ANALISIS PRA PILIHANRAYA KECIL PERMATANG PAUH

Kurang 72 jam lagi pengundi berdaftar Permatang Pauh akan melaksanakan tugas mereka sebagai rakyat yang ‘berhak’ memilih. Tentunya petugas-petugas parti yang bertanding kian ‘terdesak’ untuk memastikan undi memihak parti mereka.

Sungguhpun begitu, kita berharap sangat agar semua pihak yang terlibat dalam pilihanraya kecil itu benar-benar ikhlas dan jujur dalam melaksanakan tugas mereka samada sebagai urusetia pilihanraya, penyokong mahupun sebagai pemerhati.

Ramai pihak yang menjangkakan Anwar akan memenangi pilihanraya itu. Aura Anwar di Permatang Pauh masih kukuh sehinggakan Forum Perdana yang biasanya mudah menarik khalayak penonton tampak sunyi dan sepi. Namun begitu, itu bukanlah kayu pengukur yang mutlak bagi membuat sebarang andaian.

Berdasarkan fakta, jumlah pengundi berdaftar di situ ialah seramai 58,499 orang dengan pecahan 40,599 (Melayu), 14,332 (Cina) dan 3,510 (India dan lain-lain). Saya menjangkakan peratusan yang keluar mengundi pada hari itu hanya 80% kerana hari pengundian jatuh pada hari Selasa.

Berdasarkan kepada jangkaan itu, pecahan pengundi mengikut bangsa adalah seperti berikut :

Melayu – 32,478
Cina - 11,466
India - 2,808

Setelah menelaah berita yang disampaikan oleh beberapa blogger yang saya fikirkan agak neutral dalam membuat laporan dan juga isu-isu yang diperdendangkan di sepanjang tempoh berkempen, saya jangkakan 85% undi kaum Cina dan India akan memihak pada Anwar Ibrahim.

Ini kerana, sentimen pengundi bukan Melayu terhadap UMNO dan Barisan Nasional sejak PRU ke 12 dahulu masih tidak berubah. Tidak ada ‘keperluan’ untuk mereka memilih calon BN kerana pada dasarnya, negeri mereka sekarang ditadbir oleh sekutu Anwar Ibrahim. Kemampuan Arif Shah berbahasa Cina bukanlah sesuatu yang ‘menguntungkan’ pengundi Cina. Mereka lebih ghairah untuk melihat kemampuan Anwar menuju ke Putrajaya. Untuk itu, Anwar dijangka memperolehi 12,133 undi dari kaum Cina dan India.

Pertarungan sebenar pilihanraya kecil itu adalah untuk menentukan undi Melayu. Kehadiran AKIM dilihat sebagai cubaan untuk memecahkan undi Melayu. AKIM tentunya menjadi pilihan bagi pengundi Melayu yang tidak suka dengan Arif Shah ataupun Anwar Ibrahim. Bagaimanapun, potensi Hanafi Mamat dari AKIM untuk hilang wang pertaruhan amat besar sekali. Saya menjangkakan undi yang bakal diperolehi oleh AKIM sekitar 3% sahaja iaitu kurang 1,000 undi.

Peratusan undi rosak pula dijangka lebih tinggi daripada undi yang diperolehi oleh calon AKIM. Ini kerana, terdapat pertandingan dalam UMNO sebelum ini berkenaan siapakah yang layak menerajui Bahagian Permatang Pauh. Keberangkalian penyokong fanatik Ustaz Firdaus ataupun untuk membuat undi rosak amat tinggi. Keadaan ini bakal diburukkan lagi dengan sumpah laknat yang dibuat oleh Saiful sebelum hari penamaan calon. Saya jangkakan peratusan undi rosak boleh mencecah sehingga 8% iaitu melebihi 2,000 undi.

Isu pengundi atas pagar tidak berapa penting dalam pilihanraya kecil kali ini. Sentimen pengundi atas pagar sewaktu PRU ke 12 dulu masih belum reda. Golongan ini tampaknya lebih memihak pada Anwar Ibrahim.

Apapun, Anwar juga kelihatan sukar menguasai undi Melayu. Isu liwat 2008 yang saban hari diperdendangkan di media-media arus perdana mampu menggugat sokongan Melayu terhadap Anwar. Lebih-lebih lagi lepas Anwar menolak untuk membalas sumpah laknat yang dilakukan oleh Saiful. Cara pengendalian kes liwat 2008 jelas berbeza sewaktu zaman Mahathir dahulu. Kehadiran Ezam juga dilihat mampu menggugat undi Melayu terhadap Anwar Ibrahim. Saya jangkakan, Anwar hanya mampu mendapat 60% undi Melayu.

Kesimpulannya, Anwar mampu untuk memenangi pilihanraya itu tapi majoriti yang diperolehi oleh PKR akan merosot.



NOTA : INI HANYALAH ANDAIAN PENULIS SEMATA-MATA!
Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

6 comments:

  1. Salam

    Satu andaian atau lebih tepat lagi, suatu analisa politik yang sangat cemerlang dari kak Nur...

    Mengikut andaian saya pula Anwar bakal mendapat 70% daripada jumlah undi keselurahan, dengan mengambil kira 80% keluar mengundi, maka anwar mungkin mendapat undian melebih 32,000, mengatasi Jumlah undian yang diperolehi Kak Wan. Saya agak optimistic dengan andaian saya berdasarkan keadaan semasa di Permatang Pauh.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. asssalamualaikum... Saye minat ngan hasil keje nur aflah ni… bleh tak kalau kite cntact? Mksd saye melalui email or something…

    ReplyDelete
  4. Salam...

    Analisa yang agak ringan tetapi menarik dari Aflah...

    Cume nak tegur ni Aflah, rasenye jumlah majoriti mengikut Aflah tu, dah tersilap kire, cube cek balik...

    ;)

    ReplyDelete
  5. dalam pilihanraya kecil,biasanya untuk mendapat kemenangan yang lebih besar seperti pilihanraya umum agak sukar dan anda perlu ingat,ini adalah pilihanraya keranda untuk Anwar atau BN . BN akan mempergunakan taktik matlamat menghalalkan cara utk memenangi P44 ini . So,bersedia untuk mengahadapi ketidakbiasaan yang akan muncul dlm keputusan pilihanraya ini . Untuk mendapat sedikit cerita tentang apa taktik Puteri Merah Muda meraih undi,sila lawat ;

    http://tukunnegara.blogspot.com

    ReplyDelete
  6. sedap nama nama nickname tukunegara....sori bang tukun...aku nih ada kala nakal skit.... nama tu ada ada sikit komersial value...boleh lah aku bawak bot pukat tunda nak pukat semua ikan kat tukun negara..boleh tak..... sori kak aflah ....sakit kpala...pikir masaalah negara...dengar ada tukun negara...ni aku nak lawat lawat lah ke tempat. tu..


    gurau bang tukun....macam bunyi muzuim negara plak..

    salam

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.