Saya memandang isu kenaikan harga petrol ini sebagai sesuatu yang akan mendatangkan beban kepada rakyat yang miskin dan berpendapatan rendah. Sebabnya, subsidi sebanyak RM 625 dan RM 150 itu terlalu sedikit jika dibandingkan dengan kenaikan kos sara hidup yang sedang dan bakal dihadapi oleh mereka dalam tempoh 1-2 tahun akan datang. Tentunya harga minyak dunia akan meningkat lagi dalam tempoh tempoh terdekat.
Dari semasa ke semasa, kos sara hidup akan terus dan terus meningkat dan ini sudah tentu akan menyusahkan lagi kehidupan rakyat yang miskin dan berpendapatan rendah. Kadar inflasi negara pula sedang melonjak dan dijangka akan mencapai tahap 5% pada penghujung tahun ini. Keadaan ini bakal memburukkan lagi nasib mereka kerana pendapatan perkapita mereka tidak lagi mampu untuk menampung kenaikan harga barang dan ini sudah tentu akan memiskinkan lagi rakyat yang sudah sedia miskin.
Contohnya, jika pendapatan sebuah isi rumah itu RM 3,000 dan kadar inflasi 5%, nilai sebenar pendapatan mereka hanyalah RM 600 sahaja. Bagaimana mereka hendak menguruskan belanja dapur, belanja persekolahan, belanja penjagaan anak, menjelaskan hutang rumah dan kereta serta belanja-belanja lain dengan nilai wang sebegitu?
Kedua, saya rasakan kenaikan sebanyak 41% ini dibuat terlalu mendadak dan tiada pelan komprehensif yang dapat menjamin kesejahteraan hidup rakyat yang berpendapatan rendah dan miskin di negara ini. Apa yang jelas dengan tindakan kerajaan itu hanyalah menyekat golongan mewah daripada terus menikmati subsidi minyak. Kerajaan sepatutnya mengutamakan nasib rakyat yang berpendapatan rendah dan miskin telah dibela terlebih dahulu, telah dipastikan tiada kesan mendadak terhadap kos sara hidup mereka dan telah disediakan satu pakej khusus untuk membantu mereka menangani kesan kenaikan harga minyak daripada terus memperkenalkan harga baru RM 2.70 itu.
Kerajaan sepatutnya sedar yang kesan rantaian daripada kenaikan tersebut lebih menakutkan rakyat yang berpendapatan rendah dan miskin di negara ini. Sudah menjadi kebiasaan, harga barangan dan perkhidmatan lain akan meningkat sejajar dengan kenaikan harga minyak kerana ekonomi negara ini berasaskan kepada sistem kapitalis yang hanya mengutamakan keuntungan daripada kebajikan pengguna. Jika pihak kerajaan menekan peniaga, maka peniaga akan menekan pengguna dan akhirnya pengguna akan menekan kerajaan pula. Tentunya, tidak ada pihak yang akan menang dalam hal ini.
Bersambung...
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 comments:
Post a Comment
PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.