KENAPA PEMUDA UMNO TAK SURUH DS NAJIB BERSUMPAH DI MASJID NEGARA? Malaysiakini


Malaysiakini melaporkan,

Bercakap dalam satu sidang akhbar di pejabat di ibunegara hari ini, Azeez (Ketua Putera UMNO) berkata, Anwar sepatutnya menggunakan saluran undang-undang yang sedia. Sehubungan itu, beliau menasihatkan Anwar supaya berhenti membuat tuduhan dan fitnah yang boleh menimbulkan kekeliruan di kalangan rakyat.

Katanya lagi, mengapa baru sekarang ketua umum PKR itu mahu membuat laporan terhadap mereka dan tindakan Anwar itu, menurut Azeez, "nampak sangat bercanggah".

Sehubungan itu, Azeez berkata, Putera Umno menyokong kenyataan Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin yang meminta kedua-dua individu yang dikaitkan dalam kes liwat - Anwar dan Saiful Bukhari Azlan - supaya ‘bermubahalah' atau bersumpah.

Mufti Perlis itu dilaporkan berkata Anwar dan Saiful hendaklah bersumpah laknat iaitu dengan melafazkan sumpah: "Jika dia tidakmelakukan kepada saya, laknat Allah kepada saya, jika saya melakukannya, laknat Allah kepada saya."

Menurut Mohd Asri lagi mereka berdua juga hendaklah bersumpah dengan menyebut "Wallahi, Wabillahi, Watallahi. Saya tidak melakukannya".

Mengulas perkara tersebut, Azeez berkata, pihaknya bersedia menjadi orang tengah untuk membolehkan Anwar dan Saiful bersumpah seperti yang disarankan oleh mufti Perlis tersebut.

Azeez menyarankan agar kedua-duanya bersumpah di Masjid Negara.

Demi kebaikan semua pihak, kenapa Azeez tak suruh DS Najib bersumpah juga? NUR AFLAH
Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

2 comments:

  1. salam.sejak akhir-akhir ini byk sangat kejahatan orang di Malaysia...terutama pemimpin2 negara...justeru, wajar pemimpin2 ini perlu membuat sumpahan agar menerima hukuman Allah sama ada mereka benar2 berbuat kebenaran atau kejahatan..
    Malangnya, ramai pemimpin kita terdiri beragama Islam...sungguh memalukan...kaum lain sudah pasti mentertawakan kebodohan pemimpin kita ini...wallah hualam..

    Marilah kita semua mengajak mufti-mufti, alim ulama mengadakan solat hajat agar pemimpin yang jahat dilaknat Allah. Allah hu Akbar!!!!

    ReplyDelete
  2. alaa kat mana2 pon bole sumpah...
    tak payah la nak layan azeez bongek tu.. pandai cakap je tu.. najib tu da kira settle da bab sumpah menyumpah ni.. tinggal lagi anwar ngan si sepul ngan si raja petra dengan si bala.. jangan dorang jadik sesumpah sudah la ... hahaha

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.