SEKARANG BARU DIA TAHU!
Semalam, Menteri Kerja Raya mengumumkan kadar tol di lima lebuh raya akan dinaikkan di antara 0.68 sen hingga 50 sen berkuatkuasa Ahad ini sebagai mematuhi terma perjanjian di antara kerajaan dengan pemegang konsesi lebuh raya.
Selepas pengumuman itu dibuat, Pak Lah yang kini berada di Thailand terus mengarahkan kabinet mengkaji semula kenaikan itu. Kata Pak Lah, kenaikan itu tidak sesuai dalam keadaan sekarang.
Kegusaran dan kemarahan rakyat lega seketika bila mendengar Pak Lah berkata begitu.
Menurut beberapa laporan media, keputusan untuk menaikkan kadar tol sudahpun dipersetujui oleh kabinet sejak 2 minggu lalu. Baru semalam ianya diumumkan oleh Menteri Kerja Raya.
Lalu persoalan yang bermain sekarang, adakah Pak Lah memang tahu atau memang tidak tahu langsung dengan keputusan kabinet yang sudah dibuat 2 minggu sudah?
Jawapannya, tentulah Pak Lah sudah tahu. Takkanlah seorang Perdana Menteri tidak tahu langsung dengan keputusan yang dibuat oleh kabinetnya walaupun beliau tidak dapat hadir ke mesyuarat kabinetnya. Tentu ada minit mesyuarat atau laporan yang boleh dibacanya.
Yang peliknya, jika Pak Lah sudah tahu, kenapa tiba-tiba pula Pak Lah tidak bersetuju?
Adakah kerana Pak Lah bakal tidak berjawatan tidak lama lagi mula memikirkan beban yang terpaksa ditanggungnya seperti kata Dato Seri Azmi Khalid pada Kosmo Online, dulu masa saya jadi menteri tak pernah bayar tol. Tapi sekarang, saya sering ke Kuala Lumpur dan memang terasa bebannya.
Kalau nak dengar ulasan Menteri Kerja Raya memang menyakitkan hati. Katanya, kenaikan terbaru itu terlalu kecil jumlahnya.
Pada seorang Menteri yang tidak perlu membayar tol, memanglah tidak terasa apa-apa. Tapi bagi seorang rakyat biasa, ianya terlalu besar dan akan membebankan. Lagipun, sudah menjadi kebiasaan, bila tol naik, harga barang lain pun akan naik.
Sejak perjanjian konsesi lebuhraya didedahkan kepada umum, rakyat sudah mengetahui betapa untungnya menjadi usahawan tol. Di Malaysia, ada satu perniagaan yang boleh menjamin anda mencapai keuntungan setiap tahun iaitu dengan menjadi peniaga tol.
Kalau tak percaya, [baca di sini].
Lepas tu, baca [yang ini] pulak.
Salam,
ReplyDeleteLagu ini ditujukan kepada Tok Mie...Khalid
(nyanyi ikut melodi andai ku tahu-ungu)
Andai ku tahu....
Kapan tiba BEBANKU....
Ku akan merayu
Pak Lah jangan kau tak lantik aku....
Andai ku tahu...
Jawatanku tak layak
nikmati tol yang percuma
tentu aku jadi menteri lagi...
Mana tahan
Memanglah aku terasa beban
Mana tahan
Slagi tak jd ketua bahagian
Sayang aku tua
harap bini saja muda
tapi tak mengapa
aku pemeriksa kira-kira...
thx!
sekarang barulah rakyat nampak faedah yang mereka dapat bila parti lawan kuat. Suara mereka tidak lagi boleh ditolak tepi begitu saja. Kalau dulu suara parti pembangkang umpama anjing menyalak bukit saja.
ReplyDeleteSekarang BN bukan saja telah mula hendak menghapuskan tol di bandaraya, hendak naikkan harga tol pun mereka kena fikir banyak kali.
APA NAK PELIK, AKU DULU KAT SEKOLAH PUN PERNAH JADI MACAM NI. BILA TIBA-TIBA CIKGU TANYA SOALAN AKU TAK DAPAT JAWAB SEBAB TERTIDO MASA CIKGU TGH MENGAJAR....AKU RASA TAKKAN PAK LAH TERTIDO MASA MEETING KOT? NAK KATA KERAJAAN CUBA BUAT LAWAK TAK MUNGKIN...JADI APA SEBENARNYA SANDIWARA YANG CUBA DIPENTASKAN?
ReplyDeleteD sebalik isu tol ini,ada satu isu yang rakyat perlu tahu, iaitu perjanjian yang kelihatan "berat sebelah" antara kerajaan dengan pemegang konsesi tol. Maknanya pemegang konsesi tol mesti berada dalam keadaan "untung", manakala kerajaan bertanggungjawab menaikkan kadar tol dari masa ke masa.
ReplyDeleteMengapakah boleh jadi begitu?
Khabarnya kerana banyak para kroni (pemimpin kerajaan sendiri (?) yang perlu diberi habuan.Betulkah begitu?
Bungaraya, Yang mana satru kategori dibawah ini sesuai dengan anda.
ReplyDeleteKategori Ahli (Pejuang) UMNO...
1. Mereka yang lahir dari keluarga ahli UMNO, Golongan Bangsawan, Faham asas perjuangan, pandai politik dan ikhlas berjuang (hampir pupus)
2. Mereka yang lahir dari keluarga ahli UMNO, Golongan Bawahan, Faham asas perjuangan, pandai politik dan ikhlas berjuang (jarang-jarang)
3. Mereka yang lahir dari keluarga ahli UMNO, Golongan Bangsawan, Benak asas perjuangan, bodoh politik tetapi berjuang kerana kekayaan (ini paling ramai)
4. Mereka yang lahir dari keluarga ahli UMNO, Golongan Bawahan, Benak asas perjuangan, pandai politik tetapi bangang berjuang.
5. Mereka yang bukan dari keluarga ahli UMNO, Golongan Bawahan, Faham asas perjuangan, pandai politik dan ikhlas berjuang.
6. Mereka yang mata duitan (berlambak).
7. Mereka yang bukan Melayu tetapi mengaku Melayu dengan nawaitu untuk mentedarah kekayaan secara songsang (segelintir telah diangkat menjadi pemimpin)
8. Mereka yang tiba-tiba muncul dan menjadi golongan atasan UMNO tanpa ditapis dari cawangan dan bahagian.