KERAJAAN ARAH TENTERA KAWAL PERHIMPUNAN PROTES SEJUTA RAKYAT - Malaysiakini

Malaysikini melaporkan pihak kerajaan merancang untuk mengarahkan pihak tentera untuk mengawal perhimpunan protes sejuta rakyat yang telah dipindahkan ke Stadium Kelana Jaya ahad ini.

Sehubungan dengan itu, sebanyak 27 badan bukan kerajaan (NGO) hari ini menyuarakan bantahan mereka terhadap rancangan kerajaan untuk mengerahkan anggota tentera membantu polis mengawal ketenteraman awam sewaktu perhimpunan awam diadakan - sama ada yang dijadualkan Ahad ini atau yang akan datang.

Dalam satu kenyataan bersama, mereka menyifatkan cadangan tersebut akan memberi gambaran yang salah kepada rakyat Malaysia dan dunia amnya, seolah-olah negara dalam keadaan krisis atau berdepan dengan perpecahan.

Malah, tegas mereka, perhimpunan-perhimpunan yang diadakan sebelum ini berjalan secara aman tanpa perlu kehadiran anggota tentera.

Menurut mereka lagi, ia juga menunjukkan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi baru-baru ini bahawa keadaan keselamatan di negara ini adalah terkawal, tidak begitu meyakinkan.

"Ini akan menimbulkan keraguan mengenai kemampuan perdana menteri untuk memberi kepimpinan yang positif dan kemungkinan ada anasir dalam kerajaannya yang cuba memberi gambaran seolah-olah timbul keadaan tidak stabil untuk mencapai agenda politik mereka," tambah kenyataan tersebut.

Menurut mereka lagi, sejak pilihanraya umum 8 Mac lalu, negara sedang menujuk ke arah pembentukan sebuah masyarakat majmuk yang lebih demokratik.

"Kewujudan sebuah negara yang bebas dan adil serta mengamalkan demokrasi terbuka, adalah amat penting bagi mengekalkan keamanan dan kestabilan yang berterusan.

"Suasana itu, akan mewujudkan kehidupan yang harmoni, mengukuhkan keyakinan pelabur dan kemakmuran negara," tegas mereka lagi.

Hadir di sidang akhbar mengenai perkara itu ialah wakil-wakil NGO terbabit, antaranya Pengerusi Institut Nasional bagi Integriti Pilihanraya (NIEI), Pengarah Eksekutif Pertubuhan Bantuan Wanita (WAO), Ivy Josiah; Pengarah Eksekutif Tenaganita, Irene Fernandez; Pengarah Eksekutif Suaram, Yap Swee Seng dan Setiausaha Persatuan Wanita Selangor, Suguna Papachan.

Sementara itu, Irene berkata, penggunaan pasukan tentera untuk mengawal perhimpunan aman, akan hanya mewujudkan rasa ketakutan di kalangan rakyat.

Manakala Ivy pula berkata pihaknya akan menyerahkan kenyataan bersama tersebut kepada ahli-ahli Parlimen supaya membantah cadangan untuk mengerahkan anggota tentera mengawal ketenteraman awam.

Sumber : Malaysiakini
Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

1 comments:

  1. Haha...BN kan ada plan A-Z dia...Kalau terdesak sangat, inilah antara plan Z dia selain MAGERAN. Tkat2 liwat tu, itu plan kategori C dan D. Lepas ni akan ada pulak plan E dan F dan seterusnya. Jangan mimpilah PR nak takluk Parlimen!

    Mujurlah BN tu bijak-pandai, menciptakan dan mendesign rakyat Melayu menjadi tak ubah macam lembu pawah dan semakin hari Melayu Elit UMNO membuli sama macam sikap zionis yang hanya cakap jer pandai, tapi najis penuh kat ekor, kemudian suruh orang lain yang tulung cucikan.

    Sultan2, Raja2, Menteri2 UMNO dan makhluk2 berjenama UMNO adalah bala Allah yang tak berkesudahan kepada rakyat Malaysia. Agong dan Sultan adalah bangsawan dari golongan lembu kenyang. Tiap2 bulan, macam2 elaun masyuk lebih RM100,000.00. Elaun istana hampas tahunan cecah puluhan juta RM. Makan minum semua rakyat2 bodoh macam lembu yang tanggung. Buat apa dia nak susah2 pikir hal rakyat? Nanti, dia akan miss soru la...

    Kita sebenarnya tak perlu lagi sultan2 dan raja2 ni..hidup mereka menjadi beban kepada rakyat Malaysia. Jasa mereka hanyalah menyusahkan rakyat. Kita jadi macam Nepal, kan senang..rakyat tak perlu susah2 tanggung sultan2 yang sama macam tanggung biawak hidup saja.

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.