTM yang tampaknya begitu mudah ‘diperkudakan’ oleh pihak-pihak tertentu.

Dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia di RTM1 pada hari rabu lalu, Naib Canselor UiTM telah menyatakan,

“Tan Sri Khalid Ibrahim telah menghina orang Melayu kerana sanggup membuka kuota 10% UiTM kepada bukan Bumiputera. Alasan yang diberi oleh Tan Sri Khalid seperti UiTM tidak global, mundur, tidak berdaya saing dan sebagainya adalah sesuatu yang tidak boleh diterima.”

Itulah lebih kurang kata-kata yang keluar dari mulut Naib Canselor UiTM sewaktu ditemuramah dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia.

Saya langsung tidak terperanjat dengan reaksi yang ditunjukkan oleh Naib Canselor itu kerana saya telah terbaca tentang latar belakang politiknya. Sebagai orang kuat UMNO, Naib Cancelor itu tentunya mempunyai banyak alasan untuk memperbesarkan isu ini.

Saya lebih tertarik dengan kenyataan yang dibuat oleh Prof Dr. Khoo Khay Kim dalam temubualnya di Buletin Utama TV3.

“Sebenarnya, cadangan untuk membuka kuota UiTM kepada pelajar bukan Bumiputera bukanlah perkara baru. Sebelum ini pun sudah dibuat. Tapi, orang bukan Bumiputera langsung tak berminat untuk belajar di UiTM kerana sebab-sebab yang tertentu.”

Malah Dr. Halimah Ali sendiri telah menceritakan siapakah ‘dalang-dalang’ yang telah memperbesarkan isu ini sehingga mendapat perhatian media. Sangat wajar setiap pelajar UiTM membaca tulisan itu sebelum membuat apa-apa tindakan yang hanya akan menghakis imej UiTM di kalangan rakyat yang berbilang kaum di negara ini.

Lebih malang lagi, bila isu ini diperbesarkan oleh pihak media, orang bukan Melayu akan bertambah ‘meluat’ dengan kerajaan UMNO-BN kerana sejak akhir-akhir ini, UMNO ternyata lebih banyak memainkan isu perkauman daripada bertindak menyatukan pelbagai kaum di negara ini.

Ingatlah, hak dan ketuanan Melayu di negara ini dijamin oleh kuasa perlembagaan negara dan bukannya dijamin oleh UMNO semata seperti kata pakar perlembagaan negara, Prof. Dr. Shamsul Bahari. Tatkala UMNO tidak dapat berkuasa di Perak, siapakah yang telah menjamin kuasa Menteri Besar diserahkan kepada orang Melayu?

Baca ini dan ini.
Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

10 comments:

  1. Hey, I got the first comment!

    People should be open minded as the writer of this very funny article, reporting on the Olympics. Really its funny at this link:

    http://www.nbcolympics.com/blogs/blog=alanabrahamsonsblog/postid=193574.html#lost+translation

    ReplyDelete
  2. Maksud, dibuka untuk persaingan sihat,kalau setakad normal sahaja selamanya macam tu juga..........
    kita mahu ukur kekuatan kita....kita mahu lihat percapaian sebenar,tidak salahkan .kita bukan mahu gadai hak kita.cuma untuk perlihatkan kita memang hebah. Bukan hanya hebat dikandang sendiri,tetapi dipentas dunia.Tanya diri kita sendiri dimanakah kita berada sekarang di pentas dunia atau hanya dinegara sendiri.Fikirlah ?Kita harus bersaing diperingkat global mampu kah kita ? Atau hanya mainan politik jalanan bangsa sendiri.Yang akhirnya terpisah di dunia luar.

    ReplyDelete
  3. Umno laknatullah menyalak siang malam. Apa.. mereka dah lupa dgn MRSM ? Umno yang membenarkan 10% kepada non malay ???

    ReplyDelete
  4. pada aku lah apa isu pun asas nak buka 10%, 30%, 100% tiada isu......umum tau dalam keadaan sekarang semua benda boleh jadi isu, bukan susah .... pemimpin buat perasmian tak kira lah partiana... nak nak dua puak melayu . masing masing nak mempertahan kuasa masing masing. pemberita tertentu telah di cari untuk sediakan soalan....yang si yb tadi pun jawab....lah. ini lah agak nya macam mana nak di jadikan isu. untuk attack satu puak ke puak yang lain cari isu sensasi...dah lumrah...psikologi melayu mudah di jual beli. di beli oleh peminpin melayu sendiri tak kira lah puak mana pun tup! tup!
    keluar lah isu UITM. kerja saraf kan mainan orang orang politik melayu...tapi dok bersaraf...sakit urat saraf. akhir nya melayu juga yang rugi....

    daya saing bukan terletak pada 10% atau 100% ibarat campur rojak. asas nya balik kepada dalaman individu...sendiri. kemahuan sendiri,arah tuju keluarga..kalau nak berjaya 90% daya juang dalaman 10% persekitaran. ipta yang lain pun walaupun percampuran dengan bukan melayu ada...hakikat nya..melayu tetap sederhana pencapaian.. peratusan cemerlang di bolot bukan melayu. maaf lah ini andaian saja.. mungkin ya atau tidak. persoalan nak buka , nak campur bagi semua sama tiada hal...tapi melihat cara isu di cadangkan tiada kena pada masa ini..dan kalau di lihat percampuran berlain bangsa di universiti untuk memberi saingan sihat , ia nya perlu bermula dari sekolah rendah...menengah...tapi masaalah nya ramai ibu bapa bukan melayu mahukan sekolahkan anak mereka mengikut bahasa masing2.. jadi siapa mengasingkan siapa.. tapi pemerintah bagi juga kerana hak masing masing..dan bagi kita yang dah faham tiada masaalah..teruskan...tetapi apabila realiti tak di lihat dengan betul...di adakan isu semata mata ada perkara tersirat. apa saja boleh di jadikan modal untuk di bahaskan. jadi akhir nya melayu sesama melayu kata mengata sesama sendiri. sebenarnya baik apa IPTA sekalipun samaada pelajar campur atau tidak malayu atau bukan melayu...perkara asas kesedaran dalaman sendiri. ... tetapi saya lebih bersetuju jika inginkan kesamarataan untuk ujud persaingan sihat... peringkat kanak kanak lagi ... yang terbaik adakan aliran sekolah malaysia...kanak diajar matapelajaran bahasa melayu dan inggeris. bukan kah senang dan ibu bapa tak kira keturunan dengan ikhlas hantar ke sekolah malaysia.
    bahasa lain di ajar sebagai satu mata pelajaran. .. jika kita ikhlas isu isu "bodoh" takkan timbul. dan apabila pelajar ke universiti pun mereka akan tetap bersaing tak kira bangsa..


    hal bersaing, asas nya bila nak hidup semua manusia akan ikhtiar.
    thnx salam...maaf jika ada yang menyentuh anda...

    ReplyDelete
  5. LEPAS NI LEMBU LEMBU UiTM BOLEH BUAT DEMO KAT MRSM !!

    ReplyDelete
  6. kata lah si jin afrit... ada bomoh dari alam manusia kata UMNO laknatullah.... yang aku tau kata si jin paling tua ..(usia 500 tahun) manusia yang di laknat... UMNO tu kan huruf....jer. oii jin muda kau tak educate ker bomoh tu...tak...letih aku...aku ajar dalam tulisan rumi dia tak faham, aku ajar dalam tulisan jawi lagi dia tak faham....aku ajar dalam tulisan jin...dia dah hisap kretek ajak aku makan asap...

    sementara tu berkata lah lembu veteran ... si anon tu kata ada lembu lembu uitm nak buat demo di mrsm. betul ke... mana aku tau... si anon yang hantar mesej 10.51pm 15 ogos 08. .... dia tu ker! dia tu lembu sakit kuku dan mulut....tu yang dia salah taip... kaum kaum lembu semua reject dia...takut kena penyakit lembu giler....so keselembuan lah dia.

    tu lah anon....jaga lah kesihatan. kau dah takder nilai lah..

    .....ooops aku terpijak taik lembu.. Ya ALLAH aku mimpi rupa nya. maaf lah kawan2 terlalu banyak baca blog sampai mimpi . huh nasib baik mimpi. ingat tadi alam jin ngan alam lembu...

    maaf yer semua tak berniat nak kata pada sesiapa .... mimpi tadi.

    good nite permatang pauh...i luv u all...
    salam semua

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum,

    1. Adakah pelajar Melayu begitu bodoh sehingga tidak mahu/tidak boleh bersaing dengan hanya 10% pelajar bukan Melayu ?

    2. Adakah wawasan untuk menghasilkan graduan yang mantap sebagai modal insan akan dapat dicapai sekiranya pelajar Melayu terperap menuntut ilmu di dalam kelompok mereka sahaja untuk tempoh 3-4 tahun ?

    3. Kita berkehendakkan lepasan ijazah World Class, tetapi minda terperok dengan minda perkauman yang tidak pernah berpeluang untuk bersaing dengan bangsa lain. Kita berada di tahun 2008, bukannya 1970an lagi.

    ReplyDelete
  8. Bismillahirrahmannirrahim,

    Assalammualaikum,

    Saya fahami dan hormati perasaan anak-anak mengenai cadangan MB Selangor supaya membuka 10% dari tempat di UITM kepada kaum asing dan bukan bumiputera.

    Sebagai seorang bekas mahasiswa (Universiti Malaya 1968/69-1970/71), semangat yang anak-anak tunjukkan sungguh mengkagumkan.

    Lagi mengkagumkan saya ialah anak-anak berani berdemonstrasi TANPA permit sementara Akta Polis dan Akta Universiti masih berkuatkuasa. Saya dulu berdemonstrasi dalam keadaan Akta Universiti BELUM lagi digubal.

    Tidakkah anak-anak berasa pelek KENAPA demonstrasi anak-anak yang meliputi beberapa kilometer TIDAK di halang olih Polis FRU walaupun TIDAK mempunyai permit dan BERBAU PERKAUMAN?

    Mengapa perlu berdemonstrasi di Permatang Pauh?

    Saya TIDAK mengesyaki kejujuran anak-anak dalam mengadakan demonstrasi tersebut. Tetapi apabila kita berdemonstrasi anak-anak, perkara pertama yang perlu kita selidiki ialah isunya.

    Semasa SAYA berdemonstrasi dulu, KAMI sering berdemonstrasi kerana:

    * mempertahankan bahasa Melayu;

    * memperjuangkan nasib nelayan, petani, setinggan dan kaum marhaen;

    * menentang korupsi dan salahguna kuasa olih pemerintah;

    * mempertahankan kebebasan mahasiswa untuk bersuara;

    * memperjuangkan hak-hak kaum Melayu; dan sebagainya.

    Kita juga mesti menghalusi SIAPAKAH penganjur sebenar atau dalang di belakang sesuatu demnonstrasi itu. Ada demonstrasi dizahirkan sebagai demonstrasi bagi menentang korupsi tetapi sebenarnya bertujuan menjatuhkan seorang lawan politik dalang di sebalik demonstrasi itu. Misalnya demonstrasi menentang Dato' Harun Idris atau demonstrasi Dr Mahathir menentang Tunku Abdul Rahman.

    Saya faham anak-anak jujur berdemonstrasi kerana menentang kemasukan kaum bukan bumiputera ke UITM. Tetapi tidakkah anak-anak sedar bahawa MB Selangor sekadar membuat cadangan sahaja?

    Beliau tidak mempunyai kuasa untuk menukar dasar pengambilan pelajar UITM kerana kuasa itu ditangan Kerajaan Pusat.

    Mengapa anak-anak bagitu marah dengan MB Selangor dan membawa perkara ini ke Permatang Pauh?

    Di sinilah anak-anak mesti dalami SIAPA dalang di belakang demonstrasi anak-anak dan sedar yang dalang itu sedang mempergunakan anak-anak melalui wakil-wakil pelajar anak-anak yang sememangnya pro Aspirasi/UMNO bagi tujuan politik mereka.

    Orang-orang UMNO ini bertujuan mencemarkan nama baik PKR/Pakatan Rakyat di kalangan kaum Melayu.

    Olih kerana pilihanraya kecil Permatang Pauh akan diadakan tidak lama lagi mereka mengambil kesempatan dari cadangan MB Selangor itu untuk mencemar imej Saudara Anwar Ibrahim yang akan bertanding di pilihanraya kecil itu sebagai calun PKR/Pakatan Rakyat di kalangan pengundi-pengundi Melayu di Permatang Pauh.

    Sebenarnya, Saudara Anwar Ibrahimlah pejuang sebenar bangsa Melayu. Sebagai seorang yang se 'batch' dengan beliau di Universiti Malaya, SAYA layak memperakui bahawa beliaulah yang telah banyak memperjuangkan nasib bahasa dan bangsa Melayu dan agama Islam semenjak beliau di Universiti Malaya lagi sehingga beliau 'dipecat' dari Kerajaan dan UMNO atas tuduhan liwat yang akhirnya terbukti tidak benar.

    Tahukah anak-anak:

    * SIAPA yang telah berkorban dari menjadi 'orang makan gaji' tetapi sebaliknya memilih untuk menubuhkan Yayasan Pelajaran Anda bagi memberi peluang kedua kepada anak-anak Melayu mendapatkan pendidikan tinggi?

    * SIAPA yang mengilhamkan UIA?

    * SIAPA yang menerapkan nilai-nilai Islam di dalam Kerajaan dan sistem pendidikan kebangsaan?, dan

    * SIAPA yang memperjuangkan si Melayu miskin dalam era pemimpin tertinggi Kerajaan BN menumpukan perhatian kepada kaum pemodal saja?

    Tidak masuk akal jika Saudara Anwar akan bersetuju dengan cadangan MB Selangor itu jika ditakdirkan menjadi PM kelak, InsyAllah!

    Saya ingin bertanya: Sanggupkah anak-anak diperalatkan untuk menjatuhkan orang semulia Saudara Anwar Ibrahim?

    Jika anak- anak tidak percaya tanyalah bapa, ibu, bapa saudara, ibu saudara dan/atau saudara mara anak-anak yang mengenali Saudara Anwar Ibrahim dari dekat atau dari jauh. Orang inilah yang menjadi target orang-orang UMNO yang mendalangi demonstrasi anak-anak sehingga membawa anak-anak ke Permatang Pauh.

    Lihat betapa hebatnya orang-orang UMNO ini mengamalkan double standard dalam mengendalikan undang-undang negara. Demonstrasi yang didalangi mereka tidak perlu permit dan tidak mendapat tentangan Polis.

    Mereka mengheret anak-anak ke kancah politik tanpa mengira Akta Universiti? Mereka berlagak saperti raja dan apabila anak-anak keluar UITM nanti mereka tidak memperdulikan anak-anak semua tanpa sebarang kerja atau mata pencarian.

    Jika anak-anak membuat sedikit kajian sebelum anak-anak berdemonstrasi pasti anak-anak akan ketahui yang banyak mengubah dasar mengenai hak istimewa Melayu ialah UMNO sendiri yang mempergunakan retorik ketuanan Melayu bagi mengekalkan sokongan Melayu.

    Saya perturunkan di sini sedikit sebanyak fakta untuk tatapan anak-anak:-

    1. Dasar Ekonomi Baru yang digembar-gemburkan olih UMNO sebenarnya sudah ditukarkan kepada Dasar Pertumbuhan Nasional sejak tahun 1990 lagi. Dasar baru ini mengutamakan pertumbuhan ekonomi negara tanpa mengira nasib kaum-kaum.

    2. Selama 30 tahun DEB dilaksanakan, sebanyak lebihkurang RM300 billion telah dibelanjakan olih Kerajaan ke atas projek-projek pemberian Kerajaan untuk kepentingan orang-orang tertentu tanpa mengira nasib orang Melayu. Orang Melayu miskin hanya mendapat kulit sahaja.

    3. Duit pemberian PETRONAS kepada Kerajaan sebanyak RM160 billion telah dibazirkan olih Kerajaan ke atas projek-projek yang berdaya maju dan sekarang membebankan rakyat dengan harga minyak yang tinggi kononnya untuk mendapatkan wang untuk pembangunan negara,

    4. Dasar meritokrasi untuk masuk ke universiti telah pun dilaksanakan olih Kerajaan BN secara perlahan-lahan. Di bawah dasar ini juga Dr Mahathir telah mencadangkan supaya UITM dibuka kepada bukan bumiputera.

    Dengar apa kata Professor Khoo Kay Khim "Sebenarnya cadangan MB Selangor itu bukan isu kerana bukan perkara baru. Ianya telah pun dicadangkan dahulu olih pihak Kerajaan tetapi mendapat sambutan kaum bukan bumiputera".

    MENGAPA ORANG-ORANG UMNO DAN ANAK-ANAK TIDAK BERDEMONSTRASI SEHEBAT HARI INI WAKTU ITU?

    ADAKAH JAGUH-JAGUH MELAYU-UMNO BERSIFAT MUNAFIK?!

    5. MRSM yang telah juga ditubuhkan di bawah Fasal 153, Perlembagaan Persekutuan telah pun dibuka kepada bukan bumiputera sebanyak 10-15%.

    MENGAPA ANAK-ANAK TIDAK MENENTANG PEMBUKAAN MRSM KEPADA BUKAN BUMIPUTERA INI YANG AKAN AKHIRNYA MEMAKSA UITM DIBUKA KEPADA BUKAN BUMIPUTERA?

    6. Baru-baru ini 45% daripada biasiswa yang dikeluarkan olih Jabatan Perkhidmatan Awam telah diberi kepada bukan bumiputera, naik daripada 10% sebelum itu. Kenaikan ini diakui olih Kerajaan diambil daripada kuota biasiswa untuk orang Melayu.

    MENGAPA ANAK-ANAK SEMUA MEMBISU DALAM HAL INI?

    7. Tanah rizab Melayu sekarang tinggal 25% daripada keluasannya pada tahun 1957. Ini adalah kerana kerakusan pemimpin-pemimpin UMNO membangunkan tanah tersebut bersama dengan kaum lain dan dijual kepada orang bukan Melayu.

    MENGAPA ANAK-ANAK TIDAK SEDAR?

    Saya menyeru kepada anak-anak dan ibu-bapa anak-anak supaya membuka mata dan telinga seluas-luasnya. Jangan biarkan diri anak-anak yang masih muda diperalatkan olih UMNO untuk melanjutkan politik perkauman mereka.

    Politik perkauman yang dipaksakan ke atas anak-anak akan menghalang anak-anak daripada mendapat perkerjaan lumayan di sektor swasta. Jangan salahkan kaum BUKAN Melayu pada waktu itu.

    Kalau anak-anak sudah diajar bermain politik perkauman semasa di UITM lagi, pasti kaum bukan Melayu yang rata-rata mengisi sektor swasta akan merasa takut untuk mengambil anak-anak berkerja dengan mereka.

    Keupayaan Kerajaan untuk mengambil anak-anak berkerja sangat terhad.

    Begitu juga, apabila kita berhenti bermain politik perkauman pasti universiti kaum lain saperti UNITAR akan membuka pintu mereka lebih luas lagi kepada bumiputera. Akhirnya, bangsa Malaysia akan bersatu padu.

    Itu matalamat pembangunan negara kita.

    SEDARLAH ZAMAN MENGHUNUS KERIS SUDAH TAMAT.

    SEKARANG BANGSA MELAYU PERLU MENGGUNAKAN KETAJAMAN AKAL FIKIRAN UNTUK TERUS MENJADI ASAS KEPADA POLITIK NEGARA.

    ReplyDelete
  9. ko orang ingan PKR tu bagus sangat ke...kamu ingat cina tu nak tolong kamua , india tu nak bantu kamu ... mereka akan menguasai negara kita tak lama lagi . sebab politik kamu buta untuk menilai antara yang hak ... cuba kamu hidup dalam kelompok cina mereka takkan benarkan melayu jadi ketua ... aku tiadA AGENDA POLITIK tapi kalau sebut uitm , uitm adalah universiti bumiputera , cina lebih maju pada kita, kenapa ko org nak perjuangkan mereka ,melayu memang lemah , kerana inginkan kuasa sanggup membelakangkan bangsa . berapa ramai tokoh yang lahir dari UITM ... sedarlah yang hak kita pertahankan ...

    ReplyDelete
  10. apa macam dicadangkan,pasaraya untuk bumiputera,lane jalaraya untuk bumiputera,bas stand untuk bumiputera,tandas awam untuk bumiputera,bank untuk bumiputera,masjid untuk bumiputera dan segala macam kemuadahan untuk bumiputera tetapi pun disedia kan semua tu khas untuk bukan bumiputera atau lebih sesuai dipanggil pendatang yang datok nenek mereka datang dari china ,india,yamen,paskistan,,,,,soboleh pakai ka cadangan ni,,tak mungkinkan,,orang orang yg suka bantah ni memang otak kangkong,masuk tinggal dalam hutan,100%semua lu punya,,,ka,ka,ka

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.