RAKYAT DIBODOHKAN LAGI? Malaysiakini


“Tiada angin tiada ribut, pokok takkan bergoyang!”

Pepatah itu mungkin sudah tidak relevan lagi.

Semalam, rakyat Malaysia dimomokkan dengan berita kononnya demontrasi besar-besaran akan berlaku di bangunan Parlimen. Entah dari mana datangnya dakwaan itu. Di laman-laman sesawang pembangkang, tiada satu pun baris ayat yang meminta penyokongnya berdemontrasi pagi semalam.

Biasanya, pembangkanglah yang ‘terror’ dalam bab-bab demontrasi di negara ni. Takkanlah ada ‘kumpulan demontrasi baru’ pulak di negara ini?

Radio dan televisyen di negara ini melalui siaran beritanya secara jelas menyebut satu demontrasi besar-besaran anjuran parti pembangkang akan diadakan di bangunan parlimen. Oleh itu, pihak polis terpaksa mengambil langkah berjaga-jaga dengan menutup kawasan parlimen dan juga membuat beberapa sekatan jalanraya.

Nama pembangkang telah diburukkan!

Nazri Aziz, menteri di JPM segera mengeluarkan arahan yang tidak membenarkan orang luar masuk ke parlimen pada hari Isnin. Tidak lama selepas itu, perintah Mahkamah dikeluarkan pula. Bergegas petugas baju biru menampal iklan yang dikeluarkan oleh Tuan Hakim.

Sesiapapun tidak dibenarkan berada dalam lingkungan 5km dari bangunan parlimen melainkan mereka yang mempunyai ‘tag parlimen’.

Lebih menarik lagi, senarai nama yang paling atas dalam iklan itu ialah orang yang sedang menghadapi tuduhan liwat, saman 5 juta dan juga disebut-sebut sebagai bakal Yang Amat Berhormat 63 hari lagi.

Atas nama ‘keselamatan’, 500 orang anggota polis termasuk unit udara dan unit berkuda telah dikerahkan untuk membuat sekatan jalan raya dan memantau kawasan parlimen. Kawat besi turut dipasang di sekitar bangunan parlimen.

Penghuni kota terpaksa bersesak ke tempat kerja. Petrol yang ‘mahal harganya’ terpaksa dibazirkan untuk berbaris panjang menunggu polis membuat pemeriksaan. Dan episod semalam berakhir dengan tenang. Tiada langsung demontrasi yang berlaku di kawasan Parlimen.

Semalam, rakyat Malaysia yang ‘celik’ dah tahu; siapa yang menipu, ditipu dan tertipu! :-)
Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

6 comments:

  1. ASSALAMUALAIKUM WRT....

    hehehehehehehehehhe.....
    tipah tertipu..

    ReplyDelete
  2. ASSALAMUALAIKUM WRT....

    hehehehehehehehehhe.....
    tipah tertipu..

    ReplyDelete
  3. Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
    Saudari Nur
    Soalan saudari Nur utarakan seolah-olah macam budak berumur 3 tahun yang bertanya "Bila ayah nak balik rumah ni,sedangkan si ayah baru bertolak gi kerja seouluh minit yang lalu?"Bagi pendapat saya apa-apa kemuskilan atau soalan yang payah nak di jawab " tolong" tanya kepada Professor Mohamad Ezam Mohd Nor atau Mr. 6 Box.Insyakallah apa-apa perkara yang rahsia/sulit/payah/peribadi semua ada pada beliau , so lain kali saudari Nur tak yah nak tanya soalan macam ni. All the best Miss Nur please call Prof. Muhamad Ezam OK BYe

    ReplyDelete
  4. Cik Nur, memang selama ini kita rakyat semua dah diperbodohkan oleh BN. Ahbar dan media elektronik depa kontrol. Cerita baik depa saja. Yang buruk tarak. Pembangkang kalau depa batuk aje sikit, BN dah gempak. Kelam kabut. Macam lalat tahi.

    ReplyDelete
  5. itulah keadaannya orang yang takut bayang-bayang..kesian..itupun tak sedar diri lagi..gelihati melihat telatah BN ni..dari pemimpin, polisnya, hakimnya semuanya dah macam karton..malu rasanya jadi rakyat Malaysia

    ReplyDelete
  6. Encik Jamaludin,
    Why Ezam? Does he have all the answers? Do you have any facts to backup your allegations? If you don't, then just zip it.

    Read Al Quran:
    Surah 33 (Al-Ahzaab):58, Surah 49 (Al-Hujuraat):11-12, Surah 68 (Al-Qalam):10-11, Surah 104 (Al-Humazah):1

    Sahih Al Bukhari:
    Volume 8, Book 73: Number 82, 83, 90

    Sahih Muslim:
    Book 032: Number 6251, 6265

    And you called yourself hajji? Despicable.

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.