MAMPUKAH ANWAR MEREALISASIKAN IMPIANNYA? Malaysiakini
Siapa yang tidak kenal dengan Anwar Ibrahim. Namanya sudah popular seantero dunia. Menyusuri sejarah hidupnya sejak bergelar mahasiswa Universiti Malaya dan sehinggalah ke saat ini, setiap dari kita pasti bersetuju bahawa beliau sudah lama mengimpikan jawatan Perdana Menteri Malaysia.
Jika tidak kerana peristiwa 10 tahun dahulu, agaknya kini Anwar sudahpun berjaya mencapai impiannya itu. Beliau pernah juga bergelar Pemangku Perdana Menteri selama 3 bulan namun itu semua sudah menjadi sejarah. Kini, selepas Pakatan Rakyat berjaya menafikan majoriti 2/3 Barisan Nasional, Anwar kian bernafsu untuk mengecap impiannya semula.
Beberapa hari selepas keputusan PRU 12 diumumkan, Anwar langsung mengumumkan yang Pakatan Rakyat akan menguasai kerajaan pusat pada 16 September 2008. Pengumuman tersebut ternyata menarik perhatian seantero dunia sehingga namanya disebut-sebut sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke 6. Penyokong Pakatan Rakyat seolah-olah merayakan ‘harapan baru’ untuk Malaysia.
Ekoran pengumuman tersebut, isu lompat parti mula berkumandang di corong-corong radio politik Malaysia. Masing-masing cuba membuat andaian sendiri, menganalisis dan tidak kurang juga ada yang cuba meneka siapakah gerangan ahli parlimen yang bakal digelar ‘katak’ selepas ini. Tindakan Ezam, bekas orang kuat Anwar yang melompat ke dalam UMNO dan tindakan SAPP yang secara terang-terangan menyatakan kesediaan mereka meninggalkan Barisan Nasional membuatkan plot cerita Anwar makin mengujakan sesiapapun.
Dari satu sudut yang lain, halangan terakhir untuk Anwar merealisasikan impiannya hanyalah Najib yang sudahpun diumumkan oleh Pak Lah sebagai penggantinya. Anwar sedar yang dia terpaksa menggunakan segala kepakaran dalam merencanakan strateginya untuk ke puncak kuasa. Lawannya kali ini bukanlah sebarang politikus biasa. Anwar perlu berhadapan dengan Najib yang terkenal sebagai ‘silent killer’. Najib tidak seperti Anwar yang sanggup mencantas sesiapapun untuk mendaki ke puncak UMNO dahulu.
Kini, pertarungan antara kedua-dua ‘gergasi besar’ ini sedang menuju ke kemuncaknya. Siapa yang kalah dalam pertarungan ini bakal terkubur dari arena politik Malaysia. Siapa yang menang dalam pertarungan ini bakal ditabalkan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke 6. Seantero dunia sedang menyaksikan pertarungan terhebat dalam sejarah Malaysia ini termasuk Amerika yang sudah terkenal sebagai hakim dan polis yang tidak diundang.
Mengikut perkiraan di atas kertas, samada Anwar berjaya atau tidak dalam pertarungan ini, kerajaan BN dijangka akan tumbang pada PRU 13. Tanpa Anwar sekalipun, Pakatan Rakyat dijangka akan berjaya menguasai kerajaan pusat pada PRU ke 13 nanti. Ini kerana, faktor-faktor yang menyebabkan BN tewas pada PRU 12 yang lalu bukanlah semata-mata disebabkan oleh pengaruh Anwar Ibrahim.
Mahu atau tidak mahu, BN terpaksa mereformasikan dirinya secara radikal agar kegagalan mereka pada PRU 12 tidak akan berulang lagi. Malangnya sehingga kini, tiada lagi tanda-tanda reformasi radikal akan dilakukan oleh parti yang meneraju BN iaitu UMNO. Mungkin Pak Lah ada plan B. Wallahualam.
Salam....nice blog.
ReplyDeleteNur you punya artikel still raw. Need much more research to correct and to fine tune on certain fact. This is the problem with some blogger, they tend to get excited for nothing especially at the early stage.
ReplyDeleteAnyway this is the learning process and critics come will only make you mature overtime.
Good luck and god bless you.