SUAMI CEKUP SENDIRI ISTERINYA YANG CURANG DI PULAU PINANG - Malaysiakini

Harian Metro hari ini melaporkan,

GEORGETOWN: Kecurangan seorang isteri yang sanggup bermain kayu tiga dengan menduakan suaminya akhirnya dibongkar sendiri anak kandungnya berusia tujuh tahun apabila dicekup bersama kekasihnya di dalam sebuah pangsapuri di Bayan Lepas di sini, kelmarin.

Operasi kira-kira jam 10.25 malam itu dilakukan hasil maklumat yang diterima suami wanita itu yang hadir bersama-sama anak lelakinya.

Ketua Zon Operasi 1 Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (Jaipp), Md Saffuan Md Isa, berkata anak lelaki pasangan itu menunjukkan rumah yang pernah dibawa ibunya sebelum ini untuk bertemu kekasihnya bagi bermadu kasih di sebuah pangsapuri di Bayan Bay, Bayan Lepas di sini.

Beliau berkata, ketika pegawai penguat kuasa agama tiba di lokasi mendapati pintu rumah berkenaan berkunci dan pintu diketuk sebelum dibuka seorang wanita.

“Selepas pegawai penguat kuasa agama memperkenalkan diri untuk membuat pemeriksaan lanjut, kelihatan dua lelaki dan seorang wanita berada di ruang tamu pangsapuri berkenaan.

“Wanita yang membuka pintu itu cuba menipu pegawai penguat kuasa agama dengan mengaku lelaki yang berada di dalam rumahnya adalah bapa saudaranya,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Bagaimanapun, tindakan wanita itu mengundang padah apabila selepas didesak akhirnya mengaku lelaki itu adalah kekasihnya dan tinggal bersama-samanya.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan lanjut kemudian menemui seorang lagi wanita dan dia terkejut apabila melihat suami serta anaknya berada di depan pintu.

Katanya, wanita itu tidak mampu berkata apa-apa sebaliknya mengaku masih lagi isteri orang dan mempunyai anak serta mengaku lari dari rumah sejak enam bulan lalu dari Kulim, Kedah untuk ke Bayan Lepas.

“Wanita itu sanggup berkorban meninggalkan rumah sejauh lebih 160 kilometer dengan meninggalkan anak serta suaminya demi bertemu kekasih hati untuk bermadu kasih sebelum kecurangannya dibongkar anak sendiri,” katanya.

Md Saffuan berkata, keempat-empat mereka yang berusia dalam lingkungan 20 hingga 30-an itu kemudian dibawa ke Balai Polis Queensbay untuk dibuat laporan tangkapan sebelum dibebaskan dengan jaminan penguat kuasa.

dipetik dari harian metro
Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

3 comments:

  1. Alahhh! Ini personal matter lah! Nak kecoh2 ni pehal?

    Jelas wanita tu tak suka suaminya!

    Dia tak der hak ker nak cari kekasihnya?

    Nak cerai, mungkin suami tak bagi, jadi ambil tindakan sendiri lah.

    Jabatan2 agam tak der kerja lain, konon nak tegakkan agama dan bangsa, tapi mereka ni lah penjenayah2 yang berlesen!

    Sampai bilalah wanita nak jadi mangsa? haaiiii!

    ReplyDelete
  2. Sanggup melakukan perbuatan terkutuk/keji walaupun sudah berkahwin.Tidak takut Dosa asalkan nafsu dipenuhi.
    Tidak takut hukuman ALLAH yg menanti...memang manusia suka bala dari mencari Pahala...Nauzubillah!!

    ReplyDelete
  3. Jelas wanita tu tak suka suaminya!

    Dia tak der hak ker nak cari kekasihnya?

    -----------------------------------

    teruknye sipenulis nie.

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.