JANGAN JATUHKAN MARTABAT ISLAM!


Macam budak-budak!

Itulah yang boleh saya katakan bila melihat tingkahlaku bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Tajol Rosli ketika menonton ‘sumpah yang dilakukannya” dalam siaran Buletin Utama malam tadi.

Mula-mula berkata “In the name of God,”. Lepas itu terus mengungkapkan “Wallahi, Wabillahi, Watallahi dan bla bla bla” sambil tersenyum manja.

Adakah itu cara bersumpah yang diajar oleh Islam?

Perbuatan itu benar-benar menyinggung perasaan saya. Tak sepatutnya seorang pemimpin yang bergelar Yang Berhormat melakukan aksi sedemikian semata-mata untuk membuktikan dirinya berkata benar.

Perbuatannya itu terus mengembalikan nostalgia saya sewaktu berada di alam kanak-kanak.

Saya tidak meminta beliau bersumpah di masjid seperti yang dilakukan oleh Saiful dan DS Najib.

Apa yang saya ingin katakan di sini ialah perbuatannya itu boleh menjatuhkan martabat Islam di mata orang bukan Islam yang menonton siaran berita itu. Selepas ini, saya khuatir orang bukan Islam akan bertambah ‘jelik’ dengan amalan bersumpah yang dilakukan oleh orang yang beragama Islam.

Saya harap, para mufti dan alim ulamak di negara ini dapat mengambil berat tentang perkara ini agar martabat Islam di negara ini tidak dicemarkan oleh perbuatan sumpah seperti itu.

Wallahualam.
Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

10 comments:

  1. salam.. saya bersetuju dgn perkara ini.. kelihatan tajol rosli begitu megah & bangga sekali seolah2 mempermainkan agama dgn sewenang2nya.. adakah ini menggambarkan ciri2 seorang pemimpin yg baik??? sediah melihat perkara sumpah menyumpah(termasuk menyampah) ini menjadi sesuatu yg mudah utk dibuat perkiraan.. saya menyedari perkara ini adalah kelangsungan sumpah yg dikemukan oleh sayfool.. khuatir perkara ini jika berterusan kan hanya meninggalkan persipsi buruk kaum lain pada org melayu & terlebih penting sekali ugama ISLAM yg murni ini..

    ReplyDelete
  2. biarlah apa yang berlaku... tak kira siapa yang ingin bersumpah...tak perlu gusar apa yang berlaku....tanpa kita sedari satu persatu akan terserlah...kebenaran pasti datang pada tempat nya.. ada hikmah di sebalik ini semua... bila kebatilan muncul satu persatu....yang hak akan datang menyusul....ini lah saat yang ku tunggu ..... tanpa di sedari....terpacul..perkataan,terserlah perbuatan... yang selama ini tersembunyi....manusia merancang ...ALLAH lebih mengetahui apa perancangan..mereka..

    insyaallah mereka akan terpaku dalam perancangan mereka sendiri.
    jerat takkan lupa pelanduk. tapi sebijak pelanduk...kelalaian sendiri akan memakan diri..

    SALAM.

    ReplyDelete
  3. MAHA SUCI ALLAH YANG MENGUASAI ALAM. TIADA IA BERSEKUTU....DAN DI PERSEKUTUKAN.....

    rancang lah apa saja .....kefasikan dan kemunafikan akan gugur satu persatu ibarat daun kering di pukul bayu malam.....kesejahteraan kepada mereka yang merindui akan PENCIPTA NYA...

    di uji hambaNYA satu persatu bagi yang melihat dengan mata hati...KEJAYAAN SEDIA MENANTI...mereka melihat dalam ketulusan tidak mengharap kebendaan .....janji pada mereka kemenangan tersedia di HADRAT ILLAHI....

    jgn kita gundah gulana ... bergerak lah sebagaimana bergerak mereka di BADAR, UHUD, KHANDAK...PARA SAHABAT...

    SEBAGAIMANA TARIQ IBNU ZIAD SEBAGAIMANA SALAHHUDDIN AL AYYUBI.......

    kebenaran akan mengatasi kebatilan

    ReplyDelete
  4. Di pagi yang redup ini ku terfikir akan mimpiku semalam -apakah mimpiku benar.ku lihat satu bencana kebakaran berlaku dan dari gempulan asap kehitaman melanda masyarakat...
    Ingin ku terus bicara...lagi........
    tentang orang yang bergelar pro.....
    Bicara pro memang hebat.............
    segala buku habis di selak dan dibaca dan dikaji dalam semua aspek,apa kata masyarakat umum amnya dimasukkan juga.Menjadi rojak mee(pasembur)Ptg.Pauh.
    Bila dikaji di rumus dan atikel nya di keluarkan di akhbar tempatan. Baik dibaca,logiknya ada .Segala bentuk pandangan masyarakat ada ..termasuklah apa yang ada didalam kitab.Bila difikir kita menjadi lebih keliru tentang hukum hakam ugama kita sendiri.Segala yang dibuat oleh masyarakat semuanya betul,tiada satu pun terkecuali..
    kalau begitu nak lafas sumpah seranah diatas pokok pun diboleh, dibenar juga dalam Islam (Bila dikejar musuh).Bila orang agama keluarkan pandapat sendiri-sendiri.KIta nampak sekarang masyarakat kita sebenar..
    Orang Beragama telah dipolitikkan sesama mereka.Wahai ulamak(Sedarkah mereka ini sedang bermain dengan politik mengapa membiarkankan mereka sahaja...... sedang mengesplotasikan keadaan.Timbullah lafas sumpah dimana-mana dalam masyarakat ( Agama pun dipolitikkan )
    Taksir apa maksud politik..
    Falsafah politik
    Sains politik merupakan kajian mengenai tingkah-laku politik dan memeriksa kedapatan dan penggunaan kuasa, contohnya : keupayaan untuk memaksa kehendak seseorang kepada yang lain.
    Politik" diambil dari perkataan Yunani Polis
    Politik wujud sebelum wujudnya ketamadunan manusia.Ianya hanya di kaitkan dengan agama.
    Maksud falsafah adalah hanya hujah logik yang di cipta oleh manusia demi kepentingan politik.Jangan samakan kehendak politik dan kepentingan agama.Islam adalah ugama yang ditadbirkan oleh ALLAH.
    Tapi manusia mempolitikkannya dengan cara pengurusan/pentadbiran seolah-olah sama dengan kehendak Agama Islam.(sama tapi tidak serupa).Banyak harus dibicarakan tentang ulama yang ada kepentingan tanpa rasa berdosa dan takut Kepada ALLAH.Disebabkan oleh mainan orang -orang yang ada kuasa politik.Menyebabkan masyarakat kita menjadi lebih keliru,dengan segala bentuk fitnah,maki-hamu yang sudah tidak terkawal lagi.PERGI LAH KE PTG.PAUH SAKSILAH SENDIRI..........
    KEMUSNAHAN FAHAMAN CIPTAAN MANUSIA ITU SENDIRI.
    UNDI TETAP UNDI.Pilih Calun terbaik , sebab kita negara demokrasi ciptaan Amerika..............CIA/FBI ?????.
    BUKANKAH BEGITU ADIK DAN KAKAK....
    SAMA-SAMA LAH KITA DIPERTANGGUNG JAWAP DI AKHIRAT NANTI.
    TIDAK KU JADIKAN MANUSIA INI DENGAN SIA -SIA TANPA PERHITUNGAN.
    Dah tidak faham lagi apa ceramah politik ada yang cakap Cina,India,macam melayu tapi pelek India pun ada..Macam kat pasar bukit....Mertajam. Kg.sama Gagah..Sungai Derhaka,Masjid Nyamok.(Masjid batu/Masjid papan)Apamgan Jajar.
    di Permatang Pauh.Semua ada....Undilah -KEADILAN.

    ReplyDelete
  5. Salam...

    Risau dgn fenomena sumpah2 ni... saban hari ada saja yang mempermainkannya...

    Takut laknat ALLAH itu diturunkan, dan semua yang bersalah dan tidak bersalah @ tidak terlibat akan terikut sekali...

    na'uzubiLlah...

    ReplyDelete
  6. Anwar tidak perlu bersumpah kerana dia sudah buat laporan di mahkamah syariah. Lagipun secara terbuka dia berkata dalam salah satu ceremahnya:

    Dia membaca ayat "wa makaruu wa makar ALLAH, wa ALLAHu khairu l-maakireen" = dan mereka mengatur tipu muslihat, dan ALLAH pula mengatur, dan ALLAH adalah yang sebaik-baik pengatur - tipu muslihat ..[Ali Imran (3) : 54]. Oleh itu secara tidak langsung Anwar bermaksud Allah akan bakal menghukum orang yang menipu. Jika Anwar yang menipu dia sendiri akan menerima akibatnya umpama dirinya sendiri akan dilaknat

    ReplyDelete
  7. Kah...kah...kah...aflah...aflah..
    Saya baca kepala surat pun dah tergelak. MACAM BUDAK BUDAK !!!!

    Pemimpin 2 UMNO masih pakai pampers lagi!!!
    Kah..Kah..kah

    ReplyDelete
  8. salam saudara/i

    alhamdulillah kita sebagai penulis dan pembaca....terima lah apa yang berlaku ini sebagai satu peristiwa yang tragis bagi umat islam di malaysia....seharus nya kita jgn biarkan diri kita parah dan mencederakan hati sanubari kita...tanpa kita sdari kita merosak jiwa kita sendiri dngan menanam semangat kebencian sesama sendiri...apa pun fahaman politik kita jgn sampai tali persaudaraan umat islam kita terputus....akhlak islam di tauladani berdasar kepada masyarakat islam secara keseluruhan nya...kita boleh menyokong sesiapa...tetapi kita jgn terlalu taksub sehingga hilang nur islam dari dada kita ....apabila ruh islam hilang dari dalam diri kita....akhirnya sifat hormat masyarakat bukan islam terhadap kita akan hilang...

    tuan tuan

    ....dakwah islam bukan berteori semata2...tetapi dakwah islam berkembang menerusi akhlak kita yang di lihat saban hari oleh masyarakat.. akhlak ini meliputi semua...bukan dari cara berpakaian dan pertuturan saja lebih dari itu..termasuk dalam perkara melibatkan urusan harian..berniaga,bekerja,belajar,berehat,bersantai,berhibur,berurusan apa saja...dan masyarakat dalam konteks ini meliputi bukan sahaja mereka yang bukan islam tetapi yang paling kita khuatiri anak anak kita sendiri...mereka melihat akhlak ibu bapa, mereka melihat akhlak jiran trtangga mereka...mereka melihat sesiapa saja dari guru sampai kepada ibu bapa di rumah kita akan kehilangan kedua dua...nya keturunan kita dan masyarakat bukan islam di kelilingi kita. harus di ingat saudara bukan islam itu adalah saudara sedarah sedaging dengan kita dari keturunan yang satu adam dan hawa...jangan lah kita lupa peristiwa habil dan qabil ( abel and CAin bagi masyarakat kristian)...sedarkah kita...dakwah islamiah sebenarnya boleh mempesonakan masyarakat bukan islam melalui teladan dan akhlak kita......adakah tuan puan ingat
    mereka di pinta untuk di lahirkan sebagai bukan islam.... TIDAK ! itu adalah hak ALLAH TAALA yang ada hikmah bagi kita mencari jawapan..... INGAT KITA DILAHIRKAN KEDUNIA INI BUKAN UNTUK BERMEGAH MEGAH DAN RIAK....RIAK DAN MEGAH HAK ALLAH TAALA ...BUKAN HAK KITA sia sia lah kalau kita tak ambil ikhtibar dari surah AL QURAN : aku tidak jadi kan manusia dan jin semata mata beribadah kepada ku.. ( maaf saya lupa surah nya )dan konsep ibadah itu luas erti nya...iaitu islam itu meliputi keluruhan cara hidup. kalau lah umat yang mengaku islam hari ini korap dalam segala sudut...bagaimana dakwah dapat di sampaikan...

    sdra semua....kita harus ingat...berfikir SECARA engkau engkau ...aku aku...bukan cara hidup islam...saya khuatir apabila kita berada di hari pembalasan kemudian jangan ingat kita terlepas hukum dakwah kpd bukan islam....jgn nanti jiran kita en lim....en ganesan , pn yong....en james ng....berkata " YA ALLAH WALAUPUN AKU TAK DAPAT MENIKMATI KEREDAAN MU...KERANA HAK ENGKAU MENENTUKAN ITU....TETAPI HAMBA MU AHMAD.. ZULKIFLI...HASNAH....ZULHAIMI...

    MEREKA MEREKA INI BERJIRAN DENGAN KU...MEREKA TIDAK MENONJOLKAN CIRI CIRI HAMBA MU YANG SOLEH ....AKU TERINGIN KAN NUR MU, AKU TAK DAPAT MERASAI NUR MU....SUDAH LAH KEADAAN KU DI LAHIRKAN SEBEGITU... AKU SANGGUP MENERIMA HUKUMAN MU ITU. ADALAH TAKDIR BAGIKU... TETAPI YA ALLAH, HAMBA MU YANG SIANG MALAM KER MASJID,BERPUASA,BERZAKAT, KE BAITULLAH MU, BERZAKAT....KAMI BERTEMU SELALU...TETAPI SEPATAH PERKATAAN PUN TIDAK DI SAMPAIKAN KEPADA KAMI...TENTANG MU.

    TINGKAH LAKU MEREKA TIDAK ADA BEZA DENGAN KAMI....KAMI MENUNTUT MEREKA BERSAMA KAMI...KEDALAM API NERAKA JAHANNAM....

    tuan tuan itulah rintihan mereka ...yang satu masa kita akan di tuntut menjawabnya di hadapan ALLAH TAALA.

    MAAF TUAN TUAN JIKA ITULAH KATA MEREKA ....JGN LAH KITA BERSENANG LENANG DI MUKA BUMI INI. RENUNG RENUNGKANLAH...APA YANG BERLAKU SEKARANG ITULAH KEADAAN NYA..kita menelanjang bulat akhlak kita.. sendiri....kutuk mengutuk, KITER BERADU DOMBA ATAS NAFSU...kita merampas hak orang....mengambil dari memberi....

    KITA RASA BETUL TINDAKAN KITA...MASHAALLAH SEBALIKNYA APA YANG KITA KATA ITU SEBENARNYA PALSU..INI YANG KADANG KADANG AMAT MENAKUTKAN SAYA SENDIRI....SAYA MEMIKIRKAN ADAKAH BUDAYA POLITIK KITA hari ini betul jalan nya...ADAKAH APA YANG KITA PERJUANGKAN ITU BETUL...ATAU APA YANG KITA SANGKA BETUL SEBENARNYA ITU ADALAH ISTIDRAJ...JAGA JAGA TUAN TUAN PEMIMPIN BERADU DOMBA...KITA PULA MENGIKUT TANPA USUL PERIKSA ....yang di khuatiri apa yang kita sokong itu salah......


    terkorban diri di sebabkan kita menyokong membabi buta...amar makruf tidak ditegakkan. nahi mungkar berkembang biak dari dalam diri...

    kenapA saya katakan ISTIDRAJ....LIHAT SENDIRI DALAM MASYARAKAT .... TERUTAMA SEKARANG...ITULAH KEMUNCAK NYA HARI INI ...KEMUNGKARAN IA NYA TELAH MEMBARA TERLALU LAMA...SEHINGGA MATA HATI MANUSIA TERTUTUP TAK MAMPU MEMBEZA KEBENARAN DARI KEBATILAN...saya tak kan menangis selepas ini jika islam itu jatuh bukan kerana islam itu tiada... tetapi ruh islam itu telah luntur dari jiwa jiwa kita sendiri....

    itu yang dikatakan umat islam akhir zaman terlalu ramai tetapi lemah musnah seperti buih buih di lautan.. ( maaf jika hadis ini tersalah susun ayat nya)

    dan jika kita di ratah oleh musyrikin ( dalam konteks ini saya tak mau katakan bukan muslim tetapi musyrik - termasuk mereka yang munafik dan fasik) kemudian hari adalah di sebabkan kerana kesilapan kita...ingat tuan tuan banyak dalam blog ini memberi komentar dengan penuh nafsu ammarah...tiada hasil yang dapat...tetapi yng rosak adalah hati sanubari diri individu tersebut...ia nya akan memakan diri sendiri ibarat kanser yang menjalar keseluruh badan..

    bijaksana lah dalam memberi pendapat sekurang kurang nya kita mendidik diri dan ingat kita bertanggung jawab di hadapan ALLLAH dalam apa yang di sampaikan.


    pada 26 hb ini sesamalah kita berdoa semoga ALLAH berikan kerahmatan NYA... pada kita. sesiapa yang akan memegang amanah, dan amanah itu berat tanggung jawabnya.

    ReplyDelete
  9. Salam..

    Apehal lah pulak.. asik main2 sumpah ni...dah jadi mainan bibir pulak..
    Dah kena sawan sumpah kot..

    ReplyDelete
  10. renung aper kak aflah , ... lerekan mata ....ada nampak apa apa ker... anak bulan lambat lagi ...anwar pun dah menang... banyak yang dah lega...banyak juga gundah gulana.... yang jumpa doktor hari ni pun agaknya ramai juga,

    lepas nih apa pula....yer....hai sementara nak pilihanraya akan datang.... bergantang gantang ler dosa di kutip lagi... yer ler apa tidak nya 2 kelompok saling tarung bertarung...segala senjata mulut fitnah, kata nista di gunakan pengikut mengumpul saham....tak kira saham kecik atau saham besar....


    semoga ramadhan yang datang nih harap harap takder lah umpatan politik lagi....


    letih aku letih aku....

    salam ramadhan

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.