MAMPUKAH AHLI UMNO DAN PAS BERKOMPROMI?

“Sejarah Melayu” karya Tun Sri Lanang mencatatkan asal-usul bangsa Melayu adalah dari keturunan Iskandar Zulkarnain (lebih dikenali sebagai Alexander The Great). Biarpun pengkisahan Melayu dalam karya itu banyak dipengaruhi oleh elemen kepercayaan Hindu, namun pengkaji sejarah bersepakat, Melayu dan Islam tidak boleh dipisahkan.

Selepas bangsa dan bumi Melayu ini dijajah oleh Portugis, Belanda, Jepun dan Inggeris, aliran pemikiran bangsa Melayu sudah menjadi kecamuk dan berantakan. Nilai-nilai Islam mula terhakis dari bangsa Melayu akibat budaya dan corak berfikir yang dibawa oleh penjajah sehingga mencetuskan perbalahan antara fahaman sekularisme dan fahaman Islam di kalangan bangsa Melayu. Lalu, pola fikir bangsa Melayu berpecah menjadi dua puak yang bersengketa iaitu UMNO dan PAS.

Asalnya bangsa Melayu itu berpegang pada prinsip perjuangan yang sama iaitu memerdekakan bangsa Melayu. Akan tetapi, perbezaan idealogi untuk memilih kaedah yang sesuai bagi mengisi erti kemerdekaan itu telah mencetus konflik yang semacam tiada kesudahannya. Akhirnya, sengketa ini berterusan berpuluh-puluh tahun lamanya dan sengketa ini pula diwarisi dari generasi ke generasi.

Kesombongan dan keangkuhan pemimpin UMNO untuk mengekalkan kuasa ditangannya sahaja telah membuatkan mereka alpa bahawa idealogi mereka yang berteraskan kepada kekuatan bangsa untuk memertabatkan agama kian dipersoalkan oleh generasi muda. Bahkan, kelompok konservatif dalam pimpinan PAS juga telah ditewaskan oleh kelompok mudanya yang lebih bersifat ‘terbuka’ dalam idealogi perjuangan mereka.

Kini, setelah sokongan bangsa Melayu terhadap idealogi perjuangan UMNO kian luntur dan terhakis, pemimpin besar UMNO sepatutnya sudah sedar akan kesilapan yang telah mereka lakukan selama ini. Tiada gunanya sengketa lama itu diteruskan lagi. Sudah tiba masanya UMNO dan PAS berkompromi, bermuzakarah serta berbincang mengenai hala tuju bangsa Melayu dan agama Islam di negara ini. Bak kata pepatah lama “buang yang keruh, ambil yang jernih”.

Kepada generasi muda Melayu, jangan terlalu taksub dengan idealogi perjuangan parti masing-masing. Gunakan akal untuk berfikir, menganalisis dan mencari jalan untuk mengembalikan kekuatan agama dan bangsa. Generasi muda hari ini perlu lebih berani dan jangan lagi jadi seperti lalang atau golongan yang disebut sebagai ‘melukut di tepi gantang’. Bukan UMNO atau PAS yang memberikan kesenangan, kekuasaan, kekayaan mahupun kesejahteraan kepada kita. Semuanya itu adalah kurniaan Allah Yang Maha Berkuasa.

"....Ya Tuhan kami janganlah engkau hukum kami jika kami lupa. atau kami tersalah. Ya Tuhan' kami janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami.
Ya Tuhan kami janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami, ampunilah kami dan rahmatilah kami.
Engkau penolong kami maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir. "

(Maksud surah Al-Baqarah ayat 286.)
Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.