USAHA KE DEWAN RAKYAT : ANWAR PILIH PERMATANG PAUH? Malaysiakini


Tinggal 63 hari lagi sahaja lagi untuk Anwar berusaha dan merangka strategi ke Dewan Rakyat. Untuk itu, Anwar perlu bertanding di mana-mana kerusi parlimen dan persoalan yang timbul kini, kerusi manakah yang akan dipilih oleh Anwar?

Desas-desus mula bertiup kencang yang kononnya Anwar akan memilih kerusi Permatang Pauh yang kini diduduki oleh isterinya. Apatahlagi bila baru-baru ini, Anwar telah memulakan siri jelajah ceramahnya di Permatang Pauh.

Tidak mustahil Anwar akan memilih kerusi Permatang Pauh kerana :

1) Penduduk Permatang Pauh sangat mengenali Anwar Ibrahim. Nolstalgia mereka terhadap perkhidmatan Anwar di situ sukar dipadamkan oleh jentera BN yang dulunya pernah membantu kempen Anwar di situ.

2) Sudah tiba masanya Datuk Seri Wan Azizah berehat setelah bertungkus-lumus mencari keadilan untuk suaminya. Mungkin sudah tiba masanya beliau menimang dan membelai cucunya di rumah.

Apapun, pelbagai kemungkinan boleh berlaku. Tentunya Anwar sedang khuatir, beliau akan ditangkap dan dipenjarakan. Jika Azizah mengosongkan kerusi Permatang Pauh, berkemungkinan Anwar bakal kehilangan penyokong kuatnya iaitu Azizah jika apa-apa terjadi pada diri Anwar.

Berikut adalah laporan dari Harakah Daily mengenai kerusi pilihan Anwar;

Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) Pulau Pinang bersedia menghadapi pilihan raya kecil sekira Ketua Umumnya, Dato' Seri Anwar Ibrahim memilih Permatang Pauh sebagai lokasi untuknya ke parlimen sekaligus mendaki tangga ke Putrajaya.

Pengerusi Perhubungan parti itu, Dato' Zahrin Mohd Hashim menambah, seandainya senario ini menjadi kenyataan KeADILan Permatang Pauh dipertanggungjawabkan untuk membentuk semula strategi sepertimana ketika menghadapi pilihan raya umum ke-12 lalu.

"Pulau Pinang sudah bersedia menjadi negeri pilihan Dato' Seri Anwar jika ia mahu ke parlimen. Terpulang kepadanya kita tidak berikan tekanan lagipun ada juga tempat lain membuka peluang yang sama, " terangnya dalam majlis meraikan penerimaan pingat Darjah Utama Pangku Negeri (DUPN) yang membawa gelaran 'Dato' Seri' kepada Ahli Parlimen Permatang Pauh, Dr. Wan Azizah Wan Ismail semalam.

Menurutnya, mulai sekarang, Parlimen Permatang Pauh dikehendaki mempergiatkan usaha penerangan di samping memperkukuhkan jentera di peringkat akar umbi agar pergerakan diselengarakan semula.

Kita sedar tambahnya, pilihan raya kecil akan menjadi tumpuan keseluruhan jentera parti berbagai peringkat di kedua-dua belah parti yang bertanding namun yakin kesedaran rakyat akan mengulangi hukuman terhadap Barisan Nasional (BN) yang mengkhianati masa depan negara.

"Pengundi Permatang Pauh tahu senario sebenar siapa pemimpin BN dan mereka telah bijak memilih, " katanya yang juga Ahli Parlimen Bayan Baru.

Timbalan Ketua KeADILan Bahagian Permatang Pauh, Che Mat Hashim berjanji akan melaksanakan tugasan tersebut dengan baik bagi memastikan Dato' Seri Anwar menang besar.

Gerakerja di peringkat akar umbi akan dipertingkatkan supaya rakyat terus memilih Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil itu nanti.

Ketua Wanita KeAdiLan Bahagian Permatang Pauh, Khatijah Yahya pula berkata, jentera pilihan raya KeADILan akan ditambah berbanding pilihan raya umum lalu dengan bantuan jentera muslimat PAS.

"Kami yakin KeAdiLan boleh menang asalkan gerakan bersepadu di semua peringkat kalangan Pakatan Rakyat, " tegasnya.

Sementara itu, Yang Dipertua PAS Permatang Pauh, Omar Hassan ketika dihubungi menambah, PAS bersedia menghadapi pilihan raya kecil Permatang Pauh bila-bila masa bersama KeADILan.

"Semua jentera PAS dari muslimat dan pemuda akan dikerah untuk berhadapan dengan jentera BN yang sudah pasti melakukan apa sahaja untuk mencapai kemenangan, "
Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

2 comments:

  1. tak payah permatang pauh..mana-mana pun boleh pasti menang..sekarang ni letak batang kayu lawan UMNO pun boleh menang

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.