BAJET MINI AKAN GAGAL JIKA…

Semalam, ramai yang terkejut bila Najib mengumumkan bajet mini yang bernilai RM 60 billion di Parlimen. Jumlah itu ternyata lebih tinggi daripada jangkaan beberapa penganalisis ekonomi. Sebelum ini, ada yang berpendapat nilai pakej rangsangan itu berada dalam lingkungan RM 10–30 billion sahaja. Oleh kerana jumlahnya begitu besar, maka ramailah yang terkejut seketika.

Pengumuman semalam menggembirakan banyak pihak, terutamanya mereka yang sedang menganggur dan juga peniaga yang memerlukan modal tambahan. Malah ada yang menyifatkan bajet mini semalam sebagai pakej yang menyeluruh untuk menyelamatkan kedudukan ekonomi semasa daripada terus dilanda kegawatan.

5-8 Mac lalu, saya menyertai Karnival Gegar Melaka FM di Jasin dan kesan kegawatan ekonomi sudahpun dapat dirasakan oleh peniaga kecil di situ. Kebanyakan pengunjung yang hadir hanya sekadar ‘menjenguk apa yang dijual’ daripada membeli. Biarpun harga barangan yang dijual begitu murah, namun pengguna masih tidak berminat dan teragak-agak untuk berbelanja.

Rakan-rakan saya yang meniaga di pasar malam ataupun yang sudah mempunyai premis perniagaan sendiri juga sudah merasakan kesan kegawatan ekonomi. Hasil jualan mereka juga sudah merosot sejak 3 bulan yang lalu. Untuk mendapatkan bantuan pinjaman daripada pihak bank amat mustahil sekali.

Ternyata kegawatan ekonomi yang berlaku kini seperti paras banjir yang naik sedikit demi sedikit. Tanpa disedari, banjir itu sudah naik ke paras pinggang. Apa yang perlu dilakukan kini, tempat permindahan dan bantuan segera perlu digerakkan ke ‘kawasan-kawasan’ yang dilanda banjir.

Bajet mini yang dibentangkan semalam ibarat mengalihkan mangsa banjir ke tempat yang selamat. Peluang pekerjaan baru diwujudkan untuk menempatkan pekerja yang telah kehilangan kerja ataupun mereka yang masih menganggur. Dan tempat (perniagaan) yang dilanda banjir akan diberikan peluang pinjaman untuk bertahan daripada terus musnah dilanda banjir yang lebih besar.

Secara amnya, isi bajet yang dicadangkan itu mampu merancakkan semula aktiviti ekonomi di negara ini. Jika kadar pengangguran berjaya diminimumkan, ertinya rakyat akan mempunyai wang untuk berbelanja. Bila rakyat berbelanja, peniaga boleh menarik sedikit nafas lega.

Namun apa yang membimbangkan kini adalah tentang kesungguhan pegawai kerajaan untuk melaksanakan bajet itu. Tugas Najib hanyalah mengumumkan. Namun tugas utama yang lebih penting iaitu menyampaikan bajet itu kepada rakyat terletak kepada kesungguhan pegawai dan kakitangan kerajaan yang terlibat. Jika mereka bekerja sambil lewa, apa yang dirancangkan itu hanya indah di atas kertas sahaja.

Saya mempunyai sedikit pengalaman berurusan dengan beberapa pegawai kerajaan. Ada yang begitu komited dengan kerja mereka dan ada juga yang suka memberikan pelbagai alasan untuk melambatkan kerja mereka. Untuk menanti bayaran sebanyak RM 750 sahaja, saya terpaksa menanti sehingga berbulan-bulan lamanya. Kalau jumlahnya melibatkan ribuan, mungkin terpaksa menanti bertahun lamanya.

Sikap sambil lewa ini telah menyebabkan ramai peniaga yang terpaksa gulung tikar kerana sudah kehabisan modal pusingan. Itu belum termasuk duit kopi yang terpaksa ditaburkan kepada pegawai-pegawai kerajaan yang korup. Para kontraktor yang biasa berurusan dengan kerajaan sudah masak dengan perkara ini. Tak perlulah saya ceritakannya di sini. Anda boleh tanya pada mana-mana kontraktor yang anda kenal untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Kerana sikap malas dan berlagak beberapa pegawai kerajaan ini, maka rakyat akan menghukum kerajaan yang memerintah. Selepas ini, mana-mana kerajaan yang memerintah akan menghadapi kesukaran jika mereka mereka tidak dapat mengenalpasti dan mengambil tindakan ke atas mana-mana pegawai kerajaan yang tidak amanah dalam melaksanakan tanggungjawab mereka.

Di Jepun, pegawai dan kakitangan kerajaan begitu komited dengan tugas mereka. Mereka begitu bimbang jika terdapat aduan ke atas diri mereka kerana pada bila-bila masa, mereka boleh diberhentikan. Di Malaysia pula, mereka yang dapat bekerja dengan kerajaan seolah-olah sudah mendapat jaminan sepanjang hayat. Jarang benar kita mendengar pekerja kerajaan dibuang atau diberhentikan kerja.

Bulan Ogos nanti, kita akan mendengar perbentangan belanjawan sekali lagi. Rakyat tentunya ingin tahu, sejauhmanakah bajet mini 60 billion ini berjaya dilaksanakan. Jika ianya sekadar “bajet gempak”, akan ada YB yang akan ‘melalak’ pada PRU ke 13 nanti.


Kepada semua pegawai kerajaan yang terlibat, pastikan gaji yang diterima anda di dunia ini tidak bertukar menjadi kayu api di akhirat nanti.

Photobucket

TIPS:
1) Paparan semua blog lebih pantas, menarik dan selamat jika anda menggunakan pelayar FIREFOX!
2) Sertai peraduan mudah ini! Klik di sini untuk keterangan lanjut.
3) Dapatkan terus entri terbaru blog ini ke peti email anda. Klik je sini
Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

4 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Harap tahun ni YAB Datuk Nagib berilah kami kakitangan kerajaan 3 bulan bonus

    ReplyDelete
  3. Salam Aflah,

    Masalah yang puan utarakan menunjukkan kerajaan masih gagal menerapkan budaya kerja terbaik dan berkualiti. Ia juga mengesahkan betapa ada lagi kakitangan kerajaan yang lemah dan kurang usaha untuk memantapkan sistem penyampaian serta perlaksanaan kerja yang lebih berkesan.

    thx!

    ReplyDelete
  4. Aflah, maaf klu sy kata ini cuma satu tanggapan streotaip. Jgn kerna nila setitik, abih susu sebelanga. Namun sy tak menafikan masih ada segelintir kakitangan kerajaan yang begitu. Ini isu attitude individu dan seharusnya ketua jabatan memainkan peranan yang utama dalam menangani masalah ini, supaya boleh jadi tauladan.

    Walaubagaimanapun, kerja dengan kerajaan, terlalu banyak peraturan dan prosedur yang kadang-kala tak dapat dielakkan. Sy pernah membuat sedikit survey terhadap kakitangan swasta, rata2 tak begitu mengetahui bahawa kerajaan mempunyai terlalu banyak peraturan.

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.