Saya tidak kisah apapun nama bajet yang dibentangkan semalam. Ini kerana, pengurusan dan penterjemahan sesebuah bajet itu lebih penting daripada namanya. Bajet hanyalah teori untuk memperolehi dan membelanjakan pendapatan. Yang lebih penting adalah praktikalitinya.
Tsunami politik yang melanda kerajaan telah banyak mempengaruhi isi kandungan bajet kali ini. Perkara ini sudahpun dapat dijangka oleh para penganalisis ekonomi. Lalu, memang tidak menghairankan apabila jumlah perbelanjaan negara pada 2009 (RM 207.9 billion) adalah yang paling tinggi dalam sejarah perbentangan bajet di negara ini. Malah kadar defisit juga dicatatkan hampir mencecah 5%.
Sabah dan Sarawak mendapat peruntukan yang besar kali ini. Suara-suara ahli parlimennya berjaya menggegarkan kerajaan pusat sehingga memaksa bajet kali ini memihak pada mereka. Ura-ura terdapat ahli parlimen Sabah dan Sarawak yang mahu melompat parti telah menambahkan lagi kegusaran kerajaan pusat. Biarpun kerajaan pusat menafikan perkara itu, tetapi rakyat Malaysia sudah dapat membaca strategi mereka.
Tentunya rakyat Sabah dan Sarawak akan menilai dan memerhati, ke mana dan bagaimana peruntukan yang besar itu dibelanja dan diuruskan oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab. Pembangunan yang telah dijanjikan perlu dilaksanakan setelus mungkin.
Rakyat Sabah dan Sarawak tentunya tidak mahu mendengar kisah kronisme dan korupsi didedahkan oleh pihak pembangkang. Jika terdapat unsur-unsur sedemikian dalam pengurusan bajet yang diperolehi, tidak mustahil tsunami politik akan melanda Sabah dan Sarawak pula.
Bajet kali ini juga dilihat sebagai usaha kerajaan untuk membendung kesan kenaikan inflasi negara. Kita sepatutnya bersyukur kerana golongan miskin tegar, pesara kerajaan, para petani, nelayan dan orang kurang upaya (OKU) mendapat pembelaan yang sewajarnya melalui peruntukan yang besar.
Bagi golongan menengah, bajet kali ini tidak banyak membantu kerana pengurangan had kelayakan cukai pendapatan hanya dapat membantu segelintir sahaja golongan kelas menengah. Penambahbaikan pengangkutan awam pula akan mengambil masa yang panjang dan kesannya tidak dapat dirasai pada tahun hadapan. Malah, penambahbaikan itu hanya tertumpu di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.
Pengurangan tol dan cukai jalan bagi pengusaha pengangkutan awam dilihat tidak dapat mengurangkan kos yang sedang dihadapi oleh pengusaha itu pada waktu ini. Realitinya, pengusaha-pengusaha ini masih lagi dibebani dengan harga diesel dan kos penyelenggaraan yang tinggi. Pengguna bas dan teksi tentunya terpaksa menghadapi kenaikan kos tambang dalam tempoh terdekat. Melainkan, jika kerajaan menambahkan subsidi diesel untuk pengusaha pengangkutan awam atau harga minyak dunia mengalami penurunan lagi pada tahun ini.
Bagi pelabur dan penanam modal di negara ini, bajet kali ini tidak banyak membantu kerana penumpuan bajet kali ini lebih tertumpu kepada golongan ‘on the street”. Jangkaan cukai korporat akan diturunkan setara negara pesaing nampaknya tidak kesampaian. Apapun, pihak korporat dan swasta berasa sedikit lega kerana bajet kali ini dapat meningkatkan kembali kuasa beli pengguna dikala pengguna sedang berhadapan kenaikan inflasi.
Bajet kali ini juga ternyata meminta kerjasama pihak korporat dan swasta membantu mengurangkan beban pekerja mereka dengan memberikan insentif pengecualian cukai pendapatan. Sejauhmana pihak korporat dan swasta mahu menyahut seruan itu masih lagi menjadi tanda tanya.
Usaha kerajaan untuk membangunkan sektor pertanian dan modal insan nampaknya diteruskan dalam bajet kali ini. Peruntukan yang besar untuk kedua-dua inisiatif ini memang perlu diteruskan dan tidak perlu dipertikaikan oleh mana-mana pihak. Negara ini perlu memiliki sumber makanan yang mencukupi dan juga tenaga kerja yang berkemahiran tinggi. Pengantungan sumber makanan dan tenaga pakar dari luar negara perlu dikurangkan dari semasa ke semasa.
Apapun, masih terlalu awal untuk menilai kemampuan bajet kali ini terutamanya dalam menangani kesan inflasi dan meningkatkan daya saing negara. Ini disebabkan oleh keadaan ekonomi dunia yang bergerak lembab serta ketidaktentuan politik negara dijangka akan menyulitkan pertumbuhan ekonomi negara.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
4 comments:
PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
bajet..bajet...bajet...bajet...baje...jet ...t
ReplyDeletenak puas hati semua orang....jawap nyer bankrap ..... ler..........
semua nak kurang... semua nak sabsidi....macam tu ..... semua tadah dan nganga mulut.... lah .
sekurang kurangnya bajet 2009 dapat mrngurangkan ekonomi semua.
yang penting masyarakat kena buat bajet sendiri...kena lah rancang kewangan bulanan. kurang kan hutang..lebihkan tabungan...
kalau income sampai 5 angka.. spending habit hingga deficit tak de makna juga.
apa pun bajet tersebut dapat mengurang golongan bawahan yang rata rata orang melayu.
tapi apa pun orang melayu nih kuat berhutang...semak lah diri sendiri termasuk diri aku.
rancang kewangan hadapan tak nak...last minit depa cari koperasi. cari personal loan..cari ah long..pegi pajak gadai, kredit kad..
sampai pencen tak abis dengan berhutang.
bajet .... tak kan dapat puas hati semua...ada keutamaan. ada golongan kena utamakan. golongan miskin tegar..ibu tunggal...oku..mereka golongan miskin..bandar. apa pun insentif lain ada juga untuk lain lain golongan.
bagi masyarakat melayu ...sudah tiba masa nya anda kena refomasi minda....dari masyarakat pengguna kpd masyarakat saudagar...kalau berdemo beria-ia dalam hal politik...kenapa semangat berdemo tak di tukarkan kepada membina ekonomi....
jika 20 tahun berurusan di gedung,woksyop,kedai,restoran dsbnya milik bukan melayu...kenapa anda sendiri tidak mengambil tempat mereka...
ubahlah sikap wahai melayu ku..dari masyarakat suka merungut, berkomplen...berdemo...masyarakat bersabsidi..
kpd ...
masyarakat memimpin, masyarakat usahawan, masyarakat yang memberi,jadilah banker..woksyop owner, hardware owner.., developer..estate owner...used car dealer...whole seller...
jika kita masyarakat usahawan... bukan melayu akan memandang hormat... pada kita.
so bila bajet ....terima apa yang di adakan sebagai pemangkin...jgn komplen.
bangsa lain buat duit...bangsa kita banyak angan2.
bangsa lain cari duit...bangsa kita cari alasan...
bangsa kita sibuk berdemo...bangsa lain sebuk buat kemajuan.
bangsa kita suka maki hamun...bangsa lain lunak lunak cari peluang.
bangsa kita banyakkan hutang...bangsa lain banyakkan simpanan dan pelaburan.
bangsa lain banyak berjalan...bangsa kita nampak apa yang di hadapan.
bangsa lain bina gedung bina perniagaan.. bangsa kita sampai pencen dalam keadaan berhutang
bangsa lain minoriti tapi ke hadapan...bangsa kita majoriti masih di balakang.
bangsa lain tinggalkan anak bini dalam kesenangan ...bangsa kita tinggalkan anak bini dengan beban.
so sampai mati dah mengadap TUHAN
tuntutan haji tak di tunaikan.
akhir nya mengharap ehsan waris minta HAJI di upahkan.
wal hal hidup di dunia penuh berhutang. satu tuntutan pd diri pun tak dapat dilakukan
bila bajet .... yang bentang..kerajaan....macam macam alasan negatif...di keluarkan
biasalah minda membangkang ada saja alasan .
kalau jalan rata pun dia kata bergelombang.
so nak buat cam mana...jawapan nya senang...tinggalkan tak perlu di layan.
salam
apa pun bajet tersebut dapat mengurang golongan bawahan yang rata rata orang melayu.
ReplyDeletemaaf silap ayat...di atas patut di baca....
apa pun bajet tersebut dapat mengurang BEBAN golongan bawahan yang rata rata orang melayu.
baca..
NAK CEPAT TAK EDIT TADI
Jangan Ada seorang pun penyokong Pakatan Rakyat yang menggunakan istilah bajet
ReplyDeletedulu orang PAS yang imej extreme...sekarang PAS Lebih nampak bertolak ansur....hingga kawasan parlimen tradisi pun kompromi...dengan rakan dalam PAKATAN.. dan aku rasa orang UMNO mungkin akan lunak .....selepas demam berpanjangan...
ReplyDeletetapi aku harap jgn lah orang PKR pulak jgn taksub,,, perkataan BAJET pun boleh isu......aku rasa pemimpin PKR tak mcm tu....tapi pengikut ni pulak jumud.
apa isu nya perkataan BAJET...ejaan inggeris budget....bahasa melayu kata mereka BELANJAWAN.....
itu pun jadi isu.........
apa lah.... korang nih...
ko nak panggil bahasa apa tak usah kira...nak pakai tamil,cina, negro,myanmar,orang senoi, bahasa eskimo...atau nak pakai bahsa bunyi binatang sekalipun takper...
payah sangat engkau pergi jumpa lembu dan kambing tanya dia apa makna belanjawan dalam bahasa kambing...tanya kambing tua yang berjanggut panjang...tuh...
kadang tuh yang rasa nak cakap lepas...pada golongan taksub nih...aku PAS dulu pun tak lah terlalu ekstrim mcm nih....
....perkataan bajet pun boleh jadi isu
karut....
shalomnz