
Antara destinasi luar negara yang dikunjungi beliau ialah London, Bangkok, Beijing, Los Angeles, Dubai, Osaka, Tokyo, Seoul, Taipei, Paris, Perth, Milan, Venice dan Amsterdam.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata statistik itu berdasarkan rekod waran perjalanan udara yang diperoleh daripada Pejabat Menteri Besar.
"Bagaimanapun jelas beliau, jumlah kos seperti penginapan, makanan dan minuman serta lain-lain kos yang berkaitan masih dalam semakan Pejabat Menteri Besar," katanya menjawab soalan Mohamad Azmin Ali (PKR-Bukit Antarabangsa) di Persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor di sini, hari ini.
Azmin bertanyakan jumlah kos perjalanan Menteri Besar ke luar negara yang ditanggung kerajaan negeri bermula dari 2000 hingga sekarang dan siapakah ejen yang menguruskan hal perjalanan Menteri Besar.
Abdul Khalid berkata ejen yang terlibat bagi menguruskan perjalanan udara Khir ialah Green Adventure Holidays Sdn Bhd manakala ejen lain yang terlibat masih dalam semakan Pejabat Menteri Besar.
Semasa menjawab soalan tambahan Mohamd Azmin sama ada terdapat hubungan kekeluargaan antara Dr Mohamad Khir dengan Green Adventure, beliau berkata pihaknya tiada bukti untuk mengaitkan bekas Menteri Besar itu dengan syarikat ejen perjalanan itu.
Justeru, beliau berkata kerajaan negeri telah membuat satu keputusan melantik syarikat pelancongan Tourism Selangor Sdn Bhd untuk menguruskan perjalanan bagi pihak kerajaan negeri.
Bagaimanapun bagi mengelakkan amalan monopoli dalam hal ini, kerajaan negeri juga mengalu-alukan ejen perjalanan lain untuk turut serta.
Namun, Abdul Khalid berkata: "Tapi setakat ini kita dapati kebanyakan Exco lebih berminat untuk membeli tiket secara dalam talian terutama syarikat penerbangan AirAsia kerana kos yang tinggi jika melalui ejen." - Bernama

TIPS:
1) Paparan semua blog lebih pantas, menarik dan selamat jika anda menggunakan pelayar FIREFOX!
2) Sertai peraduan mudah ini! Klik di sini untuk keterangan lanjut.
3) Dapatkan terus entri terbaru blog ini ke peti email anda. Klik je sini
Salam Aflah...,
ReplyDeletekita tunggu sahaja apa bentuk 'aksi' yang bakal diambil oleh agensi yang mana dikepalai oleh 'BAPA SEORANG PENYELUDUP BAHAN PORNO KANAK-KANAK' ke atas apa yang disebut dalam Persidangan DUN Selangor hari ini..
sapa yang nak melompat lebih selepas ini????!!!!
mereka dan keluarga mereka?
thx!