DR ASRI PERTAHANKAN NIK AZIZ


"Sesiapa yang menempelak kenyataan YAB MB Kelantan tentang isu nama Allah adalah mereka yang kurang jelas tentang akidah Islam, atau mempertahankan apa yang mereka tidak faham." kata Dr Asri.

Kenyataan Dr Mohd Asri Berhubung Isu Nama Allah

Saya bukan jawatankuasa PAS, atau orang Kelantan, namun bagi saya sesiapa yang menempelak kenyataan YAB MB Kelantan tentang isu nama Allah adalah mereka yang kurang jelas tentang akidah Islam, atau mempertahankan apa yang mereka tidak faham.

Saya telah tulis isu ini lebih setahun yang lalu dalam artikel saya yang disiarkan dalam MM bertajuk BEZA ANTARA MEREBUT NAMA ALLAH DAN MEMPERTAHANKAN AKIDAH. Saya telah kemukakan hujah dan alasan bahawa mereka boleh memanggil Tuhan dengan ‘Allah’. Al-Quran dan Sunnah membenarkannya. Akidah bukan diukur dengan panggilan, tetapi dengan membezakan antara tauhid dan syirik.

Majlis Fatwa Perlis semasa saya menjadi mufti membuat keputusan sebulat suara keharusan bukan muslim memanggil Tuhan dengan panggilan Allah. Jangan kita nak divert isu politik, kita bangkit isu agama, nanti agama menjadi mangsa permainan manusia.

Saya nasihat kepada yang bising isu ini, jika nak berjihad, biarlah kena pada tempatnya.. Ini bukan isu yang patut kita bertarung kerananya. Jika ingin melarang bukan muslim guna nama Allah jangan sebut Islam melarang tetapi beritahu mereka peraturan Kerajaan Malaysia melarangnya atas sebab-sebab tertentu.

Jangan jadikan isu agama nanti mereka hairan lain al-Quran cakap, lain pihak yang memakai jenama agama cakap. Apa yang patut JAKIM fikirkan adalah bagaimana cara agar bukan muslim dalam negara kita lebih faham dan suka dengan Islam”

-Dr. Mohd Asri,
Lampeter, UK.

Sumber asal : Minda Tajdid


Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

6 comments:

  1. Pelik juga apabila manusia tidak dibenarkan menyebut nama Penciptanya.

    ReplyDelete
  2. Salam,

    Kalau saya tidak salah memahami tulisan Dr.Asri, Quran dan Sunnah tidak melarang orang bukan Islam menggunakan perkataan Allah. Jadi memang aneh sekali jika kerajaan Malaysia membuat undang-undang bahawa penggunaan perkataan Allah itu menjadi hak monopoli orang Islam Malaysia saja.

    ReplyDelete
  3. ISLAM DITURUNKAN HANYA UNTUK MEREKA2 YG BERIMAN DENGAN ALLAH DAN ALLAH ADALAH MILIK SEMUA MAKHLUK YANG DICIPTANYA DAN SEMUA KEJADIAN ALAM SEHINGGA KE DALAM PERUT BUMI ADALAH MILIK ALLAH. MEREKA YG BUKAN BERAGAMA ISLAM JUGA ADALAH MILIK ALLAH, KERANA ALLAH JUALAH MENCIPTAKAN KEHIDUPAN MEREKA DAN MEREKA JUA AKANDI MATIKAN OLEH ALLAH JUA.

    ReplyDelete
  4. Salam,

    JAKIM bagi hujah mahabodoh untuk pertahankan isu ini...itu saja yang boleh saya katakan...Saya di Sabah sejak dari 1997 pun sudah biasa mendengar kalimah ALLAH menjadi sebutan mereka...lagi satu kenapa perkataan AAMIIIN tak pula nak gaduh???

    sapa2 nak komen tambah?

    thx!

    ReplyDelete
  5. Perfectwater75,
    Saya adalah penganut agama kristian walaubagaimanapun adik kepada mendiang datuk saya adalah imam di Masjid Pekan, bila kenduri keluarga atau perayaan Krismas atau Hari Raya biasanya keluarga kami bersama sama berdoa dgn cara masing masing mengikut agama yang dianuti. Kalimah Allah dan Amin adalah salah satunya perkataan yang disebut dalam doa kami sekeluarga samada yang Islam atau yang Kristian. Untuk para pembaca di blog ini, Kami di Sabah sejak awal 50an telah menggunakan perkataan Allah. Ini adalah kerana Bible yang kami gunakan datangnya dari Indonesia. Saya berharap isu ini tidak berterusan kerana ianya tidak mendatangkan sebarang kebaikan.

    ReplyDelete
  6. Salam,

    Malaysian Sabahan,

    saya tidak pertikaikan penggunaan kalimah ini. Saya menyokong kenyataan Dr.Asri. Saya sendiri berada di Sabah untuk tempoh 5 tahun dan tidak pernah melihat ia menjadi masalah kepada mana-mana penganut di sana. Inilah yang ingin saya tekankan. mengapa perlu jadi isu pada satu perkara yang telahpun menjadi kebiasaan. Walaubagaimanapun, kenyataan Pengarah JAKIM jelas memberitahu kepada umum bahawa beliau masih tidak faham apa-apapun tentang bab ini.

    Makin teruk pula selepas sumpahan SAIFUL BUKHARI...apa nak jadi dengan orang tua ni?

    Ada saper2 nak marah ke? i'm suurriiii....

    thx!

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.