NAK MENANG PUNYA PASAL!

Hari ini Pak Lah dan menteri-menterinya sebulat suara mengumumkan kepada rakyat Malaysia, bahawa harga petrol diturunkan 15 sen mulai tengah malam ini. Maknanya, mulai tengah malam ini harga petrol akan turun dari RM 2.70/liter kepada RM 2.55/liter.

Pada 1 Ogos lalu, Pak Lah telah mengumumkan yang harga petrol di negara ini akan diselaraskan dengan purata harga minyak dunia sambil mengekalkan jumlah subsidi kerajaan sebanyak 30 sen. Dan, kerajaan akan mengumumkan harga baru petrol pada 1hb setiap bulan.

Hari ini baru 22 Ogos 2008.

Adakah ini hadiah kemerdekaan untuk rakyat Malaysia?

Adakah ini gula-gula pilihanraya Permatang Pauh?

Adakah pada 1 September nanti harga baru petrol akan diumumkan lagi?


Adakah kiraan purata harga minyak dunia dari 22 Julai – 22 Ogos 2008 sama dengan pengumuman kerajaan sebelum ini?

Apapun, saya tetap bersyukur dengan perkembangan ini.

Tapi kawan saya cakap “Nak menang punya pasal la ni”

Seorang lagi kawan saya kata “16 September turun lagi 70sen”

Dan seorang lagi kawan saya kata “rakyat sudah menang”

Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

8 comments:

  1. sebelum pilihanraya permatang pauh TURUN harga. lepas pilihanraya nanti akan NAIK balik ! Ini lah kerja UMNO. Asyik nak menipu je..

    ReplyDelete
  2. simbolik lambang tu..... macam lambang atas tolak lambang bawah terus ke bawah.....kuat juga politik halus kak aflah ye ;-) aku peduli apa lambang mana pun...yang penting benefit rakyat......tak pa la kita sangka baik...lambang atas turun sikit kita ucap syukur ALHAMDULILLAH...lambang bawah turun lagi sikit kita syukur juga....tapi jgn turun kot ni dia naik kot sana....apa pun kita tunggu dan lihat..... kalau kerajaan PURNAMA memerintah pulak....mana tau minyak jadi sekupang.....jdi lambang atas dan bawah tumpang seronok.... aku sujud syukur lagi.....

    aku tunggu semua yang gedebe gedebe tak kira mana mana parti turun semua........................

    mcm mana nak e-mail kak aflah...puas cari satu alam maya tak jumpa alamat.

    salam

    ReplyDelete
  3. bang bomoh laju nya tak solat maghrib ker!

    hehe he. aku ingat nak dapat pingat emas dari kak aflah...

    ReplyDelete
  4. Minyak ini bukan hak rakyat...pandai-pandai lah rakyat cari sendiri buat macam-macam product termasuk Hy Gen Fuelsaver cell nak jimat minyak,rakyat malaysia ini- kreatif semangat malaysia boleh- Orang politik kata naik,naiklah,tak berani PULA nak sebut turun,katanya kurang......Kita bertanggong jawab terhadap ekonomi kita.Bila paras inflasi naik biasalah...dalam masa 2,3 hari tak apalagi.Lepas sebulan lagi tinggi angkanya.Kita juga lihat perkembangan pasaran saham malaysia.Tidak naik pun, asyik jatuh...bila nak naik.?.......angka inflasi makin naik...............
    Kita nak lihat angka inflasi ini boleh turun dalam masa terdekat.......Dia orang tidak perasan sangat sebab nak untung lebih...pasal nak buat projet koridor(Kaki Lima)timur /barat.Projetnya tidak di buat-buat lagi....Duitnya sudah lesap..Sekarang terpaksa turunkan harga minyak ,harga pasaran dunia turun banyak...kita kurangnya sikit.Fikir macam mana nak perah duit rakyat.Bajet 2008 ini senjata utama nak perang dengan rakyat...
    Banyaklah pakar-pakar kelentong akan beri pandang...Dari tahun ke tahun ekonomi malaysia jatuh....sahaja.....Tapi masih ada hati nak kikis duit rakyat.......alasannya ekonomi dunia jatuh ..asyik-asyik salahkan dunia...
    Pakar ekonomi ini kerjanya kipas sahaja.Katanya ini lah bajet mesra rakyat-kerja orang politik ini nak bazirkan duit rakyat bukanya nak tolong rakyat?FIKIRLAH SENDIRI.
    LU PIKIRLAH..Dah lama sangat ditipu .Duit banyak pun bukan lu boleh makan sendiri....
    Nak buat apa duit berkapal-kapal..
    Nak jadi macam KARUN .Awak duduklah atas kerusi awak ...Lihat sahaja, dulu awak ada kuasa. sekarang rakyat berkuasa...Nak tipu undi ke nak fitnah ke Tuhan itu ada...Sekarang Rakyat sudah celik...Satu sen pun awak tidak akan dapat lagi.Baik awak lari ke luar negara sebelum dijel ( di ISA kan )tanpa bicara...pandai lu buat orang... pandai lah cabut lari.ADA UBI ADA BATAS ADA HARI BAIK KU BALAS.SENJATA MAKAN TUAN.CAKAP ANGKUH.......DAH TAHU BUAT SALAH MASIH MENYALAK LAGI..DASAR TIDAK TAHU UNTUNG...UNDILAH PEMIMPIN YANG BERWIBAWA.. UBAH 100%

    ReplyDelete
  5. salam sdra semua......


    ALLAH akan ganti satu kaum dengan satu kaum yang lain. ada hikmah nya . kalau IA nak tukar pun dari jenis manusia kepada manusia jenis lain itu hak NYA... samaada di musnahkan kaum yang muslim pada nama nya saja tapi kufur dan lagi kufur dari yang sejak lahir itu hakNYA.

    nak di tukarkan dari manusia yang berlambang A kepada lambang B haknya

    nak di tukar makhluk binatang menguasai manusia itu pun hak NYA.

    nak di bawa makhluk dunia lain ke dunia manusia itu pun hak nya.

    hakikat nya.....manusia di uji ...terutama yang di lahirkan islam .....kenapa yang bernama islam lebih banyak ujian nya...adakah yang bukan islam tiada ujian nya... dan adakah yang mengaku islam lebih baik dari bukan di lahirkan islam...tidak juga...

    kerana hak ALLAH tiada batasan nya..ia akan beri atas MAHA PENGASEHANI NYA...dan maha pengasehani nya tiada batasan hatta yang kufur sekali pun....tapi MAHA ADIL terjawab di akhirat kelak... ALLAH berhak menentukan siapa di kehendaki NYA...

    kalau di lahirkan kafir mati kafir.
    kalau di lahirkan kafir pulangnya dalam ISLAM
    Kalau di lahirkan Islam pulang nya dalam ISLAM.
    KALAU DILAHIR iSLAM tapi di matikan kafir.

    itulah hak ALLAH dalam memberi nyata kepada hamba nya bernama manusia..
    itulah hak ALLAH dalam memberi nyatanya kepada makhluk nya malaikat
    BEGITU JUGA BINATANG, GUNUNG GANANG, CAKRAWALA. TUMBUH TUMBUHAN...Segala galanya.....

    HAK MUTLAK NYA.

    hanya yang berfikir akan mengetahui
    hanya yang berfikir akan takut ,tunduk dan patuh kecuali iblis....itu pun ALLAH bagi padanya ....kerana ALLAH YANG EMPUNYA DAN ALLAH TAHU APA KESUDAHAN NYA.

    adakah ALLAH suka-suka mengadakan semuanya ini...tidak..bukan seperti apa yang akal makhluk jangka jangka kan

    sedangkan diri manusia itu sendiri tidak mengetahui fitrah krjadian diri nya...apa yang ada dan rupa fizikal dalam diri nya pun tidak di ketahui...sedangkan dirinya juga berjuta juta makhluk makluk seni ( sel sel )yang hidup yang juga akan mati ...yang juga tak pernah melihat bagaimana rupa sifat , rupa paras manusia ..

    itulah kejadian yang di cipta ALLAH segala gala nya...hanya yang mengenali dan mengetahui ia tau diri nya hanya HAMBA tetapi ANGKUH lebih dari pencipta nya..

    apa yang akan berlaku pada 26 ogos ini pun ada rahsia nya....bagi yang mengerti akan redho dan terima segala gala nya.... hanya yang engkar , riak, takbur mungkin mereka ISTIDRAJ mereka sangka mereka menang dalam kebenaran nafsu....hakikat nya mereka kalah dalam neraca keadilan ILLAHI.....
    dan ALLAH tidak sekali kali menzalimi hambanya....mereka sendiri kufur akan kalam ILLAHI..

    hamba NYA akan pulang ....di zahir dari perut ibu nya di pulangkan kedalam perut bumi....perjalanan yang kita sendiri tak mampu gambarkan....menuju ke hadrat ILLAHI....gentar aku bila membayangkanya...ketika menaip satu persatu ini dapat kurasakan perasaan ini.

    bertuah sungguh....mereka ini merasai nikmat nikmat ALLAH ketika di pancar NURnya kedalam diri ketika meniti mencari hakikat ILLAHI. ada yang menerima di usia remaja..ada yang menerima di usia dewasa..ada yang menerima hampir ketika menutup mata...

    itulah hak ALLAH ....atas segala gala nya..

    ya ALLAH aku bukan mahukan syurga MU tapi aku mahukan KEREDHAAN MU.
    ingin ku pulang kepada PENCIPTA KU.
    tak sabar ku melihat wajah MU

    salam

    ReplyDelete
  6. Salam...

    1st : syukur AlhamduliLlah...

    2nd : hari ni 22 ogos la Aflah, esok 23 ogos... ha! cepat edit yang kat atas tuh! ;)

    3rd : ade seorang pengunjung di laman saye yang tinggalkan komen panjang berbentuk nasihat, cube korang jenguk kejap, saye dah copy komen tu buat entri baru...and jgn lupe tglkan komen eh...

    ReplyDelete
  7. Cantik poster... 15sen turun... berapa nak naik lepas pilihanraya... nak cover modal bawa masuk pengundi hantu??

    ReplyDelete
  8. salam,
    baguihlah kerajaan turun 15 sen...
    lepas tu Pakatan Rakyat perintah turun 50 sen lagi.

    15 sen + 50 sen = 65 sen...byk tu..

    boleh turun lagi nie.

    Minyak turun-turun jugak, hege nasi lemak, roti canai, etc kena turun la jugak yer.

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.