NAJIB BAGI LAMPU HIJAU SEBAB DEMONTRASI UMNO?

KUALA LUMPUR, Jan 7 — Perdana Menteri mempertahankan keputusan pihak berkuasa membenarkan pertubuhan masyarakat Islam mengadakan protes di seluruh negara berhubung keputusan mahkamah membenarkan Herald menggunakan perkataan “Allah”.

Datuk Seri Najib Razak berkata mereka ada hak untuk berbuat demikian.

“Kami tidak boleh menahan mereka selagi ia diadakan dalam kawasan masjid,” kata beliau selepas melancarkan kempen klinik 1 Malaysia.

Walau apa pun tegas beliau pihak berkuasa bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan dan berharap ia tidak terkawal sehingga menyebabkan keadaan yang lebih serius.

“Langkah-langkah berjaga perlu diambil, kita telah ambil,” katanya.

Undang-undang negara tidak membenarkan mana-mana perhimpunan yang tidak sah melibatkan lebih daripada lima orang. Pihak polis lazimnya mengambil tindakan ke atas perhimpunan, protes atau demonstrasi anjuran kumpulan pembangkang.

Bagaimanapun Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata kerajaan perlu mengimbangkan kepentingan mereka yang mahu meluahkan perasaan pihaknya berhubung keputusan mahkamah pada 31 Dis lalu yang membenarkan menggunakan perkataan "Allah" dalam akhbar mingguan Herald.

Semalam, Kementerian Dalam Negeri berjaya dalam permohonannya untuk menagguhkan pelaksanaan perintah mahkamah itu selepas dipersetujui bersama oleh gereja Roman Katolik yang memutuskan untuk tidak membantah atas kepentingan negara.

Kenyataan Najib, yang juga presiden Umno ini dilihat beliau mahu menjaga kedudukan beliau di kalangan konservatif parti yang tidak gembira dengan keputusan mahkamah minggu lalu.

Pemimpin-pemimpin pembangkang seperti naib presiden PAS Salahuddin Ayub turut mengecam pendirian Najib itu.

"Dari perspektif demokratik, kumpulan itu mempunyai hak untuk melahirkan pandangan mereka tetapi kita hendak memberitahu Umno supaya tidak bersikap hipokrit," kata beliau kepada The Malaysian Insider.

"Jangan gunakan peraturan yang berbeza apabila keadaan memihak kepada kepentingan anda," kata beliau sambil menegaskan PAS akan berusaha untuk mendampingi kumpulan yang menganjurkan protes bagi menenangkan keadaan.[The Malaysian Insider]





-->




Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

4 comments:

  1. Setiausaha agung PKR letak jawatan

    Setiausaha agung PKR, Datuk Salehudin Hashim telah meletak jawatan hari ini selepas berbulan-bulan tersebar spekulasi mengenainya.

    Dah nak semakin hanyut parti PKR ni...mintak simpang tak berjangkit ke PAS.

    Jawatan S/U AGUNG...besar ni jawatan tu


    Pulak dah..

    Ketua UMUM PKR DS Anwar Ibrahim dah mengaku dalam Facebook yang dia adalah THE FUTURE PRIME MINISTER OF MALAYSIA (dalam Penerbitan Herald disebut BAKAL PERDANA MENTERI MALAYSIA)...

    Hebat sungguh PKR, mengalahkan PAS.

    ReplyDelete
  2. Walaupun pihak pembangkang tak pernah di benarkan berdemontrasi, tak pernahpun pembangkang batalkan aktiviti demo mereka. Buat tetap buat, orang suka atau tak suka.

    ReplyDelete
  3. Nor Aflah, kau ni sebenarnya MAK SETAN KRISTIAN. Mengaku je Islam, namun benarkan/bersetuju dengan kristian pasal penggunaan nama Kalimah Allah. memang gampang la kau ni AFlah, baik kau jual je Pepet kau tu pada paderi kristian.

    ReplyDelete
  4. jahil btul la Is ni.. iman di dada xkuat mane pun, sbab tu la cetek pengetahuan islam..

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.