ANWAR TERSEPIT? BALA TARIK SEMULA AKUAN BERSUMPAHNYA! Malaysiakini


Anwar tersepit selepas Balasubramaniam menarik balik akuan bersumpah yang dibuatnya semalam.

Berita dari Malaysiakini menyebut,

Penyiasat persendirian, P Balasubramaniam membuat kejutan lagi apabila menarik balik akuan berkanunnya yang mengaitkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Altantuya Shaariibuu.

Dalam akuan berkanunnya itu, Balasubramaniam mendakwa Najib mempunya hubungan seksual dengan Altantuya. Najib juga didakwa memperkenalkan Altantuya kepada Abdul Razak Baginda.

Balasubramaniam berkata, beliau telah dipaksa membuat akuan berkanun tersebut. Dalam satu sidang akhbar di sebuah hotel di Kuala Lulmpu pagi ini, Balasubramaniam membuat akuan berkanun yang baru.

Akuan berkanun yang baru itu tanpa rujukan Najib mempunyai hubungan seksual dengan Altantuya ataupun Najib yang memperkenalkan Abdul Razak baginda kepada wanita Mongolia tersebut.

Balasubramaniam juga mempunyai peguam yang baru. Peguam Americk Sidhu, yang bersamanya semalam, juga tidak tahu apa yang sedang berlaku. Sidang akhbar Balasubramaniam masih berjalan.

Semalam, Balasubramaniam membuat pendedahan yang menggemparkan bahawa beliau telah mendengar dari Abdul Razak mengenai hubungan Najib dengan Altantuya.

Tetapi hari ini beliau berkata, beliau mahu menarik balik akuan berkanunnya pertama, yang difailnya pada 1 Julai, dan menggantikannya dengan yang baru, yang diumumkannya hari ini.

"Saya mahu menarik balik akuan berkanun yang pertama," katanya sambil menambah, beliau dipaksa membuat akuan berkanun tersebut.

Balasubramaniam telah diupah oleh Abdul Razak untuk menguruskan Altantuya pada 2006 yang mengganggu Abdul Razak, yang juga rapat dengan Najib.

Pelik? Tapi benar...
Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

10 comments:

  1. anwar tersepit sbb Bala tarik balik? hehehe.. Siapalah anwar nak paksa Bala buat pengakuan? Bagiku anwar tidak tersepit.. Yang tersepit adalah Najib.. Banyak perkara dah tersingkap melalui akuan semalam.. Terlalu banyak perlu dikonspirasikan agar ia tidak direalisasikan.

    Puas..Bila pengakuan telah dibuat. Perbicaraan mahkamah yang direncanakan dengan skrip agar najib tidak ke mahmakah dah jelas. Rakyat lebih tau menilai.

    ReplyDelete
  2. betul tu jil fityan. yang tersepit & terdesak sgt2 ialah najib. kesian bala. terpaksa tarik balik akuan pertama. t

    tapi kita tidak buta. kita tunggu aje lah drama selanjutnya.

    ReplyDelete
  3. Bila bala ada lawyer baru, teringat aku tahun 1998 semua yg terlibat melain DSAI tidak dibenarkan guna lawyer sendiri, itu tahun TDM, skrg dah berulang kembali...betul2 guna powerla oooh please rakyat Malaysia ni bkn bodoh, walaupun rakyat yg tak baca blog2 kat malaysiakini atau mana2 blog pembangkang pun ada akal n fikirin untuk menilai nya..

    ReplyDelete
  4. Hmm

    Apabila Bala menarik bali akuan pertamanya dan perubahan akuan kedua ini telah menjelaskan beberapa perkara:

    1. Mengukuhkan teori konspirasi yang wujud.
    2. Telah berlaku 'sesuatu' terhadap Bala sehingga beliau mengubahnya, sebab untuk membuat akuan pertama yg 'sensasi' tu mesti dia dah pikir 'juta2' kali....
    3. Isi kandungan yg mana satu yg di tarikbalik/di ubah oleh Bala. Sekiranya 'hanya bahagian yang melibatkan nama Najib', 'PERSOALAN BESAR.... MENGAPA????'

    ReplyDelete
  5. jikalau lah ada orang yg mengugut dia buat SD pertama, org ini mesti sangat berkuasa sampai boleh mengancam nyawa dia dan keluarganya dalam masa panjang , bukan satu dua hari sahaja !so , kenyatan SD2 lebih pulak merupakan satu hasilan ugutan , lebih lebih lagi bala mengubah kenyataan selepas keluar dr polis station. Dlm kenyatan pertama , Bala dgn jelas sekali bosan dgn interference polis ,dan dia tahu apa yg polis boleh buat dgn dia .

    ReplyDelete
  6. aku ni yang jadi suri rumah sepenuh masa dan tak belajar tinggi ni pun tahu menilai kita saksikan episod seterusnya.

    ReplyDelete
  7. petikan : http://nmjnh.wordpress.com/2008/07/04/berita-gempar-bala-tarik-balik-akuan-berkanun/




    Saya mahu menarik balik akuan berkanun yang pertama,” katanya sambil menambah, beliau dipaksa membuat akuan berkanun tersebut.

    Balasubramaniam telah diupah oleh Abdul Razak untuk menguruskan Altantuya pada 2006 yang mengganggu Abdul Razak, yang juga rapat dengan Najib.

    Akuan bersumpah yang baru itu menyatakan:

    “Saya ingin menyatakan bahawa tidak pernah pada bila-bila masa (Abdul) Razak (Abdullah) Baginda memberitahu saya yang beliau diperkenalkan kepada Altantuya Shaaribu oleh seorang VIP dan pada bila-bila masa Razak Baginda ada memberitahu saya bahawa Datuk Seri Najib telah mengadakan hubungan seks dengan Altantuya Shaaribu dan beliau (Altantuya) sanggup mengadakan hubungan seks luar tabii.

    “Tidak pernah pada bila-bila masa Razak Baginda ada memberitahu saya yang Datuk Seri Najib mengarahkan Razak Baginda untuk menjaga Altantuya Shaaribu kerana beliau tidak mahu dia (Altantuya) menganggunya kerana beliau ialah Timbalan Perdana Menteri.

    “Tidak pernah pada bila-bila masa Razak Baginda dan atau Altantuya Shaaribu ada memberitahu saya yang Datuk Seri Najib Tun Razak, bersama-sama dengan Razak Baginda dan Altantuya Shaaribu telah berjumpa dan bersama-sama makan malam di Paris;

    “Tidak pernah pada bila-bila masa Altantuya Shaaribu ada memberitahu saya yang beliau meminta wang sebanyak US$500,000 sebagai komisen bagi bantuannya dalam urusan pembelian kapal selam di Paris;

    “Tidak pernah pada bila-bila masa pun Razak Baginda dan/atau Altantuya Shaaribu memberitahu saya yang Datuk Seri Najib Tun Razak berjumpa dengan Altantuya Shaaribu di Singapura;

    “Tidak pernah pada bila-bila masa pun Altantuya Shaaribu ada memberitahu saya yang beliau mahu saya mengaturkan untuk beliau berjumpa dengan Datuk Seri Najib Tun Razak;

    “Tidak pernah pada bila-bila masa saya ada memberitahu polis semasa penyiasatan mereka mengenai sebarang perhubungan antara Datuk Seri Najib Tun Razak dan Altantuya Shaaribu kerana perhubungan itu tidak pernah wujud, pada pengetahuan saya. Oleh yang demikian, kenyataan yang saya tandatangani di hadapan polis sudah selesai;

    “Tidak pernah pada bila-bila masa Razak Baginda ada memberitahu saya yang beliau telah menghantar SMS kepada Datuk Seri Najib pada malam beliau ditahan; dan

    “Tidak pernah pada bila-bila masa Razak Baginda ada memberitahu saya yang Datuk Seri Najib Tun Razak telah menghantar SMS kepadanya pada hari beliau ditahan yang menyatakan beliau (Najib) akan berjumpa dengan KPN (Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan) pada hari berkenaan dan masalah itu akan diselesaikan dan meminta Razak Baginda supaya terus tenang.”


    --- JELAS SESUATU SEDANG BERLAKU.........

    soalan:

    - apakah yang menyebabkan Bala bertindak sedemikian rupa. Terancam? (Nyawa,Keluarga,Harta,Maruah????)

    ReplyDelete
  8. Anuar tersepit? atau Najib yang akan kena kepit dek Bala yang selalu membawa bala sial sepanjang hayat.
    Jangan FIKIR KAMI RAKYAT TIDAK TAHU MENILAI apa yang bala lakukan.Kenapa bala bebuat demikian selepas PIHAK POLIS memanggil beliau,kemungkinan ada sesuatu yang tak kena oleh pihak atasan.Terlalu banyak perkara yang akan terdedah akhrinya.
    Wahai pembesar pembesar semua, ingatlah dunia ini adalah tempat tumpangan sementara akhirat jugalah tempat yang kekal selama lamanya dari itu marilah kita bertaubat dan kembalilah kejalan Allah. Semuga kalian akan mndapat rahmat. Amin

    ReplyDelete
  9. Najib mungkin tersepit. Tetapi jangan fikir Anwar akan terlepas. Bahasa badannya jelas menunjukkan terlalu banyak yang tak kena dengan Anwar kali ini. Panik. Gabrah. Putar pusing.

    Tetapi saya tidak terkejut sedikit pun. Lelaki ini sama sahaja dengan Anwar Ibrahim 10, 20 tahun dahulu. Pelakon yang luar biasa lakonannya. Pembohong yang luar biasa pembohongannya. Politikus rakus yang menghalalkan apa juga demi merealisasikan cita-cita politiknya.

    Kita mungkin akan menonton lagi drama tentang suntikan HIV, arsenik dan sakit tulang belakang selepas ini...

    ReplyDelete
  10. Pakcik nampak benar Anwar itu sudah teramat terdesak. Lihat mata nya pakcik dah boleh tahu. Penuh dendam dan beliau akan buat apa saja. Tak guna suruh dia bersumpah sebab dia boleh buat apa saja. Betul kata Dr. Mahathir, walau pun kes terdahulu terlepas, ianya disebabkan technicality. Dari 10 hakim yang mengenali kes tersebut dari mula hingga akhir,hanya dua yang dapati ada keraguan. Orang begini tidak boleh jadi pemimpin. Dia pengkianat bangsa dan boleh jual negara dan maruah bangsa melayu bila-bila masa.

    Mana ada orang melayu yang sanggup menentang DEB yang telah menafaatkan ramai anak bangsa. Bangsa cina telalu kedepan dan sentiasa tolong sesama sendiri. Jika beliau ingat anak melayu tidak perlu di tolong, pakcik rasa dia sudah hilang pertimbangan dan dah tidak bergaul dengan rakyat biasa. Tak boleh ke dia lihat keliling bila berkereta di KL atau mana-mana di selangor, hampir semua perniagaan di kuasai oleh bangsa cina dari kedai retail hingga ke gedung besar. Baru-baru ini pakcik ada menghadiri jamuan makan di Sunway hotel untuk meraikan sebuah syarikat yang baru disenaraikan ke bursa saham BSKL, syarikat cina ini boleh derma kepada 9 buah sekolah cina dan setiap satu dapat RM50,000. Sekolah melayu atau india satu pun tidak diberi. Kami yang melayu ini malu teramat sangat dan benar-benar rasa nak balik saja.

    Pakcik rasa hanya penjara saja yang boleh menyedar kawan kita ini.

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.