MERDEKA!



Salam Merdeka buat semua rakyat Malaysia!

Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

11 comments:

  1. JANGAN BOHONG HAL MERDEKA
    Setiap tahun - pada bulan Ogos - rakyat negara ini telah di tipu dan di bohongi oleh United Malays National Organisation tentang MERDEKA. Melalui media yang mereka miliki mereka telah memekik melolong menjaja fakta bohong tentang apa yang mereka panggil sebagai merdeka.

    Malaysia ditubuhkan BUKAN pada 31 Ogos. Jangan bohong. Pada 31 Ogos 1957 ialah hari British lari setelah di perangi oleh rakyat Persekutuan Tanah Melayu. 31 Ogos TIDAK ada sangkut paut dengan projek Malaysia.

    Malaysia di tubuhkan pada 16 September 1963. Malaysia ialah projek British.

    British menjajah Tanah Melayu ( termasuk Singapura ). Rakyat telah bangun melawan dengan mengangkat senjata. Adalah bohong apabila di tulis dalam buku sejarah dimana Untied Malays National Organisation telah mengatakan kita Merdeka tanpa tumpah darah.

    Ini bohong besar. Ribuan nasionalis telah mati berjuang melawan British.

    Rakyat Tanah Melayu telah melancarkan Perang Rakyat melawan British semenjak Jun 1948. Penjajah British memanggilnya Darurat. Ini bukan darurat. Tidak ada sesiapa pun dalam darurat. Rakyat tidak darurat sakit perut. Yang dalam darurat ialah British kerana mereka sedang di serang.

    Kesatuan Melayu Muda ( KMM), Parti Komunis Malaya (PKM), Persatuan Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Angakatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar (AWAS ), Hisbul Muslimin adalah badan-badan politik yang lebih awal bagun berjuang untuk memerdekkan Persekutuan Tanah Melayu.

    Ini sejarah bukan kelentong.

    Di mana United Malays National Organisation waktu itu? Taraaak lagi.

    Pada tahun 1941 ketika badan dan parti-parti politik ini bangun bergerila menentang Jepun , United Malays National Organisation belum wujud. Gerakan nasionalis ini telah mula menyususn gerakan untuk menghalau British sebelum Jepun sampai. Apabila Jepun datang ke Tanah Melayu pada tahun 1941 mereka berlajar bergerila dengan bergerila. Mereka belajar perang melaui perang menentang Jepun.

    Ini sejarah bukan kelentong.

    Dimana United Malays National waktu itu? Taraaaaak lagi.

    Badan politik yang PERTAMA menuntut merdeka ialah KESATUAN MELAYU MUDA (KMM) yang di pimpin oleh Ibrahim Yacoob. Slogan parti yang ditubuhkan pada tahun 1938 ini ialah MERDEKA!

    Apa slogan United Malays National Organisation …. Ciiis nak cakap pun malu. Parti hampeh ini di wujudkan oleh British pada tahun 1946 sesudah semua parti Nasionalis lain diharamkan atau pemimpin merek di penjara atau dibunuh. Slogan nya ….Hidup Melayu !

    Ini sejarah bukan kelentong.

    Apabila parti nasionalis lain angkat senjata bergerila, United Malays National Organisation pergi berunding dengan British. Hampeh ! Ini lah pembelotan namanya.

    British kalah teruk. Untuk memastikan harta kekayaan British - lombong bijeh dan ladang getah - di jaga dengan baik British telah mengangkat United Malays National Organisation untuk ‘ jadi budak suruhan’.

    Ini sejarah bukan kelentong.

    Sesudah British lari dari Tanah Melayu timbul pula gerakan nasionalis di Borneo. Rakyat Sabah, Serawak dan Berunai ingin Merdeka. Mereka memanggil negara mereka Kalimanta Utara dengan gerakan gerila bernama – PARAKU – Pasokan Rakyat Kalimantan Utara.

    British melihat ini bahaya. Harta mereka di Tanah Melayu telah dapat di selamatkan kerana ada barua mereka di sini. Lalu projek Malaysia di telurkan. Malaysia ialah sebuah projek British untuk memastikan harta kekayaan mereka dapat dijaga terutama minyak di Berunai.

    Dalam masa yang sama Parti Rakyat Berunai yang anti British di bawah pimpinan Al Zahari menang dalam pilihanraya. Parti Rakyat di haramkan. Al Zahari di tangkap. Anak raja yang berumur 9 tahun ketika itu di nobatkan. Tentera British dan Ghurkha menjaga Berunai. Sultan Tua yang bersimpati terhadap nasionalis di ketepikan. Berunai menjadi tanah jajahan syarikat minyak Shell/BP. Berunai tidak masuk dalam gagasan Malaysia.

    Singapura yang semenjak beribu-ribu tahun ialah sebahagian dari Tanah Melayu keluar dari Malaysia pada tahun 1964. Ini juga projek British berjangka panjang. Singapura diperlukan untuk memainkan peranan seperti Isreal dalam dunia Arab. Singapura kini adalah ‘Israel’ dalam dunia Melayu.

    Dunia Melayu – Indonesia/Tanah Melayu/Selatan Siam - adalah sebahagian dari konsep Melayu Raya yang di bawa oleh KMM pada tahun 1938.

    Ini sejarah bukan kelentong.

    Jadi apa kena mengena 31 Ogos dengan Malaysia. Taraaaaaakkkkk!!

    Ini kelentong. Rakyat Sabah dan Serawak di paksa masuk Malaysia oleh British. Kerana itu hingga ke hari ini majoriti rakyat Sabah dan Serawak ingin merdeka dan berkerajaan sendiri. Mereka tidak ambil pot tentang 31 Ogos.

    Apabila United Malays National Organisation bungkus nanti – kita wajib menulis kembali sejarah perjuangan kaum agama, kaum nasionalis, kaum kiri, kaum buruh, kaum tani dan kaum komunis yang telah berjuang dan berkorban mati untuk memerdeka kan Persekutuan Tanah Melayu termasuk Singapura.

    Esok 31 Ogos tidurlaaaa sampai meninggi hari. Tidak ada apa-apa yang hendak di sambut. 31 Ogos BUKAN hari Malaysia. Itu pesta kelentong United Malays National Organisation.

    ( Cuba fikirkan sejenak kenapa nama parti ini United Malays National Organisation - Ini nama Mat Salleh kan? Period.)

    ReplyDelete
  2. apa mamat nih tulis.
    terpekek terlolong.
    kau nak tidor, pergi lah tidor
    kau ada ker masa tu.. aku pun takder..budak budak dalam nih pun takder. 13 mei pun dia orang tak ada. sudirman . p ramlee pun dia orang tak pernah rasai.
    yang kau cerita zaman 1948 lagi dia orang tak tau. engkau pun dah lahir ke. aku pun belum'

    parti komunis pun pejuang..kalau macam tu pergi mampus dengan parti komunis dengan pandangan kau sekali.

    bapak aku tentera masuk hutan mencari komunis.punya seksa aku di tinggalkan..apa engkau tau. piraah lah engkau . cerita lama jangan nak ungkit.

    sampai hari kiamat pun tak akan habis.

    aku pun tak setuju apa yang berlaku dalam politik sekarang. tapi lagi aku tak setuju kaki hasut macam engkau.

    lagi nak merosak dan menjahanam fikiran..

    apa yang kau dapat..
    nak mendidik generasi akan datang dengan hentam hentam.

    tak suka sistem sekarang. buang demokrasi ambil sistem khalifah islam.

    merdeka ke tak merdeka ...masa dulu dah lepas . yang akan datang jgn di jahanamkan.

    sistem demokrasi ada .tunggu masa pilih mana yang kau sukakan.

    jangan nak cakap lah siapa merintah pun sama . mula macam macam agenda rakyat..dah lama sikit belang nampak rakyat pun di sepak terajang.

    aku tak buta tak pekak di malaysia tak da siapa pun susah sampai mati tak makan.

    hanya si pemalas, kaki bantai, kaki rewang yang hidup asyik nak di sudu mulut siang malam.

    apa kau tak puas hati ...nak berperang nak berbunuhan. kalau ada golongan macam kau nak bibitkan semangat kebencian. kau ingat kau sorang atau golongan macam kau saja yang tau kebencian. kau ingat golongan lain nak duduk diam.

    nak negara nih berantakkan.

    tunggu lah pru 13...tak boleh sabar ker..

    aku dah cemoih dengan hal berebut rebut kuasa nih.

    kau ingat fikiran kau jer yang betul.

    hormat lah juga hak orang
    yang tak berpihak mana mana kumpulan.

    apa nak jadi masyarakat melayu sekarang..bergaduh sesama sendiri.
    macam lah hebat sangat.

    yang lepas lepas..lah. doakan kesejahteraan bagi yang dah terkorban.

    yang akan datang pun jangan nak di korbankan . hasut hasut hasut suruh beranak kebencian dalam fikiran.

    parti komunis malaya nak di babitkan sebagai pejuang. kau gila ker. aku yang lain boleh terima

    JANGAN SAMAKAN PARTI KOMUNIS MALAYA DENGAN PEJUANG KEMERDEKAAN.

    JANGAN SAMAKAN PARTI KOMUNIS MALAYA DENGAN PEJUANG KEMERDEKAAN.

    JANGAN SAMAKAN PARTI KOMUNIS MALAYA DENGAN PEJUANG KEMERDEKAAN.

    ReplyDelete
  3. Takut saya hendak kupas/beri comment cuma hendak memberi fakta>

    Pada 1 Mac 1946, sebuah Kongres Melayu Seluruh Tanah Melayu (Pan-Malayan Malay Congress) diadakan di di Kelab Sultan Suleiman, Kuala Lumpur. Disertai oleh kira-kira 200 orang wakil Melayu daripada 41 buah persatuan, kongres itu membincangkan pembentukan gerakan nasional Melayu, serta kempen terselaras untuk menentang Malayan Union. Sebuah jawatankuasa dilantik untuk mendraf perlembagaan untuk penubuhan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO).

    Pada 1 Mei 1946, Kongres Melayu Seluruh Tanah Melayu Ke-2 diadakan di Johor Bahru. Dalam kongres itu, pembentukan UMNO diisytiharkan dan Dato Onn Jaafar, Menteri Besar Johor, dipilih sebagai Presiden pertama. Kongres itu juga mengisytiharkan bahawa perjanjian-perjanjian MacMichael tidak sah dan mendesak bahawa Malayan Union dimansuhkan.

    [sunting] Pelaksanaan Malayan Union

    Meskipun penentangan orang-orang Melayu begitu hebat, kerajaan British enggan menarik balik pelakasanaan rancangan Malayan Union. Sebaliknya, kerajaan British mendesak bahawa Malayan Union dilaksanakan dengan segera supaya Pentadbiran Tentera British yang memerintah Tanah Melayu sejak akhir Pendudukan Jepun dapat dibatalkan.

    Malayan Union diisytiharkan pada 1 April 1946 dengan Edward Gent merupakan Gabernor yang pertama. Bagaimanapun, penentangan terhadap Malayan Union adalah sangat kuat sehingga rancangan itu tidak dapat dikuatkuasakan dengan sepenuhnya. Malah pada majlis perlantikan Edward Gent sebagai Gabernor yang pertama majlis tersebut telah dipulau oleh sultan-sultan Melayu. Ia adalah kesan daripada tindakan orang-orang Melayu yang telah berhimpun di luar rumah tumpangan yang didiami oleh sultan-sultan Melayu yang ingin menghadiri ucapara perlantikan tersebut. Ketika itu Orang-orang melayu telah bertindak berkabung dengan cara melilit kain putih pada songkok. Orang-orang Melayu yang berkumpul itu telah menghantar wakil mereka iaitu Dato' Onn Jaafar untuk berunding dengan sultan-sultan agar turut memulaukan upacara tersebut. Melihatkan sokongan rakyat yang begitu kuat mempertahankan tahta mereka, telah menyedarkan sekelian baginda sultan untuk turut berjuang bersama-sama rakyat jelata untuk menggagalkan Malayan Union. Akhirnya,Malayan Union dibatalkan pada 1 Februari 1948 selepas itu untuk mengantikan Malayan Union yang telah gagal itu pihak British terpaksa menurut kehendak masyarakat Melayu yang bertindak melalui UMNO untuk mengwujudkan Persekutuan Tanah Melayu . Penggantian konsep Persekutuan Tanah Melayu yang baru itu dengan skim Malayan Union yang tidak popular dicapai, melalui perundingan antara pihak British, sultan-sultan Melayu dan UMNO.

    Pembentukan Persekutuan Tanah Melayu merupakan suatu kemenangan untuk orang-orang Melayu tetapi disambut dengan kecewa oleh beberapa golongan-golongandi dalam etnik yang lain. Bagaimanapun, mereka yang menentang cadangan Persekutuan tidak mempunyai sokongan di Tanah Melayu sendiri. Serta lobi Parlimen dan penyokong-penyokong di London yang telah membantu dalam pembatalan skim Malayan Union. Orang-orang Cina yang berada di Tanah Melayu berasa dikhianati kerana mereka menganggap bahawa mereka telah membuat pengorbanan yang lebih besar berbanding orang Melayu dan merupakan golongan yang paling setia kepada pihak British sepanjang peperangan dengan Jepun. Sesetengah daripada orang Cina yang tidak puas hati kini melihat Parti Komunis Malaya sebagai harapan yang tunggal untuk mencapai sebuah kemerdekaan. Ini didasari oleh pendapat pihak British telah meminggirkan masyarakat cina Tanah Melayu.
    * 14 Ogos 1941: Britain memeterai "Piagam Atlantik" yang mengisytiharkan hak negara-negara untuk penentuan diri.
    * 1943: Pembentukan "Unit Perancangan Tanah Melayu" di United Kingdom untuk menyediakan pembinaan semula Tanah Melayu selepas Perang Dunia II.
    * Januari 1944: Cadangan untuk Malayan Union dikemukakan buat pertama kali oleh Edward Gent, Penolong Setiausaha Rendah Tetap bagi Tanah Jajahan British, di Parlimen United Kingdom.
    o Musim bunga: Pejabat Kolonial menjemput Sir Harold MacMichael untuk mengetuai perwakilan ke Tanah Melayu selepas peperangan untuk memperoleh perjanjian yang baru daripada sultan-sultan untuk bersetuju dengan Malayan Union.
    * 3 September 1945: Kabinet British memberikan kebenaran untuk dasar Tanah Melayu yang baru dan bersetuju dengan misi MacMichael.
    * 21 Disember 1945: Setiap Sultan atau Pemangku Raja telah memeterai perjanjian baru untuk membentukkan Malayan Union.
    * Januari 1946: Pihak British mendedahkan rancangan Malayan Union melalui sebuah Kertas Putih.
    * 1 Mac 1946: Kira-kira 200 orang Melayu yang mewakili 41 buah persatuan berhimpun di Kuala Lumpur untuk Kongres Melayu Seluruh Tanah Melayu (Pan-Malayan Malay Congress). Kongres itu membincangkan penubuhan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) serta kempen terselaras untuk menentang Malayan Union.
    * 1 April 1946: Malayan Union diisytiharkan oleh kerajaan jajahan British.
    * 1 Mei 1946: Kongres Melayu Seluruh Tanah Melayu Ke-2 diadakan di Johor Bahru. Penubuhan UMNO diisytiharkan dan Dato Onn Jaafar, Menteri Besar Johor, dipilih sebagai Presiden pertama. Kongres ini juga mengisytiharkan bahawa perjanjian-perjanjian MacMichael tidak sah dan mendesak bahawa Malayan Union dimansuhkan.
    * 1 Februari 1948: Malayan Union dibatalkan secara keseluruhannya dan digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu seperti yang telah dipersetujui dengan UMNO dan Raja-raja Melayu.

    ReplyDelete
  4. TAMBAH SIKIT LAGI

    Persekutuan yang baru diwujudkan di bawah nama Malaysia pada 16 September 1963 melalui penyatuan Persekutuan Malaya, Singapura, Borneo Utara (kemudian dinamakan Sabah) dan Sarawak. Kesultanan Brunei yang pada mulanya menyatakan hasrat untuk menyertai Malaysia menarik diri akibat tentangan sebahagian masyarakat Brunei. Pada awal penubuhan Malaysia, banyak perkara berlaku misalnya cubaan Indonesia menakluk Malaysia, dan tuntutan oleh Filipina terhadap Sabah. Selain itu, pada 1965, Singapura menarik diri daripada Malaysia dan berlakunya rusuhan kaum pada 1969.

    ReplyDelete
  5. aku setuju beno dengan apa yang dikatakan oleh anon 2:49am

    apa... nak tunggu negara kita berantakaan..berperang..berbunuh sesama agama, sesama bangsa baru puas hati..tak geti2 nak sabo ker...

    kalo panjang umur..kalo dan ketentuanNya begitu..apa yang nak ditakutkan...tiba masa nanti..ah..jadilah pemimpin negara ni..tak suka ker tengok negara kita aman dan makmur

    janganlah jadi batu api yang mementingkan diri sendiri..cakap ikut perasaan amarah..aku pun tak suka kerajaan yang menyusahkan rakyat

    tapi kitakan ada saluran yang betul..

    YANG PENTING SAMBUT BULAN RAMADDAN DENGAN HATI YANG BERSIH

    ReplyDelete
  6. terima kasih en mustapha ....fakta yang saudara tulis. kali ini saya bersetuju dengan saudara. saya hargai apa yang saudara tulis. dan saya sambung sedikit pendapat saya malam tadi. jam 2.49am

    kenapa 16 sept menjadi tarikh keramat bagi puak puak itu yang saya katakan puak itu kerana mereka lah konon nya menjadi juara kebajikan rakyat . konon nya mereka lah sahaja yang ingin bebaskan rakyat di malaysia dari kezaliman pemerintah sekarang.

    mereka mengpsiko rakyat dengan imej penyelamat ( messiah )

    itu lah taktik amerika mengwar war pada pak arab pak arab di iraq...menjatuhkan SADDAM... berantakkan tak ksudahan. lihat lah apa yang pak arab tu dapat hingga kini.kucar kacir
    apa yang amerika dapat penguasaan ekonomi iraq melalui puppet puppet nya....berapa banyak syarikat yahudi amerika yang dapat tawaran kontrak membangun iraq...kaya raya...syarikat amerika yang kafir laknat dan bacul bacul iraq nya dapat DAGING yang rakyat biasa dapat tulang....

    so tunggu lah di malaysia niih. ....esuk kalau berlaku....kita gelak ramai ramai ok.....kalau anak bini hidup susah kita gelak ramai ramai...padan muka aku...

    KITA TIUB TAYAR JER TEPI JALAN.

    adakah d malaysia rejim pak lah dan BN teruk sangat....DAH( mesti ada yang kata aku nih pengampu )eluk lah tu.. aku pun suka korang cakap mcam tu...lantak engkorang.

    kroni kroni pada aku siapa merintah lambat laun akan berlaku...JUGA

    DAP hidupkan isu UMNOPUTRA....mereka berjaya memberi kesan halus perang psikologi terhadap minda melayu...supaya benci apa apa berbau umno...jadi nak mengmalaysiankan melayu dengan agenda malaysian malaysia mereka,mereka telah berjaya...bila anwar membawa agenda rakyat konon nya! lagi cepat mereka bersetuju....so mereka akan hulurkan tangan.. itu permainan halus DAP.

    isu umnoputra...konon nya seperti puak puak ultra anti melayu katakan... orang bukan melayu di tindas..
    \
    adakah syarikat syarikat bukan melayu di tindas selama ini.....!

    dah musnah ker semua hak hak bukan melayu.

    adakah syarikat syarikat bukan melayu di tindas selama ini..... !

    adakah syarikat syarikat bukan melayu di tindas selama ini..... !

    adakah sistem pendidikan di negara ini zalim menidakkan bangsa lain...
    (bila aku cakap ni mesti ada kata aku rascist)

    puas aku berjalan..amerika,france,japan uk,austria,jerman ,thailand, australia,china,hongkong,singapura.arab saudi...baik zaman bekerja atau urusan peribadi...terus terang lah....malaysia nih takder lah seteruk mana....yang kata teruk ini golongan yang buta mata,buta hati...dan golongan mereka yang tak sabar nak merintah..dan segelintir bukan melayu yang tak mau terima realiti kehidupan hidup d sini.. di kelilingi alam melayu...mereka nih kalau satu tahap mau melayu nih sentiasa di belakang...tak boleh maju....tapi bukkan semua pemikiran bukan melayu mcm kelompok kecil ni

    adakah kalau kerajaan telah melakukan kesilapan tak boleh di baiki.
    kalau kerajaan buat kesilapan banyak cara untuk di perbaiki...tapi bukan menghentam dan cara mengerak fikiran rakyat untuk merampas kuasa.....

    individu individu dalam UMNO bukan semua nya rosak moral, rosak peribadi...kalau ada segelintir teruk adakah yang lain sama.

    hei... semua manusia lemah...ada yang buat kesilapan...SEMUA MANUSIA KENTUT BUSUK ...PAHAM KER.. takder yang kentut wangi.

    tapi kentut tak boleh di wangi kan...tapi kalau perangai buruk...jika di tarbiahkan boleh di baiki sikap atau paling tidak di gugurkan...individu ...engkorang jer tak nak baca ...masa PRU 12 berapa ramai yang tak boleh pakai di tendang...


    dan puak puak sana tu
    yang dalam puak puak satu lagi tu adakah semua nya berketurunan malaikat? baik baik belaka ker...( aku tak nak kata mereka perangai malaikat ...takkan boleh dan tentu juga bukan keturunan malaikat. )

    kalau ya.......he he kita nih tenang damai ler ....

    jangan lar cakap diri kita ..parti..kita,peminpin kita baik...hari ni boleh lah esuk? lusa? ....puak puak tu belum berkuasa dah buat onar....kalau berkuasa nanti lagi dasyat agaknya... kalau belum merintah secara mutlak asyik radikal,ekstreme, suka berdemo, bila merintah segala tekanan kasar di lakukan. ciri ciri hati jahat dah ada..dalam diri...KECUALI LAH PAS .... TAPI PAS KOMITED MEREKA SETIA MEREKA TERIKAT CARA YANG ADA SEKARANG...MEREKA JUJUR PADA SETIAKAWAN ...
    APA PUN AKU TETAP YAKIN PADA APA KEPIMPINAN PAS LAKUKAN . KELANTAN CONTOH TERBAIK.

    sebenarnya bukan rakyat tiada tempat tuju.. bukan naif...tetapi RAKYAT TELAH DI CARROTKAN DI CARROTKAN MACAM ARNAB..di butakan hati konon nya semua yang kerajaan telah buat tak betul....

    sifat melayu...mahatir kata melayu mudah lupa....itu mahathir....

    aku kata MELAYU LAMBAT PAHAM...CEPAT LUPA...sebab tu mudah terpesona dengan kata kata..

    aku kata MELAYU LAMBAT PAHAM...CEPAT LUPA...sebab tu mudah terpesona dengan kata kata..

    aku kata MELAYU LAMBAT PAHAM...CEPAT LUPA...sebab tu mudah terpesona dengan kata kata..

    isu menentang kezaliman bukan agenda parti itu saja.....tapi dah rakyat memang cemoih... tempat mengadu takder. bila siapa pandai ambil hati di situ lah tempat bernaung...itu jer isi nya...bukan kerana pemimpin itu hebat. kerana pemimpin itu bijak...

    tapi rakyat sendiri bukkan tak mampu fikir tapi suka fkiran di ROGOL di rampas otak oleh orang lain
    alternatif bukan satu,saluran dan aduan lain bukan takder

    PAS ada....tapi PAS tak dapat gembeling strategi memenangi hati rakyat....tiada carrot yang sesuai dengan kehendak rakyat.IMEJ, BRANDING APPROACH STRATEGI PERLU DI UBAH, dan aku harap PAS lebih demanding dalam PRU 13... tapi insyaallah aku jangka akhir nya orang melayu dan bukan melayu satu masa akan pergi ke PAS

    DAP imej yang asing bagi orang melayu.....tapi mereka tau dek kerana orang melayu nih mudah tersentuh hati tak bertempat....pada sesuatu isu sensasi melihat ISU ANWAR ISU SENSASI mereka sanggup turun maqam buat sementara waktu...mereka sanggup berpakat dengan agenda bro anwar ....pro bro anwar makna baru orang melayu akan pejam mata pangkah roket...tapi dalam hati mereka berkata alangkah baik bulan bertanding atau kerana benci melulu pada dacing...sebab psiko DAP pada bukan melayu adalah UMNOPUTRA jadi bukan melayu tak pangkah mca mic...kerana pangkah mca mic makna setuju dengan UMNOPUTRA padahal agenda mereka ialah nak hapus ISU BUMIPUTRA secara halus....

    hei permainan DAP nih licik...
    tapi korang nak sangat pergi lah dokong mereka...sampai mati aku tak percaya mereka...


    balik pada isu 16 sept..

    kalau engkorang dah seronok taktik sentimen dan itu budaya golongan generasi sekarang teruskan....yang dah tua tua dan terpesona dengan agenda 16 sept ni teruskan...yang tua tua nih patut lebih waras bertindak...tapi teringin sangat nak menjahanamkan juga teruskan...

    tapi pendekatan dengan bermain dengan sentimen terlalu bahaya....secara tak langsung ini dah menjadi darah daging masyarakat sekarang terutama generasi muda yang rata keluarga muda anak 1-3. mereka ini lah target audience kelompok politik alternatif

    kenapa 16 sept.

    kenapa 16 sept.

    kenapa 16 sept.

    mereka ingin mencipta sejarah baru . ingin mengistihar kemerdekaan versi mereka. dengan menidak sejarah puak puak umno.bukan saja puak puak umno tapi
    golongan melayu LAIN YANG TERDAHULU..AHMAD BOESTAMAN,DR ZULKIFLI,BURHANNUDIN HELMI..MAT KILAU, TOK JANGGUT, DATO BAHAMAN....ULAMAK ULAMAK TERDAHULU...RAMAI LAGI

    mereka ingin mencipta legacy akan datang. mereka TANAM dalam fikiran generasi muda sekarang terutama yang lahir pada tahun 1977 ke atas....yang akan menjadi mainstream group dalam masyarakat... kenapa? mereka tau generasi ini tiada apa2 ikatan nilai sentimental dengan apa yang berlaku sebelum nya. apa yang bapak atau datuk mereka telah lalui pada mereka tiada kaitan.
    kebanyakan mereka membesar dalam era MAHATHIR...GENERASI IT...GENERASI CHATTING ZAMAN MUDA...GENERASI YANG TAKKAN LOYAL PADA SESIAPA...mereka selektif .....cuma bakatpotensi...harapan ...inspirasi mereka...tak di tap oleh kerajaan.
    tapi mereka ini ramai pegawai PTD yang bijak...the cream...even di swasta....generasi PTPN ...bukan saja yang elit...golongan skill dan non skill ...mereka semua ada inspirasi ada idealism...

    kepada PAS dan kerajaan renungkan golongan ini ambil perhatian pada mereka.. mereka y GEN ...dan 10 tahun lagi Z GEN akan dewasa

    so kelompok kelompok politik yang teringin nak merintah pada 16 sept

    mereka mengambil peluang mereka nampak peluang ini dalam keadaan puak puak pemerintah berada dalam keadaan ALPA dan melakukan kesilapan sendiri..

    apa beza puak puak ini dengan pemerintah...
    pada aku tiada beza pun.. mereka serpihan UMNO juga...kerana pertarungan antara dua kuasa pada 1998...satu di tendang keluar.

    1998...aku ingat tak habis habis ...tiap tiap minggu berdemo...aku masih ingat cerita sepuloh tahun lalu. di kampung bharu, depan istana , di jalan tuanku abdul rahman... saban mingu berdemo..dengan kamera aku berlari lari ikut sama dalam kumpulan ramai.. demo di tol mana tempat aku tak pergi....

    aku sendiri terkejut pada masa tu. kami sendiri tak dapat menerima undang undang di kenakan pada sdra anwar. tapi aku bukan setuju dengan anwar....tetapi aku tak setuju cara tindakan di lakukan keatas nya ...jika ini boleh di lakukan pada peminpin mereka yang tak sealiran ...apatah lagi orang biasa rakyat biasa.

    ini penyebab yang aku menyokong reformasi pada masa itu.AGENDA DULU KERANA KITA TAK SETUJU CARA ISU ANWAR DI TANGANI... mungkin ada yang memang pro anwar dan ada pro mahathir ...itu adat dan kita fahami..

    taman melewar markas PAS menjadi tumpuan setiap ada ceramah...PAS telah mengerak membantu dan menjadi tempat bernaung serpihan serpihan ini walau pun mereka tidak menyertai PAS .... mana DAP masa tu....mereka tunggu dan lihat. masa tu golongan bukan melayu tunggu dan lihat sahaja...mereka tau ini masaalah orang ..melayu...

    demo penuh dengan muka melayu....
    dari dulu sampai lah sekarang..muka bukan melayu boleh dikira dengan jari.

    mereka lebih cerdik mengambil peluang...apabila trend melayu berubah bila anwar di bebaskan ( sekurang kurang penyokong anwar berterima kasih kepada UMNO zaman Pak lah tidak lah terlalu keras..banyak perubahan dah di lakukan )puak politik bukan melayu...ini lah masa mereka nak mengambil peluang untuk merubah malaysia dari dominan melayu.

    kadang kadang saya terfikir apa kah agenda anwar sebenar....

    kadang kadang saya terfikir apa kah agenda anwar sebenar....

    kadang kadang saya terfikir apa kah agenda anwar sebenar....

    apakah signikan nya dengan 16 sept

    apakah signikan nya dengan 16 sept

    apakah signikan nya dengan 16 sept


    tak lain tak bukan ingin mencipta agenda baru.

    malaysia baru, malaysian malaysia ( idaman DAP )

    malaysia baru, malaysian malaysia ( idaman DAP )

    malaysia baru, malaysian malaysia ( idaman DAP )

    PAKATAN RAKYAT satu slogan terselindung...luaran sahaja agenda rakyat tapi lebih kepada membina legasi politik peribadi.

    tapi lihat lah pendekatan ....menyemarak unsur unsur sabversif...dendam kesumat...menyemarak semangat individu dengan bermain sentimen mengatakan malaysia menuju kemusnahan, ekonomi merudum, minyak naik, hidup susah,

    hei ...............................

    orang politik nafsu serakah.......mereka akan mengadakan macam macam agenda menghalalkan cara....mereka akan diam bila kuasa di tangan.........

    kalau itu cara nya ...... lebih dasyat lagi akan berlaku...jika memerintah...

    tengoklah belum apa apa .. hari pertama bersidang .... dah boikot keluar.....

    apa nih..apa nih...apa nih..

    apa salah nyer ....dengar dan lawan dengan fakta secara sah dalam parlimen. jgn jadikan status ahli parlimen utk keluar atau boikot persidangan.. tak rugi apa apa....

    beliau bijak...beliau khuatir silap silap hari bulan ada wakil pakatan yang bersetuju... dengan pembentangan...oleh apa yang kerajaan bentangkan.

    ok lah dah lama sangat taip...

    aku teringat kenangan 1998 berlarian di segenap ceruk kl....tapi kini dah 10 tahun aku tak nak berlari lagi ...akal ALLAH beri aku boleh fikir....dulu aku makan gaji...aku takut di hentikan...takut pada manusia..yang berkuasa tapi kini aku kerja sendiri....aku hanya takut pada ALLAH TAALA. DIA majikan aku ....aku hambaNYA ...segala tindakan aku di syarikat nya MUKA BUMI YANG LUAS INI ....banyak benda, jenuh aku nak menjawapnya..nanti.

    engkau orang nak berantakkan terpulang... tapi bila pilihanraya aku tau mana nak undi..

    tapi jika kezaliman berlaku lagi akan datang yang benar dan yang hak...aku tiada pilihan aku akan bangun kembali...walaupun dah tiada kudrat.tapi aku harap tidak.

    namUN aku TAK bersetuju dengan mencuri MANDAT RAKYAT tak ubah seperti cara MERAMPAS KUASA . halus mainan mereka ya....tapi AWAS!!!! ...lagi HALUS PERMAINAN DAN KETENTUAN ALLAH TAALA.

    aku hambaALLAH aku tak mintak upah pada NYA aku cuma tuntut keredaan saja.

    KEPADA SEMUA MELAYU DI PAKSI MANA KAMU BERADA RENUNG LAH KEMBALI. SEKERAS MANA HATI KAMU ....KERAS LAGI KUASA ALLAH TAALA...INGAT KITA ADA MISI .... KITA BUKAN PENCEN 55 TAPI KITA KEKAL NUN DI ALAM SATU LAGI SEPANJANG RUANG YANG KITA SENDIRI TAK TAU...JGN TERLALU YAKIN PADA JANJI MANUSIA...TAPI JANJI ALLAH TETAP TEPAT TIADA +-

    PADA BUKAN MELAYU I M NOT A RACSIST... BUT JUST TO EXPRESS MY CONCERN...COZ I CARE ABOUT EVERY THING
    I M A PAS MEMBER ... BUT I AM RIGID IN MY WAY OF THINKING

    MAAF SEMUA.

    SALAM MERDEKA DAN SALAM RAMADHAN SEMUA.

    ReplyDelete
  7. PEMBETULAN

    "BUT I M NOT RIGID IN MY WAY OF THINKING ...."

    SORI LAR... LAPTOP NIH NAK SABO.... OK IM JOKING...

    SALAM SEMUA

    ReplyDelete
  8. Mr. ANON 2.43PM,

    Nampak betul minda awak ini belum Merdeka.Sebenarnya rakyat Malaysia sudah bosan dengan UMNO. Tahukah saudara untuk mendapatkan lesen PKK kelas 1 hanya diperuntukkan kepada Melayu Sahaja? Mana hak Bumiputera Sabah dan Sarawak yang bukan muslim? Saya rasa orang macam awaklah yang menentukan ini semua untuk kepentingan kamu sendiri.Kita harus berubah, minda kita harus berubah. MInda saudara yang masih di tokok yang ketinggalan zaman itu harus di ubah. Berfikir cara Islam yang tidak menindas sesuatu kaum.

    ReplyDelete
  9. mr anon 7.14pm

    salam sejahtera .

    terima kasih menuduh melulu , thanx its great ... n most welcome..what u want to said is right for u n its up to u.....

    i have nothing to do with any UMNO organisation..nothing at all....

    well, i dont owed to any body.... what i feel n what i observed is based on my experience

    I M SPECIFIC ABOUT ISSUES...

    u have yr right...n so do i.

    kamu melulu dalam berfikir....isu lesen PKK tiada kaitan dalam laman ini....jika kamu tidak puas hati ....kamu boleh saja mengadu pada saluran politik.

    aku bukan kakitangan kerajaan dan juga swasta...aku bekerja sendiri...dan aku tiada kaitan politik seperti kamu jangka kan

    aku tidak terlibat dlm mana perniagaan dengan mana kerajaan baik kerajaan persekutuan atau negeri baik pakatan rakyat atau bn.

    fikiran sempit kamu merugikan kamu sendiri. aku pernah aktif dalam politik peringkat tempat aku...tapi bukan politik pemerintah. aku tinggalkan...lebih baik aku sebagai NGI.

    kamu benci melulu kamu yang rugi...be spesific.... u hate umno is nothing to do with me. i can say any nasty word...but for what...

    aku mengambil jalan tengah....dan aku sensitif sebarang pergerakan...

    nasihat aku kamu adukan kepada saluran yang betul..u r doing bussiness i m running my own too....but my advice to u as fellow malaysian,bumiputra in business dont rely to govt contract or any one source contract.

    dan kamu ingat keturunan kamu saja yang tak dapat....hei friend dalam business kalau bagus mana pun belum tentu dapat...dan bukan bangsa kamu saja ...bangsa aku keturunan aku pun sama...menghadapi masaalah..
    jika dalam satu parti pun belum tentu ahli parti akan dapat...
    so dont biased in your statement.

    status anda, kelas kontraktor anda belum tentu menjamin anda mendapat projek...ok first rule

    1. your quotation

    2. your service n delivery.

    3 product quality

    4. your resource/supplier

    5. your personality its u, u r projecting yourself.

    6. dedication in doing your job.

    kalau kamu tak ada standard ini...kamu pakai cop mohor mana pun . kelas A kontraktor pun ...kerja tak de quality n delivery alamat satu projek saja.

    hei friend, i have never take up or even think of getting any govt project b4, ...i m comfortable n willing to compete with those chinese n indians in private sector. if my quotation was not secured ... i m not give uP.I dont asked for any favour ... from my potential client...i m straight to the point

    if my quotation meets the requirement...take it..if not i ll adjust or lower a little bit. one thing u know... its more dirty and if u have BIN in your name u might not secured the job... as a malay like me to go into bussiness in private sector its tougher...do u think theres no cronies n discrimination out there.... he he dont bullshit...saying no.

    well my friend pls dont tell me that i m an UMNO rascist.
    it might be u who r more rascist...because why? u jump to a conclusion n shot a wrong target...this is not counter for bussiness complaints. u should approach those govt agencies. ...

    last word, nasihat aku jangan kamu merosak imej keturunan kamu dan agama kamu di sebab kesilapan kamu menuduh sembarangan.

    kalau kamu tetap berfikiran tertutup itu bukan masaalah aku lagi.


    shalom

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum,

    1. Saya baru pulih dari sakit mata.

    2. Kalau semua benda nak dipolitikkan, sehinggakan isu kemerdekaan sekali hendak diheret bersama, tak tau apa yang hendak diperkatakan lagi.

    3. Apapun saya ingin mengucapkan kepada semua rakyat Malaysia, tidak kira bangsa, agama mahupun fahaman politik : Selamat Menyambut Hari Merdeka !

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.