Kes Altantuya: Peguam persoal ketiadaan saksi dari pihak tentera

Petikan dari MSTAR

SHAH ALAM: Pihak pembelaan dalam perbicaraan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu hari ini menimbulkan persoalan mengapa pihak pendakwaan tidak memanggil pihak tentera bagi memberi keterangan berkenaan bom yang telah meletupkan seluruh tubuh wanita Mongolia itu.

Peguam Kamarul Hisham Kamaruddin yang mewakili Koperal Sirul Azhar Umar berkata beberapa saksi sebelum ini telahpun menyatakan bahawa sisa bahan letupan yang dijumpai di tempat kejadian, selain digunakan oleh Unit Tindakan Khas (UTK), ia turut digunakan pihak tentera tetapi tiada pegawai bahagian bahan letupan tentera dipanggil bagi mengungkai persoalan sama ada mereka benar-benar menggunakannya.

Kamarul yang sebelum itu meminta mahkamah mengenepikan andaian pihak luar tentang spekulasi penglibatan sesetengah pihak dalam kes pembunuhan itu berkata, hujahnya adalah berkaitan dengan fakta yang dikemukakan pakar letupan, Deputi Supritendan Muhammad Koey Abdullah dan beberapa saksi lain bahawa bom seperti plastic exposive (PE), cutting linear charge (CLC) dan detonater cord (peledak) juga digunakan pihak tentera.

Selain itu katanya, saksi pendakwa juga telah menyatakan bahawa terdapat prosedur yang amat ketat untuk mengeluarkan bahan letupan ketika latihan dan Sirul Azhar serta seorang lagi tertuduh Cif Inspektor Azilah Hadri tidak pernah dibenarkan mengambil bahan itu di stor persenjataan ataupun mengambil lebihan bahan letupan selepas latihan.

"Pihak pendakwaan berpeluang memanggil beberapa pagawai yang pernah melatih dua tertuduh ini (Sirul Azhar dan Azilah) tetapi tidak digunakan sebaiknya sebaliknya hanya memanggil Pegawai Latihan Unit Tindakan Khas (UTK), Deputi Supritendan M.V. Sri Kumar M. Nair sedangkan beliau tidak melatih kedua mereka.

"Kumar tidak boleh bercakap bagi mewakili mana-mana pegawai kanan yang bertanggungjawab terhadap latihan kumpulan lain. Untuk ini, pendakwaan perlu menggunakan peluang dengan memanggil pegawai kanan berkenaan bagi membolehkan mahkamah menilai peluang pelatih akses kepada bahan letupan," katanya.

Kamarul yang mengemukakan hujahan selama empat hari sejak Rabu lalu turut menyatakan bahawa pihak pendakwaan telah mengemukakan fakta bahawa bahan letupan berkuasa tinggi telah digunakan di tempat pembunuhan Altantuya berdasarkan keterangan Mohamad Koey sebelum ini yang mengesahkan plastic explosive (PE) mempunyai kuasa kerosakan yang ganas.

Keterangan Mohamad Koey pada perbicaraan lepas ialah: "PE jika diletupkan, ia boleh meruntuhkan keseluruhan satu bangunan. PE mempunyai velocity of detonation di antara 7000 meter sesaat sehingga 8500 meter sesaat. Secara teknikalnya pergerakan gelombang bunyi untuk RDX ialah 8500 sesaat bersamaan 8.5 km sesaat."

Kamarul pula berhujah bahawa sekiranya kekuatan PE sebegitu kuat, polis bantuan Mustaffa Umat yang bertugas di sekitar kawasan berhampiran sepatutnya boleh mendengar bunyi letupan itu tetapi ketika memberi keterangan Mustaffa menyatakan sebaliknya.

Katanya tempat kejadian itu tidaklah terlalu jauh dengan pondok kawalan malah ia (tempat kejadian) lebih dekat berbanding dengan kawasan kampung yang mana Mustaffa dapat mendengar bunyi mercun roket dan meriam buluh pada malam kejadian.

Menyambung hujahnya Kamarul berkata pihak pendakwaan telah gagal untuk membuktikan kejadian letupan telah berlaku di situ dan tiada seorang doktor atau pakar letupan pun yang boleh menyatakan berapakah kuantiti bahan letupan yang digunakan serta anggaran masa serta tarikh sebenar kejadian itu berlaku.

Sebelum itu Kamarul mengemukakan hujah berkaitan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan pergerakan Sirul Azhar dan Azilah di Hotel Malaya (Altantuya menginap di situ) dan menegaskan Ketua Unit Siasatan, Tempat Kejadian Jenayah (CSI), Makmal Forensik Ibu Pejabat Polis Bukit Aman Supt Amodon Anan bukanlah seorang pakar dalam menentukan ciri-ciri persamaan imej seseorang.

Kamarul berkata Amidon memberi pendapatnya berdasarkan pemerhatian semata-mata tanpa sebarang kepakaran dan mahkamah tidak sepatutnya menerima pendapat itu.

Peguam Hasnal Redzua yang juga mewakili Sirul Azhar turut berhujah hari ini dengan membangkitkan kecuaian pihak polis menandakan tarikh sebenar pita rakaman yang diambil di Hotel Malaya.

Katanya kesilapan itu menjurus kepada persoalan sama ada pita rakaman itu telah diusik oleh pihak polis kerana kesilapan yang dilakukan bukan sekali malah dua kali, membabitkan dua tarikh berbeza.

Sementara itu di akhir hujah pada peringkat akhir kes pendakwaan, Kamarul dengan nada perlahan dan penuh emosi memohon mahkamah menimbang segala bukti berkenaan DNA, bom, kecuaian polis, cebisan tulang, kelongsong peluru dan darah Altantuya pada selipar, adakah ia benar-benar mempunyai kaitan untuk mensabitkan Sirul Azhar membunuh Altantuya.

Malah katanya, sehingga kini tiada satupun di antara bukti pendakwaan boleh meletakkan Sirul Azhar sebagai pembunuh wanita itu dan beliau memohon agar anak guamnya tidak dipanggil membela diri.

Sirul Azhar yang berada di kandang tertuduh dilihat tunduk dan matanya seolah-olah berair mendengar rayuan Kamarul Hisham.

Perbicaraan yang masuk hari ke-136 ini melibatkan Sirul Azhar, 36, dan Azilah Hadri, 32, yang dituduh membunuh Altantuya di antara pukul 10 malam 19 Okt dan 1 pagi 20 Okt 2006 di antara Lot 12843 dan Lot 16735 Mukim Bukit Raja dekat sini.

Sementara Abdul Razak Abdullah Baginda, 48, seorang penganalisis politik didakwa bersubahat dengan Azilah dan Sirul membunuh Altantuya.

Prosiding yang didengar di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Zaki Md Yasin disambung esok. BERNAMA
Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

1 comments:

  1. salam
    saya hendak jadipolis007 jB.
    surat/borang kebenaran keluar bom,mesti ada borang?
    Mungkin tiad.
    Macam bom biasanya mesti ada borang keluar/masuk.(inventi)
    katogeri bahaya sangat bahaya siapa yang boleh mengeluarkannya.
    Tentera/polis mesti tahu sebab dia orang belajar undang-undang.
    Di bawah peraturan berapa.
    Itu bab pertama
    Dalam peraturan keselamatan undang-undang cukup ketat.Siapakah orang yang mengambil bahan letupan itu?Dibawah arahan siapa.Siapakah orang itu.Orang itu mesti berkuasa penoh.Siapakah yang mengeluarkan "permit to work" Tanpa arahan ini.
    tiada siapa yang akan berani melakukan kerja ini.
    NOTA ARAHAN TUGAS.
    BAHAN (pe) INI HANYA DIGUNAKAN UNTUK PEPERANGAN SEPERTI BOM BERANGKAI.
    dIHARAP BAHAN PELEDAK INI AKAN MEMBUKTIKAN SIAPA DISEBALIK ANGKARA INI SEKIRANYA RAZAK BAGINDA DIDAPATI TIDAK BERSALAH.
    HANYA BAHAN PELEDAK INI AKAN BUKTIAN.LAin-LAIN BUKTI TIDAK PENTING........................
    Tolong huraikan lebih terperinci pasal bom.Bukti ada dekat sini-rujuk kpd spy007.
    seksi bom jugaboleh meletup=bahan campurannya ialah susupeledak.
    ledakan amarakerana cinta 3 segi.

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.