PEJABAT AZALINA DISERBU SPRM

Selepas seminggu menahan setiausaha politik, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 'menyerbu' pejabat Menteri Pelancongan di ibu negara pagi semalam.

Tiga pegawai SPRM menghabiskan hampir tiga jam untuk mendapatkan bukti susulan dipercayai berhubung amalan politik wang menjelang pemilihan Umno hujung bulan ini.

Menurut sumber, pegawai-pegawai SPRM keluar dari pejabat menteri berkenaan dengan membawa keluar beberapa dokumen.

Dua fail berkaitan dengan perwakilan Umno Wilayah Persekutuan dipercayai dibawa keluar ekoran kunjungan tersebut.

Malah mereka juga menemu bual dua pegawai kanan di pejabat Datuk Azalina Othman yang terletak di Menawa Dato Onn, Kuala Lumpur.

Menurut sumber, pegawai-pegawai MACC mengunjungi pejabat tersebut kira-kira 10 pagi tetapi Azalina tiada di pejabat.

Bagaimanapun pegawai pejabat Azalina, SPRM tidak merampas apa-apa dokumen dari pejabat mereka.

Rabu lalu, SPRM menahan pegawai tersebut - setiausaha politik, didapati membawa bersama wang tunai RM75,000 dalam keretanya.

Setiausaha Politik itu dan menterinya turut layak untuk bertanding kerusi Majlis Tertinggi.

Dia telah dibebaskan awal Khamis lalu selepas kenyataannya diambil.

Dalam pada itu, pegawai-pegawai Azalina menafikan kunjungan MACC ada kaitan dengan isu wang tunai tersebut.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan, pejabat Menteri Pelancongan berkata, pihaknya memberikan kerjasama penuh kepdada SPRM berhubung isu tersebut.

"Kami mempunyai keyakinan penuh terhadap MACC dan yakin bahawa kami akan dibersihkan menerusi siasatan mereka," katanya.

SPRM tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan ulasan.

Ahad lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meminta SPRM menyegerakan siasatan terhadap setiausaha politik berkenaan.

Sehubungan itu kata Perdana Menteri, pegawai kanan tersebut harus dibebaskan jika tidak bersalah.

Beliau berpendapat kes tersebut kemungkinan menjejaskan peluang setiausaha politik berkenaan jika bertanding dalam pemilihan Umno pada 26 Mac ini.

"Jika dia tidak melakukan apa-apa kesalahan termasuk dakwaan politik wang, saya berharap dia akan dibebaskan dengan secepat mungkin.

"Kemungkinan dia bertanding... jadi jangan tangguhkan (siasatan)," kata beliau.

Sumber asal: MSTAR



Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

5 comments:

  1. Salam,

    Minah ni....yang kata menteri besar perak gila talak....pkr...parti orang utan..sebab bermesyuarat bawah pokok...... hmmmmm...... Minah ni...bila dah banyak cakap....perkataan yang keluar..terusnyer datang dari hati dia...... dan tak sempat sampai keotak untuk difikirkan dulu...kesan dan akibatnyer.

    Nuraflah....... chekdee sedih dan risaulah...... bila Malaysia ni diambil aleh oleh Pak Najib yang nampaknyer takut bini ni........sure semua perkara jadi cam zaman mahathir...... undang-undang, polis, pendidikan, tentera dan kewangan akan duduk dalam poket rosmah....... Kalau negeri ditakbirkan oleh orang yang tak beriman..... sure akan banyak musibah yang akan melanda....... yang akan menanggungnyer...kitalah rakyat jelata..... TAPI.... suara kita ni....kecik...cam semut...sapa pun tak dengar...... KESIAN RAKYAT BIASA CAM CHEKDEE......UKHUKSSSS

    ReplyDelete
  2. setakat serbu saja. pasti SPRM taka akan jumpa apa-apa sebab 'labah-labah' dah buat sarang.

    ReplyDelete
  3. kemungkinan akan ada tindakan memandangkan azalina adalah antara yang tersenarai perlu dikeluarkan dari kabinet oleh tun mahathir tidak lama dulu...

    ReplyDelete
  4. Salam Aflah...,

    Bila membaca laporan ini saya tersenyum manis. Bukan apa, semua ini sekadar lakonan sementara sahaja untuk menjatuhkan individu tertentu menjelang Pemilihan UMNO hujung bulan ini. Apa tidaknya, jika diteliti bentuk 'tindakan agresif' yang telah diambil oleh SPeRMa khususnya kepada ahli UMNO sebelum ini boleh dikatakan semuanya menemui jalan buntu pada hujung siasatan. Alih-alih mereka yang ditahan hanya untuk MEMBANTU SIASATAN ataupun sebagai saksi utama.

    Saya lebih melihat apa yang berlaku kepada 'kuncu-kuncu' menteri UMNO ini sebagai usaha pihak tertentu yang ingin menjatuhkan salah seorang calon yang akan bertanding. Maka habislah disiasat, dirampas, dihebahkan kepada umum dan apabila umum sudah mula menerima perbuatan berkenaan sebagai satu yang tak boleh diterima maka pada ketika itulah akan muncul mana-mana wakil dan mungkin juga BIG BOSS SPeRMa sendiri mengumumkan hasil siasatan yang berkenaan. Skrip sedia ditangan, hanya menunggu LAKON LAYAR mengarahkan sahaja.

    Kalau menilai komen PM selepas seorang SETPOL Menteri dari UMNO yang bersih dan suci ditahan, umum sudah dapat mengagak apa bentuk tindakan yang bakal diambil oleh SPeRMa selepas ini. Tunggu sahaja dan jangan pula ada yang terkejut. Biasalah itu semua....Kepada menteri berkenaan, semoga anda menang pemilihan kali ini...Bukan apa, sekurang-kurangnya semua yang berlaku ini menjadi PROMOSI PERCUMA CALON MT yang berkenaan khususnya kepada MAJORITI PERWAKILAN UMNO yang 'kebulur' dan 'ganas' kali ini.

    HAHAHAHAHA!

    Bilalah UMNO nak berubah....?

    thx!

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum...

    teruskan usaha menegakkan kebenaran

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.