DEKAT TAPI JAUH, JAUH TAPI DEKAT!

Tarikh 16 September 2008 sudah begitu dekat. Khabarnya, pada tarikh itu akan berlaku peralihan kepimpinan negara. Barisan Nasional akan berpindah ke kerusi pembangkang dan Pakatan Rakyat akan duduk di kerusi kerajaan.

Percaturannya mudah. Tidak perlu darurat, demontrasi besar-besaran ataupun pertumpahan darah untuk memastikan peralihan itu benar-benar berlaku. Pakatan Rakyat hanya memerlukan 30 tandatangan Ahli Parlimen Barisan Nasional untuk menyertai Pakatan Rakyat.

Selepas itu, Pakatan Rakyat yang diterajui oleh DS Anwar Ibrahim akan menghadap Yang Dipertuan Agong bagi memaklumkan perkara itu. Pakatan Rakyat hanya memerlukan majoriti mudah untuk membentuk kerajaan Pusat. Sudah tentu penyokong Pakatan Rakyat akan teruja melihat perubahan tersebut.

Tun Mahathir sendiri tidak berani menolak kemungkinan yang peralihan itu boleh terjadi. Cuma, beliau agak sangsi dengan kemungkinan peralihan itu kerana Anwar perlu membida ahli parlimen Barisan Nasional.

Anwar perlu berhadapan dengan pembida yang lebih besar iaitu regu Pak Lah & DS Najib. Dengan kuasa di tangan mereka, Pak Lah dan DS Najib tentunya mempunyai kemampuan untuk mengatasi bida yang dibuat oleh Anwar. Sehingga kini, rakyat masih lagi menantikan siapakah yang dipilih sebagai regu Anwar. Adakah dari PKR, PAS atau DAP?

Berita 10 ahli Parlimen Sarawak bertemu dengan Anwar beberapa hari lalu bukan lagi rahsia. Cuma isi pertemuan itu sahaja yang masih menjadi rahsia. Semasa pilihanraya kecil Permatang Pauh, berita kesanggupan 13 ahli parlimen Sabah untuk melompat parti sudahpun didedahkan. Bahkan, desas-desus ahli Parlimen Gerakan ingin berhijrah juga sedang hangat diperkatakan.

Kononnya, DS Shafie Afdal yang bertugas mengumpulkan tandatangan 50 ahli parlimen Barisan Nasional telah menghadapi kesukaran. Beliau kelihatan ke hulu dan ke hilir mengumpulkan 50 tandatangan. 2 ahli parlimen BN tidak mahu menandatangani surat akujanji itu atas sebab-sebab yang mereka sahaja tahu. Keikhlasan mereka-mereka yang menandatangani surat 'akujanji' itu masih lagi menjadi tanda tanya banyak pihak.

Berita-berita sebegini telah menggusarkan pemimpin Barisan Nasional biarpun ianya cuba dinafikan oleh beberapa pemimpin tertinggi yang lain.

Ada pihak yang berpendapat, peralihan itu jauh tapi dekat, dekat tapi jauh.

Jika peralihan itu benar-benar berlaku, kedudukan Anwar masih lagi belum selamat. Dengan 30 kerusi tambahan, Pakatan Rakyat hanya memiliki 112 kerusi. Manakala Barisan Nasional memiliki 110 kerusi. Anwar hanya memiliki kelebihan 2 kerusi yang membolehkan dirinya menjadi Perdana Menteri tetapi itu belum dapat menjamin berapa lama beliau dapat bertahan sebagai Perdana Menteri.

Dengan kelebihan 2 kerusi, pelbagai kemungkinan boleh berlaku. Malah bidaan juga akan bertambah hebat dan panas oleh kedua-dua pihak. Kedudukan ini sebenarnya tidak bagus untuk pemerintahan negara. Kestabilan politik hampir tidak wujud dan bakal memburukkan keadaan semasa negara. Mahu atau tidak mahu, Pakatan Rakyat perlu mendapatkan majoriti 2/3 untuk menstabilkan keadaan ini. Selain daripada mengharapkan lebih ramai lagi ahli Parlimen BN akan melompat parti, Pakatan Rakyat mungkin terpaksa mengadakan pilihanraya umum semula untuk memastikan kuasa kekal di tangan mereka.

Tentunya Barisan Nasional tidak akan membiarkan peralihan ini terjadi. Mengadakan pilihanraya umum semula beerti menggali kubur sendiri. Sokongan rakyat sekarang ternyata memihak pada Pakatan Rakyat. Dengan pertambahan pengundi muda yang diwartakan oleh SPR, kemungkinan untuk kalah adalah amat besar bagi Barisan Nasional. Berkemungkinan Barisan Nasional terpaksa menggunakan undang-undang darurat sepertimana tahun 1969.

Apapun, kita tunggu dan lihat.

Adakah ianya dekat tapi jauh atau jauh tapi dekat?
Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

7 comments:

  1. tukar tukar kerajaan..... mcm senang jer....macam pergi tukar baju jer....

    pada aku...tunggu lah PRU 13.

    buat kerja bagus bagus...service rakyat betul...betul... INSYAALLAH
    kalau niat dan cara betul...ada hasil. ... nampak impak pada rakyat
    rakyat akan undi..

    tapi aku khuatir... bila gelojoh ...buat cara macam tu... bila dah jadi kerajaan....tengok tengok 5 x 2 2 x5 nih yang aku takut...

    pemain nya orang yang sama....aku kalau PAS tu ampun lah sikit....tapi gelanggang nya sama ...tekung semua orang yang sama.....hai entah lah............

    apa pun saluran 3 pasti muncul.....

    dalam ramai ramai rakyat...ada juga kelompok yang bosan...dengan apa yang berlaku..

    baru nih terbaca artikal tentang global islamic order....golongan yang ingin kembali kepada konsep khalifah....DI SERATA DUNIA DAH MUNCUL GOLONGAN NIH nak imbang dengan golongan new world order..

    tengok lah masa tengah berjalan

    apa pun kalau 16 sept terjadi...aku harap tadbir lah betul2.

    cukuplah jgn lagi dok nak tukar lagi

    letih..........

    salam

    ReplyDelete
  2. salam...

    saya juga berminat untuk menulis artikel mengenai tarikh keramat ini ..'16 september..' tapi melalui perspektif yang berbeda... pandangan sebagai seorang rakyat malaysia dan bukan penyokong pakatan.. nantikan suara hati penulis... ;-)

    p/s bajet tahun ni nampak gelabah semacam je.. rileks la pak lah...hahahaha.... apa-apa pun ada gak 'habuan' untuk kami..;-)

    ReplyDelete
  3. Anwar perlu menawan hati rakyat dengan kerjanya, bukan dengan mencuri undi rakyat dalam PRU12. Perbuatan itu tidak bermoral.

    Kalau dia benar-benar pemimpin yang dikehendaki rakyat, sebagaimana dia dikehendaki pengundi Permatang Pauh, maka tunggu PRU13.

    Menang dengan terhormat, sebagaimana menang di Permatang Pauh adalah lebih berharga dan dia boleh mentadbir dengan mandat, bukan dengan dengan mencuri mandat.

    ReplyDelete
  4. Bayangkan seorang pemimpin telah dituduh melakukan sesuatu yang tidak bermoral dengan perlakuan seks diluar tabii.

    Kemudian melakukan politik tidak bermoral dengan mencuri mandat rakyat.

    Bukanlah satu gambaran yangbaik untuk Anwar.

    Oleh kerana tidak sabar sebelum ini, beliau dibuang oleh Mahathir. Jangan kerana tak sabar juga, dia dibuang oleh rakyat.

    Anwar masih muda. Berkhidmatlah dengan baik dan rakyat akan nampak. Rakyat bukan bodoh.

    Sabar dan tunggu PRU13.

    ReplyDelete
  5. TARIKH 16 SEPT.SEBENARNYA SATU TARIKH TERAKHIR BARISAN (BN)SUDAHPUN JATUH.INI ADALAH PERKIRAAN DATO ANWAR IBRAHIM,
    POLITIK DATO ANWAR BERBEZA DENGAN CARA PIHAK LAWAN.TANPA DIDUGA.KALAU BERMAIN CHESS....PIHAK LAWAN MASIH BOLEH TEKA ARAH MANA ...DITUJU....
    JANGAN DIFIKIR DENGAN MENCURI MANDAT RAKYAT..INI ADALAH MAINAN POLITIK.KALAU MEREKA BOLEH LAKUKAN DENGAN MAINAN TAKTIK KOTOR.KENAPA TIDAK?
    KALAU KOTOR KITA BERSIHKAN.KITA SENTAL......MESIN SAHAJA DALAM MESIN PEMBASUH.KITA TIDAK TUNGGU LAMA-LAMA......KITA TERIMA ,INI ADALAH SATU PERUBAHAN.kAPSUL MASA 2020 SUDAH BERUBAH KITA JUGA AKAN BERUBAH.

    ReplyDelete
  6. penulis di atas kaki sental rupa nya. teruskan tuan berputar putar dalam mesin sental ya.
    dah wangi baru keluar ya.

    ReplyDelete
  7. Anonymous said...
    penulis di atas kaki sental rupa nya. teruskan tuan berputar putar dalam mesin sental ya.
    dah wangi baru keluar ya.
    ADALAH MENJADI TANGGONGJAWAB SAYA UNTUK JELAS SECARA LEPIH TERPERINCI.
    CARA CONTOH PULA:
    KENAPA DATO NIK ABD AZIZ MEMILIH POLITIK SEBAGI WADAH PERJUANGAN...PAS...PAS..PAS
    TAPI SEKARANG DIA SELALU SAKIT...
    PENAT KATA NYA..................
    SEBAGAI SEORANG INSANI..........
    YANG AKAN MENERUSKAN PERJUANGANNYA
    KATANYA BILA KITA ADA KUASA POLITIK
    BARU BOLEH LAKSANAKAN HUKUM........
    BILA HUKUM SUDAH TERLAKSANA/TEGAK
    ISLAM AKAN TERBINA PADA LANDASANNYA BILA ISLAM TERBENTUK PARTI-PARTI POLITIK TIDAK PERLU LAGI..DIJUMUDKAN SAHAJA
    POLITIK ADALAH PENTAS DUNIA SAHAJA.
    ISLAM ADALAH CARA HIDUP YANG SEBENARNYA.PANDANGAN SAYA JUJUR DAN ILHLAS

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.