TUN MAHATHIR PERCAYA KES LIWAT ANWAR? - Malaysiakini


Tun Mahathir dalam blognya hari ini menulis,

"Masih ramai yang percaya bahawa Mahkamah Rayuan (Appeals Court) terakhir telah menolak tuduhan bahawa Anwar telah liwat Azizan dan dengan kerana itu mendapati Anwar tidak bersalah dan boleh dibebaskan."

Merujuk kepada kes rayuan Anwar yang terdahulu, Tun Mahathir berkata,

"Jika dihitung kita akan dapati kesemua 10 hakim yang mendengar kes Anwar meliwat Azizan bersetuju perbuatan liwat oleh Anwar memang benar, walaupun dua di antara mereka memberi alasan teknikal untuk tidak menjatuhkan hukuman salah keatasnya".

"Dakwaan oleh orang tertentu bahawa pembebasan Anwar adalah kerana dia tidak melakukan jenayah liwat adalah tidak benar."


"Sekarang kita dengar sekali lagi kes liwat oleh Anwar. Terpulanglah kepada hakim untuk mendengar dan meghukum. Awal-awal lagi Datin Seri Wan Azizah Ismail telah mengatakan ketidakpercayaannya kepada mahkamah di Malaysia. Tetapi apabila Anwar dibebaskan dengan alasan yang sukar difaham oleh masyarakat umum, Wan Azizah tidak pula berkata yang dianya tidak percaya kepada sistem pengadilan di Malaysia."

"Apakah pula akan dikatakan olehnya jika perbicaraan kes Anwar menghasilkan keputusan bahawa walaupun hakim percaya dia telah meliwat Saiful tetapi kerana selok-belok undang-undang dia didapati tidak bersalah."


Dalam pada itu, Tun Mahathir juga menyangkal hujah awal Khairy Jamaludin berkenaan kes liwat Anwar-Saiful Bukhari dengan berkata,

"Saya terkejut dengan orang yang pertama menyuarakan pandangan yang tak masuk akal berkenaan dengan kes liwat yang baru ini. Kononnya Anwar sengaja menyuruh Saiful buat laporan dia diliwat oleh bossnya supaya Anwar boleh cari perlindungan daripada percubaan membunuhnya. Dengan itu kononnya orang ramai akan bersimpati dengannya."


"Jelas yang budak yang di suruh oleh bapa mertuanya hantar passport kepada Anwar, yang amat gembira dengan pembebasan Anwar dan dipercayai terlibat dengan usaha membebaskan Anwar, masih kuat kepercayaannya kepada Anwar dan mencuba menolak tuduhan terhadapnya"
Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

8 comments:

  1. Mistilah dia percaya apa yg dia sendiri pernah tuduh,walau pun tun 'mudah lupa' tapi tang ni memang dia tak akan lupa.

    ReplyDelete
  2. Itu tugas Tun untuk mepercayai sebab tun lebih suka pada pada cerita cerita yang sedemikian.Sebab ini kali kedua derama bersiri berulang tapi tuan yang mengarah adalah orang yang berlainan tapi mempunyai citarasa yang sama.Tun takan lupa hanya melayu yang suka jadi pelupa.

    ReplyDelete
  3. Why is this recalcirant old man jumping into the ring now?

    apa dia mahu? Apa dia tahu?

    ReplyDelete
  4. adoi..x abis2 lg org tua nih..bwk2la berehat

    ReplyDelete
  5. Mahadir ni tunggu dia jadi nyayuk baru dia cakap betul sikit. Tengok masa dia balik dari mekah dengan haji yang "tergantung" dia nyayuk sekejap apabila turun kapal terbang dia tanya mana anwar, kenapa anwar tak sambut dia macam biasa.

    Manusia laknat macam mahadir @ khinzir bila sakaratul maut dah hampir baru dia tahu nasib dia nanti.

    ReplyDelete
  6. Ewah...sedapnya bahasa kamu ye...seteruk-teruknya mahathir orang tuduh....zalim lah, kejam lah, korup lah.khinzirlah(Allah sahaja yang tahu), tapi orang yang kamu "dewakan" itu (Anwar Ibrahim) dengan IZIN ALLAH sudah DUA kali menerima dakwaan LIWAT......kenapa agaknya....Dewa kalian dikaitkan dengan LIWAT dengan izin Allah.....fikirkanlah...apalah sebabnya BALA berbentuk LIWAT ini ditakdirkan dan diizinkan Allah berlaku ke atas "DEWA" ini.....jikalah ditakdirkan Allah pada 16 Sept si DEWA ni jadi PM...maka turut juga ditakdirkan Allah bahawa kelak dalam sejarah negara ini ada PM In Waiting dan PM Malaysia yang dituduh MELIWAT....bukan 1 kali tapi 2 kali......ini baru KHINZIR punya malapetaka......jangan duk hina orang yang memberikan Dewa kamu nama dan tempat walaupun dia tak menghargainya.....kesian.....nama yang bakal terpahat dalam sejarah....harap=harap negara ini DiLINDUNGI ALLAH dari para PELIWAT......kelak, insyallah.

    ReplyDelete
  7. dear 11.45,

    hei...tak ingat ke pengakuan mahathir sebelum pilihanraya yang lalu? mengatakan "Datuk Anwar tak salah....susahlah sikit kerana waktu itu saya berkuasa...saya sumbat dia dalam penjara...bla..bla..bla.. tengok YOU TUBE "MAHATHIR: Saya ZALIMI Anwar!" -http://www.youtube.com/watch?v=FYUJWSytRTc

    mahathir cakap apa ni? sekejap ini sekejap ini?..kalau nak menyebelahi mahathir buatlah research sikit.

    p/s..perlakuan liwat ini zaman nabi pun sudah wujud.

    ReplyDelete
  8. tuhan saja yang tahu apa sebenarnya yang berlaku.sama2 kita berdoa semoga negara kita aman dan makmur.amin

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.