INFLASI 2008 : PAK LAH PECAH REKOD BARU
Kadar inflasi negara bagi bulan Julai mencecah 8.5% dan sekaligus mencatatkan rekod tertinggi baru sejak 26 tahun lalu.
Pada Jun lalu, kadar inflasi negara berada pada tahap 7.7%.
Beberapa pakar ekonomi menjangkakan, kadar inflasi Malaysia untuk bulan Ogos dijangka akan melebihi 10% dan mereka berharap pihak kerajaan akan melakukan sesuatu yang drastik bagi membendung kenaikan ini.
Ini kerana, polisi rebet tunai dan pakej subsidi baru yang diperkenalkan sebelum ini ternyata gagal membendung kenaikan inflasi.
Beberapa pakar ekonomi dunia sebelum ini telah mempertikaikan keputusan kerajaan Malaysia yang menaikkan harga petrol secara mendadak.
Ini kerana, fenomena kenaikan inflasi di seluruh dunia pada waktu ini adalah disebabkan oleh kenaikan kos makanan, komoditi dan juga bahan bakar. Fenomena yang berlaku sekarang berbeza pada krisis 1998 di mana pada ketika itu, kegawatan ekonomi Malaysia berpunca daripada krisis matawang Asia.
Malaysia sepatutnya menggunakan kelebihan mereka sebagai pengeluar komoditi dan minyak mentah dunia untuk membendung kenaikan harga ke semua sektor ekonomi.
Sebaliknya, kerajaan Malaysia telah bertindak menaikkan harga petrol dan tindakan itu ternyata telah membuatkan semua sektor ekonomi negara mengalami kenaikan kos dan seterusnya menyumbang kepada kenaikan inflasi yang mendadak.
Kerajaan Malaysia sepatutnya menggunakan pendapatan lebihan yang mereka perolehi dari sumber minyak dan sumber komoditi untuk menstabilkan kenaikan kos makanan serta mengkaji semula rancangan pembangunan yang ingin dilaksanakan.
“Pak Lah memerlukan modal bagi menggerakkan semua projek koridornya agar beliau dapat bersara dengan tenang. Ketidaksabaran ini menyebabkan seluruh rakyat Malaysia merasa keperitannya” ujar seorang penganalisis ekonomi yang saya temui bulan lalu.
Sebelum ini, pedagang minyak dunia telah menjangkakan harga minyak dunia akan mencapai ‘break point’ dan seterusnya mengalami penurunan pada suku ketiga atau suku keempat tahun ini. Jangkaan ini dibuat setelah OPEC menambahkan pengeluaran minyak mentah dunia, permintaan yang mula stabil daripada negara pengimport minyak dan juga pengukuhan semula nilai dolar Amerika.
Kita berasa sedikit lega bila Pak Lah menurunkan harga minyak sebanyak 5%. Sekurang-kurangnya penurunan ini akan melegakan tekanan inflasi pada September dan Oktober tahun ini.
“Bagi September dan Oktober, kadar inflasi negara dijangka akan melebihi 10% kerana rakyat Malaysia akan menyambut Ramadhan dan Aidilfitri selain semua sektor ekonomi terpaksa mengambil sedikit masa untuk menyesuaikan diri dengan penurunan harga petrol tersebut” kata seorang rakan saya yang sedang mengambil Phd.
Bagaimanapun, para penganalisis ekonomi sedang menantikan pengumuman bajet 2008 yang akan dibentangkan pada 29 Ogos ini untuk membuat perkiraan yang lebih tepat. Kita harapkan, bajet tersebut akan menumpukan kepada peningkatan pendapatan rakyat dan juga penumpuan kepada usaha-usaha untuk mempertingkatan hasil pertanian dan IKS di negara ini.
Apapun, rakyat Malaysia khususnya umat Islam di negara ini perlu berhati-hati ketika merancang perbelanjaan mereka bagi menyambut Ramadhan dan Aidilfitri tahun ini. Mungkin inilah masanya untuk kita semua mengurangkan perbelanjaan tetapi meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah SWT. Bagi yang berkemampuan, bantulah saudara-saudara kita yang dalam kesusahan dengan memperbanyakkan sedekah dan amal jariah.
Moga-moga kita semua akan mendapat keberkatan dan keredhaan daripadaNya.
Pak Lah dah turunkan minyak 15sen.
ReplyDeleteKira oklah tu.
Ke nak turun lagi 15sen ;)
p/s: selamat berpuasa
Jemput ke selingan menarik ;)
http://teampemudaumno.blogspot.com
http://pro-faizal.blogspot.com
salam alhamdulillah, sekurang kurang berita sebegini kita harapkan...thnx mem..
ReplyDeletesaya bukan ahli ekonomi atau pakar...dalam kewangan
kadar inflasi pasti menjerut sesiapa... terutama golongan berpendapatan rendah yang rata rata melayu bandar dan juga bukan melayu.
kenaikan akan naik di sebabkan pelbagai faktor....terutama kos proses, pengangkutan, permintaan...penawaran, manipulasi, penyalahgunaan atau ketidak cekapan pengurusan kewangan
dari satu sudut ...sikap berbelanja pengguna...dengan cara membeli mengikut keperluan atau membeli tanpa panduan ini terletak kepada pengguna sendiri....tapi jika mereka amalkan
"buy on needs atau..
save first and spend later di di jadikan sikap individu dari
spend first and save later
insyaallah setidak tidak mereka tidak tercekik apabila berlaku keadaan mengejut dalam tekanan ekonomi.
tak di nafikan....pemerintah perlu memainkan peranan utama dalam erti kata..perbelanjaan yang di rakyatkan... bukan perbelanjaan atau perancangan pembangunan yang bersifat lab trial experiment project... atau prject exclusive yang konon nya di rakyatkan.
dasar kerajaan perlu mencermin keperluan dan kemampuan rakyat...contoh utama...dasar perumahan....kerajaan perlu tegas dalam menetap dasar perumahan dan tidak menjadikan rumah sebagai satu spekulasi yang mana bermaharaja lela developer mengaut untung berlebihan. lihat terlalu banyak lifestyle house yang harga nya hanya segelintir yang mampu...atau yang teringin terpaksa sampai akhir hayat menanggung seketul batu... kerajaan perlu meletak dasar yang win win situation antara pemaju pemaju dan pembeli pembeli..supaya pemaju mendapat keuntungan dan rakyat mampu memiliki rumah dengan tidak mengorbankan hampir separuh pendapatan bulanan mereka
harga keperluan makanan ....bagi saya ...sekelompok menguasai bekalan walaupun ada kawalan harga tapi masih tidak efektif....dan sebenar nya apa yang saya lihat ..mereka merka ini pembekal tahu dan mampu untuk memberi harga yang munasabah..tetapi sikap pembekal ini sendiri kadang kadang tamak....dan agak malang juga pembekal pembekal ini di kuasai sekelompok bangsa ( maaf tiada niat apa yang di maksudkan ) jadi berlaku ketidak seimbangan ...dan penjual terpaksa menerima apa saja dan yang malang pengguna...
pengurusan pengurusan perbekalan dulu sistem tender di gunakan apabila dasar pengswastaan di mulakan konsep asal telah lari....swasta sepatut nya lebih kos effektif dan kompetitif sebaliknya menjadi eksklusif dan bersifat menguasai....lahirlah golongan kapitalis-kronis. ini yang masaalah...pincang pengurusan kewangan projek dan timbul kecelaruan di semua pihak..
dasar dasar yang ada murni...tapi telah tidak releven apabila di kuasai golongan tertentu...dlm konteks ini elit elit bourjois pemerintah tak kira apa bangsa pun menguasai semua..
balik isu inflasi bagi saya yg tidak mengguna statistik...by instinct peratus saya rasa lebih dari carta di atas.. maybe 9 or 10 percent.
kenaikan gaji purata pekerja katakan 5% HAKIKAT NYA MEREKA KENA KELUARKAN 3 KE 5 % LAGI...ikutkan memang tiada kenaikan....sebalik nya negatif......kalau di ambil kira pv=fv dlm masa 10 tahun pasti meletup poket masing masing.
rumusan
1. masyarakat perlu tahu hak masing
masing tapi jgn lah emosi atau jgn pula ada kelompok yang memperalatkan isu atas kepentingan politik....hakikat nya masyarakat kita ni ibarat kambing biri biri ...di bawak ke satu kandang ke satu kandang oleh gembala...sampai hujung kandang tau tau kena sembelih..
2. perlu masyarakat merancang diri dan keluarga dari segi perancangan kewangan hadapan. . ini masaalah paling besar...juga kerana rata rata masyarakat kita jenis semua mulut perlu di suap..budaya kredit kad...membeli lebih dari kemampuan tiada future plning...dan berlaku tekanan jari di tunjuk pada orang lain..
3. safe first spend later concept
ini patut di budayakan...dalam islam dah ada konsep ini rujuk surah yusuf...ada dinyatakan tentang hal ini.. ada nabi yusof nyatakan tentang mimpi firaun iaitu 7 tahun hasil tanaman mewah dan 7 tahun kemarau...insyaallah akan saya kongsi dengan tn pn
yang berikut semua adalah dasar dasar atau sikap pemerintah yang patut di lakukan....saya harap semua parti politik perlu jujur dalam hal ini jgn masa kempen saja.
4. pemerintah perlu bersikap berorientasi rakyat .dalam apa perkara
5. pembatalan dasar dasar pengswastaan.... tender tender terbuka yang pernah di amalkan dulu di hidupkan kembali
6. sektor pertanian dan pengeluaran
perlu di utamakan...
7. yang terlibat politik tidak di benarkan menduduki dalam mana lembaga pengarah khuatiri salah kepentingan
8. meritokrasi menjadi keutamaan dalam apa dasar.
9. perseimbangan antara kelompok yang menguasai ekonomi....yg ini hingga kini masih gagal...perlu ada mekasnisma baru...
......bersambung ,...maaf perlu tinggalkan sebentar ada urusan
Assalamualaikum,
ReplyDelete1. Saya pernah membuat posting berkenaan dengan kesan kenaikkan harga minyak (tetapi saya kurang pasti di laman blog mana). Saya menyatakan bahawa ada besar kemungkinan Pak Lah akan menamatkan perkhidmatannya sebagai Perdana Menteri dengan gelaran "Bapa Inflasi Negara".